Sunday, October 26, 2008

Akhirnya.....

Setelah berbulan-bulan, minggu demi minggu, hari demi hari, tunggu hari pembukaannya, akhirnya malam ini kami menyertai 'keghairahan' terkini di Kota Bharu. 'Keghairahan' bab makan-makan le.

Kenny Rogers Roasters kini dibuka di Tesco Kota Bharuuuuuu!!!!!!!!

Sempena hari raya hindu esok, jom kita menjamu selera di KR. Lagi pun Mem aku tak pernah makan kat sini. Dia hanya dengar aku cerita saja pasal KR. Maklumlah.... seumur hidupnya setakat ini, barangkali hanya sekali je dia sampai di KL, tahun 2001 dulu masa aku Konvo kat UM. Itu pun tak sempat bawa dia makan kat KR. Oppss... sekali lagi masa hantar puteri sulung kami masuk IPBA bulan Julai baru ni.

Sebagai idola baru di Kota Bharu, tentunya bukan senang nak mendekatinya. Bila sampai je, punya la panjang yang beratur tunggu table!

Nak tak nak.... beratur laaaaa ramai-ramai, mujur tak lama, 15 minit je lebih kurang... tapi kan 'penantian satu siksa'.....

Masuk kat dalam.... budak-budak KR nampak sangat kelam-kabut, maklumlah budak-budak baru kuar training kot, ambik order pun 'tukar taking'. Tapi tak kisahlah pasal hidangan KR tetap sama. Pukul 8:30 malam..... muffin vanila dah habis, tinggal muffin pisang je.... pisang pun pisang lahhh!

Peehh..... bak Ungku Nor kata.... mabeless... unibesss.... hehehe!

Aku dengan mem makan black paper

Sofia dengan ayam perasa ori dan manggo blend.

Tiba-tiba.... "Ore nak maake pasta...." Sofia bersungut. Nampak sangat dia dia tak minat dengan ayam ni, makan pun tak habis!

Terpaksa laaa aku yang 'tolong' perabis!



Selingan..... sejak Tesco dibuka, satu tempat ni je aku tak penah masuk makan. Aku pun tak tau, macam mana kedai ni boleh buka kat sini. Korang biasa dengar tak nama kedai ni?

Sejak Tesco buka.... aku tengok kedai ni jarang ada orang makan. Sekarang ni KR buka kat sebelah.... baru la nampak ada orang sikit, pasal ramai yang tak sanggup beratur lama kat KR, masuk je la kat sini kot. Aku rasa la.... siapa yang masuk tu mesti menyesal, pasal tengok menu dia, emmmm...... kat rumah pun boleh goreng sendiri, hahaha!

4 Comments:

  1. azza_irah said...
    balik ni nak kena g beratur gak la kat KR..hehe..
    Unknown said...
    Tapi macam tak sama dengan KR kat The Mall KL je.... bangkali pasal budak2 tu baru keje kot!
    Nik Bahrum Bin Nik Abdullah said...
    Saya terlewat sedikit dari tarikh pembukaan dia. Dua hari lepas tu baru masuk. Tapi hok sungguhnya saya rasa saya adalah manusia terawal di Malaysia ( mungkin bawah seribu kot) yang mula-mula rasa KR 15-16 tahun lepas. Masa tu di Bangsar dekat dengan Matrik UIA.

    Masa tengah kayo (biasiswa RM500 sebulan, tahun 5 syariah)adalah sebulan dalam dua kali.
    Unknown said...
    Nik.... ni dah kira macam citer sejarah KR la kot. Aku dengar2 dulu KR ni penah bukak kat Hankyu Jaya di KB dulu, awal 90an la kot, betul ke! ( Hankyu Jaya pun dah tak de dah)

    Aku start dok kelantan 1986... tak perasan pulak pasal tu,tapi ada sorang kawan kat sekolah tu, beriya2 cakap pasal tu... padahal dia tak penah pegi pun, hehehe

Post a Comment