Saturday, May 17, 2008

Selamat Hari Guru

PM umum insentif guru - 350,000 pendidik nikmati peluang naik pangkat lebih luas

Oleh LUKMAN ISMAIL dan NORIZAN ABDUL MUHID


JASA DIKENANG... Abdullah Ahmad Badawi mengucapkan tahniah kepada salah seorang penerima anugerah Tokoh Guru, Datuk Dr. Dzulkarnain Abd. Rahman (tiga dari kanan) sambil diperhatikan oleh Hishammuddin Tun Hussein dan tiga lagi tokoh guru, Abu Bakar Shawkat Ali, Datuk Rashdi Ramlan dan K. Krishnasamy pada Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-37 di Ayer Keroh, Melaka, semalam.- Gambar ABDUL RAZAK LATIF

MELAKA 16 Mei – Kira-kira 350,000 guru di seluruh negara merayakan Hari Guru tahun ini dengan berita gembira apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan insentif baru bagi memperkasakan dan memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Enam insentif itu termasuk keputusan Kementerian Pelajaran menaikkan pangkat dan gred guru-guru bukan siswazah yang telah melanjutkan pelajaran................

Menurut Abdullah, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah DGA29 untuk dipertimbangkan kenaikan gred secara time-base setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari gred DG41 kepada DG44.

“Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di gred DGA29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di gred SG41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman DG41.

Dipetik daripada Utusan Malaysia Online

Hidup Pak Lahhh!..... Terima kasih Pak Lahhh!

Menyahut seruan Dato Najib yang ketika itu sebagai Menteri Pendidikan, supaya guru-guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran. Aku tidak ketinggalan menempatkan diri selaku 'siswazah PJJ' di Universiti Malaya. Setelah menghabiskan hampir RM 20,000 untuk membayar yuran pengajian, akhirnya aku konvo juga pada 2001.

Konvo kami buat pertama kali dan mungkin yang terakhir diadakan di Stadium Putra. Masa tu, Dewan Canselor UM terbakar atau dibakar? Apabila sudah bergelar siswazah.... tentunya yang diinginkan ialah kenaikan taraf dari DGA29 kepada DG41.

Malangnya, Dato Najib tidak lagi menjadi Menteri Pendidikan, dan maklum sajalah bila begitu keadaannya.... orang baru yang menggantikannya tentu tidak sama agendanya. Akhirnya, status aku menjadi terkontang-kanting..... Dua tahun menunggu, barulah sinar kembali menjelma, dan akhirnya aku dilantik juga sebagai guru siswazah DG41.

Buat pertama kalinya.... kami ditempat di sekolah asal dan buat pertama kalinya juga guru siswazah ditempatkan di sekolah rendah. Dalam tempoh 'terkontang-kanting' itu....... macam-macam cerita, kejadian dan mungkin juga cemuhan terhadap kumpulan 'siswazah PJJ' hasil cetusan Dato Najib. Maklumlah 'tokey' dah bertukar orang lain.......

Tup! Tap! Tup! Tap!................... tidak lama kemudian 'tokey' baru Kementerian Pendidikan.... Kementerian Pelajaran mula nak tunjukkan idea bernasnya, dengan ketegasan tanpa kompromi..... skim perkhidmatan pendidikan diperkasakan lagi! Guru-guru DGA29 dinaikkan pangkat kepada DG32..... jeng! jeng! Bersorak sakan cikgu-cikgu..... hebatnya idea Dato Hisyam!, semuanya senyum sampai ke telinga!

Perkasa memang la perkasa.... tapi satu hal yang kemudiannya nampak janggal ialah..... terjadinya situasi guru kategori bukan siswazah bergaji lebih mahal daripada guru siswazah. Tapi apa nak buat.... dah menteri buat pengumuman tanpa kompromi.... jalan juga la!

Tanpa mengambil kira apakah perkiraan dan pertimbangan yang dilakukan oleh bos-bos di Kementerian Pelajaran, akhirnya idea tanpa kompromi yang nampak hebat itu menjadi seperti gurindam....

Apabila kita kurang siasat,

Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.


Pedulikan segala kerenah birokrasi.... apa yang terjadi sebenarnya memberikan gambaran bahawa.....

Menteri Pelajaran tak pandai mengira! ..... hehehe! manakan tidak, orang di bawah bergaji lebih tinggi dari orang yang di atas!
Emmmm...... itulah sepak-terajang dunia perkhidmatan pendidikan sejak tahun 2000 yang lalu. Namun...... setelah mengurangkan sedikit ketegasan 'tanpa kompromi'.... barulah nampak 'betul jale semula'. Dan akhirnya...... semoga selepas ini tidak akan berlaku lagi kejadian 'tak betul jale' seperti yang telah berlaku itu.

Pssst!........ naik gaji la pulak kawe!

3 Comments:

  1. mohad said...
    awak guru ke... ajar apa..
    Unknown said...
    Terima kasih kerana singgah ke blog saya.

    Saya cikgu biasa2 je... ajar subjek biasa2 je
    mohad said...
    salam... saya sudah link blog awak ke dalam blog saya

Post a Comment