Monday, June 8, 2009

Balik Kampung

||CATATAN 03 JUN 2009, Rabu||

Seperti yang telah dirancang.... hari ini kami akan balik kampung. Semalam aku dah servis Rusa aku.... basuh bagi nampak cahaya sikit.... dan buat persediaan terakhir untuk meninggalkan rumah beberapa hari.

Hari ni, kami nak memulakan perjalanan sebelah pagi.... selalunya aku balik sebelah petang. Mem Besar kata... kalau jalan siang boleh la dia temankan masa drive... kalau malam diorang tidur je!. Plan asal nak start drive pukul 10:00.... tapi maklum je la kann.... anak-anak aku semua dah jadi anak dara rupanya..... lama la sikit kena ambil masa untuk touch-up.... hehehe.

Bachok, Kelantan - Kg. Gajah, Perak....... berapa KM eiii? Heheheh.... aku tak pernah ambil tahu pun berapa KM.... 400KM lebih kot. Aku tak ambil peduli sangat tentang KM.... yang aku buat masa drive ialah, untuk sampai ke chek point dalam anggaran masa yang munasabah. Setiap chek point aku ambil masa lebih kurang 2 jam. Dalam pemanduan biasa... anggarannya lebih kurang 100KM lebih rasanya..... lebih kurang laa.

Jadi dari rumah (Bachok)...... aku akan ambil masa 2 jam untuk sampai ke chek point pertama di Batu Melintang, Jeli. Beberapa KM sebelum Batu Melintang.... macam biasa la kann.... mesti singgah dulu di Bukit Bunga. Singgah membeli-belah segala macam barang-barangan dari Siam. Oooo rupanya sekarang ni tengah top anak patung Upin & Ipin dan segala macam yang ada kaitan dengannya.... bantal, selimut, t-shirt dan macam-macam lagi... asal ada gambar Upin Ipin, harganya 2x ganda dari yang gambar kartun yang biasa. Lastnya kami beli tilam & bantal yang ada gambar bear Poah tu je.... hehehe. Ini untuk anak saudara yang baru. Selain daripada tu... beli la jugak segala macam buah dari Siam yang ada untuk sepanjang perjalanan ni kann.

Rusa aku dah penuh... maklumlah bila balik kampung, banyak la kiriman-kiriman dari sana yang nak kena bawa balik. Toto & Naritta sebijik dua.... sarat la Rusa aku.

Ok.... sampai di Batu Melintang.... berhentilah di mana-mana stesyen minyak yang ada... pilihlah Petronas, Shell atau Caltex. Sekarang ni aku isi minyak Petronas, jadi berhenti kat situ la kann. Isi minyak penuh dulu.... pasal lepas ni kita akan mula mendaki dan membelah Banjaran Titiwangsa. Semasa mendaki Banjaran Titiwangsa.... nikmatilah pemandangan yang indah dan udara yang menyegarkan.

Memandu mendaki di Jalan Timur-Barat ni memerlukan skill pemanduan yang lain daripada memandu di lebuhraya. Jalan sempit... berbelit-belit dan perlu bijak untuk mengambil kesempatan bila hendak memotong kenderaan besar... selain dari keberanian untuk mengekori kenderaan semasa mengambil selekoh yang tiba-tiba bertukar arah ke kiri dan ke kanan..... errr... siapa yang selalu sangat tekan break masa nak ambil koner.... sila ambil turn kat belakang dan jangan follow mereka yang pakar memandu di sini.... hehehe.

Selepas lebih kurang 2 jam.... kita akan sampai di Kuala Rui, Grik. Tiba masanya untuk kita berehat sekejap...... pilihlah gerai-gerai yang ada. Mem Besar.... macam biasa nak pekena nasi sup tulang.... anak-anak aku nak makan laksa. Kat sini biasanya aku ambil masa 1 jam berehat untuk legakan badan selepas cilok-mencilok kat atas gunung tadi.

Di sini, merupakan persimpangan untuk mereka yang akan ke Kedah & Penang dan yang ke Ipoh. Dari Grik... pemanduan diteruskan untuk menuju Lebuh Raya Utara-Selatan di Kuala Kangsar. Dari Grik hingga ke Ipoh... aku juga ambil masa lebih kurang 2 jam.... hehehe.

Masuk ke Lebuh Raya Utara-Selatan.... maknanya tidak lama lagi akan sampai ke Ipoh. Dari Tol Kuala Kangsar hingga ke Tol Jelapang... RM3.50 sahaja.... maknanya setiap kali balik kampung itu jelah tol yang aku bayar untuk sehala.... tak de la terasa sangat kann.... hehehe.

