Saturday, January 31, 2009

Komitmen seorang anak


Acik Ijum... satu-satunya bapa saudara sebelah ayah yang masih ada. Itu pun dia sudah semakin uzur. Dia tambah kelihatan serba payah apabila terpaksa kehilangan kaki akibat penyakit kencing manis..... errr... betul ke manis???

Hubungan aku dengannya agak istimewa sikit.... kerana aku ni memang spesis yang 'istimewa'... kerana aku tinggal dengan datuk setelah mak bapak aku berpisah. Sejak kecil aku memang selalu mendapat perhatiannya.... sebab itu antara ramai-ramai sepupu-sepupu yang ada, mungkin aku lebih dimanjakan. Sebab itu juga aku hanya tau 'sekolah' je... tak pandai buat kerja-kerja kampung!.... Aku tak pernah merasa 'susah' kerana aku sentiasa dikecualikan daripada sebarang keperitan hidup di kampung. Sampai sekarang.... aku tak pandai melakukan aktiviti-aktiviti asas budak kampung seperti menjala dan menoreh getah!


Sekarang ni.... dia mungkin sudah boleh menarik nafas lega, kerana dia tidak perlu 'bimbang' dengan aku lagi. Aku boleh dianggap sempurna..... ada keluarga sendiri dan melalui kehidupan dengan serba cukup.

Bagi aku.... sekarang ni tiba pula masanya untuk aku yang merasa 'bimbang' dengan Acik. Hari ini dia hendak mengadakan kenduri kahwin anaknya..... dia cuma ada tiga orang anak perempuan..... dan insyaAllah tahun ini semua anaknya akan berkahwin.

Sebagai 'anak saudara' yang utama.... aku tau dia rancang majlis tu pada tarikh yang membolehkan aku balik. Apabila aku menjanjikan kami akan balik.... dia kelihatan ceria, walaupun dia tak bagi tau. Tapi aku faham la kannn....

Sebagai satu-satunya bapa saudara yang masih ada dari keturunan Hj. Sanusi..... tentunya majlis kenduri di rumahnya nanti akan menjadi tempat berkumpulnya sanak-saudara yang sudah sekian lama tidak berjumpa. Aku pun sudah begitu teruja untuk bersama kembali dengan sepupu-sepapat yang sudah lama tidak dapat berkumpul.

2 Comments:

  1. mebby a.k.a ezza said...
    huhuhuu...seday kan...bila kita yg jadi orang harapan dorang...berat tanggungjawab tu..tp xper syabas shifu..nilah masa utk kita balas jasa dorg kan...gud luck
    Unknown said...
    sebenarnya tak de la apa sgt yg boleh diharapkan kat aku ni.... cuma sekadar penambah semangat je la kot.... hehehe

Post a Comment