Saturday, October 24, 2009

Sirkit Kijang Mas 2009

sirkit00 Hari ini… Team olahraga MSS Kelantan mengakhiri musim dengan menganjurkan Sirkit Olahraga Kijang Mas ke-2. Sirkit Olahraga ini merupakan pertandingan ‘luar musim’ bagi budak-budak olahraga di semua daerah. sirkit10Antara matlamatnya ialah untuk mencungkil dan memberi peluang atlit baru merasai suasana kejohanan olahraga. Sekurang-kurangnya mereka akan mendapat pengalaman sebelum bertanding di kejohanan yang lebih mencabar tahun depan.
sirkit02Selain daripada mencungkil bakat baru…. sirkit ini juga penting sebagai kayu ukur bagi mengetahui tahap prestasi atlit-atlit yang sedia ada…. yang telah mewakili daerah. Selepas berakhirnya MSSM… tentunya mereka perlukan pertandingan, tak kan nak berlatih je sehingga musim akan datang. Sekurang-kurangnya mereka ada sasaran dan matlamat untuk berlatih. Mereka juga tentunya mengidam untuk layak menyertai ‘skuad elit’. A tlit-atlit ‘skuad elit’ dalam bulan ni sedang menyertai beberapa pertandingan….. minggu ni kat ‘Pahang Open’ sebelum ke ‘Melaka Open’.
sirkit06Tahun ini juga…. semua kejohanan olahraga terpaksa diadakan di atas padang kerana satu-satunya trek di Kelantan yang terletak di Kompleks Belia dan Sukan sedang dalam pembaikkan. Trek MSS Kelantan pula masih dalam pembinaan…. kalau tengok gaya… tahun depan pun tak siap lagi.
sirkit09Bagi kami Team Bachok… macam biasa relex je….. maklumlah kami hanyalah pasukan kerdil yang semakin pupus. Sudah lebih 10 tahun aku bergelumang dengan kejurulatihan olahraga…. selama tempoh itu…. hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi jurulatih yang terus ‘menghambakan’ diri dengan pasukan ini. Hanya 4 buah sekolah sahaja di Bachok yang masih bertahan….. jurulatih yang ada pun tetap muka-muka yang sama…. malahan tahun ini sudah kehilangan beberapa jurulatih senior setelah bertukar ke daerah lain. Namun kerana sukan ini dah jadi darah daging…. kami tetap meneruskannya, selagi terdaya.

sirkit01 antara rakan jurulatih yang sudah semakin senja

Monday, October 19, 2009

Operasi bersih



Meja kerja aku dah semakin sesak.... dah bersumbat-sumbat dengan segala macam benda..... dah jadi macam kawasan kampung setinggan.
 Petang tadi, sempena bercuti raya Depaa 'yang' valli.... aku bercadang nak buat operasi bersih. Aku nak tukar meja... nak kecikkan meja supaya aku tak 'terletak' dengan sengaja segala macam benda atas meja.

Aksi seorang 'Tukang Kayu' yang kelihatan begitu profesional.....
 

Dalam masa sejam... sambil fikir... sambil ukur.... aku terus je ubah suai kaki meja makan yang masih elok tu..... aku cuma perlu gantikan bahagian atas sahaja.

Oleh kerana aksi petang ini hendak dirakam... maka aku bekerja dengan berbaju lengkap.... hehehe.

Tidak lama kemudian...... taraaaaa....



Mulai hari ni aku nak pastikan kat atas meja hanya ada benda-benda untuk kegunaan harian sahaja.


Errrrr.... macam mana dengan semua ni.... nak letak kat mana?




Mungkinkah aku kena bina sebuah stor pula lepas ni.... esok la fikir. Tunggu cuti sekolah panjang la kot kalau nak buat projek besar-besaran.



Kita kembali selepas ini...

Kat corong radio.... kat talibesen... kita selalu dengar ayat begini........

"kita kembali selepas ini..... "

"ada banyak lagi acara-acara menarik..... tapi sebelum itu... kita beri laluan kepada pesanan penaja"

Kalau tengok talibesen..... memang potong stim betul. Tambah-tambah kalau masa hero & heroin tengah nyanyi guling-guling atas gunung.... heiiiih.... menyampah!

Dulu-dulu... masa company talibesen pakai piring tu ada... konon-kononnya seronok tengok talibesen pasal tak de iklan.... tapi sekarang ni... sama gak.... besepah-sepah iklannya.

Bila fenomena memblog jadi pemess..... sekarang ni kat sini pun dah bertepek-tepek iklan. Macam-macam iklan ada...



