Wednesday, September 15, 2010

13 September ::

Menghitung detik.....

Kami melepak di KLIA..... segenap ceruk lantai 'terminal berlepas' kami jejaki.

Menjelang pukul 4:00 petang.... KLIA sudah penuh sesak.

Bakal 'teacher' dalam keluarga kami... 'Tice Shabirah'

Pukul 5:00 petang semua pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia berkumpul untuk check-in. Semuanya bergaya dengan pakaian penaja... hehehe. Sebagai ibu bapa, kami merasa amat bertuah kerana anak-anak kami menjadi 'anak emas' Kementerian Pelajaran Malaysia. Memang besar perbelanjaan yang kerajaan keluarkan untuk mereka... terima kasih Kerajaan Malaysia.... 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Beg semua besar-besar.... ada yang terpaksa mengurangkan timbangan berat. Malam ini ada dua kumpulan pelajar yang berlepas ke London... lebih kurang 50 orang dari Institut Perguruan Darul Aman dan 52 orang dari Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa.

Selepas selesai urusan check-in, kami ada masa beberapa jam lagi bersama sehingga 9:30 malam.


Masa dirasakan semakin pantas berlalu...... 9:00 malam


"Jaga diri, jaga kehormatan diri dan jangan lupa diri.... kakak sejak mula lagi sentiasa menjadi anak yang abah banggakan.... jadi contoh kepada adik-adik"


Pukul 9:20 malam.... semua pelajar berkumpul untuk taklimat terakhir penerbangan daripada pegawai-pegawai pengiring Kementerian Pelajaran Malaysia.


 Selepas taklimat... pelajar-pelajar diberi masa 10 minit terakhir bersama keluarga.


"Kasih sayang abah dan mak sentiasa bersama kakak"

Ibu bapa dan keluarga berpusu-pusu membalas lambai terakhir anak-anak yang memasuki terminal penerbangan.

Pukul 10:30 malam.... kami meninggalkan KLIA untuk meneruskan penerbangan... eh!... pemanduan ke Kota Bharu.

Seperti diduga... laluan menghala ke Kota Bharu lancar... cuma laluan menghala ke Kuala Lumpur sahaja yang sesak. Keluar dari Lebuhraya Karak... kereta dah mula bersusun-susun. Tambah memeriahkan lagi suasana.... dibeberapa tempat ada kereta yang saling menyondol, maka berkilo-kilometer laa barisan kereta yang tersadai.

14 September ::

Pukul 7:30 pagi.... alhamdulillah kami selamat sampai di rumah. Aku berehat (tidur)... pukul 3:00 petang baru melihat dunia.

Malam tadi, jam 11:00  (4:00 petang di London) sempat berbual dengan kakak di FB. Dia sudah selamat sampai di London awal pagi tadi. Dia sudah masuk ke penginapannya di sana.... makan meggi tadi, katanya. Esok baru bermula programnya... hari ini dia berehat sahaja.

Aku pun nak sambung berehat.... maklumlah minggu ini, aku memandu dari timur ke barat..... utara ke selatan... hampir separuh semenanjung Malaysia.

7 Comments:

  1. ckLah @xiiinam said...
    Tahniah untuk anakanda....










    ....tahniah juga untuk bonda dan ayahandanya juga.

    Semoga menjadi contoh kepada adik-adik, dan nak-anak MakLah juga....
    Catwoman said...
    Good luck to Kakak.
    Semoga sukses...
    Jaga diri di tempat org....

    :)
    Unknown said...
    ckLah
    terima kasih bagi pihak anakanda... masih jauh perjalanannya.... harapan menjadi anak Malaysia yang berjasa

    zyma
    terima kasih bagi pihak kakak... antara ayat terakhir aku.. "mulai sekarang, abah serahkan hak membuat keputusan kepada kakak, kakak perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri, dan abah sentiasa percayakan kakak"
    DUN Behrang 2020 said...
    abah kena terus rehat sbb byk tenaga abah nk guna musim raya nih!
    Unknown said...
    kawe sambung cuti... duk berehat le niii
    INNA AB said...
    tahniah gak utk mak n abahnye...2lah d antara klimax rsa n harapan sebgai ibubapa...
    Unknown said...
    time kasih...

Post a Comment