Friday, November 17, 2006

Perhimpunan Agung UMNO 2006

Dulu, Kini dan selamanya!

6:45 PM
Tahun ini t
ak dapat pergi ke Kuala Lumpur bersama-sama seluruh ahli UMNO keperhimpunan keramat kita. Minggu ini saya berada di Pulau Pinang, berkursus. Kursus yang saya hadiri juga boleh dianggap sebagai perhimpunan tahunan semua Jurulatih-Jurulatih Utama ICT, Jabatan Pelajaran Kelantan.

Walaupun tak dapat hadir, saya tak bimbang sangat kerana tahun ini Astro menyiarkan secara langsung. Selain daripada itu saya masih dapat mengatahui apa yang berlaku di Kuala Lumpur melalui TV UMNO secara online. Bercakap pasal TV UMNO ni, saya ada terdengar dari peserta kursus yang bercakap bahawa PAS sudah ada TV secara online, dan UMNO belum ada lagi. Bila terdengar saja di telinga saya, saya segera menyanggah kenyataan itu, UMNO juga telah lama mempunyai TV secara online. Cuma bezanya pernah melayari laman web UMNO atau tidak. Maka sahabat saya itu, barangkali tak penah melayari laman web UMNO.... :-). Ok... tonton tv UMNO di sini

http://www.umnotv.com/

Saya rasa itulah beza paling mudah antara orang UMNO dan orang PAS. Bagi saya apabila mahu mengetahui apa yang berlaku dalam dunia politik tanah air maka perlulah kita ambil maklumat daripada semua yang terlibat. Bila buka laman web parti, janganlah buka laman web parti kita saja.

Tahun ini nampaknya Presiden Parti menyampaikan ucapan yang paling ringkas, sesuai sebagai ucapan penutup. Itulah yang dibuktikan oleh Pah Lah dengan slogannya "bekerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya". Tugas menggulung perbahasan nampaknya diserahkan sepenuhnya kepada pemimpin-pemimpin utama parti yang lain. Itulah tanda pemimpin yang bijaksana.

0 Comments:

Post a Comment