Sunday, December 31, 2006

Ibadah Korban


Tahun ini kami 'berkorban' lagi. Kali ni 'korban' khas sebagai hadiah birthday anak dara kami. Semoga ibadah korbannya ini diterima dan diberkati. Tahun honeymoon dah tamat hari ni, 2007 turningpoint pertama untuknya. Semoga berjaya mengahadapi SPM nanti dan menjadi contoh kepada adik-adik.











Saturday, December 30, 2006

Selamat Semuanya



Friday, December 29, 2006

Graphic Designer



Belum buka sekolah sudah ada tugasan. Ini cadangan Sidang Redaksi Buletin PPD Bachok untuk tahun 2007. Layoutnya lebih kurang macam tulah... tapi belum tentu lagi boss nak terima. 3 Jan ni baru first meating, harap-harapnya sukses supaya tak menyusahkan kerja aku untuk reka bentuk grafik buletin tu nanti. Aku buat dgn publiser je ni, kerana tempat printing yang aku selalu buat kerja tu guna windows je. Barangkali inilah satu2nya syarikat printing yang hanya guna Ms Office untuk buat kerja. Aku malas nak install software2 lain yang segala bagai dalam laptop aku ni.


p/s.....
jadi graphic designer la pulakk.... layak ke aku jadi graphic designer ni. Aku duk renung2 gak keje yang aku buat ni sambil rujuk banyak majalah, tengok cam mana diorang punya layout... emmm! rasa2nya lebih kurang dah dengan graphic designer pro ni... hehehe. Nak buat lebih-lebih pun tak guna jugak, mugo bajet dengan air liur je... takat ni pun dah kira ok la kotttt!

Monday, December 25, 2006

Mak, Abah ini Danny.....

Suatu petang yang hening.

Sepasang suami isteri sedang berehat di ruang tamu. Si suami membaca majalah kegemarannya, golf. Barangkali kerana nak cari maklumat macam mana nak baiki teknik pukulannya.

Dia kena memperbaiki pukulan golfnya kerana minggu depan dia ada game dengan Dato' X dan rakan-rakan korporatnya. Si isteri relax je menonton rancangan tv.


Tetiba je keheningan petang tu dikejutkan dengan kepulangan anak daranya. Tanpa ucapan salam, dengan gaya selambe sambil berpegangan tangan, anak daranya memperkenalkan boyprennn dia.

"Mak, ayah.... ini Danny"

Dengan bangganya anak dara tunggal kesayangan suami isteri tu memperkenalkan jantan yang sengih-sengih nak hulur tangan bersalam. Tapi tiba-tiba terdengar handset budak jongoss tu berbunyi.

" Haloo..... Siti ada"
" Siti?... sekejap yeee"

" Haloo.. ni Siti ke... suara macam katakkk je"
" Ini Siti laaa.... hehehe", budak jantan tu terus tersengih-sengih depan orang tu tu yang masih terpinga-pinga.

Anak dara dia bangga betul ada boyprenn, walaupun boyprenn dia terus sampai sudah duk tersengih-sengih je dengan handset dia.







Mak dan ayah anak dara tu sampai tak terkata apa-apa, Maklumlah boyprenn anak dara dia jugak. Anak sapa lagi kalau bukan anak kesayangan dia jugakk.







*************************************
Emmm.... tu lah suasana keluarga zaman sekarang. Macam tak de apa-apa je kan, bila anak dara bawak balik jantan ke rumah. Aku pun ada anak pompuan gak.... dah masuk anak dara la juga anak aku ni. Aku tak leh nak bayangkan kalau suasana kat atas tu terjadi kat aku. Apa yang kita nak buat agaknya. Satu lagi yang aku hairan tu ialah kesungguhan company tepon ni nak tonjolkan budaya yang @#*%@$. Tengok la balik semua iklan company ni, semuanya macam tu. Company sapaaaaa la ni!

p/s... kalau terjadi kat aku.... first, makan penampar la anak dara aku tu. Second, boleh la kalau nak rasa penerajang aku budak jantan tu.

Buat Peluh

Hari ni aku menghadiri Seminar Teknologi Pendidikan sempena Mesyuarat Agung Persatuan Teknologi Pendidikan Kelantan di Perdana Beach Resort. Mesyuarat di rasmikan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan KPM. sampai tengahari kat situ.


Dari PCB aku selesaikan beberapa perkara, bayar kereta, bayar kredit kad dan singgah ambil mesin rumput yang dah 3 minggu rosak. Maknanya rumput kawasan rumah aku dah 3 minggu tak bermesin. Uhhh... aku rindu dengan mesin rumput aku ni, hehehe! Dah lama tak mesin rumput, selalunya petang2 hujung minggu aku akan mesin rumput kerana kawasan belakang rumah aku ni agak luas juga. Musim cuti macam ni, peluh tak berapa keluar, jadi aktiviti keluarkan peluh hanya memesin rumput sajalah. Bulan 12 ni aku off sebulan dari turun ke trek. Kalau aku pegi training pun bebudak gerenti tak datang punya. So aktiviti training hanya boleh start januari nanti. Nak buat cam mana... bebudak cuti, diorang tak tau pegi mana.

Bila musim tak training ni, perut pun nampaknya overr sikit. Apa taknya dok menyandar kat kerusi ni jee... Nak joging nanti orang kampung terkejut. Emm... bila musim training tu selalunya perut pun kempis la sikit... hehehe.

Sunday, December 24, 2006

Projek Dataran

Minggu ini aku sibuk dengan projek baru kat rumah. Nak bagi nama apa eii projek ni? Barangkali boleh bagi nama Projek Dataran kot! Bila siap nanti, kat sinilah cadangnya untuk rehat2 waktu petang atau malam. Dataran ni aku cadang nak buat sepanjang tepi rumah hingga hujung ruang rehat berbumbung kat belakang rumah yang baru siap. Berapa Bajet nak buatnya... entahlah, aku pun tak tau kerana pakai buat je.

Yang ni 'tukang peribadi' aku sedang beraksi. Wah! ada tukang peribadi... hehehe. Sebenarnya lebih kurang macam tu la kot, kerana Halim nilah yang buat rumah aku 10 tahun dulu. Masa buat rumah ni pun aku tak de bajet gak..... pakai buat je. Ada duit buat kerja. 3 tahun baru siap. Errrr... sebenarnya tak berapa siap kerana sampai hari ni aku tak mampu nak cat rumah aku ni.

Projek Dataran ni sebenarnya kira macam projek sampingan sajalah, kira macam kerja-kerja landskap. Orang kampung pun hairan bila tanya kat Halim kerja kat mana. Dia kata kerja kat rumah aku. "Huui... ghapo dio la mu buakk, tak siap2 lagi rumohh dio tu" Hahaha... sebenarnya macam yang aku kata tadi, Halim ni tukang peribadi aku, so lepas satu projek aku buat satu lagi projek.


