Saturday, December 5, 2009

Segarkan RAM yang semput

Hari ini mari kita bermain-main dengan System Windows XP.... bukan main game la!

Sebagai pengguna komputer 'end-user' yang pakai belasah je selagi komputer boleh 'on'... tentu korang pernah menghadapi situasi begini.

Sewaktu membelasah komputer tu.... korang buat kerja sambil pasang lagu.... buka beberapa laman web, mendownload movie dan macam-macam lagi.... kemudian korang akan dapati komputer akan menjadi semakin perlahan dan lambat memberi respon. Akhirnya komputer akan 'keras' dan 'selok'..... lepas tu korang akan kata..... 'alamak dah hang la pulak!'

Ok... jom kita buat sesuatu untuk memulihkan keadaan ini!



Macam mana nak buat.... ok jom skodeng!

Mula-mula buka Notepad.... jangan korang buka notepad yang ada gambar tiga 5 tu pulak.



Bila dah buka notepad ni.... korang taip script ni...

FreeMem=Space(64000000)

 Alohhh laaa.... taip buat apa.... copy and paste je la.... hehehe






Lepas tu sila save.... haaa.... tang part save ni yang penting.... jangan pakai belasah je!


Pastikan korang save di desktop.... maksudnya kat drive C le tu... kalau korang save dalam folder my document nanti susah pula nak cari... bila benda tu ada kat desktop senang la nak klik nanti.

Ok... pastikan korang save notepad ni sebagai

RAMcleaner.vbs

psttt..... kalau korang nak tulis lain tang RAMcleaner tu pun tak pe, tak kena saman pun, cuma yang penting ialah mesti berakhir dengan dot vbs (.vbs)


Walaaaa..... dah siap!



Lepas ni bila korang buat kerja.... sesekali klik la button tu untuk menyegarkan kembali RAM komputer korang  yang tengah pening lalat tu. Selamat mencuba.....

Sekian sahaja permainan kita hari ini..... apa???? tak seronok... buat-buat la seronok.... hahaha!

17 Comments:

  1. Abam Kie said...
    tq abg sifu. nanti esok sy halusi n bereksprimen tutorial ni. byk bermanfaat. teruskan menulis artikel2 ttg ICT esp utk newbies mcm sy ni. pas ni x yah minta tolong rakan sejawat. kalau sy boleh buat, sy try sendiri dulu.
    ckLah @xiiinam said...
    'RAM' kat sini dah letih nak berblog...
    Unknown said...
    juk
    jgn sampai kena jumpa tok bomoh dah le.... hehehe

    RAMlah
    kena tekan 'button' tu.... kalau tak leh gak... ko gentel la.... hahaha
    ONE ZABA said...
    'RAM" kat atas tu kena cuci pakai clorok baru ok kut
    ckLah @xiiinam said...
    Cissss! Shilakak!


    OnZ, banyak kau punya klorox!



    Apa2pun, nk btw, aku dh berjaya download FSCapture tu, dan praktikkan di blog pakZahan dulu sebagai latihan...Terima kaih ya shifu. Apa pengerasnya? Kau jangan mintak yang keras-keras sangat! :)
    ckLah @xiiinam said...
    erata;

    terima kaih = terima kasih.



    :)
    Unknown said...
    OneZ
    ko jgn beli klorox pulak utk bagi hadiah pengunjung gunung

    RAMlah
    jgn lupa buat button segarkan RAM tu
    Unknown said...
    Salam tuan sifu IT. Saya akan cuba menjadi anak murid dalam kuliah tuan. Semoga dapat berkah daripada usaha ini.
    Che' Pit said...
    hmm applicable tak untuk windows 7?
    Che' Pit said...
    This comment has been removed by the author.
    Yunus Badawi said...
    Nanti aku suruh anak aku buat utk semua laptop kat rumah ni. Kiranya dia ICT technician kat rumah ni hehehe
    Unknown said...
    Mybabah
    salam.... alahai ni yg aku lomah ni... pasal yg nk jadi anak murid tu lah shifu yg sebenar

    chepit
    try la.... sepatutnya tak de masalah pasal button tu utk RAM... kalau tak menjadi... delete je
    Yunus Badawi said...
    RAMlah tu betul ke nak pencen dari blogging? huhuhu
    Unknown said...
    YB
    kita tengok nnt berapa lama dia dia nak berenti... tapi aku rasa kalau dia tak bogging... mengelupoor laaa
    Cik Cookie said...
    Tiba Cik Cookie rasa mcm buto IT.
    RAM tuh sama ngn Rums yg kita masak2 ke?
    Cik Cookie said...
    Tiba Cik Cookie rasa mcm buto IT.
    RAM tuh sama ngn Rums yg kita masak2 ke?
    Unknown said...
    cookie
    ko mana ada masak... ko kan makan kat kedai je... huwahh... wahh... wahh

Post a Comment