Friday, August 13, 2010

Menu Buka Puasa

Dah masuk hari ke-3 puasa.... aku belum pergi ke mana-mana bazar ramadhan. Tak ada mood nak makan menu luar. Cukup hanya sekadar menu Mem Besar sahaja.




Kat belakang rumah buah rambutan dan pulasan dah masak ranum.

Sebelum puasa baru ni, dah kait sepokok rambutan dan bagi-bagi kan buahnya kepada jiran-jiran.

Masih ada sepokok lagi yang belum dipetik.







Buah pulasan tahun ni kurang menjadi sikit, pasal aku tak sempat nak bubuh baja tahun ni.

Tapi boleh la cukup makan









Buah ni tak payah baja.... berbonjot-bonjot buahnya.

Buka puasa minum air kelapa muda la petang ni... pehhh, mesti segar!












Tak payah beli.... ambil je kat belakang rumah.













Ok...... itu intro cerita menu buka puasa hari ni. Sekarang tiba masa kepada menu utama.



Hari ni aku nak masak.......

Aku nak makan ala-ala bistik.... lepas balik jumaat tadi aku terus ke dapur menyiapkan perapan.

Kat rumah cuma ada lima orang, jadi aku siapkan lima ketul.




Daging sudah diperap..... tunggu masa untuk membakar je petang nanti. Makan bistik tak lengkap la kalau tak ada salad kannn... menu kena la seimbang.



Taraaa.... salad dah siap.

Simpan dalam frezee dulu, bagi sejuk, baru la sedap nak makan masa berbuka nanti.












Daging kat atas pembakar, semerbak baunya.

Errrr..... ikan jaket bakar tu menu Mem Besar, tak ada kena mengena dengan menu aku.... hehehe.

Mem Besar kata kalau makan menu salad malad ni, rasa macam tak makan je... sebab tu dia tetap siapkan ikan bakar cicah air asam.







Ikan bakar cicah air asam..... menu tradisi Mem Besar.











Memang jauh bezanya kan antara menu aku dengan menu Mem Besar.... hehehe









Inilah menu buka puasa aku hari ini..... tengok aku hanya makan seketul daging dan sesenduk salad.

Kenapa?????...... tak percaya ke?





3 Comments:

  1. Chenta said...
    Air kelapa muda .. segarnya !

    Ada bistik and salad ..yummy !
    Ikan bakar cicah air asam ..
    alahaiii... dapat tengok sajalah ..
    ckLah @xiiinam said...
    Selalunya tengok gambar menu buka puasa macam ni di blog perempuan...

    Kali ni nampak di blog seorang lelaki macho....

    (Balik Perak raya nanti bawakan pulasan tu!)
    Unknown said...
    Linda
    hari ni boleh bakar ikan kerongeii la, tak payah cicah2... terus curah atas ikan tu, senang cerita

    cklah
    ala bukan menu pelik pun... omputeh kata bistik, kita kata daging bakar, omputeh kata salad, kita kata ulam & kerabu

    bab balik perak raya ni, cerita hari ni mungkin berkaitan... huhuhu

Post a Comment