Antara Kuala Kangsar - Jelapang di Ipoh... nikmatilah pemanduan yang agak mencabar mendaki Bukit Berapit. Walaupun sekali lagi memandu yang akan mendaki dan menuruni bukit, di sini tidaklah begitu mencabar seperti kat jalan Timur-Barat tadi.... sedar tak sedar meter Rusa aku pun dah naik lebih 120.... sebelum mencecah 140.... baik la aku slowkan sikit kann. kalau pakai MPV yang power tu... boleh la tekan 140.

Di puncaknya kita akan masuk Terowong Menora dan selepas itu kita akan mula menuruni bukit. Bagi pemandu yang jenis kecut perut... boleh ambil lorong kiri... hehehe. Bila keluar dari terowong itu... antara papan tanda yang kita lihat ialah peringatan supaya menguji break. Peringatan ini ditujukan kepada pemandu kenderaan berat... tetapi apa salahnya kalau kita pun test juga break kita kann. Menuruni bukit ini... menuju ke Tol Jelapang yang terkenal sudah meragut banyak nyawa... jadi hati-hati dengan kenderaan berat yang ada... kalau ada yang datang dari belakang dengan break yang rosak.... alamat jadi lempeng la kita. Masalah Tol Jelapang tu sekarang ni sudah diatasi dengan memindahkan tol itu lebih ke hadapan, di kawasan yang lebih mendatar dan luas berbanding dulu.

Selepas keluar dari Tol Jelapang... ada lebih kurang 1 jam lagi untuk sampai ke kampung. Sekarang ni dah tak perlu masuk Ipoh, kerana dah ada jalan pesisir di luar Ipoh menuju Lumut. Tapi aku dak la drive sampai Lumut... pasal aku akan belok kiri ke Batu Gajah, menuju Tanjung Tualang. Tanjung Tualang ini ikon dia udang galah, kerana dulu kat area ni memang banyak udang galah. Sungai kat kampung aku antara pembekal udang galah tu.... tapi sekarang ni semua bekalan datang dari bekas lombong je kot. Dari Tanjung Tualang terus menuju ke Kampung Gajah.

Akhirnya sampai juga ke jalan kecil yang tenang menuju kampungku yang aman damai. Dulu jalan ni hanya tanah merah, tapi itu dulu-dulu la.... sekarang ni dah tak ada lagi semua tu. Dan Alhamdulillah.... kami selamat sampai ke kampung halaman setelah 7 jam memandu dari pantai timur ke pantai barat


6 Comments:

  1. sakurasa 2 said...
    Selamat bercuti
    Unknown said...
    cuti dah habis... huhuhu. Esok dah start kelas
    Brahim Nyior said...
    Bachok ke Kampung Gajah, kan lebih dekat guna Gua Musang-Simpang Pulai?

    Dari Bachok, masuk Gua Musang (ikut Machang) peh tu lalu Cameron dan tembus di Spg Pulai.

    Dari Spg Pulai ke Seri Iskandar masuk Bota dan sampei Kg Gajah...

    Dekat Yop! Tapi jalan sunyi sikit, terutama petang. Kalu nak elak risiko, guna Griklah.

    Teman lama dah tak lalu sana. Bila mike masuk foto, refresh memori lalu jalan Grik-Jeli
    sonata anak kancil said...
    terasa macam aku juga drive kete dari Kelantan ke Perak ! Ehhh jauh ye perjalanan tu...
    Cikgooden said...
    hang masih di perak..call. la...tgh tadak buat apa apa ni..kata nak minung teh tarik..
    Unknown said...
    Brahimnyior-
    Kalau balik kg. gajah memang dekat ikut g.musang-cameron-spg. pulai.... tap dari bachok - g. musang, jln sempit dan sibuk.. speed trap pun siang mlm... lepas tu dari GM ke Cameron... jln sunyi... dari cameron ke spg pulai pun sunyi
    sebab tu aku suka ikut grik... aku dah masak dgn jln sini.. kat mana lubang pun aku dah tau... hehehe

    sonata-
    errr... nak kena buat journal ke pasal drive kat banjaran titiwangsa..:)

    COden-
    sorry la bro... aku dah balik kelate... banyak plan dah tukar last minit... nak makan mee banjir udang pun kena batal

Post a Comment