Thursday, March 26, 2009

Tamat kontrak

Kelmarin, 6:00 petang, 25 Mac.... tamatlah 'kontrak' aku sebagai jurulatih import di SMK Sri Gunung. Pencapaian pasukan di tempat ketiga dengan 9 emas.... semua emas dimenangi oleh peserta acara padang. Budak-budak long/triple jump aku menyumbangkan 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Team Sri Gunung mengekalkan kedudukan di tempat ketiga daripada 14 pasukan yang bertanding. Pencapaian ini agak memuaskan kerana kami tidak mempunyai peserta acara trek yang berwibawa..... (kawe tak charo acara trek, pasal tidak termasuk dalam terma dan syarat kontrak... hehehe)

Pencapaian aku sebagai jurulatih juga boleh dikatakan mencapai matlamat... kerana sasaran untuk mendapat 4 emas hanya tersasar 1 sahaja.... dalam erti kata lain, aura aku sebagai jurulatih long/triple jump masih berbisa.... hahaha (dengan gaya tumbuh tanduk)

Kejohanan Olahraga MSSD Bachok kali ke-6 ini mungkin yang paling hambar penganjurannya.... buat pertama kalinya, kejohanan kali ini tanpa perasmian pembukaan, tanpa perbarisan pasukan, tanpa moskot, dan banyak 'tanpa' lagi. Itu pun dah cukup baik, kerana kejohanan ini hampir-hampir saja gagal dianjurkan...... beberapa kali ditunda dan hampir habis bulan Mac baru berlangsung. Maknanya... kejohanan peringkat negeri tinggal dua minggu sahaja lagi. Dalam tempoh yang singkat ini... bagaimana agaknya persiapan Kontingen MSSD Bachok nanti?

Bak kata One Zaba..... "bawak la berehat...bagi la org baru lak yg peningkan kepala". Betul la tu.... buat apa nak peningkan kepala, buat apa nak susah hati dengan apa yang bakal berlaku terhadap team olahraga MSSD Bachok kann. Pandai-pandai la diorang fikir nak buat cam mana!

Semalam.... pengurus pasukan Sri Gunung call, ajak minum-minum macam biasa. beberapa rakan-rakan lama dalam kejurulatihan yang masih tinggal pun ada juga. Kami selalunya mengelarkan perjumpaan ini sebagai mesyuarat 'swasta'..... hehehe. Agenda 'mesyuarat swasta' malam ini ialah tentang prestasi bebudak untuk menghadapi kejohanan peringkat negeri. Sesekali diselangi dengan ulasan keputusan pertandingan Ketua Pemuda UMNO.... hehehe.

Antara keputusan 'mesyuarat swasta'... 3 orang jurulatih veteran sudah membuat keputusan untuk tidak terlibat dengan Kontingen MSSD Bachok. Maknanya sudah lima orang jurulatih yang dulunya tunggak pasukan sudah berpatah arang..... 3 orang daripada mereka merupakan jurulatih negeri.

"Mu lagu mano Poo?"
"Ghapo dio pulok mu pikir?"
"Setaro mano budak-budak tu... buleh ko nak wat tanding?"

Bertalu-talu pertanyaan ahli 'mesyuarat swasta'.

"Pada pendapat saya..... errr.... secara keseluruhannya.... setelah menyaksikan prestasi peserta long/triple jump setiap kategori.... ternyata sangat menghampakan. Dalam erti kata lain, mereka tidak mampu untuk bersaing di kejohanan peringkat negeri nanti. Cuma (menyebut beberapa nama) mungkin sempat untuk dilatih dan diperbaiki lagi, yang lain-lainnya.... sah hanya akan memalukan pasukan sahaja". (Dialog ini telah diterjemahkan daripada bahasa jerman)

"Tapiiiiii.... lagu-lagu mano punnn... kito pakat tunggu je lah keputusan alek 'kerajaan' lagu mano"

7 Comments:

  1. ckLah @xiiinam said...
    Sekian..Karam Sing Walya melaporkan untuk buletin Sehat..

    dengan peribahsa juggak..
    Kalau berburu ke padang datar
    bagai bunga kembang tara jadi..
    kalau berguru kepalang ajar...
    Saya mau kejar itu guru juga
    ckLah @xiiinam said...
    blog ko ade hantu raya ke?
    Setiap kali aku bukak, mesti ada 'error' dan terpadam. paling lama appear dalam 10 saat. Jd...kalau ko sambung lg citer ni...aku mmg tk kan boleh baca
    Unknown said...
    barangkali ada yang hantar niyak rapik, kes aura aku sebagai coach masih berbisa.... hehehe

    line berokban ko dah clear ke... kalau call kan celcom, mesti diorang bagi alasan, terlalu ramai yg online pasal ada perhimpunan UMNO... kalau tak caya boleh try
    sonata anak kancil said...
    tahniah la anak buah dah menang...ok pe, teruskan lah usaha murni tu. Tapi klu shifu dha kata macam tu...lu fikir lah sendiri! wa tak leh fikir, nanti fening!
    Unknown said...
    kawe dah melaksanakan tugas mengikut terma dan syarat kontrak.... la ni tengah tunggu kontrak baru le... hehehe
    kirana said...
    Tahniah, coach. Boleh tahan jgak pencapaian tuh!

    Mmg lom abis lagi bangga nyer coach ni...
    Unknown said...
    timee kasihh... tak ada apa yg nak dibanggakan sangat pun... suka2 je

Post a Comment