Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru


Wednesday, December 30, 2009

Koleksi peribahasa

Sekolah dah nak buka.... rambut dah gunting, kasut dah kiwi, baju dah gosok...
Emmmm.... apa lagi nak buat?
Ooooo... kena buat persediaan bahan mengajar la kot.

Macam biasa jadual aku mengajar BM.... kena ada koleksi peribahasa..... hehehe!




1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.


2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru
31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

Tuesday, December 29, 2009

My new egg pan

Intro.... Mem Besar dah balik dari Langkawi setelah bermeeting 3 hari 2 malam..... hari ni mereka sambung lagi meeting kat sekolah kerana ada agenda mesyuarat yang belum habis..... hehehe, berapa banyak meeting daaaa!

Emmm... Mem awal pagi dah keluar.... hari ni nak breakfast apa yee?

Oooo baru teringat..... mem ada belikan pan baru kat Langkawi.Ok.. jom layan menu breakfast sempoi aku hari ni.




Menu hari ini....
Telur 2 biji... masuk dalam mangkuk, bubuh blackpaper sikit, permerson chese sikit,.... alaaa buh je la apa yang nak dibubuh!










Wahhh... gebu nampaknya. Sila abaikan tepi telur yang terhangit sikit tu.... pasal cheff bz ambik gambar tadi... hahaha!





Sekianlah rancangan masakan kita hari ini.... hehehe.

Jom terus layan sisa-sisa cuti ni..... yeeeeehaaaa!

Yang duk menanda kertas exam tu... jangan nak sengih-sengih, nanti menitik air liur kat kertas budak tu.... hehehe!



Opppssss.... ada lagi satu yang special Mem bawa balik dari Langkawi.






Emmmm..... pekena cigars dulu eiiii..... fuhhh.... fuhhhh







Sunday, December 27, 2009

Akidah kena mantaopppp

Sesekali hadir seminar.... mantooop


Friday, December 25, 2009

Diary hujung tahun....

Maaf..... kerana begitu lama menyepikan diri. Maaf..... kerana membuatkan kalian merindui ku. Maaf..... kalau intro ini macam orang perasan.... hahaha!

Hujung tahun yang semakin kalut.....

10 Disember-
Awal pagi lagi dah ada call.... "datang opis selalu.... ada keje ni, ambik surat hari ni".
Bagi orang yang sedang bercuti, pukul 8:00 pagi tu kira awal la untuk beraktiviti keluar rumah. Sampai di opis PPD, terus menerima taklimat (arahan) tugas... hehehe.

"Minggu ni ada kursus ICT untuk group ustad & ustazah..... mu uruskan kursus ni, semua pegawai kat PPD tak dok opis, aku serahkan kat mu la nak buat lagu mana".
"Ok boss, berehhh"
"Group ni peserta hok dipilih khas.... peserta yang dikenal pasti tak penah hadir ghapo-ghapo kursus ICT, jadi mu kena faham-faham la nak buat lagu mana"
"Haaaa, satu lagi.... aku nak mu stanby jugok buat video untuk show masa Majis Anugerah Gemilang PPD minggu depan"
"Ok.... ok... ok boss"

 Lepas angguk sana.... angguk sini.... ambil barang-barang keperluan kursus. Balik rumah... terus buat persiapan bahan kursus. Bahan-bahan yang ada perlu diubahsuai dengan 'keadaan' perserta yang akan hadir. Tengok senarai nama... aku dah boleh agak 'setaro' mana peserta ni.

12 - 14 Disembar-


Sudara Beach Resort.... berhempas-pulas bersama dua orang lagi rakan jurulatih menguruskan Kursus ICT untuk kumpulan guru yang selama ini tercicir daripada sebarang kursus ICT, ada setengahnya tu sentiasa cuba melarikan diri.... tetapi kali ni semuanya dah tak boleh mengelakkan diri lagi

"Lagu mana ni.... tak gerak punnn"
"Pssttt... mouse tebalik tu, lagu mana nak gerak".... slowly aku bisik kat dia.