Kat tepi rumah sebelah depan pulak ada jugak projek Taman Bunga aku. So.... sepanjang tepi rumah aku ni dari depan sampai belakang ada projek landskap la. Aku dah lama buat taman mini ni.... apa yang ada kat taman ni? Haaa... ni pet yang aku bela kat taman ni, jeng jengg

Kura-kura ni masa aku beli saiznya besar sikit je dari syiling 50 sen, seekor RM7.00 sekarang ni dah sebesar tapak tangan. Awalnya aku ada 7 ekor, tapi sekarang ni dah tinggal 3 je, yang lain2nya dah hilang. Kura2 hijau ni kira aktif la jugak... asal aku datang je tepi kolam tu, mesti semua datang nak makan. Kolamm? haaa bab ni pun kira aku fikir cara yang mudah cam mana nak buat kolam? Aku beli saja besan yang paling besar ada kat kedai, hahaha! then bubuh je la enjin akuarium tu untuk bagi air tu bergerak dan ada air terjun sikit. Dalam kolam kecik tu pun dulu aku bubuh ikan mas.. tapi tiap minggu aku kena ganti, kerana bila balik kerja, ikan dah hilang. Masa tu pagar belum buat. Sekarang ni aku bubuh ikan kap malaysia je. Ikan yang orang buat umpan/makanan ikan kelisa, 10 ekor RM1.00. Kalau hilang pun tak sakit hati.



















Opsss.... jangan tak caya. Taman ni memang aku yang buat. Bunga2 tu aku tanam. Orghe rumah aku tumpang tengok je dan sesekali tolong siram... hehehe. Tapi sekarang ni tengah ubahsuai semula taman tu... bunga pun aku baru ganti. Insya-Allah nanti, akan berjuntai2 la bunga kat lorong taman aku niii. Kat dinding simen tu pun aku dah tanam bunga supaya nanti akan menghijaui dinding tu. Sekarang ni dah mula naik menjalar tapi belum penuh lagi.




















Orghe rumoh aku bukan tak minat bab tanam bunga ni, tapi kerana aku mungkin lebih berbakat dalam bab ni... hehehe, jadi dia tolong tengok je la. Dia sebenarnya ada projek lain... haaa nak tengok apa projek dia. Ni diaaa... sapa nak buat sambal boleh datang rumah aku, boleh dapat lada free. Orghe rumah aku ada banyak pokok lada. Yang ni kat tepi garaj kereta kat depan rumah. Sekarang ni dia tengah buat projek kebun sayur kat tepi rumah sebelah kanan. Aku nak tengok cam mana nanti kebun dia tu.... Apa yang dia tanam? cam biasa..... lada. Nanti bila kebun tu menjadi aku ambik gambarnya (kalau menjadi la... hehehe)

















Yang ini pula satu lagi tanaman orghe rumah aku... seraiii. Mugo dia dan anak-anak berehii make lauk singgang. Serai sebanyak ni memang tak habis makan, jadi sesiapa saja yang nak serai silakan ambil, free saja. Aku memang hairan sungguh bila tengok orang beli serai di pasar, padahal serai ni pacak je gerenti hidup. Kat kebun mini aku ni sebenarnya ada beberapa tanaman yang dah jarang2 orang sekarang ni tanam. aku ada tanam kunyit, lengkuas, kecor, pandan, kesom dan lain-lain. Semua tu sebenarnya senang je tanamnya, pacak & tinggal, gerenti hidup. Kat situ juga ada 2 pokok yang payah dah nak tengok hari ni. Pokok karapulai (daun kari), haaaa .... bab daun kari ni bila masa masak kari kepala ikan, time tu la yang pentingnya tu. Nak pakai 2-3 tangkai je, takkan la nak kena gi pasar. Satu lagi ialah pokok belimbing buluh, haaa.... yang ni bila masak gulai ikan kering, bubuh belimbing buluh baru la ngamm. Satu lagi akar belimbing buluh ni boleh buat ubat kencing maniss. Ramai la jugak yang datang nak mintak akarnya tu. Selain dari tu ada jugak limau kasturi dan limau nipis. Yang ni semua penting masa nak buat cicah ikan bakar dengan kicap tuu...


Emmmm....... aku ni memang ada bakat kot pasal tanam-menanam ni, hehehe.... bukan puji diri tu tapi memang dah hakikat, hahaha! Orghe rumah aku kata, apa saja yang aku tanam mesti hidup molek.... bangkali tangan sejuk kot, :-)

Who Am I?

Setelah sekian lama, entah kenapa malam ni aku tergerak hati nak mencari info tentang "Banjar". Banjar? kenapa.. ... emmm.... tetiba je teringat asal keturunan. Sooo, who am i? Setelah sekian lama menetap di Kelate (walaupun tetap dipanggil orghe luar - orang luar) makin lupakah aku akan asal keturunan ku? Barangkali juga, tapi jauh dalam diri ku... aku tetap ada titisan darah Banjar. Sebagai info awal.... aku rasa artikel ni paling sesuai untuk mengenali diri kembali.

ORANG BANJAR DI MALAYSIA
( Dipetik daripada "ayuhak bepandiran ")

Mukaddimah

Masyarakat Malaysia terkenal kerana sifat majmuknya. Salah satugolongan etnik yang besar ialah orang Banjar. Seperti golongan etnik lain, orang Banjar juga merupakan satu golongan yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Orang Banjar adalah tergolong dalam rumpun bangsa Melayu, walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza dengan orang Jawa yang lebih dikenali walaupun kedua-dua masyarakat ini mempunyai latar belakang penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara yang sama iaitu Indonesia. Satu hal yang agak menarik juga, kedua-dua masyarakat tersebut tinggal di kawasan petempatan yang berdekatan di Malaysia, contohnya di daerah Batu Pahat, Johor, daerah Sabak Bernam dan Tanjung Karang, Selangor dan daerah Bagan Datoh di Perak. Sehingga kini, belum ada penulisan yang benar-benar lengkap tentang sejarah kedatangan atau perkembangan masyarakat tersebut di negara ini, walaupu sumbangan mereka dalam bidang sosial, ekonomi dan politik bangsa Melayu khasnya di negara ini secara keseluruhannya tidak kurang pentingnya.

Asal-usul kedatangan orang Banjar ke Tanah Melayu

Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar Masin, iaitu pusat bandar daerah itu. Kawasan ini adalah terletak di bahagian tenggara Borneo. Di antara daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura. Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumatera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Daerah-daerah tersebut merupakan kawasan penanaman padi. Oleh demikian, mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi. Disamping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan berniaga juga ditekankan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjar Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi, seperti peralatan pertanian dan senjata. Kebanyakan mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Barito dari Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara.

Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan, tetapi menurut Afred Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke 19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka sering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura. Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakan awal masyarakat ini di Tanah Melayu.

Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi manjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar boleh didapati di beberapa kawasan pantai barat, terutamanya di kawasan penanaman padi seperti di daerah Kerian, Sungai Manik dan Bagan Datoh di Perak, Sabak Bernam dan Tanjong Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah pula, orang Banjar terdapat di Sandakan, Tenom, Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan, Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat asal-usul mereka di Tanah Banjar.

Selain daripada faktor perdagangan, kemiskinan yang mencengkam kehidupan orang Banjar di tempat asal mereka juga telah mendorong penghijrahan ke Tanah Melayu. Keadaan mereka di Tanah Banjar agak sukar kerana tanah pertanian mereka sering menghadapi ancaman binatang buas. Faktor ini ditambah lagi dengan kemelaratan yang dihadapi di bawah pemerintahan penjajah Belanda yang terlalu menindas masyarakat tempatan dengan pelbagai cukai dan peraturan yang tidak munasabah. Di samping itu, mereka tertarik dengan kemakmuran kehidupan di Tanah Melayu pada masa itu yang dikhabarkan oleh pedagang-pedagang yang berulang-alik ke Tanah Melayu.

Pihak penjajah British di Tanah Melayu pula amat menggalakkan penghijrahan masyarakat dari Indonesia untuk membuka dan mengerjakan kawasan pertanian yang baru kerana masyarakat tersebut amat terkenal dengan sifat tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran hidup.

