Saturday, September 27, 2008

Kerja Macam-Macam II


Malam ni sambung lagi kerja macam-macam......

Dateline hingga 31 September... tapi dengan kesungguhan cikgu-cikgu hok biso-biso belako ni, dalam 2 malam dah siap daftar online untuk 745 orang bebudak sekolah Bachok ni!

Yang penting kebajikan kena jaga... malam ni sahur dengan sate. Terima kasih kepada Penyelia yang faham jiwa..... hehehe

Tak pe lah kalau boss tak bagi kebenaran buat kerja kat hotel YT seperti yang dirancang..... kami tak marah, sungguhhh... sikit pun tak rasa sakit hati, mugo kami ni kan cikgu-cikgu yang sanggup berkhidmat untuk negara...... ewahh!

Pomen Unit ICT Bachok sedang 'kerobek' laptop gomen.... mana lagi laptop hok punoh tu, bak mari sini.

Mugo buat kerja dengan laptop gomen..... maklum je lah. Lain la aku, pakai laptop sendiri.... huh!

Kerja pun dah siap.... sekarang masanya untuk tayangan perdana. Selamat balik kampung untuk berhari raya.

Thursday, September 25, 2008

Shopping Raya Fasa II


Petang tadi.... sebelum ambil anak balik dari asrama, sempat singgah KB Mall. Jalan-jalan KB Mall seorang diri, lagi cepat le aku menipiskan beg duit.











raya sakan laaaa!


Kerja Macam-Macam


Kerja cikgu yang macam-macam datang lagi..... mula-mula rancang nak berkumpul di YT Terengganu seperti tahun lepas, kerana maklumlah buat kerja key-in dalam bulan puasa ni, faham-faham je la.

Tapi entah macam mana.... dalam mesyuarat baru ni, boss 'angin' sikit... dia batalkan kebenaran untuk buat kerja di luar, huhuhu!

Boss suruh buat kerja kat opis sahaja.

Malangnya line streaymx di opis tak boleh diharap.... macam mana nak buat kerja!

10:00 malam.... Berkumpul di SK Beris Panchor, sambung kerja lagi. Balik kul berapa?..... tak leh nak kata, subuh nanti le kot!

Terima kasih kepada Guru Besar yang menjamu kami dengan cholek campur, rojak buah & air tuak nipah.... baru la segar sikit buat kerja.

Esok boleh datang lagi buat kerja kat sini.... hehehe!







Entry tambahan...... 2:30 AM, adengan tambah gas. Aku baru siap 1 sekolah, relex la dulu.

Tuesday, September 23, 2008

(Entry ini dipost dengan menumpang line PPD Bachok.....)

Khabarnya lepas sembahyang subuh tadi... dah ramai yang 'masuk barisan'.....

Dalam banyak hal... kita ni lebih baik 'masuk barisan' berbanding 'masuk bulatan'.. hehehe! Kalau 'masuk barisan' senang untuk kita menuju ke hadapan, tapi kalau 'masuk bulatan' kita tak akan ke mana-mana, kita hanya akan berpusing di tempat yang sama jeee!

Siapa yang 'masuk barisan' lepas sembahyang subuh tadi.... sah jenis yang terdesak. Sebab tu aku tak berapa kisah sangat... maklumlah 'hero tak gaduhhh' (hero tak terburu-buru.... jangan salah tafsir ayat tu)

Hari ni aku ada mesyuarat di PPD, sebelum pegi opis singgah isi minyak..... lepas tu lalu kat 'mesin cocoh'.... kebetulan 'barisan' tak panjang, aku pun ambil la kesempatan 'masuk barisan' hari ni.

"yeee.... pokcik kayo.... pokcik kayooooo!

Sunday, September 21, 2008

Shopping Raya

(Entry ini dipost dengan menumpang line schoolnet.....)

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Sepanjang Ramadhan ni, aku dan family belum sekali pun menjejakkan kaki ke KB Mall, Tesco, Billion atau mana-mana tempat yang seumpamanya. Khabarnya 'kegilaan' bershopping orghe kelate sudah bermula sejak awal Ramadhan hari tu lagi.

Kelmarin (sabtu).... cuaca mendung sepanjang hari setelah hujan sejak subuhnya. Sehingga lepas zohor, matahari masih belum kelihatan. Cuaca sejuk nyaman... tak de apa kerja yang nak dibuat... terasa nak jalan-jalan ke KB.

