Tuesday, September 9, 2008

Kehilangan

(Entry ini dipost dengan menumpang line schoolnet.....)


Tahun ini kami kehilangan dua orang tersayang. Awal tahun aku terkedu bila menerima panggilan dari kampung memberitahu 'mak' meninggal dunia. Hanya sebulan selepas aku hantar dia balik, selepas sebulan dia berada di rumah kami. Tak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan aku ketika itu, dan buat pertama kalinya aku meraung menangis.

Kini... orang yang paling disayangi oleh mem aku pulang meninggalkan kami. Dia sudah lama uzur... sejak awal tahun ini dia sudah tidak boleh bangun lagi. Hanya terbaring sahaja.

Kami berdua sama... kerana kami dibela oleh datuk & nenek sejak kecil. Bagi mem aku tentunya 'mak wo' dia ni orang yang paling bernilai dalam hidupnya. Sejak kami kahwin... kami tinggal bersama dengannya. Kemudian bila kami memiliki rumah sendiri, dia pula tinggal dengan kami. Walau pun dia tetap mahu balik ke rumahnya sendiri.

kehilangan01 Keuzuran 'mak wo' semakin ketara tahun ini..... berbulan-bulan dia hanya terlantar dipembaringan sahaja... tanpa mampu bangun lagi.

Dengan sabar... kami menguruskannya sebaik mungkin.

Khamis, 21 Ogos 2008... mungkin kali terakhir dia dapat berkata-kata. Petang itu, (sejak seminggu itu) dia minta supaya dihantar balik ke rumahnya. Tapi tak mungkin kerana dia sudah terlalu uzur, sebagai memuaskan hatinya kami bawa dia ke luar bilik dan kata padanya dah sampai di rumah dia. Malamnya dia minta cabutkan gigi palsunya untuk dibasuh. Tapi selepas itu dia tidak mahu memakainya lagi.

Keesokkannya, keuzurannya semakin ketara.... uzur yang bukan seperti biasa lagi. Dia tak dapat berkata-kata apa-apa dan langsung tak dapat menggerakkan tangan lagi. Makan tak mau... minum pun tidak. Kami memang perasan perubahannya yang sangat ketara itu.

Khamis, 28 Ogos 2008... mak wo sudah tidak bergerak langsung, nafasnya perlahan. Akhirnya, dalam pukul 5:50 petang dia 'pergi' juga dan kami redha dengan pemergiannya itu.

0 Comments:

Post a Comment