Ciri-ciri awal orang Banjar di Tanah Melayu

Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri awal ini ialah sosio-budaya orang Banjar pada tahap awal pertapakan mereka di tanah Melayu iaitu sekitar pertengahan abad ke-19 sehingga pertengahan abad yang ke-20. Terdapat ciri-ciri yang dominan dan ketara pada masyarakat ini yang membezakannya dengan masyarakat Melayu tempatan pada masa itu. Di antara ciri-ciri awal yang dapat diperhatikan dalam masyarakat ini pada masa itu ialah, fahaman kesukuan, teguh pegangan agama dan carahidup sederhana, berani dan panas baran.

Fahaman kesukuan

Perkara ini adalah berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah dari Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagi mereka. Jadi, bagi memastikan kebajikan mereka terjaga, mereka sentiasa tinggal dalam satu kelompok. Salah satu ciri terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu ialah mendalamnya fahaman kesukuan. Bagi mereka, orang-orang selain dari suku mereka dianggap sebagai 'orang luar'. Keadaan ini telah mempengaruhi pergaulan, perkembangan pemikiran dan seterusnya keperibadian mereka.

Faham kesukuan ini juga telah menjadikan masyarakat ini pada masa itu sebagai sebuah masyarakat tertutup. Jarang-jarang benar berlaku perkahwinan di luar suku Banjar. Justeru itu, faktor ini telah dapat mengekalkan beberapa ciri-ciri keperibadian yang tersendiri masyarakat ini. Contoh yang nyata ialah pengekalan bahasa pertuturan sehari-hari iaitu dialek Banjar dan kawasan tempat tinggal yang berkelompok.

Teguh pegangan agama dan cara hidup sederhana

Kebanyakan orang Banjar yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan cara hidup yang sederhana. Maka, tidak hairanlah bahawa masyarakat ini amat condong terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini ditambah lagi dengan corak pekerjaan mereka yang berbentuk pertanian dan lokasi petempataan mereka yang agak terpencil daripada bandar, telah menyebabkan peluang untuk mereka mengikuti kemudahan-kemudahan seperti pelajaran, kesihatan, dan lain-lain amat terhad.

Perkembangan pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca al-Quran, mempelajari hal-ehwal syariat Islam sama ada di sekolah-sekolah agama rakyat mahupun di madrasah-madrasah. Bagi golongan yang berkemampuan pula, mereka menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah-sekolah arab mahupun pondok-pondok di tempat lain. Bagi yang lebih berkemampuan, mereka juga turut menghantar anak-anak mereka ke Tanah Suci Mekah untuk mendalami ilmu agama. Amat kurang sekali yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kerajaan mahupun ke sekolah Melayu kerana mereka berpendapat mata pelajaran yang di ajar tidak sesuai dan semata-mata hal-ehwal duniawi sahaja. Begitu juga dengan sekolah-sekolah Inggeris mereka khuatir anak-anak mereka akan terpengaruh dengan dakyah Kristian jika menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah tersebut. Walaupun pada umumnya, fahaman sebegini wujud dikalangan masyarakat Melayu yang lain, tetapi keadaan yang wujud dikalangan orang Banjar amat ketara sekali.

Sebagai buktinya, sehingga awal tahun-tahun 60an, amat kurang sekali pegawai-pegawai kerajaan mahupun kakitangan yang berketurunan Banjar. Kalau pun ada, hanya pegawai-pegawai agama atau guru-guru agama. Ringkasnya mereka lebih berminat untuk bergiat dalam bidang-bidang yang bersangkutan dengan hal-ehwal agama Islam sahaja. Kesan lain yang dapat diperhatikan dan masih kekal sehingga kini ialah terdapatnya dengan banyak sekali sekolah-sekolah agama rakyat, madrasah mahupun pondok-pondok dikawasan-kawasan yang majoriti penduduknya orang Banjar seperti di daerah Kerian, Perak mahupun di daerah Sabak Bernam, Selangor.

Keadaan kehidupan mereka juga amat sederhana, rumah mereka dikatakan kosong kerana tidak mempunyai alat-alat perabut seperti kerusi, meja dan almari. Peralatan yang ada seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu datang dan lain-lain perkakas yang mustahak sahaja.

Satu hal yang agak menarik juga ialah, masyarakat ini tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya dalam bidang pertanian. Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka membuat perkara-perkara sampingan khasnya untuk mendalami ilmu-ilmu keagamaan. Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkara-perkara tersebut seperti ketika menunggu musim menuai dan seumpamanya. Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan orang Banjar. Nilai yang diberikan ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah berdasarkan keahliannya dalam ilmu-ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam. Perkara ini jelas dilihat daripada kemenangan calon parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan pada Pemilihan Umum Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 Kawasan Kerian, Perak yang telah diketahui majoriti daripada penduduknya terdiri daripada orang Banjar. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Haji Ahmad Haji Hussein, keturunan Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari, seorang tokoh ulama besar berasal dari Tanah Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia.

Berani dan pemanas

Salah satu sifat yang agak ketara terdapat dalam masyarakat Banjar ialah bersifat berani dan pemanas. Masyarakat ini pantang dicabar dan bersifat panas baran. Penggunaan senjata seperti pisau (biasanya disebut lading), parang panjang atau badik (sejenis pisau juga), tidak asing lagi bagi mereka terutama ketika berlaku pergaduhan. Dipercayai juga setiap keluarga orang Banjar pasti menyimpan sebilah parang panjang di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan mereka. Orang Banjar sering dianggap sebagai masyarakat yang gemar bergaduh oleh masyarakat lain. Sebenarnya, sifat ini telah timbul secara turun temurun semenjak mereka menetap di Tanah Banjar lagi. Keadaan alam sekeliling di Tanah Banjar yang penuh dengan hutan belukar dan binatang buas menjadikan mereka sentiasa berhadapan dengan cabaran dan halangan dalam meneruskan kehidupan mereka. Orang-orang yang berniaga pula sering berhadapan dengan lanun dan perompak memerlukan mereka sentiasa bertenaga dan bersedia untuk bertarung dengan pihak musuh. Perkara ini juga telah menyebabkan mereka suka menuntut ilmu-ilmu persilatan daripada pendekar-pendekar tempatan mahupun luar. Keadaan ini terbawa-bawa dan akhirnya telah menjadi sifat dan perangai mereka sehingga sekarang walaupun semakin berkurangan. Ciri-ciri ini jugalah yang sebenarnya menjadi penyebab kepada pergaduhan yang telah timbul di kawasan petempatan orang Banjar seperti di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak pada tahun 1940an dan 1960an mahupun di Batu Pahat, Johor pada 13 Mei 1969, atas gabungan sifat mereka yang kuat pegangan agama dan berani serta pemanas.

Orang Banjar kini

Kini, orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-masyarakat penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis, Mendailing, Rawa, Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi, telah mengalami arus perubahan yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri. Proses asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila berlakunya perkahwinan campur. Program pendidikan di negara ini juga sedikit sebanyak telah mengasimilasikan masyarakat ini ke dalamm asyarakat Melayu tempatan. Generasi muda masyarakat ini sudah agak kurang mahupun tidak tahu atau malu untuk bertutur dalam bahasa Banjar walaupun ketika berbicara sesama mereka.

