Sunday, January 21, 2007

Nor Izmi Firdaus Abdul Rahman.

Hari ini baru ada kesempatan pergi melawat adik yang sedang mengikuti PLKN di Kem Taman Agrotani Gua Musang. Pagi-pagi bertolak ke sana kerana agak jauh juga perjalanannya. Bachok ke Gua Musang hampir 200 KM. Pagi ni cuaca mendung saja. Aku bimbang juga, kerana kereta aku ni econnya tak berapa sihat. Kalau kena hujan gerenti ada masalah

Sampai di Machang berhenti isi minyak dulu. Tengok langit makin gelap. Hala ke sebelah hulu Kelantan, nampaknya langit makin gelap. Tak lama selepas meninggalkan Machang, hujan mula turun dan begitulah sepanjang jalan, hujan tak henti-henti. Sekejap lebat, sekejap slow.

Sampai di Gua Musang terus saja ke Kem PLKN. Sudah ada ramai keluarga yang datang melawat peserta-peserta PLKN. Tak lama kemudian Imi datang sambil senyum-senyum. Segak dengan uniform biru mudanya. Ok.. untuk semua keluarga di Perak inilah gambar Pemuda Harapan Negara.

Latar belakang tempat aktiviti mendaki.



































Wah!..... gua pun ada. Memang sesuailah dengan Gua Musang.








Friday, January 19, 2007

Malam ini aku melayari banyak laman blog. Pemilik laman blog ni memang macam-macam kategorinya. Terpulang kepada kita untuk menilainya. Penilaian adalah hak masing-masing..... mungkin itulah satu-satunya hak kita yang tidak mungkin dapat diduga oleh sesiapa pun, selagi bernama manusia. Sejak dulu pegangan hidup aku mudah saja... 'tiada apa pun yang mutlak di dunia ini"

Atas kepercayaan kebebasan untuk menulis... maka aku juga akan turut memaparkan logo ini. Walaupun hampir semua pemilik blog yang memaparkan logo ini adalah penulis yang sentiasa merasakan dirinya 'berjuang' untuk Agama Bangsa & Negara dengan 'cara' mereka. Tapi aku suka membaca apa yang mereka tulis kerana aku fikir aku juga 'berjuang' dengan 'cara' ku. Sejak dulu lagi, artikel yang seronok dibaca tentunya hal-hal yang 'tidak baik' tentang manusia (kerana aku tak pernah jumpa sesiapa yang menulis tentang beruk atau lembu) Cakap mudahnya, penulis-penulis itu akan menulis tentang kerajaan yang tidak 'adil' sebagaimana yang mereka tuntut. Cakap paling tepatnya ialah, mereka adalah penulis-penulis pembangkang. Dah namanya pembangkang... tentulah bangkang saja kerjanya. Teringat masa sekolah dulu... selalu masuk pertandingan bahas. Pertandingan bahas ada 2 kumpulan... kumpulan pencadang dan kumpulan pembangkang. Dalam pertandingan bahas... ada kalanya kumpulan pencadang yang menang dan ada kalanya kumpulan pembangkang yang menang. Dalam apa-apa hal begitulah rupanya realiti kehidupan. Rupa-rupanya pertandingan itu tidak pernah tamat.

Berbeza dengan pertandingan bahas..... walaupun konsepnya masih sama, tetapi kini kita sendiri yang menentukan kita hendak berada dalam kumpulan yang mana. Semasa kita masuk pertandingan bahas dulu-dulu, kekadang kita akan menerima sampul yang mengatakan kita dari kumpulan pencadang dan kekadang kita dari kumpulan pembangkang. Maka kita akan bertanding dalam keadaan yang berbeza, cuma matlamatnya saja yang sama. Begitulah yang kita lalui apabila kita bertanding bahas dulu-dulu sampailah sekarang ini. Dalam erti kata lain, kita sebenarnya sudah belajar dan tahu bagaimana menjadi pencadang dan bagaimana pula jika menjadi pembangkang.

Mengapa aku nak tumpang sekaki memaparkan logo di atas?..... kerana seperti yang tersurat daripada logo tersebut yang katanya memperjuangkan kebebasan untuk menulis. Logo ini adalah hak sesiapa juga, seperti yang di katakan oleh pembuatnya http://kickdefella.wordpress.com (Please feel free to save the logo or email me at kickdefella@yahoo.com and I will email you the file. Logo ini adalah milik anda semua.)

Aku bukanlah penulis tersohor dan tak ada apa-apa pengalaman pun untuk menulis, tetapi bagi aku itu tak penting kerana sebenarnya asas kehidupan kita ini sama saja. Apa yang ditulis oleh sesiapa pun berkisar atas asas kehidupan yang sama itulah juga. Cuma yang berbeza hanya paparan cerita kehidupan itu saja.

Berbalik kepada bahan tulisan oleh pemilik-pemilik laman blog tadi, memanglah semuanya merupakan penulis-penulis yang dari kumpulan pembangkang. Itu adalah pilihan mereka, kerana sekarang ini tidak ada sesiapa yang boleh menentukan untuk kita menyertai 'kumpulan bahas' yang mana satu. Sekarang kembali berfikir.... adakah aku salah tempat?...... pertanyaan aku ini tak ada sesiapa pun yang berhak untuk menjawapnya, kerana hanya aku saja yang ada jawapannya.