Seperti yang dijangka... jalan sekitar Tesco dan KB Mall sesak dan merangkak-rangkak. Mujur jumpa parking kat luar KB Mall. Rasa malas nak masuk bawah KB Mall cari parking. Istimewanya di KB Mall, baik di dalam atau di luar, parkingnya free!

Petang sabtu.... KB Mall memang sudah sendat dengan orang ramai. Tapi rasanya tak ada la apa yang istimewa sangat... offer macam biasa je. Hari ni tak berniat langsung nak shopping moping, cuma nak jalan-jalan, tengok-tengok dan cadang-cadang apa yang nak dibeli minggu ni. Minggu ni kan gaji + bonus keluar!

Sungguhhh.... memang tak bercadang nak beli apa-apa. Hari ni pegi KB Mall hanya nak tengok-tengok je! Tapi apalah bezanya antara beli hari ni dengan minggu depan kann? Kalau tak beli hari ni, minggu depan aku beli jugak!

Dengan tak sengaja... aku pun beli 2 helai baju dan 2 helai seluar. Wah! tahun ni beraya dengan jenama Snail, dan yang penting juga, saiz seluar tu 38.... hahaha! Ada harapan turun sampai 36 ni. Pakaian untuk raya pertama dan kedua dah ada... tinggal lagi nak beli kasut je!

Tahun ni dah pasang niat, tak akan beli pakaian dari jenama yang ada kaitan dengan sukan. Aku kan dah pencen dalam bab ni!

"Raya sakan la abah mu!".... kata mem aku.

'Baju raya' dah ada.... cam mana pula dengan plan raya tahun ni? Tahun ni cadang nak balik kampung la, kerana tahun lepas tak balik. Emmm... tapi susah jugak kerana cuti tak panjang sedangkan aku ada dua 'kampung' di Perak. Maka terpaksa la beraya sehari disetiap lokasi.

Plannya..... 30 September, Selasa, sehari sebelum raya, kami balik.... terus ke Balun Bidai (Kampung Gajah) dan akan berada di sana sepanjang hari raya pertama bersama keluarga sebelah ayah. Petangnya akan ke Kampung Pauh, Bukit Gantang untuk beraya pula dengan keluarga sebelah mak! Petang Raya kedua... plan nak balik ke Kelantan semula, supaya kami sempat berhari raya sepanjang hari, raya ketiga tu di Kelantan. Hari sabtu, raya keempat, anak-anak dah nak balik ke asrama, dan raya kelima dah buka sekolah semula.

Fuhh!.... padatnya jadual raya tahun ni.

Thursday, September 18, 2008

Makan Cholek Ramadhan

(Entry ini dipost dengan menumpang line schoolnet.....)

Ramadhan bulan ibadat.... semua orang akan cuba merebut setiap kesempatan untuk melipat gandakan ibadat dibulan ini. Maklumlah... setiap ibadat yang dilakukan dibulan ini, ganjaran pahalanya juga berlipat ganda.Antara aktiviti yang hanya kita jumpa di bulan Ramadhan ialah sembahyang Taraweh. Walaupun hanya bersifat ibadat sunat.... tetapi sembahyang Taraweh sangat istimewa kerana kita tidak boleh melakukannya pada waktu-waktu lain.

Maka semasa Ramadhan, malam berseri-seri dengan aktiviti Taraweh. Dalam bulan Ramadhan juga bilangan jemaah surau dan masjid akan bertambah... sekurang-kurangnya untuk sepanjang bulan Ramadhan ini!

Sepanjang Ramadhan juga.... selepas menunaikan sembahyang Taraweh, sudah menjadi kebiasaan di Kelate untuk meneruskan pula 'ibadat' untuk mengeratkan silatulrahim dengan aktiviti 'makan colek'.

'Makan colek' ni kiranya sebagai 'pencuci perut' selepas sembahyang Taraweh... makan ringan-ringan la.... kerang bakar semangkuk ke.... ikan dan sotong seekor dua... popia sekeping dua atau pun semangkuk hirisan buah-buahan. Malahan ada yang lebih hebat dari waktu berbuka tadi! Pekena pula dengan teh beng, milo beng. Sembang-sembang sementara menunggu waktu yang sesuai untuk balik ke rumah dan tidur.

