Tuesday, January 26, 2010

Kiriman misteri



Minggu lepas aku mendapat kiriman dari orang jauh.... kotaknya kecil molek, dibungkus dengan kertas puteh A4 (kertas fotostat opis dia le tu!)






Balik rumah aku tak sabar-sabar nak melihat isi kiriman itu. Perlahan-lahan aku membukanya.... Perlahan-lahan juga aku menarik isi kandungannya (ni bukan ayat citer 18X ye!)


Berderau jantung melihat kotak bungkusan itu. Emm... melihat aksi model kat kotak tu, memang patut la aku berdebar-debar kann?







Hoi.... jangan pulak lepas ni ada yang letak gambar gaya tu kat blog.... gambar celik mata sepet dah laa... errr... yang penah jadi model pun, minta tolong jangan nak terfikir bergaya macam tu... hehehe!


Misteri ni... memang misteri sungguh kiriman ini........





Ehhhh!... apa pula kaitan kotak kiriman gambar tu dengan bendi dan bayam ?








Haaa.... kan tambah misteri tu!


Jom rungkaikan apakah misteri itu!..... jangan biarkan diri anda diselubungi..... misteriiiiiiiiiii!

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Misteri mendeee.... saja je nak buat gempak tu!



Ni haa isi kotak tu.... kotak tu entah kat mana la dia jumpa! Langsung tak ada kaitan antara isi kotak tu, apatah lagi dengan gambar model kotak tu.

Kiriman tu sebenarnya ada kaitan dengan gambar bendi dan bayam kat atas tu.... Kiriman tu mengandungi 2 peket benih sengkuang, 2 peket benih kacang buncis dan 1 peket benih kacang bendi 7 segi.

Benih didatangkan khas dari Institut Pertanian Titi Gantung, Bota, Perak Darul Ridzuan...... rasa macam pernah ku dengar nama negeri ni.... tapi di mana yaaa???? :-)

Terima kasih kepada 'anak murid' yang nak belajar buat blog tapi malas nak update... hehehe!

Tahun ni akan ada Projek Bumi Hijau III .... tungguuuuuu! Kalau rajin boleh jenguk cerita lama ni Berbudi Kepada Tanah,  Projek Bumi Hijau II dan Menuai Hasil

Sebelum mulakan projek... macam biasa la kannn, kena la siapkan batasnya dulu. Bila ada batas yang cantik begini baru la semangat sayur nak tumbuh.

Saturday, January 23, 2010

Tuan Tanah melawat ladang

Tahun baru sudah bermula..... musim baru juga telah bermula.

Sempena hujung minggu... aku dan Mem Besar mengambil kesempatan untuk membuat lawatan kerja ke ladang.

Kalau ikut gaya 'tuan tanah' zaman omputeh dulu, masa melawat ladang kena pakai seluar pendek dan stokin paras lutut.

Tapi aku kan 'tuan tanah' zaman merdeka, jadi tak tergamak la nak pakai seluar pendek.... hehehe!



Mem Besar, sedang membuat tinjauan awal







Nampaknya kerja menanam sudah bermula






Tuan Besar, sedang meninjau kualiti tanaman












Ada sesiapa yang bercadang nak menempah bekalan lada?..... kalau setakat nak buat sambal tu tak payah la sain kontrak.... buang masa la nak layan kan.... muhahahaha!

Monday, January 18, 2010

Kadang-kadang kita alpa

Sewaktu menguruskan insan di dalam kelas.... kadang-kadang kita tak mampu mengerti apa yang mereka lalui.




Sesekali.... bertenang dan renunglah kembali

Sunday, January 17, 2010

Jom Ke sekolah

Hadir ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar.

Kevin Paul (1996) menyatakan bahawa,

"in every bad class there is something to be learned,
but not if you aren't there"

Tahun ini... sesi persekolahan dibuka dengan slogan 'Jom Ke sekolah'. Program 'Jom Ke sekolah' dilancarkan setelah didapati peratus kehadiran pelajar ke sekolah di daerah kami hanya sekitar 92% bagi sekolah rendah dan 89% bagi sekolah menengah. Maknanya bagi setiap sekolah... sekitar 10% pelajar tidak hadir bagi setiap sekolah.

