Friday, June 11, 2010

Nikmatilah cuti

Sebelum Cuti....

"Bos ini cadangan jadual kelas SBT masa cuti", kata Cikgu Kecik.

"Kenapa minggu pertama tak de kelas?, tanya Cikgu Besar.

"Minggu pertama tu kita bagi cuti la kat budak-budak (kat cikgu-cikgu juga), kata Cikgu Kecik.

Cikgu Besar renung jadual. Nampak macam tak puas hati. Cikgu Besar nak suruh ada kelas juga minggu pertama.

Akhirnya Cikgu Kecik terpaksa menggunakan 'ayat pembunuh'....

"Minggu pertama tu kita bagi la cuti, lagi pun kan minggu tu cikgu-cikgu ada exam PTK. Kita bagi la semua betul-betul cuti", kata Cikgu Kecik sambil celikkan mata sikit.

Cikgu Besar masih tak puas hati.... dia masih nak mencelah, " PTK kan sehari je......

Dan Cikgu Kecik terus tamatkan dialog dengan ayat terakhir.....

"Cikguuuuuu, kita bagi la cuti penuh minggu pertama tuuuuu, biar budak-budak rehat sikit. Cikgu-cikgu pun nak rehat jugak, ada yang nak exam PTK, ada yang nak balik kampung. Diorang semua ni ada kampung, dan nak balik kampung cuti ni. Saya pun nak balik. Cikgu tak pe la tak ingat kampung (kebetulan Cikgu Besar juga orang Perak) Saya nak balik. Saya cadangkan jadual ni lepas ambik kira semua hal, kalau cikgu tak nak terima, cikgu buatlah yang lain, saya cadangkan je", kata Cikgu Kecik sambil celikkan mata tahap keluar api dan terus keluar dari bilik Cikgu Besar.

Semasa Cuti.....

Bermula 6hb.... cuti pun entah kemana..... setiap hari paling tidak ada 4 undangan majlis kenduri kahwin. Setakat ni 12hb paling banyak, sampai 6 undangan. Semua undangan pada tahap tak boleh nak buat-buat pejam mata atau buat-buat lupa.

Macam biasa..... bila musim cuti sekolah, jalan kat Kelantan ni akan kelam-kabut dan tersumbat di sana-sini. Sedapat mungkin, memang aku elakkan masuk Kota Bharu. Mujur setakat ni, jemputan 'bekwoh' tidak ada yang di luar daerah.

Hari ini... dah habis seminggu cuti. Rancangan nak balik kampung pun entah kemana, akhirnya terperap di rumah saja.

Celik mata je..... masing-masing mengadap laptop.

Laptop aku pula dah 2 hari meragam. Terpaksa pindahkan semua file. Alamak semua 5 hardisk pun dah penuh, kena beli baru nampaknya ni. Dengki pula rasanya bila anak balik bawa hardisk WD 500G.

Cuti dah seminggu habis....

7 Comments:

  1. chekgu Bani Hassim said...
    huhu...
    kalau cuti kejap je kan???
    jeles btol cuti ni ngn kite...

    tinggallah seminggu lagiii
    Unknown said...
    tu la pasal... tengah duk fikir cam mana nak habiskan cuti seminggu lagi ni, duk tido bangun, tido bangun je... boring la gak kan... hehehe
    Yunus Badawi said...
    Itulah sekejap aje dah habis seminggu. Anak2 aku pun dah bising cuti tak kemana. Kalau setakat main laptop tak cuti pun boleh main huhuhu

    Esok dan Ahad ni biasalah - jemputan tak habis2 mcm ko jugak.
    latifahgb said...
    wah...berani cikgu kecik tu lawan cikgu besar.....
    kalau cikgu besarnya saya....saya yang buat jadual sendiri dan cikgu kecik kena ikut...heeee....

    Shifu...apasal tak da orang nak komen kat post saya???
    Unknown said...
    cikgu kecik tu bukan lawan cikgu besar... cuma nak bagi tau, kalau jadi cikgu besar, kena dengar cakap cikgu kecik. Apalah erti cikgu besar kalau tak de cikgu kecik
    Catwoman said...
    Salam Shifu.....

    Masa cepat b`lalu.....kdng2 kita tak sempat nak buat apa2. Pejam celik, pejam celik...dah nak habis bulan June. Rasa segalanya cepat b`lalu.....

    :)
    Anonymous said...
    hehe...kelakor dialog cikgu besar & cikgu kecik tu.... Kenapa la orang2 yg duk kat atas tak boleh memahami org bawahan....

Post a Comment