Wednesday, July 15, 2009

Talent Identification 2009

Sekarang ni sedang rancak berlangsung proses 'Talent Identification' (TID) bagi budak-budak peringkat umur 12 tahun yang berbakat dalam bidang sukan.

Ada tiga program TID bagi mencungkil bakat...
1. TID Program Gemilang - dikendalikan ISN
2. TID Khusus - dikendalikan MSN
3. TID Umum - dikendalikan MSN

TID Program Gemilang khabarnya akan bermula 26 Julai. TID Khusus pula sedang berlangsung di SSBJ. TID Khusus dijalankan mengikut jenis permainan.... contohnya Bola Sepak, Badminton, Olahraga dan lain-lain. Budak-Budak yang dipanggil menjalani TID Khusus ialah budak-budak yang telah mewakili negeri bagi setiap jenis permainan.

TID Umum akan bermula di peringkat Daerah minggu hadapan. TID umum dijalankan bagi budak-budak yang berbakat tetapi masih belum ditentukan lagi jenis permainan yang akan mereka ceburi. Kami para penguji akan menjelajah setiap daerah mulai minggu hadapan..... bermula di Gua Musang pada 19 Julai nanti.

Budak-budak yang berjaya nanti akan menjalani ujian sekali lagi di peringkat negeri pada 3 Ogos.... hanya seramai 40 orang sahaja yang akan dipilih bagi setiap negeri. Mereka kemudian akan menjalani ujian terakhir sebelum ditempatkan di mana-mana sekolah sukan seperti SSBJ, SSBP, atau pun sekolah sukan yang ada di setiap negeri.

Hanya setelah berjaya melalui pelbagai ujian itulah, mereka akan ditawarkan tempat di sekolah sukan. Sekolah sukan yang menjadi rebutan tentunya SSBJ dan SSBP. Setelah mereka berjaya memasuki mana-mana sekolah sukan, maka tanggungjawab kami di peringkat kampung ini selesai. Terpulanglah bagi jurulatih-jurulatih yang ada di sana untuk membentuk mereka menjadi ahli sukan yang akan mewakili negara kelak. Namun perjalanan mereka tentunya masih panjang.... dan bukan semuanya akan berjaya di sana.

Demikian antara pelbagai proses melahirkan ahli sukan. Selain daripada itu, kami jurulatih di peringkat kampung ni, tetap meneruskan pencarian 'permata' yang mungkin tercicir.... menggilapnya dan menghantar mereka ke sana. Sekurang-kurangnya kami menunjukkan jalan untuk setiap budak-budak yang berbakat dan berminat yang ada di sekolah memilih dan berpeluang mengembangkan bakat mereka.

11 Comments:

  1. ckLah @xiiinam said...
    Bravo....bravo.....







    Selamat menjemur kulit kepada para jurulatih....
    ckLah @xiiinam said...
    Sambung sikit....





    Tak kusangka...
    jurulatih macho tu...
    peminat Amitabh Bachan!!

    Hi..hi..
    Unknown said...
    iks... ko gila ke... 'minat' Amitabh Bachan???... kalau menantu dia ok laaa... hehehe

    (kes baru lepas buka blog parpu kari... hehehe)
    DUN Behrang 2020 said...
    Ok sesangat tu...kalo x de pencari permata...mana nak jumpa permata tu...bukan senang ooo nak kasi bersih la..nak kasi gilap la...pastu nak pastinya sinarnya betul2 menepati piawaian...syabas bro!
    ONE ZABA said...
    tunjuk jalan ke atas gunung ni sekali.
    Ismail Ibrahim said...
    jenis ujian yang mcm mana dinilai oleh coach untuk pilih budak-budak tuh? bleh cikgu terangkan sikit tak.
    Unknown said...
    DB2020-
    time kasihh... aku coach kampung je

    1Z-
    emm... dari rumah ke GM 3jam... kul 9 start TID.. kalau tak ramai yg dtg, cepat le siap... buatnya sampai 100 org yg dtg jenuh le... selalunya pukul 3-4 baru habis... tak sempat nak naik gunung la kot... esoknya nak ke Tanah Merah pulak... lain kali aku singgah kat gunung

    Ismail-
    err... cam an ujian yg kami buat... penting ke... hehehe

    ok la kalau nak tau.... Ni komponen TID Umum yang kami guna

    TID utk peringkat daerah
    Komponen 1. Anthropometrik
    - ukur ketinggian berdiri
    - ketinggian duduk
    - berat badan
    - panjang depa
    >>biasanya kami akan cari budak yg ketinggiannya 160cm ke atas, tapi ada sukan yg tak mau budak tinggi sangat, (contohnya gimnastik, angkat berat)

    Komponen 2. Kecergasan
    2.1 lari pecut (40M)
    2.2 Jangkauan melunjur
    2.3 Lompat jauh berdiri
    2.4 Lari ulang alik (10M)

    TID peringkat negeri (semua di atas dan tambah bateri ujian berikut...
    2.5 lari pecut 40M (speed trap brower)
    2.6 lompat menegak (sargent chalk jump)
    2.7 Lompat menegak (vertec)
    2.8 Baling bola keranjang
    2.9 Bleep test (lari ulang alik ikut bunyi bleep)

    TID peringkat kebangsaan
    semua di atas dan tambah lagi beberapa bateri ujian... test anthropometrik yg lebih teliti... (bulu roma pun diorang ukur barangkali.... hehehe, gurau je tu)

    emmm... ni la komen paling panjang kot... nampak gaya macam kena buat entry dalam blog kalau nak tau detail.... tapi... tak penting le kot... hehehe
    Ismail Ibrahim said...
    La Ingatkan Ada Test Lompat Menyondol yang biasa cikgu buat tu. hehe. Cikgu kan Pakar Sondol Menyondol ni. Hehe
    Mak Su said...
    anak maksu, si kakngah tu suka hoki, pernah wakil sekolah ke peringkat daerah, tapi bila cikgu dia suruh apply masuk sekolah sukan, dia takut plaks
    kuIna said...
    tgh fikir sy brbakat dlm sukan apa x tau... tido kot...
    Unknown said...
    maksu-
    ada bakat pun tak semastinya masuk sekolah sukan.... kebanyakkan kes, ckgu suruh masuk tapi mak tak bagi... hehehe

    kulna-
    emmm bakat ko tu memang terserlah... hehehe

Post a Comment