Bayangkanlah.... bila jurulatih menghadapi situasi ini.... dengan serta merta terpaksa memikirkan pendekatan yang sesuai. Malam tadi dah test.... nak test senang je, semua peserta diminta membuat folder dan beberapa subfolder, kemudian pindahkan folder tu ke drive D, lepas tu bagi bahan kursus softcopy dari CD dan pendrive, minta mereka copy... drag & drop atau copy & paste ke dalam folder. Tak lama kemudian... mula nampak kalut sana sini angkat tangan.... lepas tu kita boleh agak la kan..... hehehe!

14 - 16 Disember-
Masuk opis.... mengumpulkan bahan-bahan untuk buat video koprat PPD. Date line dah makin hampir, tarikh tetamu VIP pun dah konfemm.... majlis akan dibuat pada 23 Disember. Bayangkan.... aku hanya diberitahu hari khamis (10 Dis) baru ni supaya buat video tu... lepas tu 4 hari tu tak boleh nak buat apa-apa kerana mengendalikan kursus dan semua pegawai PPD berhore-hore kat Ipoh.

17 Disember-
Lepas membeli membelah segala macam bekalan makanan untuk anak-anak.... aku memandu seorang diri untuk balik ke kampung. Semua anak-anak tak nak ikut.... Pukul 2:00 petang start drive membelah Banjaran Titiwangsa. Pukul 8:00 sampai di rumah...malamnya dok berbual-bual saja dengan satu-satunya bapa saudara yang masih ada. aku tidur di rumahnya malam tu.

18 Disember-
Petangnya aku ke Ipoh (Lahat) ke rumah adik.... kerana ayah dan mak ada kat situ. Jadualnya aku akan berada di situ sampai esok. Hujan lebat sejak semalam tak henti-henti.

19 Disember-

Pukul 1:30 aku menuju Pulau Pinang..... dengan kelajuan biasa kat atas highway... pukul 3:00 sampai di USM. Mem Besar dah tunggu dengan beg-begnya... lepas berpeluk cium... simpan semua barang-barang dalam kereta dan hantar Mem kat Dewan Pelajar. Petang tu dia ada last exam.... sempat la aku tido dulu bawah pokok. Pukul 6:00 Mem habis exam.... kami terus je beromen meninggalkan pulau. Mujur sekarang ni jambatan dah 3 line... jadi kurang la sesak sikit. Pukul 8:00 malam sampai di Grik. Pekena dulu roti nan chese 2 keping di Salim Kari Kepala Ikan. Pebetul dulu urat-saraf..... lepas tu terus memulakan pendakian. Pukul 9:00 malam kami start menyusuri Banjaran Titiwangsa semula. Malam ni tak banyak lori, kerana semuanya tengah bersidai kat Hentian Sungai Perah.... tunggu JPJ balik la tu! Pukul 12:00 ..... alhamdulillah kami sampai di rumah.

20 Disember-
Pagi-pagi lagi aku sambung kerja-kerja akhir buat video PPD.... petangnya siap dan pratayang kat opis. Malamnya aku sambung lagi, finishing touch...... tak sedar dah pukul 4:00 pagi. Kesian mem tido sorang-sorang.... kena temankan mem sebelum matahari terbit..... kuang kuang kuang!

21 Disember-
Pukul 2:00 petang berkumpul di Sweet Beach Resort untuk kerja-kerja persiapan tempat dan rehearsal majlis. Macam biasa bila boss ada, semua pegawai nampak kalut dan bagi cadangan begitu begini. Bila dah ramai sangat yang nak tunjuk pandai... semuanya dah jadi cacamerba.

22 Disember-
Errr.... buat kerja-kerja rumah la pulak kannn! Malamnya ke KB Mall.... beli barang-barang dapur. Lepas tu terus selebret birthday puteri sulung kat pija hat Kubang Kerian.

23 Disember-
Pagi-pagi ke sekolah.... hari ni Mesyuarat Guru-Guru kali pertama.


Lepas habis mesyuarat.... aku terus berkejar ke Sweet Beach Resort. Pasang semua peralatan.

Ini antara kerja-kerja tak rasmi aku.


Kerja ni kita kena buat sebelum orang datang..... dan kemudian kita kena mengemas bila semua orang dah balik



Tahniah kepada penerima anugerah untuk tahun ini.

Malamnya.... hantar mem naik bas kerana sekolah dia buat mesyuarat guru-guru di Langkawi..... dan aku ditinggal-tinggalkan lagi..... huhuhu!