Sifat mereka yang suka merantau masih membara dijiwa mereka. Buktinya, apabila adanya pembukaan tanah-tanah rancangan sama ada oleh FELDA mahupun FELCRA, mereka akan memberikan sambutan yang menggalakkan untuk menjadi peserta. Kini, orang Banjar juga banyak didapati di kawasan-kawasan tanah rancangan contohnya di negeri Pahang.

Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar, Perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan menggunakan bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, dari segi pengamalaan adat resam dan organisasi sosial orang Banjar serta prasangkanya terhadap orang bukan Banjar sudah agak berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan menjawat jawatan-jawatan yang tinggi di sektor awam mahupun swasta. Namun begitu, pendidikan agama masih tetap menjadi pilihan utama kebanyakan dari mereka dan buktinya dapat di perhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar dari daerah Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam di Selangor.

Disusun semula oleh:

Muhammad Sabil al-Banjari,
Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM.

Saturday, December 23, 2006


Disebalik kata-kata seorang wanita yang perlu difahami oleh Lelaki.

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you a. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih,hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi, maklum la, kaum perempuan ni kan pemalu. HEHEHEHEHE....


Pernah dengar selinder gas LPG ada expiry date. I pun tak tahu juga sebelum ini.Very important information. Ramai kat luar sana yang tak tahu. I pun tahu dari stokist gas sebab ada accident . Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas. Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;


A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.


Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun –


A utk March ( Suku pertama ),
B utk June (Suku kedua ),

C utk Sept ( Suku ketiga ), &
D utk December ( Suku keempat ).


2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan.Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.


Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa.

Friday, December 22, 2006

Bola Sepak

KENAPA 45 MINIT?

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit
ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang Bang Mat yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab...."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah...Terdapat 2 pasukan di dalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain di setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang. Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan di dalam perlawanan. Oleh itu,jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...



itu adalah "bola referee"!

Kalau masa tambahan tambah lagi ..


tu makna nya termasuk la bola-bola hampa sekali ..!?@#$%@

Bulan Madu


22 Disember 2006
1 Zulhijjah 14
27
Pengantin berbulan madu di pusat banjir

JOHOR BAHRU 21 Dis. – Sepasang pengantin baru dari Kampung Laut Batu 10, Skudai di sini terpaksa berbulan madu di Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Sekolah Pu Sze, Skudai apabila rumah mereka dilanda banjir ketika pasangan tersebut baru hendak disandingkan.

Abdullah Muhari, 28, dan pasangannya, Misriah Osman, 22, pada Isnin lalu bersiap sedia untuk majlis persandingan terpaksa melupakan hasrat mereka apabila air Sungai Skudai tiba-tiba naik dengan begitu cepat ke seluruh kampung itu.

“Para tetamu yang ketika itu sedang menjamu selera segera meninggalkan rumah kami untuk menyelamatkan diri apabila kawasan perkhemahan perkahwinan mula digenangi air,’’ katanya ketika ditemui sedang membersihkan rumahnya hari ini.

Katanya, ketika kejadian, beliau dan isterinya yang lengkap berpakaian pengantin baru turun dari kereta dan sedang menuju ke pelamin untuk majlis persandingan terpaksa berpatah balik dan segera ke tempat lebih tinggi dan tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang dalam rumahnya.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 2 petang itu menyebabkan kira-kira 300 orang tetamu yang sedang menjamu selera segera meninggalkan majlis manakala tetamu yang dalam perjalanan ke rumahnya terpaksa berpatah balik.

Dengan nada sedih sambil membelek-belek sebahagian barang hantaran yang telah diselaputi lumpur, beliau berkata, segala barang hantarannya musnah termasuk perabot, televisyen, peti sejuk dan keperluan asas lain yang turut rosak akibat banjir itu.

– Bernama

************************************************************************************************************

Kisah Pengantin Baru Lagi.

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir,sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.

Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri.

Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh!!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan, "BERAT BERSIH 25 KG".

Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.

Serius sangat membacanya......???!!!

p/s- jangan marahhhh...


BMW vs Mini Cooper

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan berkerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL. Pada suatu hari tu....boss ni memangil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya...seperti biasa seketerinya pun masukla......

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client......si boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya...biasa la boss...malas nak tulis...cakap punya cakap...boss ni pun bangun..dan berjalan jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar .....10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis.....si seketeri pun mula bersuara.....

Seketeri : " boss.....pagi tadi kan...masa saya nak datang ke ofis..saya nampak pintu garage boss terbuka....

Boss : dalam keadaan kelamkabut.." ye ke...tak apa nanti saya call rumah...terima kasih..."

si seketeri pun blah balik ke meja dia....dan si boss pun call rumah dia tanya wife dia.....

Boss : " Yang......tolong tengokkan garage rumah kita....pintu dia terbuka la.....

Bini : " Tak lah bang...baru tadi saya tengok....mana ada terbuka.....

Boss : " Iye ...terbuka.....cuba pergi tengok semula "

Bini : " tidakkkkkk tertutup......saya tahu la bang...."

Boss : " pergi la tengok .....kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????"

Bini : " okay la..okay la...."

setelah setengah jam kemudian....masa boss ni tengah relek-relek...baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka.....(dah memang perangai dia tak suka pakai underware...) maka nampaklah.....mengelabahlah si boss ni memikirkan macamana nak cover malu kat seketeri dia tu..... dan petang yang sama juga....

Boss : " errr..tadi pagi tadi masa you nampak garage I terbuka tadi ada tak you nampak BMW kat dalam tu?"

Seketeri : " tak...yang I nampak cuma ada mini cooper dengan dua tayar depannya pancit!!!!!!!...."

Tuesday, December 19, 2006

Jom Buat Blog

Setelah beberapa orang kekawan tanya cam mana nak buat blog.... aku fikir baik la aku bagi sikit info pasal tu, nanti lain kali kalau sapa2 tanya lagi aku suruh je baca sendiri kat blog aku tu.

Jeng...jeng... petang tadi dah upload citer pasal cam mana nak buat blog dengan blogger ni.. citer penuh boleh tengok di blog aku ni ||Informasi Di hujung Jari|| bawah tajuk "Jom Buat Blog Dengan Blogger"

Aku dah citer lebih kurang cam mana nak buat blog tu dengan bahasa yang paling mudah rasanya untuk difahami. Nak citer lebih-lebih, nanti la kot kalau aku ada masa lapanggg... Kalau tak faham jugakk.....

nah! ambik niii..... hehehe.


Ok.... selamat berblogginggggg!

Jom Buat Blog Dengan Blogger

Ramai kekawan yang tanya macam mana nak buat blog..... bila aku suruh mereka buka blog aku. So aku pun cerita la apa bendenya blog ni, terutamanya 'blogspot' dari blogger ni la. Tu pun masih ada yang bertukar antara "blogspot" dengan "blogsport"

Aku ni bukan la pakar sangat dalam bab ICT ni, tapi boleeeh laaa sikit2. Kat luar sana tu ramai lagi yang lebih arif bab ICT ni. Tapi aku dapati masih ramai yang tak faham sebenarnya apa itu "blog", mungkin kurang info kot. Sebenarnya blog ni boleh dibuat dengan guna banyak sofware yang free saja. Blogger ni salah satu contohnya la. Dan aku rasa buat blog dengan Blogger ni yang paling simple. So.. apa itu "blog"? Blog ni kira macam personal website la lebih kurang. Tapi lebih kepada macam catatan diary la kot. Sebab tu saingan utama yang lain untuk buat blog ialah dari myjournal.com. Oleh kerana sifatnya ialah laman web peribadi... maka kita gunakanlah prinsip buat laman web yang biasa tu untuk isi apa yang patut dalam blog kita ni. Tapi blog ni tak la boleh buat secanggih laman web yang biasa, maklumlah namanya lagi free kan. Ok itu sikit info pasal blog.

