Friday, February 20, 2009

Ketahui jalan keluar

Kebanyakkan orang selalunya tahu 'jalan masuk'..... bila nak 'masuk'..... pelbagai cara dilakukan untuk memastikan dapat 'masuk'. Semua orang akan berusaha untuk 'masuk'..... tak kira layak atau tak layak.... janji dapat 'masuk', kerana bila dah dapat 'masuk'.... pedulikan lah apa nak jadi..... yang penting sudah dapat 'masuk'

Kebanyakkan orang yang sudah 'masuk' biasanya tak pernah ambil tahu macam mana pula nak 'keluar'..... hingga terpaksa ditunjukkan 'jalan keluar'..... dan kadang-kadang, walaupun sudah ditunjukkan 'jalan keluar' sekali pun, masih tak mahu 'keluar'. Akibat tak tahu 'jalan keluar' ni payah juga...... tu yang ramai tempuh dinding, tempuh pagar.... tu belum kira lagi yang angkat sepanduk macam kat.... tutttt.... hari tu!....... hehehe

Opsss.... entry ni bukan nak sentuh pasal orang yang tak mau 'keluar' walaupun sudah ditunjukkan 'jalan keluar' macam kat..... tuttt...... tu, tapi aku nak kongsi sesuatu yang memang jarang orang nak ambil tahu...... apa dia?...... Jalan Keluar Perkhidmatan Awam.

Mungkin entry ni khusus untuk kakitangan kerajaan.... tapi tak de la pula menjadi halangan untuk dibaca oleh sesiapa pun. Entry ini mungkin dalam kelas 'tahukah anda?' jugak la kot!..... kerana aku rasa bukan semua yang kerja gomen pernah ambil tahu macam mana 'jalan keluar' dari perkhidmatan. Maka... sukalah kiranya aku nak kongsi info yang baru aku baca kelmarin, kerana mungkin bukan semua orang menerima kertas edaran tentang ini. Kertas edaran ini terkandung di dalam buku koleksi kertas kerja semasa Hari Profesional Guru Besar 2008, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Maknanya bagi yang bukan Guru Besar mungkin tak akan dapat maklumat ni.... walaupun cikgu tu badannya besar...... hahaha!

OK... berikut adalah apa yang tercatat di dalam kertas edaran itu.....

KERTAS MAKLUMAN
HARI PROFESIONAL GURU BESAR 2008
JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

JALAN KELUAR (EXIT) PERKHIDMATAN AWAM

Tujuan
1. Kertas ini bertujuan menarik perhatian guru-guru besar sempena Hari Profesional Guru Besar 2008 mengenai dasar dan peraturan yang ada berhubung dengan langkah yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan atau pegawai itu sendiri sebagai jalan keluar (exit) perkhidmatan awam.

Latar Belakang
2. Perkhidmatan awam telah menyediakan jalan masuk seperti yang digariskan di dalam undang-undang dan peraturan-peraturan dengan peranan dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan sebagai Pihak Berkuasa Melantik. Seseorang pegawai yang dilantik tidak boleh kekal atau berada dalam perkhidmatan selama-lamanya disebabkan oleh pelbagai faktor.

Jalan Keluar
3. Oleh kerana semua anggota perkhidmatan awam tidak akan kekal berada di dalam sesuatu perkhidmatan, maka jalan keluar (exit) disediakan melalui penggubalan undang-undang dan peraturan-peraturan dan perlu dipatuhi oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang terlibat.

4. Di antara undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa ialah:
4.1 Perlembagaan Persekutuan
4.2 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (PU (A) 176)
4.3 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 pindaan 2002 (PU (A) 246)
4.4 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan peraturan di bawahnya.

5. Di dalam undang-undang dan peraturan-peraturan yang disebutkan di atas telah dihuraikan pelbagai jalan keluar bagi sesuatu kes yang melibatkan anggota perkhidmatan awam sama ada secara sukarela atau paksa seperti berikut:
5.1 Menamatkan Perkhidmatan
Peraturan 46 dan 47 (PU (A) 176)
(a) Pegawai yang belum disahkan - Peraturan 46 (PU (A) 176)
(i) Menyembunyikan Maklumat Kesihatan
(ii) Akuan Berkanun Palsu - 19 (1) (u)
(iii) Maklumat Berkaitan Pelantikan
(iv) Tidak mematuhi - 19 (1) (c)
(v) Gagal Tapisan Keselamatan
(b) Pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan - Peraturan 47 (1) (PU (A) 176)
(c) Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan terdahulu tetapi gagal disahkan dalam perkhidmatan sekarang dan tidak berjaya untuk dikembalikan dalam jawatan asal - Peraturan 47 (2) (PU (A) 176)

5.2 Perletakan Jawatan
Peraturan 51 (PU (A) 176)
(a) Bukan Pelantikan Tetap - Mengikut syarat lantikan atau 30 hari notis atau sebulan gaji.
(b) Pegawai Tetap dalam percubaan - 30 hari notis atau sebulan gaji.
(c) Pegawai tetap telah disahkan dalam perkhidmatan - 90 hari notis atau sebulan gaji.