Sepanjang bulan Ramadhan ini juga hampir setiap hari aku menerima sms mengajak pergi 'makan colek' selepas Taraweh. Berkebetulan pula dengan musim 'memilih' dalam Bahagian, tentunya aktiviti 'makan colek' menjadi agenda dibulan ini.

Ramadhan tahun ini, aku tak pernah sekali pun pergi 'makan colek'. Walau bertalu-talu sms diterima mengajak ke sana ke sini, aku macam tak de selera je nak hadir.

Kemarin (malam tadi).... buat pertama kalinya aku pergi 'makan colek'. Sms Jemputan 'makan colek' ni diterima sejak hari isnin dari rakan-rakan di DUN. Seperti biasa akan ramai yang tolong sebarkan sms jemputan 'makan colek' di rumah Dato Ilias hari rabu nanti.

Pagi selasa Dato Ilias sendiri yang hantar sms, jemput sembahyang hajat dan 'makan colek' di rumahnya. Pagi Rabu, sekali lagi dia menghantar sms mengingatkan majlis di rumahnya itu. Emmm.... sekurang-kurangnya aku tau, nombor handset aku masih dalam senarainya bila menghantar sms... hehehe!

Majlis 'makan colek' yang diadakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang juga bekas wakil rakyat, tentunya akan dihadiri oleh ramai orang. Kalau aku tak hadir pun tak akan ada sesiapa yang tanya, kerana aku bukannya ada 'apa-apa', cuma sekadar ahli biasa yang hanya menjadi setiausaha Cawangan. Setiausaha Cawangan je.... apalah sangat!

Petang Rabu.... dalam duk berkira-kira nak berbuka dengan apa hari ni, Dato Ilias call....

"dapat tak sms saya?", tanyanya. . "Malam ni tuuu, di rumah", sambungnya lagi. "Ok... dapat... dapat... insyaAllah saya gi malam ni".

Emmm.... sekurang-kurangnya aku tau, aku masih dalam senarai bila dia membuat panggilan... hehehe!

Bagi seorang yang tak ada 'apa-apa' (dalam Bahagian) seperti aku.... bila dapat panggilan dari orang nombor 2 di Bahagian, tentunya akan berbesar hati. Tambahan pula bukannya dia ajak menyangkul tanah, dia ajak makan..... susah apa! Maka aku pun termakanlah sepinggan rojak mee. Mujur tak tambah dengan kerang bakar dengan rojak buah...... hehehe.

Pukul 12:00 balik.... kerana nak 'beribadat' di rumah pula. Sebelum aku tutup lampu, aku hantar sms kepada Dato Ilias.... "Selamat berangkat ke Tanah Suci... semoga dapat beribadat dengan tenang dan sihat sejahtera"

Tuesday, September 16, 2008

(Entry ini dipost dengan menumpang line schoolnet.....)

Maaf kalau ada yang tak suka aku letak gambar ni..... samada tak suka pada gambar ni, tak suka pada orang dalam gambar ni, atau tak suka dengan orang yang letak gambar ni.... tak kisahlah. Selepas berminggu-minggu heboh dan dihebohkan di sana-sini.... akhirnya 16 September sampai juga. So..... apa cerita? Korang tanya sendiri.... jawab la sendiri. Aku.... "emmm, menyampahhhh!"

Zup.... zap..... zup.... zap.............................

Line streamyx aku masih juga tak ketahuan.... entah bilalah akan berakhir penyiksaan ni.

Dah seminggu gusi aku bengkak..... aduhh, siksanya..... eh! bukan merungut sebenarnya... itu cuma penggunaan bahasa untuk menggambarkan situasi sahaja.

Yang sebenarnya bukan 'tersiksa' sampai tahap mengelupur.... 'tersiksa' di sini hendaklah dengan 'ukuran' rakyat Malaysia, bukan 'ukuran' rakyat Somalia.

Bila gusi bengkak.... semuanya serba salah..... nak cabut gigi, tak boleh.... nak biar, sakit.....

Tapi tetap masih boleh makan sebenarnya, cuma terpaksa mengawal supaya jangan mengunyah sesedap mulut. Lepas tu kena telan pelan-pelan... bukannya sesedap tekak!

Barangkali puasa tahun ni.... menu aku paling simple, jarang sangat bershopping di bazar ramadhan. Paling-paling pun hanya beli seekor ikan bakar..... tanpa menu-menu tambahan. Entah kenapa... macam tak de selera je.... dan kemudiannya.... rasa ok je, walaupun menu tak penuh meja waktu berbuka.... hehehe!