"errrrr..... entry ini akan disambung selepas pesanan penaja" .....hehehe



Sejak aku memblog beberapa tahun dulu... aku tak suka letak segala bagai benda-benda yang menyemakkan mata ni.... serabut nengoknyeee.

Letak iklan.... emmm lagi la malass.... tak nak mencemari layout blog aku dengan benda-benda tu.

Malam tadi... baca blog awek yang blognya penuh dengan segala macam wiget ni... (errr... cikgu jangan marahh.... ni pun promo gak ni... hehehe)

Dengan tak sengaja.... aku terklik la benda tu.... (dapat la ko singgit pasal aku dah klik dari ko punya.... hehehe)




Dengan tak sengaja juga aku dah terdaftar.....



hehehe.... lepas daftar... dapat singgit.... hehehe




Tapi bab yang aku paling lemah ni..... kalau nak berhinggit-hinggit, kena la promo kat kawan-kawan supaya daftar juga.... emmmm ni yg aku malehhh ni.

Ok laaa... promo sikit eiiii... catcheye ni media pengiklan macam nuffnang yang selalu ditampal blogger kat blog tu la.

Media ni akan mula beroperasi pada 25 Oktober nanti..... nak promo lebih-lebih tak tau la pulak.... kita tengok je la nanti macam mana

Ok kekawan..... sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. Sama-sama kita tunggu hari pelancaran rasminya.


lagi chantekkk kalau turut mendaftar....
(dapat la aku singgit.... hehehe)
Jom daftar ramai-ramai
Klik jangan tak klikk

.............................................................

Entry ini tidak ada kena mengena dengan gaji bulan November yang lambat lagi ni!

Thursday, October 15, 2009

Tranformasi

Dulu.......

Tuan lama.....

Suatu hari.....

Tuan baru....

Hari ini.... taraaaaa......


Sukanyeee dieee.....

Monday, October 12, 2009

Refleksologi


Hari pertama di Kulompoo... bertungkus-lumus menyediakan data sebelum semua ujian bermula esok. Masa nak ke sana..... aku konfidenn je, pasal 'puok' Unit Sukan dah bagi CD untuk dibawa. Puok tu pun konfiden juga cakap.... "tak sohh bimbeee.... semua bereh belako doh, data ada dalam CD, demo bagi jahhh"

Sampai kat KL.... aku buka CD..... cehhh! hampehh.... orang nak data lain, diorang bagi lain.... yang ada hanya data ujian TID peringkat negeri hari tu. Alahaiii..... nak buat apa! pasal kat sini semua budak-budak tu akan diuji semula. Maklumat biodata diorang bagi hardcopy..... jenuh la aku nak kena keyin semula! Nak marah pun dah sampai sini... nak tak nak, keyin la semula satu persatu.... nak keyin, kena semak la dulu.... hari pertama aku 'bertumas' dalam bilik gerakan bersama beberapa orang lagi wakil negeri lain.


Aku bila bab keyin data ni... tak suka buat gelojoh...... kena buat slow-slow, semak dulu... pastikan semua dah clear baru la keyin. Aku tak suka buat kerja, cuit sana sikit, cuit sini sikit... tapi bila bekerja ni, kita kena la boleh agak.... berapa lama nak siap. Jadi siangnya aku nampak relax la... kekawan yang lain semua dah kalut keyin.... aku duk saja, belum keyin apa-apa pun. Sebenarnya aku nak semak data dulu, biar semua cukup, baru la tak teraba-raba masa nak keyin nanti. Siang tu aku relax je.... guru data negeri-negeri lain semua dah siap keyin data menjelang petang.... semua dah start bergurau-senda.... hehehe.


Sebelah malam aku start keyin data.... menjelang pukul 12:00 baru siap. Psssttt... esok paginya.... ehh!... ada lagi negeri yang belum siapkan data!... ingatkan aku yang last..... hahaha. Semalam aku kena..... hari ni giliran aku la pulak bagi ayat 'bakar jiwa'.... hehehe. "Ikss... iksss.... negeri mana laaa yang belum siap data lagi ni?"..... hehehe...
Data dah siap..... hari kedua baru aku dapat ke Stadium MSN untuk ikut yang lain-lain menjalankan ujian TID....