24 Disember-
Hari ini ke sekolah lagi kerana ada Mesyuarat Kurikulum pulak. Tak sempat nak temankan anak ambil keputusan PMR dia.

Alhamdulillah... anak aku yang nombor 3 ni, dan paling hero sekali ni mendapat keputusan 6A 2B.


25 Disember-
Selamat Hari Krismas kepada yang menyambutnya. Bagi yang tidak menyambutnya inilah masa untuk.....



bermalas-malasan!


Saturday, December 12, 2009

The 7 Habit of.........


Barangkali inilah antara buku yang terlaris di dunia... dulu bila ada kursus je, semua nak tunjuk biso dengan menyebut atau merujuk kepada buku ini (untuk membuktikan dia membaca, walau pun hanya sekadar memetik beberapa ayat... hehehe)

Aku kalau baca buku yang macam ni, jadi sakit kepala... apasal pun tak tau la... hehehe!

Pasal selalu pula mendengar... "jangan lihat saya, tetapi dengar apa yang saya kata"...... cehhhh!, hampehhh.

Baik layan 7 habit kat bawah ni..... renung-renungkannnn, selamat beramallll... (dengan gaya prof kat radio tu)




DON'T ACT THE 7 ACTIONS BELOW AFTER YOU HAVE A MEAL


Don't smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).

Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.

Don't drink tea - Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.

Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.

Don't bathe - Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.

Don't walk about - People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99.. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.

Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.

Monday, December 7, 2009

Chicken With Italian Herb

Jom layan Secret Recipe aku hari ini..... Chicken With Italian Herb


Jom bersilat di dapur...... potong isi  ayam sesuka hati.... masukkan dalam pan dan kacau-kacau.

Tambahkan apa-apa yang patut.... secubit garam.... kalau nak bubuh 'Knorr pasti sedap' pun boleh.... tapi kalau korang jenis sakit kepala kalau makan, (macam hero suri kat Teluk Intan tu) tak payah bubuh pun tak apa.
Kacau-kacau lagi sehingga kering air.



Bila dah nampak kering sikit..... mulakanlah memasukkan ramuan yang lain.

Sesudu cili sos untuk mendapatkan rasa manis..... jangan banyak sangat, nanti hilang rasa ramuan utama.

Masukkan sesudu Italian Herb untuk membangkitkan aroma.

Terus kacau.... cung ceng... cung ceng...

Dan akhir sekali masukkan perasa utama menu hari ini.




Perasa utama ialah Barbeque Sause oleh MasterFood.

Sebelum angkat, masukkan bawang besar dan potongan cili.... alahai cili merah tak de pulak.... cili hijau je yang ada.... hantam jelahh!




Taraaaa!..... dah siap.

Lihatlah sinar keemasan hasil gabungan cili sos dan sos barbeque tadi.

Aroma herbanya pulak.... pehhh!






Kalau tak percaya.... boleh tanya anak aku.... hehehe!



Juri sedang menguji menu hari ini.

Emmmm..... hingga tak terkata!






Dan keputusannya..... sudah cukup jelas.

Tester menu aku dipaksa menunjukkan tanda puas hati.

"Abah bila masak memang beshhh!"









Oppsss.... nanti dulu.... dengan pantas..... terus masukkan sayur ke dalam pan tadi.


Chissss..... jutssssss.... ini satu lagi secret recipe

Pan lepas masak ayam tadi jangan dibasuh.... rugi, kerana sisa ramuan tadi masih ada.... jadi lebih baik kita manfaatkannya.

Cuma mungkin perlu tambah sikit garam dan 'Knorr pasti sedap'

Dalam masa yang sama.... kerak sisa masak ayam tadi kembali cair dan dah cukup untuk menjadi ramuan sayur.... pan pun senang nak basuh lepas ni... hehehe!




zuup.... zaap... zuup... zaap.... siap


Sekianlah dahulu rancangan masakan kita hari ini.

Sehingga berjumpa lagi dilain siaran.









"Alamak... kena virus ke komputer aku ni?"










"Makan budakkkk... huwahahahaha!"




Bila komputer nampak 'semacam' je.... dengan cepat kita akan salahkan virus.... hehehe!.

