Tuesday, February 6, 2007

Anda teringin memiliki laman web sendiri?

Sebelum anda menghabiskan masa untuk membina laman web peribadi dengan menggunakan Dreamweaver atau Frontpage atau pun apa saja web editor yang ada, tanyakan dahulu pada diri anda.... "berbaloikah usaha anda untuk membina laman web peribadi itu?"

Saya rasa..... anda juga akan rasai apa yang telah saya alami. Bersemangat dan teruja untuk mempelajari cara-cara membina laman web dengan menggunakan web editor seperti Dreamweaver dan Frontpage, tak cukup dengan bertanya, beli buku panduan, menghadiri kursus dan berjam-jam menghabiskan masa melayari internet untuk mencari info atau tip membina laman web..... akhirnya, laman web yang dibina tak pernah siap dan tak pernah diupload.

Percayalah..... kita sebenarnya tidak memerlukan laman web peribadi, apa yang kita perlu kita ada, cukup sekadar laman web blog sahaja.

Ok.... lupakan niat untuk belajar Dreamweaver atau Frontpage, mari kita bina blog sahaja, sudah cukup untuk kita menjadi sebahagian daripada elemen dunia siber.

Jom bina blog.... jadilah seorang blogger yang baik dan selamat berblogging

0 Comments:

Post a Comment