Monday, October 6, 2008

Malam tadi kami sampai pukul 12:00 lebih.... terus tidur sahaja.

Sembahyang hari raya.... pagi-pagi, masjid lah tempat yang dituju sebagai mengesahkan bahawa kita 'balik kampung' Di sini, semua akan menegur kita.

Sudah banyak wajah-wajah yang tidak kelihatan, juga banyak wajah-wajah yang tidak dikenali. Melihat saf hadapan di dalam masjid, nampaknya semuanya sudah 'berganti', tidak kelihatan lagi wajah-wajah yang selalunya berada disitu. Itulah tandanya peralihan generasi, dan sebagai tanda... aku dah tua!

Selepas sembahyang.... aku bawa anak-anak ke tanah perkuburan. Di sini bersemadinya sebahagian besar orang-orang yang 'bernilai' dalam hidupku.



Aidil Fitri tahun ni barangkali yang paling suram bagi aku.... sudah terlalu banyak kami 'kehilangan'.

Ayah sudah tiada beberapa tahun yang lalu. Tetapi awal tahun ini, kehilangan 'mak' (mak saudara yang memeliharaku sejak kecil) paling aku terasa. Segalanya tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Di sini juga bersemadinya Datuk, Nenek, Pak Long dan Pak Ngah.

Dari Tanah Perkuburan... kami singgah di rumah arwah ayah. Aku tetap mengunjungi 'rumah' ini walau pun ayah sudah tiada lagi. Yang tentunya aku masih ada pertalian darah dengan tiga orang adikku disini.

Kemudian ke rumah Acik.... satu-satunya bapa saudaraku yang masih ada, itu pun sudah mula masuk 'zon'. Tahun ini dia hanya dipembaringan sahaja kerana luka di kakinya akibat rebah moto selepas balik dari masjid minggu masih belum sembuh. Luka tu mulanya kecil je, tapi makin lama makin besar... maklumlah tubuh dia ni terlebih 'manis'. Hospital bagi cuti raya 2 hari untuknya!




Gaya anak-cucu yang melilau cari kubur tok-nenek!










Selepas berhari raya di rumah-rumah sepupu-sepapat dan beberapa rumah yang dikira wajib di kunjungi bila kami balik ke Perak.... kami terus bersiap balik ke rumah mak pula.

2 Comments:

  1. Cikgooden said...
    sama la kita yob!...terkenang org yg kita sayang masa pagi raya...aku dok batu kurau..bukan kuala kurau. ha ha ha.
    Unknown said...
    oooo... batu kurauu.... ni kes teringat kuih kalakatar yg kuar kat TV3 hari tu la. Tapi aku kadadak 'kulaan' di Kuala Kurau, hehehe!

Post a Comment