Sedangkan, dalam banyak hal semua tu akibat perbuatan kita sendiri.... alaaa macam satu dua negeri tu la kan.... bila ada masalah, cepat-cepat kata... "Ni semua pasal kerajaan yang dulu tu la"
Walaupun dah dekat 20 tahun perintah negeri, tapi masih duk tunjuk kat orang lain, untuk tutup kelemahan sendiri..... muhahahaha!

Kalau nak elakkan komputer diserang virus.... perkara yang penting ialah.......
jangan masuk tempat terlarang,
jangan guna benda yang terlarang,
jangan tengok benda yang terlarang.
Malangnya.... orang yang tak boleh kawal nafsu ni, dalam masa yang sama akan menyusahkan orang lain. Kalau komputer dia je yang kena HIV tak pe la... ni dia sebar juga penyakit dia tu kat kita yang beriman ni..... tak de pasal-pasal kita pun susah jugak.... hehehe!

Duss... dusss... sekali lagi intro yang merapu!

Sebagai pengguna yang mengunakan Operating System (OS) Windows dari Microsoft.... tentunya kita tidak pernah terkecuali daripada serangan virus..... maklumlah sebagai OS yang popular.... tentunya akan banyak pula musuhnya.

Menyedari akan ancaman serangan virus terhadap komputer yang beroperasi dengan OS Windows.... maka beberapa bulan yang lalu.... Microsoft telah melancarkan perisian keselamatannya sendiri iaitu Microsoft Security Essentials (MSE). Perisian ini dibekalkan secara percuma. Perisian ini bolehlah menjadi pelengkap kepada sebarang perisian anti-virus yang da di pasaran.

Tanpa berlengah lagi...... sila download perisian ini




Aku syorkan supaya korang download dan simpan di dalam folder khas, kerana selepas ini kita boleh download pula file-file updatenya. Sekarang ni dah version 1.5 rasanya.

Nak install... klik pada ikon yang macam kubu tu..... hehehe!



Lepas tu ikut je la arahannya..... alaaa, korang klik je next...... next....... sampai habis..... hehehe!

Tapi...... ada tapi jugakkkk..... sebelum nak install ni.... sekali lagi ingat nasihat aku kat atas tadi... "jangan guna benda terlarang"..... hahaha.... kalau korang gunakan OS Windows cap ayam.... tak payah la nak install!

Pakai Windows cap ayam.... lepas tu bising pulak pasal virus..... cissss! ada ka patut?



Beginilah rupanya tetingkap MSE yang telah siap dipasang.... apa lagi terus sahaja klik butang clean computer

pstt... MSE telah mengesan 1 potential threat kat komputer aku.... boleh tahan gak kan powernya ni, sampaikan folder koleksi script virus yang aku simpan dalam format WINRAR pun dah dia kesan.... hehehe, nanti bila ada senang aku buat entry cara-cara nak buat virus yang simple-simple untuk suka-suka.


Sekarang komputer aku dah sihat walafiat........ aminnnnnn!

Selain daripada tu korang boleh guna juga yang ni.....



Atau pun yang ini.....



Semuanya percuma sahaja!

Perhatian!
Perbincancangan di atas adalah berdasarkan andaian tanpa ragu bahawa korang bukan pengguna OS Windows cap ayam

p/s.....
kalau korang nak tukar OS cap ayam jadi OS ori, boleh jumpa aku.... pengerasnya..... hehehe!

Sunday, December 6, 2009

Hari ini nak ajak kekawan semua berlari-larian di checkdisk..... nak ajak lari laju-laju tu mintak mahap la, maklumlah aku ni hanyalah JU ICT pencen.

Dalam kita belasah komputer selama ini.... sudah tentulah semakin lama komputer kita akan semakin uzur. Longgar sana, longgar sini... bunyi sana, bunyi sini. Kurap, kayap dan panau pun dah tak larat nak garu. Kat dalam perut komputer kita apatah lagi... tentu dah banyak kerak, lemak dah sumbat saluran darah. Sekejap batuk, sekejap selesema.

Begitulah gambarannya dengan komputer kita ni. Jadi bila dah lama belasah tu, sesekali kita kena la pergi buat massage ke, refleksologi ke...... baru la segar sikit urat saraf.