Kembali kepada tajuk asal.... cam mana nak buat blog?

First..... buka blog aku ni atau mana-mana blog yang ada, then klik pada logo blogger yang ada kat atas sekali tu... biasanya nampak ikon "B" dengan background colour kuning tu.


Then... bila anda klik saja logo tu anda akan di bawa ke homepage blogger yang macam kat bawah niii... Kat sini kita dah nampak teks "Create a Blog in 3 easy steps" Then klik la kat arrow kuning di bawah tu yang kata "create your blog now"


Bila klik je arrow tu... anda akan dibawa ke page berikut. Ini ialah step pertama untuk buat blog. Anda dikehendaki untuk membuat akaun dengan google, iaitu kita mesti ada akaun email "gmail", jadi register la email anda yang sepatutnya, sama la macam buat akaun email kat yahoo ke atau hotmail ke. Cuma anda perlu ingat... akaun gmail ni akan jadi pintu masuk untuk anda buat blog dengan blogger ni. Then seterusnya ikut la step yang kedua dan ketiga.


PERINGATAN!!!!!!!!

Jangan sesekali lupa username dan password yang sudah anda buat untuk gmail tadi dan juga "url" yang anda guna untuk blogspot tu... kalau lupa yang tu payah la nak cerita. Step yang kedua bagi nama apa blog kita dan step ketiga pilih templete apa yang nak digunakan. Bab nama blog dan templete tu tak kisah sangat pasal kita boleh edit lain kali. Yang penting nak diingat ialah "url" yang kita nak gunakan tu jangan sesekali kita lupa.... kalau tak nanti tak leh nak bukak pulak blog kita tu. Soo.. supaya senang nak ingat maka saya cadangkan bagilah "url" kita tu biar sama dengan email "gmail" kita supaya senangg. Nak lagi senang ingat, password pun biarlah sama baru tak menyusahkan hidup. Contohnya saya punya ni...

Email saya: shifu67@gmail.com
Nama Blog: ||Orghe Luar||
URL Blog: http://www.shifu67.blogspot.com

Ok... kepada semua... harap info ini dapat membantu anda. Kalau ada apa-apa masalah....... tanya kat pakcik jaga!

4 Madu Atas Satu Katil

Berita 1: Terima anugerah khas Kerajaan Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Ahli perniagaan, Ariffin Mohamad, 56, yang memiliki empat isteri dan hidup bahagia bawah satu bumbung bakal menerima Anugerah Khas daripada Kerajaan Terengganu.

Keikhlasan Ariffin dan Muhamad Noor yang dianggap penyelamat wanita bergelar ibu tunggal membuka mata kerajaan negeri dengan memberi penghormatan melalui anugerah berkenaan.


Berita 2: Villa Ariffarozama diserah kepada isteri, harta lain untuk 17 anak.


KUALA TERENGGANU: Demi masa depan dan kebahagiaan keluarga keempat-empat isteri dan 17 anaknya, usahawan ubat tradisional Ariffin Mohamad, 56, atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Ariff menyediakan wasiat untuk mereka.

Ariffin berkata, semua harta yang ada dalam kediaman keluarganya di Villa Ariffarozama di Kampung Tebauk kini bukan lagi miliknya kerana sudah diserahkan kepada empat isterinya.

"Rumah ini milik mereka berempat. Harta lain seperti kereta, saya sediakan untuk anak dan isteri yang mempunyai lesen manakala empat anak yang belajar di Kusza dan Kustem memiliki kereta masing-masing," katanya.

Dia turut memberi perbelanjaan dapur RM36,000 setahun tetapi diberikan kepada isteri ketiga dan keempat.


**********************************
Tahniah kepada Abang Ariff. Ok.... ni ada special picture bab ilmu ber"madu"



EKSLUSIVE....FOTO 4 MADU ATAS SATU KATIL........






Sunday, December 17, 2006

Jadi Pengasuh

Malam ni hantar 'orghe rhumoh' pegi Langkawi. Puok-puok sekolah dia buat mesyuarat/kursus staf di sana. Banyak mana mesyuarat or kursusnye tu tak tau la. Sooo.... mlm tadi penuh 1 bas tranasional dengan guru-guru (ibu-ibu) yang meninggalkan anak-anak kecil. Pakat jadi 'pengasuh' belako la 4 hari ni, hehehe!

Minggu lepas kursus Jurulatih ICT di Kesedar Inn, Gua Musang. Kursus 'jurulatih'..... bila semua jurulatih negeri berkumpul faham-faham je laa. Aktiviti utama ialah 'copy' meng'copy' apa-apa saja yang boleh dikongsi. Tu Ketua Unit tak datang... kalau dakkkk, penuh la external hardisk. Bila jurulatih2 berkumpul... macam-macam kategori la koleksi yang boleh dikongsi. Yang suka dengan mp3, 3gp, movie pakat tambah koleksi. Yang sibuk dengan antivirus, pakat kecek pasal virus. Yang suka dengan flash... pakat try software. Pendek kata macam-macam adaaaaa!

Aku.... aku tak suka sangat dengan segala macam software ni. Malas nak install macam-macam, buat penuh harddisk je, gunanya dakk. Aku guna software yang praktikal untuk kerja aku saja. Tapi memang dah tabiat 'windows user' memang suka sangat install software2 ni.

Minggu ni aku tak de mood nak update blog, pasal entah kenapa pc aku tak leh nak paste pic dalam blog ni. Apa sebab? belum jumpa lagi. Mungkin ada kena mengena dengan setting firewall antivirus aku yang baru ni. Atau pun mungkin juga pasal line tak berapa stabil musim2 hujan ni. Belum sempat chek lagi apa puncanya pc aku tak leh nak insert pic.

Emmm..... esok gaji ke dak niii, kering kontang dah niii. Adussss!

Sunday, December 10, 2006

Pengantin Baru

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Laaa.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai universiti, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal Laila & Majnun, Romeo & Juliet dan sampaila ke cerita pengantin popular..... (yg relevan untuk pengantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih Ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malamni!"

Malam yg sangat ditunggu2 Ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur, cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dah disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

Saturday, December 9, 2006

Dear All,

This info' is sure to help PC users very much.

During a recent visit to an optician, one of my friends was told of an Exercise for the eyes by a specialist doctor in the US that he termed as "20-20-20". It is apt for all of us, who spend long hours at our desks, Looking at the computer screen.

I Thought I'd share it with you "20-20-20"

Step I :-
After every 20 minutes of looking into the computer screen, turn your Head and try to look at any object placed at least 20 feet away. This Changes the focal length of your eyes, a must-do for the tired eyes.

Step II :-
Try and blink your eyes for 20 times in succession, to moisten them.

Step III :-
Time permitting of course, one should walk 20 paces after every 20 minutes Of sitting in one particular posture. Helps blood circulation for the entire body.

Circulate among your friends if you care for them and their eyes. They say that your eyes r mirror of your soul, so do take care of them, they are priceless................

Otherwise our eye would be like this.....

Kalau nak beli pendrive, jangan terlalu terujaaa sangat kalau dapat harga yang murah.


Dunia IT...macam-macam boleh jadi!

Imah Janda... basah!

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta- harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yanmg berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali.
Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak. Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! Syukurlah!!!"kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.

Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di dalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu. Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.

Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.

Lelaki itu memimpin Imah berjalan. "Adik duduklah di sini", kata lelaki itu. Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin. Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata " Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!"

Jawab Imah "Yalah!!Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini".
Lelaki tadi terus menghidupkan semula engin sampannya lalu terus ke pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan.

>>> Huuuuiii... seriusnya membaca!

Tajuk Sebenar : Kisah seorang janda yang jadi mangsa banjir.....



Friday, December 8, 2006

Sapa-sapa yang marah kalau Mat Rempit patut digelar dengan Mat Bodoh.... emmm dia dua kali bodoh dari Mat Bodoh tuu. (termasukla towkey filimmm RemPit tu... hehehe)



Sebenarnya, kita patut tukar nama Mat Rempit tu dengan nama yang paling benggongg sekali. Sapa-sapa ada idea boleh pakat-pakat bagi tau Dewan Bahasa & Pustaka. Bagi aku budak-budak Mat Rempit ni sama saja dengan "orang" yang kat bawah ni.....


ni barulah Mat Rempit yang sebenarnya, hahaha!

Thursday, December 7, 2006

Kafe Siber Di sekolah

Utusan Online
2 Oktober 2006
9 Ramadan 14

‘Kafe siber’ di sekolah - Pusat Akses Komputer untuk pelajar buat tugasan,budayakan ICT.


KLUANG 1 Okt. - ‘Kafe siber’ di sekolah. Ia akan menjadi realiti sepenuhnya tidak lama lagi apabila Kementerian Pelajaran membekalkan 10 unit komputer di hampir semua 10,000 sekolah menengah dan rendah di seluruh negara. Ia akan dikenali sebagai Pusat Akses Komputer, yang konsepnya sama seperti kafe siber.

Melalui pusat itu para pelajar akan menggunakan kemudahan tersebut untuk membuat tugasan sekolah. Pusat ini berbeza dengan makmal komputer yang sedia ada di sekolah-sekolah, yang kegunaannya adalah mengikut jadual waktu persekolahan.

Menurut menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sebanyak 1,500 buah sekolah dengan 15,000 unit komputer, 1,500 unit pencetak, perabot dan infrastruktur dengan kos sebanyak RM70 juta terlibat dalam fasa pertama. Beliau menambah, pelaksanaannya telah bermula di 51 buah sekolah rendah dan menengah di luar bandar Sabah termasuk 10 sekolah dalam Parlimen Kalabakan di negeri itu manakala 33 buah sekolah lagi di Johor.

Dalam fasa seterusnya tahun depan, beliau berkata, sebanyak 12,900 unit komputer lagi bakal dibekalkan kepada 1,290 sekolah secara berperingkat.

“Berbeza dengan makmal komputer, Pusat Akses Komputer memberi ruang kepada pelajar mengenali ICT dan pada masa yang sama ia mungkin boleh dikongsi oleh ibu bapa, satu hari kelak.

“Menerusi pendekatan ini, nisbah komputer terhadap murid-murid di sekolah dapat dikurangkan, usaha membudayakan ICT dapat dipertingkatkan sekali gus merapatkan jurang pelajar luar bandar dan bandar,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong menyatakan demikian kepada pemberitapada majlis tadarus al-Quran, berbuka puasa dan penyampaian sumbangan untuk penduduk dalam kawasan Parlimen itu di Masjid Felda Ulu Belitong, dekat Kluang,semalam.

Majlis itu adalah anjuran UMNO Sembrong, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sembrong dengan kerjasama Unit Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri. Hadir sama ialah isteri beliau, Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kahang, S. Ramis.

Mengulas lanjut Hishammuddin berkata, pusat-pusat akses akan lebih banyak diwujudkan di sekolah luar bandar kerana sekolah di bandar sudah jauh ke depan dalam menikmati kemudahan ICT sama ada dibekalkan oleh kerajaan atau pihak ketiga.

Menyedari pendekatan itu sekolah-sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak telah mula dibekalkan generator berkuasa 30 Watt yang baru dan generator lama dinaik taraf sebagai bekalan elektrik termasuk air bersih, semuanya selesai paling cepat menjelang tahun depan, jelas beliau.

“Agenda ini penting, kalau tiada elektrik tiada guna dibekalkan komputer, seperti yang berlaku dulu dengan menganggap semua sekolah sama taraf tetapi banyak sekolah tiada bekalan elektrik ia menjadi pembaziran kepada kerajaan,” katanya.

Beliau juga memberitahu, Kementerian Pelajaran menyerahkan kepada budi bicara pihak sekolah untuk mewujudkan pusat akses itu yang dilihat bukanlah satu masalah besar selain mengekalkan makmal komputer yang sedia ada. Kebimbangan kini ialah faktor keselamatan terhadap komputer-komputer yang dibekalkan dan Hishammuddin mengakui sendiri jika berlaku kehilangan ia mengambil masa yang lama untuk menggantikannya.

“Soal keselamatan perlu diambil kira kerana selepas program ini selesai, isu dari segi insurans, sewa atau jual beli serta menaik taraf kemudahan tersebut masih dalam perbincangan,” katanya.

Namun lebih meresahkan beliau ialah jika segala kemudahan yang disediakan tidak diakses menyebabkan perancangan kerajaan untuk melahirkan masyarakat celik komputer terbantut.

Alam Perkahwinan

|| Awal kawin
isteri : bang nak duit sikit
suami : ambik la..kan duit ayang juga

|| Pertengahan kawin
isteri : bang nak duit sikit..
suami : ayang lum gaji lagi ker ?

|| Hujung2 nyawa....
isteri : bang nak duit sikit...
suami : nak buat apa,nak beli apa,kan hari tu dah bagi (tahun lepas), nak beli mas la tuuuu....!! lain tak de mas...mas...mas...


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke.."

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya sibuk nak baca suratkabar ni, nak amik tau perkembangan dunia..."


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "bukan harijadi awak dah lepas ke?"...


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...
______________________
:: TQ to Erose yg fowordkan citer ni.... hahaha!

Kegilaan Pemilik MySpace

Aku dah lama jugak register kat myspace.com tapi tak penah buat apa-apa pun kat sana. Hanya add saja sesiapa yang ada myspace, then bila mereka terima maka tersenarailah mereka sebagai 'kawan' kat situ. 'Kawan' emmm setakat ni tak penah la aku faham betul-betul maksud 'kawan dalam myspace tu, kerana aku hanya duk peratiii saja apa yang ada dalam myspace.

Malam ni hampir 4 jam aku saja klik pengguna myspace.... emmm! macam-macam ada! dengan macam-macam kegilaan. Kalau myspace yang personal tu kira ok la. Tapi yang aku hairan tu, entah sapa la yang rajin sangat buat myspace seolah-olah dia Pak Lah, Dato Najib, Bush, Ghandi dan lain-lain. Tambah pelik lagi bila myspace Ahmad Denejad, PM Iran tu tulis info dalam myspacenya guna bahasa melayu. Emm... hairan sungguh la aku, dengan tahap kerajinan mereka yang buat semua tu.

Then ada satu group lagi ialah mysapce artis-artis.... mungkin sesetengahnya tu memang buat sendiri, tapi sesetengah yang lain tu rasanya entah umat mana la yang buat. Silap-silap tuan punya artis tu pun tak tau itu myspace dia, hahaha!

