Saturday, January 3, 2009

Anak Malaysia

Bagi ibu bapa di kawasan pantai timur dan yang sewaktu dengannya..... hari ini adalah hari penyerahan anak masing-masing kepada Kerajaan Malaysia. Setelah dua bulan berkubang dan tuisyen dengan Astro, tibalah masanya untuk mereka menghadapi pendidikan formal semula.

Kami pagi-pagi lagi dah siap.... matahari pun belum keluar lagi (memang tak keluar pasal hujan sejak malam tadi nonstop) kami dah bertolak ke SMK Agama Tok Bachok untuk majlis pendaftaran pelajar baru.

Alhamdulillah...... Shahibah berjaya mendapat tempat di sini. Kami berharap dan berdoa agar dia dapat menuruti jejak kakaknya yang mencatatkan kejayaan dalam SPM di sekolah ini. Sekurang-kurangnya dia sudah ada tradisi dan sudah tahu TOV yang perlu dia sasarkan.

Berbanding dengan kakak-kakaknya dulu.... Shabah nampak relex je bila mendaftar untuk masuk sekolah berasrama. Tambahan pula dia dan gengnya sama-sama masuk ke sini..... duduk pula dalam 1 dorm yang sama. Tapi tak tau la esok lusa macam mana.





Dan yang pastinya.... untuk 5 tahun akan datang maka di sinilah tempat kami berpiknik setiap petang jumaat. Sekurang-kurangnya kegagalan aku belajar di 'sekolah agama' sudah ditebus oleh anak-anak. Abah tak sempat habis mengaji bahasa arab.... sekurang-kurangnya boleh tanya anak-anak apa makna 'Maqarru Alias' tu... hehehe!

Selesai menguruskan Shabah.... balik ke rumah sekejap. Lepas tu menghantar anak dara no. 2 pulak balik ke sarangnya di SM Sains Tengku Faris Petra. Tahun ni Silmi akan menghadapi SPM. Dia juga sudah simpan cita-cita untuk mencapai kejayaan seperti kakaknya. Semoga dia juga akan berjaya nanti.

Oppsss.... belum selesai lagi..... malam ni nak hantar anak dara sulong pula naik bas balik ke KL. Tahun ini persiapan terakhirnya sebelum ke UK.... insyaAllah tahun depan dia akan buat degree 3 tahun kat sana, sebelum balik sebagai 'Teacher'. Aku cakap kat dia.... haaa kan untung tu belajar kat SMK (A)..... bahasa arab pun ok lepas tu dapat buat TESL, boleh jadi cikgu bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya kami sudah ada bakal guru untuk meneruskan tradisi.

Maka selesailah sudah upacara penyerahan anak-anak kepada Kerajaan Malaysia..... alhamdulillah syukur (aku selalu cakap kat diorang.... bersyukurlah jadi anak Malaysia, mujur tak jadi anak Somalia)

5 Comments:

  1. jane said...
    salam cikgu...

    seronok cikgu ya...anak2 sumer menjadi. sejuk perut ibu mengandung. besar harapan saya anak2 saya pun menjadi "orang" juga! insyaAllah!!
    Unknown said...
    InsyaAllah.....

    Selamat datang ke laman kawe. Singgah la lagi di lain masa.... jgn malu2 buat macam rumah sendiri
    ckLah @xiiinam said...
    tahniah buat shifu kerana punya anak2 cemerlang.....

    Aku masih bercuti...he..he..
    lukmanw@gmail.com said...
    Salam bang

    Anak Somalia tak beruntung ke :-)

    Lukmanw
    Unknown said...
    Cik Lah... cuti apa lagi nyeee, budak je yg cuti panjang. Cikgu kena start keje dah... cuci cermin, sapu sampah, cat dinding, paku kerusi, pasang langsir.... cikgu kan boleh jadi macam!

    OKOB... Anak Somalia kat sana tu tetap beruntung gak... cumanya beruntung tak beruntung tu atas neraca kita anak Malaysia ni yg kekadang tak ingat betapa banyaknye nikmat yg melimpah ruah... nak jerit sana, jerit sini, kayuh basikal sana, kayuh basikal sini pun tak apa.... lepas tu boleh ratah ikan bawal... hehehe!

Post a Comment