Ini bukan soal nak kempiskan perut..... tapi macam dah selesa pula.... makan sesenduk nasi, tanpa menambah ni.... lega je rasanya!

Thursday, September 11, 2008

Pembenihan Ikan Keli

(Entry ini dipost dengan menumpang line schoolnet.....)

Ramai sahabat-sahabat yang hendakkan video pembenihan ikan keli yang aku rakamkan semasa berkursus dulu.

Tapi kerana masalah line... aku tak dapat nak upload ke Youtube. Yang ini pun entah berjaya nak upload ke tidak pun tak tau. Aku try upload kat google ni.... tapi dengan line schoolnet yang merangkak-rangkak ni , jenuh la aku nak tunggu.

Apa-apa pun.... aku akan edit kemudian nanti entry pasal ikan keli ni.

video

Berbudi Kepada Tanah

(Entry ini dipost dengan menumpang line schoolnet.....)

Sejak aku bersara sebagai Jurulatih Olahraga ni, waktu petang aku memang terasa panjang. Kalau dulu setiap petang aku akan berada di trek, tapi sekarang ni.... 'aku dah tak dok kijoan'

Sebagai menggantikan aktiviti petang aku, maka aku mulakan 'Projek Mini' kebun sayur di belakang rumah.

Tambahan pula aku memang jenis yang 'tangan sejuk'.... hehehe! Sebagai anak kampung, bab tanam menanam ni memang dah sebati dengan aku. Tambahan pula aku dulu bekas pelajar 'Sains Pertanian' (Tingkatan 2 & 3 selepas aku berpindah dari 'sekolah arab')

Skil lama aku dalam hal pertanian ni masih ada. Sekarang ni setiap petang, lepas asar aku akan beraktiviti di kebun. Oh ya.... nanti aku akan bagi tips dalam hal bercucuk tanam ni. Bermula dengan persediaan tanah, persediaan benih, penjagaan tanaman dan lain-lain.

Hasil berbudi kepada tanah..... memang tidak sia-sia!

Tanaman pertama ialah... pokok felatokkk.... eh bukan.... pokok petola. Tanaman ini senang di tanam. Cuma kita perlu sediakan 'junjung' untuknya memanjat. Apabila mula berbuah, kita mesti semburnya dengan racun ulat... kerana buahnya sangat disukai oleh serangga yang dinamakan 'peringat'. Kalau tidak disembur racun, jangan harap la buah petola ni nak jadi panjang macam ni. Oleh kerana kita perlu sembur dengan racun... maka kita mesti tau peraturan penggunaan racun..... maksudnya... bila nak sembur, kena tau sukatan & jangka hayat racun, supaya bila waktu nak petik.... tak de la kita makan dengan racun tu sekali.

Ini tanaman kedua.... orang kelantan panggilnya timun batang. Timun juga jenis pokok memanjat dan perlukan 'junjung'. Buah timun juga perlukan semburan racun ulat semasa mula berputik. Tapi untuk kali ini aku tidak menggunakan apa-apa racun... kerana anak aku suka makan timun ni. Dia petik kat pokok dan terus makan macam tu je. Lagipun sepanjang pemerhatian aku.... 'peringat' tidaklah terlalu kuat menyerang buah timun ni. Maka tak kisahlah kalau rosak sebiji dua, kerana masih banyak yang akan menjadi. Tu kira berkongsi dengan makhluk lain le tu!

Yang ini pula kacang bendi... atau kacang lendir. Ini merupakan tanaman kegemaran aku sejak kecil lagi. Kerana senang di tanam dan tahan lasak. Lagi pun inilah antara sayur yang aku suka makan. Ambil kacang bendi ni... kukus bersama nasi yang sudah masak (masukkan dlm periuk nasi tu la) lepas tu makan la cicah sambal belacan. Yang paling penting... kita tak perlukan apa-apa racun untuk menjaga buahnya. Tips penjagaan lain... potong daun bawahnya... yang biasanya lebar-lebar tu... supaya tak la dia makan baja banyak sangat, baru la buahnya yang dapat baja.