Group yang lagi satu aku perhatikan, ialah myspace anak-anak muda yang memang 'gila-gila'...... sampai tahap dalam hati aku berkata " anak sapaaaaa la niii?" atau "sapaaaa laaaa mak bapak budak ni?" Memang lah bukan semua pemilik myspace boleh dipercayai sangat statusnya, tetapi yang aku perhatikan, dalam banyak-banyak tu myspace bebudak kita ni memang dah tahap melampau. Ramai yang dengan bangganya duk pamer celah dada je! nak kata tipu, siap ada koleksi gambar dengan family pulak tu. Tapi kemudiannya bila tengok gambar mak bapak dia, sekali lagi dalam hati aku berkata, "emmmm.... patutlahhh!"

___________________
:: Dunia cyber.... tiada siapa yang dapat menghalangnya. IT.... "ikut telitahhh!"

Wednesday, December 6, 2006

Sukan Asia Doha, Qatar 2006

Team Sepak Takraw Malaysia kalah lagiiii!.... huhuhu! Nok wat guano, stail kito lagu tu doh. Stail hero... kalah dulu, tapi sampai sudah kalah dan kalah.

New! - 10 Disember.... sepak takraw akhir antara regu.... pun kalah jugakkk!


>> Peminat Rika Somantooo! bijak & licik... Bawang Puteh, uhhh.... hampehh! hahaha!

Seharian aku meneroka alam blogging ni, semalam aku dah buat satu dengan 'multiply.com'. Mula-mula tu nampak menarik, tapi lama-lama rasanya aku tak minat dengannya. Pasal aku bukannya ada masa nak share photo, lagu atau video. Boleh isi blog ni macam yang ada sekarang ni pun dah kira ok. Sooo.... bukan 'blogspot.com' yang aku nak lupakan tapi 'multiply.com' bangkali yang akan aku lupakan. Yang dah ada tu, biarkan je lahh!

Selain 'multiply.com' aku dah daftar 'tagged.com'... lebihkurang sama saja dengan 'multiply.com'. Aku juga tengok 'blogsome.com' yang ni kira adik beradik 'blogspot.com'. Satu lagi alat blogging ialah 'livejournal.com', 'facebook.com', 'wordpress.org' dan ada la lagi yang lain-lain. Semua tu saja pegi tengok, apa kelebihan dan kekurangan antaranya.

Ok... sekarang ni aku dah ada:

http://www.shifu67.blogspot.com/

http://www.siapanakjawab.blogspot.com/

http://www.kongsiinfo.blogspot.com/

http://360.yahoo.com/shifu_67

http://www.shifu67.googlepages.com

http://www.myspace.com/shifu67

http://www.shifu67.multiply.com/

http://www.tagged.com/shifu67



Emmmm...... bila masa aku buat semua ni, hahaha!

Tuesday, December 5, 2006

Oleh: Hanafiah Hashim

Setiap daripada kita mungkin pernah mengahadapi kemalangan di jalan raya. Apabila berlaku, ia melibatkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan kecederaan diri, kerosakan kenderaan sendiri, kenderaan pihak ketiga dan sebagainya. Di sini, diberikan panduan apabila berhadapan dengan kemalangan jalan raya.

1. Di tempat kemalangan

- Dapatkan butir-butir penting daripada pihak atau pihak-pihak lain yang terlibat di dalam kemalangan tersebut seperti:
- Maklumat kenderaan seperti nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit, tahun dibuat dan model kenderaan.
- Maklumat pemandu terlibat seperti nama, alamat, nombor telefon pejabat, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu dan alamat kediaman.
- Nama pihak insuran yang mewakili mereka.

2. Berurusan di Balai Polis

- Jika tidak terdapat pegawai polis yang bertugas di tempat kemalangan, buat laporan polis mengenai kemalangan tersebut dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku di balai polis yang berhampiran.
- Jelaskan keadaan kemalangan berlaku dan menulis laporan polis menggunakan bahasa melayu. Sekiranya anda tidak fasih dan tidak mahir menulis di dalam bahasa melayu, seorang pegawai polis akan membantu anda untuk menulis laporan tersebut. Setelah selesai, anda akan diminta menurunkan tandatangan di bahagian bawah laporan tersebut.
- Simpan satu salinan laporan polis yang telah disahkan benar.

3. Berurusan dengan insuran

- Baca polisi insuran anda dengan berhati-hati dan laporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak insuran secepat mungkin atau dalam tempoh yang ditetapkan dalam polisi insurans tersebut. Sebarang kelewatan memfailkan tuntutan mungkin akan menghapuskan hak anda untuk mendapatkan wang pampasan.
- Jumlah amaun tuntutan yang difailkan mestilah tidak melebihi amaun yang telah ditetapkan di dalam klausa tuntutan. Insurans hanya akan membayar perbezaan antara amaun tuntutan dengan amaun yang ditetapkan.
- Pastikan kenderaan diselenggarakan pihak bengkel yang bertanggungjawab. Kerosakan pada kenderaan akan dinilai oleh seorang pemeriksa atau penilai daripada insurans.
- Sekiranya kemalangan disebabkan pihak lain, anda harus menghubungi insuran yang mewakilinya. Pastikan sama ada polisi insurans yang melindungi pemandu tersebut masih sah dan sama ada nombor tuntutan pampasan ditetapkan.
- Hubungi secara bertulis pihak insurans yang mewakili pemandu tersebut, menyatakan bahawa anda terlibat dalam kemalangan dan mahu memfailkan tuntutan terhadapnya. Seorang pemeriksa atau penilai berkemungkinan besar akan menghubungi anda dan menawarkan untuk menyelesaikan tuntutan khidmat kerosakan kenderaan dan kecederaan peribadi anda. Sesetengah insurans mungkin akan mengetepikan tuntutan dan menolak tuntutan untuk memberikan pertolongan kepada anda. Sekiranya perkara ini terjadi anda berkemungkinan memerlukan khidmat nasihat peguam cara.

4. Jangan cuba lakukan

- Mengaku bersalah atau berunding dengan pihak ketiga.
- Membaiki kereta anda tanpa kelulusan daripada Penanggung Insurans, jika anda bercadang mengemukakan tuntutan di bawah Seksyen A.
- Meninggalkan kereta tanpa langkah-langkah munasabah bagi memastikan keselamatan kereta anda setelah berlaku kerosakan.
- Memandu kereta anda sebelum pembaikan disempurnakan.
- Menandatangani Baucer Pelepasan kecuali anda berpuas hati dengan kerja-kerja pembaikan berkenaan.
- Menghantar kereta anda ke bengkel yang bukan panel bengkel yang dibenarkan penanggung insurans.

Dipetik daripada Sinar Harian, 5 Disember 2006

Monday, December 4, 2006

Mahukan Windows Vista?


Anda bercita-cita hendak menggunakan OS Windows Vista?
Kalau pakai pc atau laptop Gomen tu, tak payah la nak berangan-angan..... hehehe!

Sunday, December 3, 2006

Gaya hidup keterlaluan dengan menghabiskan masa di hadapan komputer menyumbang kepada peningkatan 65 peratus masalah rabun jauh di kalangan remaja berusia 15 tahun ke atas. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon berkata, rabun adalah penyebab utama kepada kecacatan penglihatan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Menurutnya, masalah itu mengurangkan sumber tenaga manusia negara untuk mengisi jawatan tertentu seperti polis, tentera dan juruterbang. ‘‘Duduk berjam-jam bermain permainan komputer menyebabkan mata menjadi terlalu letih dan lama kelamaan mereka mengalami rabun jauh,” katanya selepas merasmikan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2006 di Dewan Serbaguna Jawi di sini hari ini.