Friday, January 5, 2007

DUN Talam dalam Parlimen Raub sudah diwartakan untuk mengadakan pilihanraya kecil. Bahang pilihanraya kecil lain macam sikit berbanding pilihanraya biasa. Semua parti yang bertanding akan menggunakan setiap jentera yang ada, tak cukup dari parlimen yang bertanding, boleh dibantu oleh negeri-negeri lain. Pendek kata, pekan Raub akan meriah la nanti. Kalau rajin boleh la jalan-jalan kat sana. Boleh dengar la macam-macam cerita. Yang pastinya cerita pengundi hantu pasti akan di buka semula.

Begitulah adanya.... ajal maut tiada siapa yang tahu bila akan berlaku. Sekarang ni dah mula menghampiri musim pilihanraya. Bila-bila masa saja pilihanraya boleh diadakan tanpa menunggu mana-mana wakil rakyat mati lagi. Ramalan tentang pilihanraya sudah mula kedengaran, ada yang kata hujung tahun ni, ada yang kata awal tahun depan dan tak mustahil juga awal tahun ini.

Aku pun dah mula nak masuk tahap bz dengan kerja-kerja sulit. Tapi aku bukan ahli politik.... soal cerita-cerita politik aku tak ambil pusing sangat. Kerja aku cuma uruskan data pengundi saja. Cam mana nak dapatkan maklumat tentang pengundi pun bukan kerja aku gak. Aku cuma masukkan data dan bagi report kat Dato' itu saja. Maklumat yang aku jaga ni cuma bersifat backup saja, kerana sistem maklumat yang sebenar ada di pihak perhubungan dan parlimen. Kat situ dah ada pegawai yang dibayar untuk jaga data. Kerja aku ni lebih kepada urusan personal mengikut arahan Dato'. Segala maklumat adalah rahsia dan aku pun bukan yang jenis suka bercerita bab strategi politik ni... yang itu serah kat diorang je. Minggu ni aku nak update data yang Dato' bagi ni la. Ini hanyalah sekadar sumbangan kecil aku saja. Lagipun laptop aku ni pun Dato' yang sponsor... hehehe.

Monday, January 1, 2007

Rasa nak demam

Bagi Kelantan, Terangganu dan Kedah, hari ini hari terakhir riuh rendah kat rumah. Semua anak-anak yang tinggal di asrama sudah balik ke dunia mereka. Petang tadi pun aku turut sama memenuhi jalanraya yang dah memang sibuk kes raya haji, petang tadi ditambah lagi dengan kereta ibu bapa yang menghantar anak-anak balik ke asrama.

Setelah sebulan lebih rumah riuh rendah dan rasa sendat, sekarang rumah dah kembali lapang. Teringat masa kita sendiri sekolah dulu, barangkali apa yang aku rasa sekarang ni, macam tu lah yang dirasai oleh mak bapak kita dulu. Tapi aku tak lama tinggal di asrama. Kes terkejut dengan perubahan cara hidup dari kampung yang terpencil, tiba-tiba tinggal di sekolah asrama penuh di bandaraya. Pertengahan tingkatan 2 aku dah tak mampu lagi menghadapi cabaran dan aku lari dari asrama, balik bersekolah di kampung, 'kembali ke asalku'....... hehehe.

Sekarang ni 2 orang anak aku tinggal di asrama, tapi sekolah sekarang ni bukan macam kita sekolah dulu. Anak-anak sekarang ni relex je kerana yang susah hati mak bapak la yang memikir macam mana nak penuhi keperluan anak-anak bersekolah. Aku tak la penah ajar anak-anak bermewah2 tapi itupun sebenarnya kalau dibandingkan dengan apa yang mereka dapat dengan aku dulu, sungguh jauh bezanya. Bukan nak membanding tapi sekadar mengingatkan anak-anak saja.

Tadi aku menghantar 2 anak dara aku balik ke asrama, wahh.... mujur aku pakai van, kerana barang-barang meraka penuh. Setiap seorang bawa 1 beg besar pakaian, 1 kotak buku-buku, 1 kotak keperluan peribadi dan berpasang-pasang pakaian yang siap bergantung dengan hanger. Kalau pakai kereta memang sarat. Aku dulu galas 1 beg 3 kali turun naik bas baru sampai ke sekolah.

Bab cerita 'rasa nak demam'......

First.... hantar anak sulung ke asramanya, tahun ni sudah tingkatan 5, bermakna tahun penting untuknya (sekali lagi kes mak bapak yang susah hati, padahal anak yang exam SPM relex je) Sampai di sekolahnya, macam biasa semuanya nampak ceria, cuma mak bapak je yang berkerut dahi tengok kaunter yang menyambut kedatangan ibu bapa. Semua cikgu-cikgu di sini kawan-kawan aku atau sekurang-kurangnya kenal dengan aku. Tup tap tup tap.... berkunjung dari satu kaunter ke satu kaunter, habis RM500. Setelah selesai bab kaunter.... tiba masa untuk menyerahkannya kepada Kerajaan Malaysia. Aku cuma memberi ingatan dengan sepotong ayat saja, "jangan buat sesuatu yang rasa seronok hari ini tapi menyesal esoknya"

Second..... selepas selesai dengan anak yang sulung, meneruskan perjalanan untuk menghantar anak yang kedua. Seperti biasa juga, kami disambut oleh kaunter-kaunter yang pelbagai seperti tadi. Kat sini juga habis RM500.

Sepetang ini saja, RM1000 lebih dah habis (duit bonus la tu) emmmm..... hari ni 1 jan, maknanya ada 24 hari lagi baru gaji, tu yang rasa nak demammmm tu!

Selamat Tahun Baru