Ikss.... apa punya intro daaa!...... dah... dah... jom terus je ke permainan kita hari ini.

Sebelum tu.... minta mahap la tuan hakim!... aku bukan nak tunjuk pandai pasal komputer ni.... kat luar sana ramai lagi yang pakar-pakar.... aku cuma nak kongsi beberapa perkara yang ramai orang dah tau, tapi mungkin juga ramai yang belum tau.

Hari ni nak cerita pasal aspek MENCEGAH lebih baik daripada MERAWAT lagi. Antara langkah pencegahan yang patut diamalkan ialah dengan memeriksa status disk komputer kita... kerana di situlah segala-galanya terkandung apa sahaja milik kita.... jadi jangan sampai kena buasir dulu baru nak perubat.

Jadi sebelum kena buasir.... mari kita periksa isi perut komputer kita dengan melakukan 'check disk'. Macam mana nak buat..... jom skodeng.... zassssss!

Mula-mula... korang klik 'start'.... lepas tu klik 'run'

Tetingkap berikut akan dipaparkan.... pada kota 'Open' sila taip arahan berikut...

chkdsk

lepas tu klik  'OK'






Sekarang perut..... ehhh!.... hard disk komputer  akan di periksa statusnya...


tunggu sampai habis dan lihat keputusannya nanti.





Arahan 'check disk' ini perlu dilakukan secara berkala..... seminggu sekali ke.... sebulan sekali ke.... supaya keadaan hard disk kita sentiasa segar.

Melalui arahan 'chkdsk' ini sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa yang 'berkarat' akan dicuci.... lebih kurang macam ganti minyak selendar kereta la ni.

"Minta mahap la duk merapu-rapu kat atas tu tadi.... aku sengaja buat begitu kerana apa yang nak aku tunjuk ni pendek sangat..... hahaha".

Apa-apa pun... segera larikan 'chkdsk' pada komputer anda.... jangan tunggu sampai kena buasir.... hehehe!

Saturday, December 5, 2009

Segarkan RAM yang semput

Hari ini mari kita bermain-main dengan System Windows XP.... bukan main game la!

Sebagai pengguna komputer 'end-user' yang pakai belasah je selagi komputer boleh 'on'... tentu korang pernah menghadapi situasi begini.

Sewaktu membelasah komputer tu.... korang buat kerja sambil pasang lagu.... buka beberapa laman web, mendownload movie dan macam-macam lagi.... kemudian korang akan dapati komputer akan menjadi semakin perlahan dan lambat memberi respon. Akhirnya komputer akan 'keras' dan 'selok'..... lepas tu korang akan kata..... 'alamak dah hang la pulak!'

Ok... jom kita buat sesuatu untuk memulihkan keadaan ini!



Macam mana nak buat.... ok jom skodeng!

Mula-mula buka Notepad.... jangan korang buka notepad yang ada gambar tiga 5 tu pulak.



Bila dah buka notepad ni.... korang taip script ni...

FreeMem=Space(64000000)

 Alohhh laaa.... taip buat apa.... copy and paste je la.... hehehe






Lepas tu sila save.... haaa.... tang part save ni yang penting.... jangan pakai belasah je!


Pastikan korang save di desktop.... maksudnya kat drive C le tu... kalau korang save dalam folder my document nanti susah pula nak cari... bila benda tu ada kat desktop senang la nak klik nanti.

Ok... pastikan korang save notepad ni sebagai

RAMcleaner.vbs

psttt..... kalau korang nak tulis lain tang RAMcleaner tu pun tak pe, tak kena saman pun, cuma yang penting ialah mesti berakhir dengan dot vbs (.vbs)


Walaaaa..... dah siap!



Lepas ni bila korang buat kerja.... sesekali klik la button tu untuk menyegarkan kembali RAM komputer korang  yang tengah pening lalat tu. Selamat mencuba.....

Sekian sahaja permainan kita hari ini..... apa???? tak seronok... buat-buat la seronok.... hahaha!

Thursday, December 3, 2009

Computer Profile Summary

Dah lama aku tak menulis pasal ICT ni..... maklumlah dah pencen jadi Jurulatih ICT. Hari ni aku nak kongsi perkara yang mungkin berguna untuk semua.... hanya sekadar ingin berkongsi sebagai end-user!