Berpanas di stadium.... tentunya memenatkan.... badan pun dah lenguh-lenguh, urat-urat kaki pun dah rasa kejang. Kena manja-manjakan diri ni. Buat kerja seharian.... berpanas berhujan.... tak kan la nak siksa badan gitu je kannn. Sebelah malam... bila dah selesai semua urusan dengan budak-budak (pegi perambat suruh tido).... baru la ada masa untuk diri sendiri.... errr... Kulompoo kan tak pernah tidurr... ada kekawan, hari pertama sampai dah mula berrefleksologi kat Sri Petaling.





Urat-urat kaki yang dah rasa kejang perlu dilembutkan...





Badan yang letih... perlu disegarkan semula....


Gambar di atas hanya sekadar hiasan
(sila percaya.... hehehe)


Aku hulur kaki kat geng-geng OKU kat DownTown Ceras tu je... RM20 untuk setengah jam... kira ok la kannn.... walaupun urutan mereka tak selembut dan semanja jemari kat Bukit Bintang atau Sri Petaling.... hehehe.

Saturday, October 10, 2009

Lima hari outstation

Setelah melalui pelbagai ujian talent Identification (TID) di peringkat daerah dan negeri, kini sampai masanya 40 orang budak-budak yang memenuhi syarat dipilih untuk menjalani ujian TID terakhir peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur.

Tahun ni aku ditugaskan mengiringi budak-budak tu ke Kuala Lumpur. Bawa 40 anak orang ni, jenuh gak. Macam-macam feelnyee.

5 Oktober bertolak ke KL (naik bas... bukan tolak bas) bersama 2 orang lagi rakan. Dah lama aku tak sampai Kolumpoo ni.... kalau tak memang aku tak sanggup nak pegi. Tambahan dalam situasi baru lepas raya yang telah mengeringkan segala-galanya. Plan nak puasa 6 minggu ni pun terpaksa ditangguhkan lagi.... banyak la pulak tangguhnya.

Seharian dalam perjalanan yang memenatkan, akhirnya kami sampai ke tempat penginapan di Pusat Kecemerlangan Sukan Wilayah di Jalan Cochrane. Jarang orang tau pasal tempat ni... alaa... dekat Kampung Pandan. Kalau Pusat Sukan Kampung Pandan, orang tau la kot... tempat ni ke depan sikit.

Dah dekat maghrib baru sampai... lepas tu gedebak-gedebuk menguruskan penginapan. Pukul 8:30 malam program dah bermula.

Malam tu meating pengurusan dan budak-budak tu diberi taklimat tentang apa yang akan mereka lalui selama di sini.

Aku menguruskan data budak-budak tu. Setiap negeri diberi kouta 40 orang, tetapi macam biasa la... bukan semuanya dapat hadir.

Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin menghantar paling sedikit... itu pun dah 300 orang yang akan menjalani ujian.

Hari pertama... budak-budak tu menjalani ujian umum sebelum ujian khusus mengikut jenis permainan yang mereka minati. Semua ujian dijalankan di stadium MSSN di Bukit Jalil.

Mereka bakal ahli sukan yang akan mewakili negara dalam tempoh 8 tahun akan datang

Saturday, October 3, 2009

Berapa banyak tunda


Dateline 2 Oktober 2009..... surat pemberitahuan daripada jabatan sampai ke sekolah 1 Oktober 2009.... hehehe, hebatkan!

Sebenarnya surat pemberitahuan tu hanyalah sekadar protokol je.... kerana makluman supaya guru-guru yang mengurusan data penggunaan ICT di sekolah telah dibuat sejak awal September lagi.


Kebetulan September bulan puasa, barangkali semua org lebih menumpukan kepada kerja 'amal ibadat' jadi buat-buat tak nampak la dengan peringatan supaya mengupdate data penggunaan ICT di sekolah masaing-masing.

Barangkali juga.... ramai yang yang berkata dalam hati.... "alaaa... lambat lagi, lepas ni aku buat laaa!"

Lepas puasa... raya.... dalam sibuk duk beraya tu... langsung tak ingat dengan ikrar di atas.... hehehe! (termasuk aku la tu)

Pagi 1 Oktober Penyelaras PKG call..... "sekolah ko belum update lagi ni weiii.... esok last day". Alamak.... sorry la weiii, tak ingat, sat lagi kawe buat!.....

Alaaa.... kerjanya senang je..... dalam 10 minit dah siap.... upadate je... barangkali pasal senang sangat tu la ramai buat-buat tak nampak tu.... hehehe.

Dan seperti biasa..... tarikh 'dateline' ditunda lagi.... ni yang aku menyampah ni tau.... sebab tu aku tak nak buat awal-awal.... tau sangat dah!