Sunday, November 19, 2006

Festival Dikir Barat Pemuda

8:00 PM

Petang tadi menghadiri Mesyuarat Festival Dikir Barat Pemuda di pejabat UMNO Bahagian. Festival ini anjuran Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Festival akan diadakan di IKBN Bachok pada 25 November 2006.

Pemuda UMNO Bachok khasnya dan UMNO Bachok amnya sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh Pemuda UMNO Malaysia utuk menjadi tuan rumah kepada pertandingan dikir barat antara Pemuda UMNO seluruh Negara.

Namun begitu, oleh kerana Kelantan memang sudah tersohor dengan dikir barat maka Pemuda UMNO Kelantan berkecuali dalam pertandingan ini. Peserta hanyalah diantara Pemuda UMNO negeri-negeri yang lain sahaja.

Pemuda UMNO Kelantan dengan bangganya akan menjayakan festival yang julung-julung kalinya diadakan itu. Mari sama-sama kita kekalkan warisan bangsa dan menghayati persembahan dikir barat sebagai khazanah seni negara. Kunjungilah Festival Dikir Barat Pemuda nanti.

0 Comments:

Post a Comment