Sunday, October 19, 2008


Kelmarin / semalam.... selesailah sudah Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bachok. Kelmarin / semalam lebih kurang macam suasana 'hari raya' la bagi perwakilan-perwakilan Cawangan.

Pagi-pagi lagi semua dah sampai.... disambut ( oleh calon-calon yang nak bertanding ) dengan mesra, bersalam-salaman, bertanya khabar dan berbisik-bisik kemudian tersenyum. Ceria sungguh suasana hari ini..... maklumlah 3 tahun sekali je!

Aku ni macam biasa.... menyibukkan diri snap gambar dengan kamera cikai aku ni. Saja suka-suka untuk koleksi. Lagi pun, aku dah lama buat kerja ni.... baik secara rasmi atau pun tidak, Baik dijemput atau pun tidak, baik dibayar atau pun tidak.... hehehe. Kalau tak ada siapa suruh pun, memang aku suka ambil gambar..... 'ikut aku la, aku nak wat ghapo'

Kerana lamanya dah aku buat kerja ni.... aku macam dah ada 'lesen' untuk snap sana, snap sini!

3 Comments:

  1. Cikgooden said...
    jgn sampai gaduh gaduh la...kat 'mesyuarat' peemilihan.. ha ha ha.
    senario biasa aaaaa.
    Ungku Nor said...
    teringat waktu dulu-dulu..sebelum saya letak jawatan..hehehe
    Unknown said...
    COden.... Mesy tempat kawe biasa je. Bab gaduh2 ni org bukan ahli je yg sonok sgt nak tengok...:)

    UngkuNor... hehehe ada maknaaaa tu

    rohock... tak faham, hahaha

Post a Comment