Aku sebenarnya tak suka makan sawi... tetapi sawi merupakan antara sayur yang paling senang di tanam dan cepat membesar. Sepeket benih sawi yang dibeli di kedai tu sebenarnya sudah cukup banyak kalau untuk satu keluarga. Sawi yang aku tanam ni tidak disembur dengan sebarang racun serangga... dan nampaknya tidaklah ada apa-apa yang menyerangnya... cuma sesekali kena tengok dipangkalnya takut ada siput babi. Sawi perlukan air yang banyak.... maka jangan lupa untuk menyiramnya 2 kali sehari. Siram sampai tanah betul-betul basah. Penjagaan lain ialah.... kita perlu 'takai' anak benihnya semasa kecil supaya ada ruang untuk membesar. Maksudnya... kita kena buang la separuh (pindahkan) supaya jangan rapat sangat pokok sawi tu.

Ini pula kangkung.... satu lagi sayur kegemaran aku... goreng belacan... fuyooo! Kangkung juga merupakan sayur yang paling senang ditanam. Contohnya kangkung yang aku tanam ni.... tak pakai benih pun. Aku beli kangkung di pasar (biasanya diorang jual sekali dengan akar kan) Bahagian akarnya tu aku tanam semula... seminggu lepas tu... sah akan merimbun semula la kangkung tu. Bayangkan.... masa memasak... potong2 bawang.. lepas tu petik kangkung kat belakang terus goreng.... waaa tu baru betul segar... manis je rasanya. Yang penting lagi... tak ada racun. Tips aku... kepada yang tak ada kawasan luas, tanam saja kangkung ni dalam pasu. Kalau ada 4-5 biji pasu/rumpun kangkung... memang sah tak habis makan punya. Seminggu sekali boleh dipetik.

Ini pula antara ulam yang paling aku suka. Pegaga.... senang ditanam dan tak perlukan apa-apa penjagaan. Kalau malas sangat.... lempar je tepi pagar... gerenti hidup punya. Tapi yang ni aku tanam dalam besen.... sedikit tanah dan aku isi dengan air. Sebulan sekali aku bubuh baja kapsul (baja untuk tanaman dalam air) Menu ulam pegaga.... buat sambal belacan macam biasa... belacan kena bakar tau... potong halus2 pegaga ni, gaul dengan sambal belacan tu dan juga dengan nyiur kukur.... fuhh!... makan tengahari anda akan tambah nikmat.

Ini pula tanaman aku yang paling baru.... terung. Terung ni jenis yang lambat tumbuh dan lambat membesar. Kalau sayur-yaur lain akan mula tumbuh selepas 3 hari ditanam dan kemudian akan nampak jelas membesar. Terung tidak macam tu.... pertumbuhannya agak lambat. Yang ini sudah berumur 3 minggu. Pertumbuhan yang lambat bermakna pokok terung jenis yang lambat mati. Jadi terung tidak boleh ditanam terlalu rapat kerana akarnya perlukan kawasan yang agak luas.

Aku juga ada tanam jagung..... kerana anak-anak memang suka makan jagung. Sofia selalu tanya.... abah... jagung ni abah nak buat sayur ke nak ambil buah? Dia selalu kata... tunggu sampai jadi buah la... bimbang sangat dia takut aku hanya nak makan sayur 'ketiak jagung' saja. Jagung sangat suka dengan tanah bakar... maka kalau boleh, sediakanlah tanah bakar terutamanya semasa dia nak tumbuh. Yang sebenarnya semua tanaman sukakan tanah bakar. Tambah cantik lagi kalau tanah bakar tu di campur dengan tahi kambing atau ayam. Kira baja organik le tu!

Jeng....jeng.... aku juga ada tanam tembikai... orang kelantan panggilnya 'timun cina' Aku tanam dalam 10 pokok je... sekurang-kurangnya dah ada 10 biji tu... hehehe. Tapi korang jangan mimpi la kalau nak tanam tembikai yang jenis tak de biji.. kerana selain benihnya mahal... penjagaannya pun susah... tembikai tak de biji perlukan tembikan sepesis lain untuk dapatkan 'bunga jantan' kalau tak de 'bunga jantan' tu jangan harap la nak berbuah. Maka tanamlah tembikai yang biasa saja


Aku juga ada tanam 'labu madu'. Setakat ni masih lagi belum berbuah. Yang dalam 'kerek' tu pulak ialah lada burung.... Pendek kata kat belakang rumah aku ni memang macam-macam ada. Memang seronok melihat pokok-pokok ni membesar. Setiap hari kita akan dapat lihat perubahan/pembesaran pokok-pokok ni.... sejuk mata memandang.

