Tuesday, May 22, 2007

Kursus Ternakan Ikan Keli Organik Dalam Kanvas
Skim Multi-Purpose Agro
20 - 22 Mei 2007 | Damai Beach Resort, Besut

Inilah pertama kali aku menghadiri kursus yang cukup istimewa. Kursus kali ini memang cukup berbeza dengan semua kursus yang pernah aku hadiri, kerana sebagai seorang guru, aku tidak pernah terfikir untuk mengikuti kursus yang berkaitan dengan bidang penternakan.

Walau pun begitu, aku sebenarnya memang amat berminat dalam bidang ini, cuma tidak berkesempatan untuk menghadirinya. Apabila YB Dato' Dr. Ilyas Husin, Wakil Rakyat kami membawa idea ini, aku tidak berlengah lagi untuk turut menyertainya.

Sebagai seorang yang berasal dari kampung, bidang ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Tambahan pula semasa sekolah dahulu aku memang dari aliran Sains Pertanian.

Aku telah lama sebenarnya duk berangan-angan, untuk menceburi bidang ini. Kawasan belakang rumah aku memang agak luas. Aku pernah terfikir untuk membeli beberapa tangki air bagi tujuan memelihara ikan. Kalau tidak untuk dijual pun, sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri. Tetapi angan-angan itu sampai sekarang aku tak mampu jadikan realiti, kerana....... kosnya memang mahal.

Sehinggalah YB Dato Dr. Ilyas membuka peluang untuk sesiapa yang berminat dalam projek ternakan ikan keli seperti ini. Projek yang dibawa khas oleh ADUN Jelawat dengan kerjasama Multi-Purpose Agro (Malaysia) Sdn. Bhd. ini sememangnya sesuatu yang aku tunggu-tunggu.

Sejak awal-awal lagi... aku memang berniat untuk menceduk sebanyak mungkin ilmu dan teknologi yang ada daripada mereka yang berpengalaman. Cuma tidaklah pulak pernah menyangka akan menjadi Peserta Kursus Terbaik....

Peserta Kursus Terbaik?.............. emmm! macam tak percaya pulak. Rasa dalam mimpi je, bila Dato' Hamzah, CEO Multi-Purpose Agro (M) Sdn. Bhd. kata, beliau telah memilih seorang peserta kursus sebagai peserta terbaik dan peserta contoh di kalangan 144 orang yang berkursus.

Namun, yang pastinya..... apabila diumumkan sebagai 'peserta kursus terbaik'..... aku melihatnya sebagai satu cabaran daripada Dato' Hamzah. Dan Insya-Allah aku akan sahut cabaran itu.

| Kenangan Semasa Berkursus |

Dato Hamzah, CEO Multi-Purpose Agro (M) Sdn. Bhd. tidak jemu-jemu melayan dan menjawab setiap pertanyaan peserta kursus.










Sedang mencungkil rahsia-rahsia dan tips ternakan ikan keli....... Hehehe!.... Dato Hamzah kata, siapa yang nak tau rahsia tu kena tanya aku.









Cuba teka....... apakah jantina ikan keli ini
?
Dato' Nur Nerrynna, Chairman Multi-Purpose Agro kata....
"ni subjek 18SX ni....."







Menerima gelaran peserta kursus terbaik daripada YB Dato' Dr. Ilyas Husin, ADUN Jelawat


Bakal Usahawan Tani.......

0 Comments:

Post a Comment