5.3 Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam
(a) Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan terdahulu tetapi gagal disahkan dalam perkhidmatan sekarang dan tidak berjaya untuk dikembalikan dalam jawatan asal tetapi telah diberi taraf berpencen.
(b) Pegawai yang melanggar peraturan di bawah (PU (A) 246)

5.4 Buang Kerja
(a) Peraturan (PU (A) 395) - Melakukan kesalahan berat.

5.5 Bersara
(a) Bersara paksa - Seksyen 10 Akta 227
(b) Bersara atas kehendak Kerajaan - Seksyen 11 Akta 227
(c) Bersara pilihan - Seksyen 12 Akta 227
(d) Bersara kerana dilantik berkhidmat dengan pertubuhan - Seksyen Akta 227

5.6 Persaraan paksa
(a) mencapai umur persaraan 55/56 atau 58 tahun - Seksyen 10 (1) 227
(b) Atas sebab kesihatan - Seksyen 10 (5) (a) Akta 227
(c) Jawatan yang dipegang dihapuskan - Seksyen 10 (5) (b) Akta 227
(d) Penyusunan semula organisasi - Seksyen 10 (5) (c) Akta 227
(e) Kepentingan awam - Seksyen 10 (5) (d) Akta 227
(f) Memberi maklumat palsu semasa dilantik - Seksyen 10 (5) (e) Akta 227
(g) Menjadi warganegara asing atau lucut kewarganegaraan Malaysia - Seksyen 10 (5) (f) Akta 227

5.7 Persaraan Atas Kehendak Kerajaan
(a) Kepentingan negara - Seksyen 11 (a) (i) Akta 227
(b) Kepentingan perkhidmatan awam - Seksyen 11 (a) (ii) Akta 227

5.8 Mati Dalam Perkhidmatan
(a) Seksyen 14 Akta 227

Penutup
6. Disampaikan kertas makluman ini untuk perhatian dan panduan semua guru besar sekolah, Jabatan Pelajaran Kelantan.

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pelajaran Kelantan
Kota Bharu

14 hb Disember 2008


psssttt....... sekarang kalau nak 'keluar' pilihlah 'jalan keluar' yang sesuai. Lepas ni jangan 'langgar dinding atau pagar' bila nak keluar, terutamanya bila telah ditunjukkan 'jalan keluar'
.

8 Comments:

  1. mebby a.k.a ezza said...
    adehh..sib baik ditunjukkan jalan keluar..lau ditunjukkan jalan buntu cemana erkk....ke buat2 buntu..huhuhuhu
    ckLah @xiiinam said...
    kalau nk masuk, baca;
    'niat insuuun mate kajiiiii, semar ngisssssenggg!"

    kalau nk keluar baca;
    'rampomg ngisengggg, semar tilllemmm!'

    hah...pasti pintu gua akan terbuka...ha..ha

    'Maknanya bagi yang bukan Guru Besar mungkin tak akan dapat maklumat ni....'

    errr...kau? Apakah???? Guru Besar gak?
    Unknown said...
    ezza-
    kalau jalan buntu... tu yg hantuk kepala kat dinding je laa....

    ciklah-
    kalau silap baca mentera nak keluar... ko pilih nak kena tembak dgn senapang gajah ke... nak kena kerat dgn parang gedabak

    errr.... aku guru berbadan besar
    ONE ZABA said...
    betul tu. kena tengok betul-betul jalan keluar. kalau silap, nanti jadi macam cklah. pegi langgar ke cermin pintu. berdarah jugak la bibir dibuatnya.
    Unknown said...
    ciklah tu kes silap baca mantera...patutnya masa nak keluar,baca "rampomg ngisengggg, semar tilllemmm".... tapi dia baca.... "zam zam ala kazammmm"
    Yunus Badawi said...
    Saya dah 2 kali jumpa jalan keluar. Pertama masa kerja sykt kulit kerang, kedua sykt sebelum ni. Sekarang ni saya betul2 dah kat luar.
    Sapa2 nak join jomlah.
    Mak Su said...
    konsep tahu jalan masuk, dan tahu jalan keluar adalah satu statement yang boleh digunapakai oleh sekelian anak cucu Adam, itulah yang disarankan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, betul kan cikgu.

    dan saya dengan rajinnya telah mengetag shifu67, iaitu tag lagu... :)

    layan lagu tak?
    Unknown said...
    YB-
    hanya yg berani mengambil risiko sahaja yg berani 'keluar' 'masuk' ni.... errr... kawe dah tak ada keberanian gitu la kot... tunggu pintu keluar bila dah sampai 58 je la kot

    Mak Su-
    ingat tu wahai sekelian anak Adam...

    err.... kena tag lagu.... lagu jong jong inai boleh ke

Post a Comment