Wednesday, November 21, 2007

Bapa tunggal 3 minggu

Minggu ini buat pertama kalinya jadi 'bapa tunggal' untuk tempoh yang agak panjang. 'Mem Besar' masuk kampus selama 3 minggu. Ramai lah yang jadi 'pengasuh' bulan ni

Tahun ini barangkali tahun yang agak penting bagi kami sekeluarga. Tahun ini 3 peristiwa besar berlaku dalam keluarga kami.

1. Mem Besar - sah menjadi siswazah USM (sistua)
2. Kakak (Shabirah) - menduduki SPM
3. Kak Ngah (Silmi) - menduduki PMR

Selama 3 minggu ini aku jadi pengasuhlah jawabnya. Tapi demi memenuhi impian isteri tersayang... tak apalah.

Pemergiannya ke kampus USM kami iringi dengan doa.... selamat berjuang!

Buat anak-anak pula... semoga berjaya dalam peperiksaan masing-masing.

Abah selalu berpesan... "keputusan peperiksaan itu bukan untuk abah atau mak, tetapi untuk diri kamu sendiri, demi masa depan dan haluan kamu sendiri. Abah dengan mak tak ada harta untuk diwariskan".

Abah dengan mak hanya mendoakan agar anak-anak berjaya dan menjadi contoh kepada adik-adik.