Antara hasil tanaman yang kami tak habis makan. Percayalah.... kalau ada 7-8 pokok pun memang tak habis makan punya. Yang ini untuk dikongsi bersama jiran-jiran. Lagi pun memang ramai yang tertanya-tanya.... bila nak petik sayur tuuuu.... hehehe!

Memang tak rugi kalau kita berbudi kepada tanah.... pendek kata, sayur tak payah beli. Lepas tu boleh pula kongsi dengan jiran-jiran.

Sekarang ni, kalau ada sesiapa yang datang ke rumah... sebelum balik aku akan petikkan sayur-sayur yang ada kat belakang sebagai buah tangan.

Mem aku sewaktu hendak menghantar / berkongsi hasil tanaman dengan jiran-jiran. Tambah pula dalam bulan puasa ni.... seronok berkongsi hasil titik peluh kita dengan orang lain. Bertambahlah berkat hendaknya.

Ok.... macam mana.... jom mulakan projek anda di sekeliling rumah. InsyaAllah anda juga akan dapat menikmati 'keseronokkannya' seperti saya.

Kepada yang hobinya menunggang motorsikal atau pun yang mengetuk gendang...... apa kata kalau tukar hobi tu dengan berkebun pulak (Lukman & Cikgu Oden jangan marahhh.... hehehe)

pssttt....
Gambar aku masa berkebun tak boleh letak kat sini.... kerana biasanya aku tak pakai baju... takut nampak seksi sangat... hahaha!

Wednesday, September 10, 2008

Bagaimana hendak bermula?

(Entry ini dipost dengan menumpang line schoolnet.....)

Hampir 2 bulan kawe tak leh nak online.... tak leh nak royak lagu mana tensionnnnnyo kawe! Dunia ni beraso kecikkkkkk jah!

Segala-galanya bermula disuatu petang (tak ingat tarikhnya)... kontraktor TM datang untuk mengalihkan tiang kerana jalan di hadapan rumah aku ni dalam projek pembesaran jalan. Minggu tu juga kontraktor TNB sedang sibuk mengalihkan tiang mereka dan menarik kabel baru.

Dalam masa seminggu kontraktor TNB menyiapkan kerja-kerja mereka... dengan hanya memotong bekalan elektrik selama sehari sahaja bagi setiap kawasan ( mungkin dalam kawsan 4-5 tiang sahaja ) semasa mereka memasang kabel baru.

Di seberang jalan... kontraktor TM pun bekerja jugak mengalihkan tiang ke tapak yang baru. Selepas mereka mengalihkan tiang.... mereka memotong kabel dan menggulungnya. Aku tak rasa pelik la... dalam hati... mungkin diorang nak sambung kerja esok la tu kot!

Malangnya.... sangkaan aku meleset... dari hari ke hari... langsung tak nampak bayang kontraktor TM menyambung kerja-kerja mereka. Seminggu berlalu.... kabel tu masih bergulung kat tiang...... orang bekerja langsung tak kelihatan.

Maka bermula lah episod aku 'bercinta' dengan operetor TM untuk melaporkan kerosakan. Setiap kali aku call 100... operator TM akan bagi tahu tarikh jangkaan kerja-kerja siap.

Kali pertama aku membuat laporan ialah 25 Julai 2008 dan operator TM dengan manisnya bagi tahu, kerosakan akan diatasi menjelang pukul 5 petang 27 Julai 2008. Aku pun ucapkan terima kasih.... dan bersabar menunggu 27 hb.

Sampai tarikh 27 hb... macam orang yang 'menunggu bini balik dari kursus' (nak tau cam mana... tanya cikgu oden... hehehe) aku pun cuba la nak online. Malangnya..... macam orang yang 'menunggu bini balik dari kursus' tadi.... bila bini sampai di rumah..... bini pun terus basuh telekung sembahyang dan menyidainya diampaian (nak tau cam mana... yang ni pun boleh tanya cikgu oden)

28 Julai 2008.... aku call semula TM... dan sekali lagi dengan manisnya aku diberitahu tarikh jangkaan siap ialah 29 Julai..... 31 Julai aku call lagi, dapat tarikh baru lagi.... 2 Ogos pulak. Dan seperti biasa... line tetap tak ada.... NAK ADA MACAM MANA... KALAU KABEL TU MASIH BERGULUNG KAT TIANG TU! Operator TM hanya kata... ooooo cam tu ke, bila aku kata kenapa kontraktor tak pasang lagi kabel.

