Saturday, July 24, 2010

Jumaat, 23 Julai
Minggu lepas dah bercadang nak cat dinding ruang 'berkubang' aku dan anak-beranak ni.

Dah hampir 10 tahun dinding tu berbelang-belang.

Masa Mat Indon tu sapu cat ada corak kat dinding tu dulu, nampak macam cantik... lama-lama, mata aku naik sakit tengok dinding tu.

Nasib baik aku tak suruh Mat Indon tu sapu cat semua dinding.

Minggu ni... macam mana pun mesti jadi rancangan nak cat dinding ni.

Masuk dalam stor ada 4 tin cat yang dah lama dibeli. Harap-harap masih boleh dipakai.

Seperti yang sudah dijanjikan.... pagi-pagi lagi aku dah bersiap-siap.... bersiap-siap pekena roti canai 'cotek' dulu la.

Sempena majlis pecah tanah projek tahun ini... Mem Besar tanya, nak makan apa hari ni.

Emmm..... dah lama tak makan kari kepala ikan merah. Okey jom pegi pasar!

Bila dah ke Pasar Jelawat.... jadi panjang cerita la kann. Tup tap tup tap dah pukul 11:00.

Sebelum waktu jumaat... pekena dulu first layer... nak tengok macam mana colour cat yang dah aku campur tu. Okey laaaa.


Balik masjid dan selepas meratah kari kepala ikan merah yang pehhhhh...... aku sambung semula projek.

Menjelang pukul 6:00 dah siap.

Opsss... meh aku cerita colour cat yang aku buat ni.

Cat ni asalnya colour hijau pucuk pisang... nak guna colour tu, takut pedih mata pulak, jadi aku cadang nak gelapkan sikit.

Ada lebih cat colour coklet... aku pun zupp campurkan...... taraaaa, jadi colour ala-ala gold... okey la sesuai la tu untuk dinding tempat letak tv.

Kalau tanya Eric Leong pun aku rasa dia setuju dengan aku. (Tu ayat cover, lepas Mem Besar kata, bakpo gelap sangat colour tu.... setelah aku terlebih masukkan colour coklet)

Akhirnya.... hilanglah sudah corak belang-belang yang dah lama memedihkan mata aku tu.

Bila background dah gelap, tv pun nampak terang sikit.

Oooo.... cat dinding depan je..... yang kiri, kanan dan belakang ni tak cat ke?

Errrr.... yang tu tengok dulu Mem Besar nak masak apa minggu depan.... hahaha!

4 Comments:

  1. azlanlin said...
    Ada balance ker ghona cat tu..nak order la...hehehhe
    Unknown said...
    aloh laa... ko campur je cat colour terang dgn colour gelap, gerenti jadi colour yg menarik... tak caya, tanya eric leong... huhuhu
    Kamsiah yusoff said...
    salam...
    dinding umah saya 'dicat' dgn maker pen oleh anak bongsu saya..haha tak keluar2 walaupun dah puas tonyoh2...
    Unknown said...
    dah tiba masa utk campurkan cat2 lebih yg ada kat rumah tu dan sapu kat dinding

Post a Comment