Kah Choon berkata, gaya hidup itu menyebabkan jumlah pesakit rabun mata meningkat 60 peratus dengan purata penghidap rabun mata mula memakai cermin mata sejak berusia 12 tahun. Beliau berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan sikap sesetengah ibu bapa yang lebih suka melihat anak berada dalam rumah berbanding bermain di luar rumah.

Menurutnya, berdasarkan kajian, bagi setiap 1,000 orang di Malaysia, 24 orang mengalami masalah penglihatan terhad dengan dianggarkan setengah juta rakyat negara ini mengalami masalah penglihatan terhad atau rabun. Kah Choon memberitahu, mengikut Kajian Mata Kebangsaan yang dilakukan setiap 10 tahun, tiga orang daripada 1,000 rakyat negara ini adalah buta. Katanya, berdasarkan kajian itu dianggarkan 50,000 rakyat negara ini mengalami buta penglihatan kedua-dua belah mata pada 1996.

Menurutnya, kajian menunjukkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 15 tahun melibatkan 4,676 pelajar di Selangor pada 2003 mendapati 19.7 peratus responden mengalami masalah kesalahan refraktif. Kata beliau, daripada jumlah itu sebanyak 18.7 peratus mengalami penyakit mata jenis myopia, 1.4 peratus hyperopia dan 15.4 peratus mengalami astigmatism. ‘‘Kajian ini menunjukkan responden berbangsa Cina mempunyai masalah rabun jauh tertinggi iaitu 45 peratus, India 16 peratus dan Melayu 14 peratus. ‘‘Masalah rabun mata juga meningkat sejajar dengan peningkatan umur dan ini dapat dilihat di kalangan responden berumur 15 tahun dengan kadar prevalen rabun jauh adalah 65 pratus bagi Cina, Melayu (31 peratus) dan India (16 peratus),” katanya.

Dipetik daripada Utusan Malaysia, 25 November 2006

Saturday, December 2, 2006

Keceriaan Berganda

OK, petang ni nampaknya petang yang agak menceriakan, petang yang sangat melegakan... kenapa?

Pertama..... aku dah sebulan cari geran kereta untuk memperbaharui roadtax yang dah mati. Habis dah semua fail, semua sampul surat. Dah punggah beberapa kali rak 6 tingkat kat tepi meja aku ni. Dah periksa helai demi helai apa saja yang ada kat rak dan meja kerja aku. Sehinggalah aku dah menyerah kalah, tak sanggup lagi nak cari. Petang tadi aku dah pegi kedai tanya macam mana prosedur nak buat semula geran kereta dan hidupkan roadtax tu dan akan diuruskan hari isnin nanti. Balik dari kedai tu, aku pun tekad nak cari lagi buat kali terakhir, kerana esok aku akan buat report geran hilang kat polis, then urusan hal-hal lain untuk selesaikan masalah kereta yang dah sebulan tak de roadtax ni.

Jeng...jeng... akhirnya geran tu aku jumpa juga, terselit dicelah surat menyurat dan bil-bil kat dalam satu fail. Fuhhhh! legaa.

Dan hampir serentak dengan itu juga, aku nampak lampu ADSL modem streamyx aku pun dah menyala. Alhamdulillah, kira double keceriaan la petang nii.

Juruteknik Streamyx Telekom

Pagi ni dapat panggilan dari Telekom kawasan aku, dia tanya.... "telefon apa yang rosak? Hehehe! dalam hati aku dah agak dah. Kenapa?, sebabnya mana ada juruteknik streamyx atau yang berkaitan dengan internet. Juruteknik yang ada hanyalah juruteknik telefon sahaja.

Bila aku bagi tau, bukan telefon yang rosak tapi line internet.... dia tak leh nak buat apa-apa la, then dia kata... "tak pe lah, nanti bagi tau dengan (dengan sapa entah) untuk tengok kalau ada apa-apa rosak kat balang telekom di tepi jalan tu". Yang tu pun aku dah agak dah, hehehe! So tunggu sajalah. Nak cakap lebih-lebih pun rasanya buat membazir air liur je, mugo juruteknik yang ada pun dah nak pencen esok karee doh. Buat nayo ke dio jah.

Tunggu dan layan je lah line dailup 28.8 kb ni

Friday, December 1, 2006

Streamyx Down Lagi


Semalam, Khamis 30 Nov 2006 sekali lagi line streamyx aku mapuhh!. Entah apa puncanya tak tau la. Cuma pagi semalam elektrik blackout sekejap dalam 2 minit, then bila ada semula lampu ADSL modem streamyx aku dah tak menyala. Tunggu sekejap tengok cam mana... tapi langsung tak de gak.


Macam biasa call TM.. 1300-88-9515.... "tekan 1 untuk bahasa melayu, or press........."

Lepas tu cam biasa dengar pengumuman "pelanggan-pelanggan yang dihormati......anda mungkin tidak akan dapat.... kami sedang meningkatkan.......bla! bla!bla!"

Tiap kali aku call kat sini... tak penah tak ada pengumuman nak tingkatkan sistem tuu..... hehehe.

Then tunggu lagi, "untuk streamyx dan netmy sila tekan 1, untuk........"

"untuk pertanyaan produk, sila tekan 1, untuk pertanyaan bill sila tekan 2, untuk bantuan teknikal sila tekan 3......"

Then ada akan didendangkan dengan lagu intro TM. Habis lagu baru lah boleh cakap dengan manusia.

Aku akan trus saja bagi tau.... user name.... no. handset dan akaun ni didaftarkan atas nama siapa. Sebab itulah yang akan ditanya untuk pengesahan akaun... dah skripnya macam tu kannn!

Then.... ceritalah apa masalahnya..... Kalau kes lampu ADSL tak menyala ni.... akan suruh kita buat perkara-perkara berikut:

1. reset semula modem
2. cuba sambungkan line modem secara terus dengan sambungan line telefon

So... aku akan bagi tau... aku dah buat semua tuu.... pasal sekali lagi dah macam tu skripnya, hehehe!

Ok... lepas semua tu maka juruteknik akan buka fail report untuk kita... dia taip la kot apa masalah yang kita cerita tadi. Then tunggu dia siapkan report tu untuk dapatkan nombor report.

Akhirnya... juruteknik akan bagi tau... masalah kita akan cuba diselesaikan dalam tempoh 2 hari bekerja.

Dalam tempoh 2 hari bekerja!... haaa bab ni yang payah nak cerita ni. Aku selalunya hadapi masalah dengan streamyx ni hari khamis. Maknanya... esoknya jumaat, then sabtu.... ahad baru kerja. Maknanya dalam tempoh 2 hari bekerja hanya akan bermula pada hari sabtu. Kesannya... line aku akan mampuh! sekurang-kurangnya 3 hari. Adussss!.... bab ni yang sakit niiii.... tenstionnn!

Aku sekarang ni dah buka 1 fail catatan untuk streamyx... kira macam buat rekod la sikit supaya senang nak buat rujukan. So nasihat aku kepada pengguna streamyx buatlah sikit rekod apa-apa masalah, catatkan apa-apa error yang keluar, contohnya error 691... itu tandanya line dah kena blok, bill tertunggak la tu.. hahaha! jadi tak payah la susah-susah pikir sebab apa... cuma konfemm kan saja kat pertanyaan bill... then terus tanya line saya dah kena blok keeee? Ok.. itulah sedikit tip dari sayaaa.