pagi 9 Ogos 2008 semasa di sekolah... aku call lagi dan... operator TM dengan bangganya bagi tau bahawa petang ni akan siap. Wah.... hebatnya. Balik sekolah aku lihat kabel yang bergulung kat tiang area rumah aku sudah dipasang semula.... Aku pun senang hati.... sabar menunggu petang. Tapi alangkah hancurnya hati aku... kerana lepas maghrib tu line telefon masih senyap sunyi, maknanya.... sah tak de line lagi tu ( cam mana nak gambarkan benda ni ye... cikgu oden? )

Minggu itu aku terus bersabar...... sehingga la 13 Ogos 2008. Pagi tu aku call lagi TM.... dan kali ni telinga aku dah rasa gatal dengar suara lemah lembut operator TM.... tanpa kecek banyak, aku terus cakap.... ini report saya yang ke 5... sila semak dalam sistem awak. Malang la nasib operator hari tu... tak de pasal-pasal kena sumpah seranah aku. Dan aku dapat tarikh baru lagi 17 Ogos pulak.

Hari ni aku nekad nak tau apa sebenarnya masalah. Aku call TM Kelantan.... maka bermula lah episod aku di sambungkan dari satu jabatan ke satu jabatan. Habis semua jabatan/unit aku call. Balik dari sekolah aku nak siasat kerja kontraktor TM. Aku mulakan penyiasatan ( macam CSI tu la ) dari kotak TM yang ada di tepi jalan utama kira-kira 300 meter dari rumah aku. Nombor kotaknya FTTS F 009 MLR.... dari situ aku bilang tiang TM... tiang yang ke 11 sampai depan rumah aku. Aku terus lagi bilang tiang..... sampai tiang yang ke 16.... kabel dah tak ada semula. Laaaaaa, celaka punya TM.

Aku pun call TM........

"Oooooo korang ni nak main-mainkan saya ke!... lepas saya report kabel berguling kat tiang hari tu.... korang pasang balik kabel... rupa2nya dummy je. Korang saja je pasang kabel tu sampai depan rumah saya, korang nak tipu saya je." (cam tu la lebih kurang ayat aku.... dan bayangkan la macam mana nada suara aku!)

Dari tiang yang ke 16..... jangankan kabel.... dengan tiang-tiang pun tak ada. Aku teruskan lagi perjalanan sepanjang jalan yang terlibat dalam projek pembesaran jalan tu..... dalam 2KM baru la aku jumpa dengan kontraktor TM tengah buat kerja. Ada la 4-5 orang duk terkial-kial pacak tiang.

Aku balik rumah dan teruskan lagi drama membuat panggilan telefon ke TM... lepas habis semua jabatan di TM Kota Bharu... aku call TM Kok Lanas tak ada orang jawab. Aku call juruteknik TM kawasan.... tapi aku tau sangat doh.... dia ni bukannya tau apa2 pun... esok lusa nak pencen dah. Bila aku call dia jawab... dia 2 hari dah duk dalam wad.

Emmm.... ada la juga adengan lucu hari tu ditengah-tengah kepala otak aku yang tengah mendidih tu. Hari tu bermula dari TM 100.... kemudian aku call semua jabatan/unit di TM Kota Bharu... Bahagian Kedai pun aku call jugak... sampailah ke TM Melor (area aku).... semuanya aku sembur....... haaa puas hati aku!...... PADAN MUKA AKU!

Korang perasan tak... sejak aku call buat report... operator TM akan bagi dateline antara 4-5 hari... maka aku boleh jangka tarikh akan datang. Ada sekali tu bila aku call TM 100.... aku ajak operator tu main teka-teki.... sebelum dia cakap tarikhnya.... aku yang cakap dulu... lepas tu aku tanya kat operator tu.... betul tak?.... dan aku ketawakan dia... hahaha! (tak larat dah aku nak cerita apa masalah aku, aku suruh je operator tu baca sendiri dalam report)

Selepas aku dapat dateline 17 Ogos dari TM hari tu.... aku dah tak kisah dah... kerana aku tau, memang potong jari pun.... TM akan bagi tarikh baru lagi selepas tu. 19 Ogos aku call lagi TM 100... aku cuba nak main teka-teki lagi dengan operator TM.... bila aku teka tarikh... kali ni aku silap.... kalau selalunya dateline setiap 4 hari nampaknya kali ni tempoh dah lebih sikit, operator bagi tarikh 27 Ogos 2008.... wah!.... lama nampaknya tempoh kali ni, dan aku ketawakan operator TM tu.

