Monday, January 12, 2009

Edisi menyohorrr

Kemarin (ahad) tak sempat nak masuk kelas kerana bz mensetup wireless kat sekolah. Tahun ni entah kenapa, GB masuk hati dan suruh aku menunibersss kan sekolah dengan kemudahan internet wireless, siap bagi pitih lagi! Bangkali dah ramai yang merungut dan dengki tengok aku online kat bilik guru.... hehehe. Errrr.... aku kan penasihat tak rasmi bab ICT ni! (yang rasmi.... ada dalam buku pengurusan sekolah)

Hari ni masuk kelas... kelek netbook yang lebih kecil daripada buku teks. Bebudak tak perasan lagi. Bila aku keluarkan LCD dari troly dan pasang kat netbook baru ada bunyi....

"woooo.... keciknya laptop cikgu" (perasan tak.... diorang tau sebut laptop)
"comeeenyooo"
"Cikgu baru beli koooo?"
"mahal ko".... cikgu tak po la banyak pitihh"

antara dialog aku.....

"Comee kan.... cikgu lain ado tak laptop lagu ni?..... ni baru sohorrr dokk"

dan bebudak tu pun mengiyakannya....... hahaha!

*******************************************************
p/s
kat keybord tu lapik plastik.... pasal hari ni aku benarkan bebudak tu sentuh laptop tu.

Entry ini adalah untuk menambahkan keterujaan kekawan yang nak beli laptop baru.... macam Cikgu Oden dan meracun jiwa Cik Lah & Hj. Nik Baharum. Ayat racun tambahan untuk kekawan cikgu yang lain ialah..... "tak sohor la pakai laptop ado cop rimauuu..... hahaha!"

15 Comments:

  1. su said...
    hahaha! saje bg hangat ngan kengkawan ye!
    ckLah @xiiinam said...
    h..
    h..
    hach..
    hach..
    haaaaccchummm!!!!
    Alergic la pulak petang-petang ni...sedap sangat ketam masak 3 rasa tadi....
    Unknown said...
    Su- cikgu disiplin kalau pakai netbook 10.2" lagi la sohorrr

    Cik Lah- emmm.... ketam tu saiz berapa.... 8.9" ke 10.2"
    azza_irah said...
    hekhekkk...nyampah denn..
    org takdok laptop cap rimau...cap tiger je...ekekek...

    i
    Unknown said...
    azza- ada yg dah kena racun gak gamaknye ni.... hehehe
    jane said...
    hehe...salam cikgu,

    nanti dapat kwsp wa amik satu. tungguuuuuuuuuuuu!




    **sambil wat kira2....cukup ke x duit nak wat kabinet nih!!
    pearl'E.J said...
    wahhhhhh laptop comey!! ni yg dell kaa HP?? ker ada brand lain lagik yg kecik2 mcm ni??
    Unknown said...
    (ni sorang lagi ku nak buh racun....hehehe)

    EJ kalau ko pakai netbook 10.2" yg color pink tu memng ngam laaa
    pilih je HP, Asus, Acer, BenQ, Fujitsu.... semuanya cun belaka
    Mak Su said...
    tersohor sungguh
    Unknown said...
    hehehe
    ckLah @xiiinam said...
    'aku kan penasihat tak rasmi bab ICT ni! (yang rasmi.... ada dalam buku pengurusan sekolah)'

    kito seghupo......hok yang rasmi dok melangot je menongkat langit...

    pssst:cikLah dah dapat penawar racun yang kau sebarkan itu.....
    Unknown said...
    Dlm banyak hal... aku suka nama aku tak de dlm buku pengurusan sekolah... sonangg kijo! Cuma yg membezakannya aku pakai netbook 10.2", ko pakai cap rimau.... hehehe
    azza_irah said...
    smlm cam mimpi adiah jek dr pemilik Lenovo IdeaPad ..
    kim ke ckLah suh bagi ke..tak smpai2 nih...eheh
    Unknown said...
    Hadiah tu leh tuntut kat cik abe ko... hehehe
    Nik Bahrum Bin Nik Abdullah said...
    Hari ini dengan riyaknya kawe nok royat ko Cikgu, Toshiba netbook hok 8.9" sudah menjadi milikku... Tak mainlaaa hok 10.2".

    p.s. terima kasih cikgu kerana meracun saya.

Post a Comment