Sebagai end-user.... kita selalunya hanya on komputer dan guna sahaja. Selagi boleh guna kita belasah semahunya. Tambah-tambah pulak kalau komputer tu ada cop Hak Kerajaan Malaysia.... kita bedal je selagi ada.... bila monitor jadi jadi biru atau hitam.... kita letak tepi....... hehehe

Antara kata-kata hikmat yang selalu kita dengar ialah......

MENCEGAH lebih baik daripada MERAWAT

Tapi macam biasa la kan.... kata-kata hikmat ni sedap didengar....... dan selalunya kita akan jadi...... sudah terantuk baru terngadah!

Haaa.... hari ni aku nak kongsi sesuatu pasal part MENCEGAH tu..... semoga bila kena MERAWAT senang la sikit dokterrr nak mula cucuk kat mana!

Mula-mula download perisian percuma ini di sini........ http://www.belarc.com/



Sila klik pada FREE DOWNLOAD.....

Perisian ini akan mengdiagnos komputer kita secara online...... oleh itu pastikan anda dalam status online pada ketika ini.

Bagaimana hasilnya?..... Belarc akan memaparkan profile komputer kita secara terperinci seperti berikut.



Ini adalah status komputer aku bulan lepas...... lihat, ada 28 missing file. Berdasarkan maklumat itu senanglah kita nak perubat.... dengan cepat kita akan tahu apa masalah komputer kita dan tak akan jadi kes dokterr cucuk sana.... cucuk tang sini.... cucuk tang situ..... cucuk tang sinunnnn!




Sekarang lihat status terkini..... haaa, sekarang semuanya sudah Up-to-date dan dalam keadaan sihat walafiat!

Selain itu.... Belarc juga akan memaparkan segala apa yang ada di dalam sistem komputer kita. Jadi sila save laporan ini dan print..... supaya apabila komputer kita menghadapi masalah, laporan itu boleh dirujuk terutamanya bila perisian kita hilang.



Perkara penting dalam laporan ini ialah senarai perisian yang kita gunakan dan juga nombor lesen..... tu yang penting tuuu.... kalau korang gunakan perisian cap ayam tu tak kisahlah..... kalau yang ori.... lepas tu dah tak ingat key number.... haaa, boleh meraung dibuatnya. Dengan adanya laporan ini, lain kali bila kita install baru perisian, kita hanya masukkan sahaja nombor tu. Install perisian cap ayam pun tak apa..... asalkan nombor lesen tu ori.


Pendek kata.... segala DNA sistem komputer kita dapat dilihat dan dapat kita gunakan apabila perlu. Selamat mencuba


Tuesday, December 1, 2009

Secret Recipe

Day 2..... hari ni aku nak kongsi Secret Recipe santapan pagi aku... hehehe. Jom ke dapur!

First.... pegi dapur.... ambil apa saja yang ada.... bawang puteh, bawang merah, bawang besar..... potong sesuka hati..... aku suka makan bawang.... hari ni guna 5 ulas bawang puteh... kalau nak guna selabu bawang puteh pun tak kena saman....

Then.... potong apa-apa je sayur yang ada... lepas tu.... chiengggggg...... masuk dalam kuali...... tambah sikit perasa (aku pakai Knorr pasti sedap)..... sesudu barbecue sos (aku suka sos MasterFoods)..... beberapa renjis maggi seasoning.... sedikit Italian Herb...... cung ceng.... cung ceng.... siap (sorry... gambar terlebih flash)



Dalam masa yang sama.... pukul telur... dalam 2 biji..... aku tambah sesudu cheese.... mozarela cheese tak de... aku bantai cheese dalam botol tu je... hehehe.....

kacau-kacau telur tu.... segala yg aku tumis tadi pun aku gaul sekali.... masa ni boleh tambah apa saja... tengok apa yang ada kat dapur.... sambal  daging dah habis la pulak.... ada bawang goreng je.... bubuh je laaaaa....





Lepas tu.... letak sekeping roti.......

bubuh itu telur atas roti juga... dalam itu pan laaa.... then belakangggg... kasi letak lagi satu keeeepinggg rotiiiiii.... belakangggg...... tunggu la sikijammm..... kasi itu colourrrr brownnnn sikettttt

Walaaaa...... dah siap!