Selepas tu... aku dah masuk era MELUAT..... BEBULU.... nak buat report!

9 September 2008.... aku menggatalkan tangan call TM 100 pulak.... tak cakap banyak.. aku terus saja tanya.... haaa... bila pulak tarikh baru.... operator tu bagi tau... 22 September 2008.... menjelang pukul 5 petang dijangka siap kata operator tu.

"Pandai la kooooo..... cuba tengok dalam sistem awak tu... ni dateline yang ke berapa? aku tanya operator tu..... Operator tu kata... ooo sebelum ni encik dah buat report ke..... Kou tengok sendiri dalam sistem kou tu.... ni report aku yang keberapa ni... kou baca la sendiri..... Sekarang kou tolong sambungkan aku kat bahagian bill..... bla! bla!... saya nak rebet bulan Ogos.....

Kalau ada masa cuba call 100.... lepas tekan sana... tekan sini.... pergi ke buat laporan kerosakan..... anda akan dengar.... Harap maaf.... kami sedang mengalami gangguan perkhidmatan di kawasan Maluri dan bla bla..... pihak kami sedang..... bla bla bla....

Bayangkan...... kalau kawasan Maluri (dekat KL) hampir 2 minggu tak selesai selesai lagi.... macam manalah agaknya dengan aku yang kat Bachok ni!..... Dan sampai hari ni aku tak nampak dah kontraktor TM buat kerja. Ada jugak aku terfikir nak MEMBODOHKAN diri sekali lagi menyiasat kontraktor TM tu buat kerja apa.... tapi mengenangkan tengah berpuasa ni... aku simpan la dulu niat tu.

psttttt.....
Cikgu Oden... la ni bukan macam 'orang tunggu bini balik kursus' dah.... tapi dah jadi 'macam orang mati bini'..... hehehe

Tuesday, September 9, 2008

Kehilangan

(Entry ini dipost dengan menumpang line schoolnet.....)


Tahun ini kami kehilangan dua orang tersayang. Awal tahun aku terkedu bila menerima panggilan dari kampung memberitahu 'mak' meninggal dunia. Hanya sebulan selepas aku hantar dia balik, selepas sebulan dia berada di rumah kami. Tak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan aku ketika itu, dan buat pertama kalinya aku meraung menangis.

Kini... orang yang paling disayangi oleh mem aku pulang meninggalkan kami. Dia sudah lama uzur... sejak awal tahun ini dia sudah tidak boleh bangun lagi. Hanya terbaring sahaja.

Kami berdua sama... kerana kami dibela oleh datuk & nenek sejak kecil. Bagi mem aku tentunya 'mak wo' dia ni orang yang paling bernilai dalam hidupnya. Sejak kami kahwin... kami tinggal bersama dengannya. Kemudian bila kami memiliki rumah sendiri, dia pula tinggal dengan kami. Walau pun dia tetap mahu balik ke rumahnya sendiri.

kehilangan01 Keuzuran 'mak wo' semakin ketara tahun ini..... berbulan-bulan dia hanya terlantar dipembaringan sahaja... tanpa mampu bangun lagi.

Dengan sabar... kami menguruskannya sebaik mungkin.

Khamis, 21 Ogos 2008... mungkin kali terakhir dia dapat berkata-kata. Petang itu, (sejak seminggu itu) dia minta supaya dihantar balik ke rumahnya. Tapi tak mungkin kerana dia sudah terlalu uzur, sebagai memuaskan hatinya kami bawa dia ke luar bilik dan kata padanya dah sampai di rumah dia. Malamnya dia minta cabutkan gigi palsunya untuk dibasuh. Tapi selepas itu dia tidak mahu memakainya lagi.

Keesokkannya, keuzurannya semakin ketara.... uzur yang bukan seperti biasa lagi. Dia tak dapat berkata-kata apa-apa dan langsung tak dapat menggerakkan tangan lagi. Makan tak mau... minum pun tidak. Kami memang perasan perubahannya yang sangat ketara itu.

Khamis, 28 Ogos 2008... mak wo sudah tidak bergerak langsung, nafasnya perlahan. Akhirnya, dalam pukul 5:50 petang dia 'pergi' juga dan kami redha dengan pemergiannya itu.