Thursday, November 13, 2008

Erti sebuah MPV

MPV..... kenderaan perbagai guna, sebab tu sekarang ni diorang dah tukar jadi SUV. Kiranya tak nak jatuh saham le tu. MPV ni sekarang ni hanya untuk yang standart van je la. Korang kalau sebut van mesti pandang lekeh je la kann!

Masa aku nak beli kereta dulu.... jenuh aku buat pertimbangan nak beli kereta ke nak beli van. Kalau beli kereta.... perang besar la time balik kampung. Ketika tu anak-anak sedang membesar, 5 orang... bayangkan la kalau nak balik Perak dari Kelantan. Masa tu hanya ada dua pilihan sahaja, Vennnet C20 atau pun Perodua Rusa...... masa tu belum ada lagi Avanza ke, Citra ke, dan yang seangkatan dengannya.

Last-last aku beli Perodua Rusa.... pasal kebetulan ada sebiji orang tak jadi ambil kat kedai, kalau dak jenuh la nak tunggu! 3 hari sebelum raya tahun 2000 aku bawa balik MPV, tahun tu lega la sikit bila balik kampung..... dah jenuh budak2 tu beperang kat dalam kereta!

MPV ni memang la orang pandang sebelah mata je..... tapi kalau bila masa nak punggah budak, haaa.... masa tu la nak cari aku. Punggah budak bola, bola jaring, nasyid dan segala bagai! Kebetulan aku masa tu jurulatih olahraga daerah.... Rusa aku ni jadi lebih kurang macam van majlis Sukan Negara la.

Dan antara tugas tak rasmi yang lain.... contohnya seperti ini

Aku tak kisah la apa orang nak kata.... yang pentingnya, mana yang praktikal je... pakai kereta besar tapi naik sorang... emm rasa macam membazir je. aku lain la..... anak 5, kira patut la kannn pakai MPV.

Entry ini ada kena mengena dengan cerita di bawah......
Mem besor dah dua minggu duk kenen-kenen nak tukar kereta baru..... macam-macam dia citer pasal Iswara dia.... tak de pikup la... berat la... stereng gegar la.... tayar bunyi la. Tiap kali dia bukak citer tu.... aku buat-buat tak dengar je la.... last-last aku kata... cukup la dengan kereta tu.... sekadar nak pegi kerja.... dari rumah pegi sekolah lepas tu balik rumah... ok la tu!

3 Comments:

  1. Brahim Nyior said...
    Bro Shifu, bunyi macam nak tukor jer.

    Teman guna Avanza jer. Tapi ok lah, jimat minyak. Maklumlah, anak 6 orang, kecik-kecik lagi. Balik rumah mertua di Terengganu pun,agak selesa lah juga.

    Tapi orang cakap, Livina lagi jimat, lebih sporty, apa pun ,tengok bajet lah.
    Mak Su said...
    saya pun bakal nak cari mpv, anak 4, gaduh2 jer dlam keta. sakit tinga dibuatnuyer. nak cari nissan serena sekenhen jer kot. cantik gaks ler model tu. kalu van teman ni tak minat (eksen), macam nak pi meniaga rasanya, oops!
    Unknown said...
    brahim- aku nak tukar avanza pun, rusa aku ok lagi.. yg penting mana yg praktikal je!

    mak su- serena tu cantik laa.... kooo muluttt! Tapi la ni banyak pilihan mpv ni... payah2 ko beli je estima.

Post a Comment