Persoalannya....
Ke manakah perginya dan di manakah 10% pelajar ini berada setiap hari?


pamplet yang aku buat secara 'kecemasan' semalam... hehehe!

Sebagai guru yang menguruskan hal-hal berkaitan disiplin.... program ini tentunya menjadi tanggung jawab yang perlu dipikul, dikelek, ditatang dan yang sewaktu dengannya.

Hari ini.... kami mengadakan majlis pelancaran rasmi program tersebut di peringkat sekolah. Majlis diadakan secara ringkas sahaja sewaktu perhimpunan pagi.



Program dilancarkan dengan iringan doa.....







....juga ikrar sebagai tanda komitmen



Oleh kerana di sekolah aku juga merangkap 'tukang ambil gambar' untuk setiap majlis.... maka selalunya gambar aku sendiri tak ada.

Jadi terpaksalah aku minta tolong kawan untuk 'pukul gambar' aku... huhuhu!

Sila abaikan bungkusan plastik kuih atas meja kat belakang tu.... atau apa-apa juga timbunan kertas..... hehehe.

Cuma perhatikan tapak tangan aku yang selalu digeruni oleh budak-budak yang terpaksa mengadap aku akibat masalah disiplin..... muuhahaha!

.............................. <||> ..............................

Sebelah petangnya pula.... majlis pelancaran peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Bachok berlangsung.





Gambar ini sengaja dipamerkan, sebagai menunjukkan bukti bahawa aku antara yang terawal hadir.











Majlis peringkat PPD Bachok dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato Dr. Awang Adek Hj. Hussin

Monday, January 11, 2010

Naik roook!

Sepanjang cuti... aku hanya memerap di dalam rumah sahaja. Hujan hampir setiap hari.... dan kadang-kadang berhari-hari!..... hujan sampai tak 'celik mato'


Maknanya selama sebulan itu juga sekitar rumah tidak terjaga... keliling rumah dah naik rook! Kat belakang rumah, rumput dah dekat paras lutut.

Aku sebenarnya lemah semangat sikit bila bulan 12... maklumlah masa tu Mem Besar tak ada kat rumah. Selalunya bila aku memesin rumput di padang golf tu... mem yang temankan.

Sekarang ni... hujan pun dah tak turun.... mem pun dah ada kat rumah, jadi baru la aku ada semangat nak menebas.... errr... memesin rumput.



Sebelum segala makhluk alam yang lain bercadang nak berhabitat di belakang rumah.... kena la bersihkan kawasan tu kann!






Selain itu... mungkin sudah tiba masanya untuk mulakan Projek Bumi Hijau untuk tahun ini. Jadi eloklah kalau buat persediaan awal. Tapak projek perlu di bersihkan dahulu.

Lepas ni boleh la proses menyediakan batas.... sebelum memulakan kerja menanam. Benih pun dah oder... hehehe.

Tahun ni nampaknya kawasan Projek Bumi Hijau akan menjadi semakin pendek.... kerana aku dah tanam 4 pokok pisang kat hujung tu. Pisang baka tisu tu.... masa beli hari tu, ada la besar kelingking. Sekarang dah mula cantik naiknya!

Kat pagar tu jangan korang kata rook pulak... itu pokok kacang botol, sedap buat ulam tu!

Hemmm.... tahun ni nak tanam apa la agaknya?

Friday, January 8, 2010

Loi Loi Kratong

Hari ni memenuhi undangan kenduri kahwin anak kak Nab & abang Soh, cucu Mek Giok. Dulu kami berjiran... aku ada akaun 555 yang khas di kedainya. Maklumlah, anak aku ramai, jadi aku tak tahu apa yang anak-anak aku ambil di kedainya. Supaya senang.... aku suruh je Mek Giok tulis apa saja yang anak-anak ambil.... walaupun selalunya mek Giok tak berkira sangat pun.

Sampai di rumah kak Nab... alunan lagu Loi Loi Kratong sedang berkumandang.


Mem Besar bersama Che Ayu... anak kak Nab yang sudah besar dan 'membesar' seperti kak Nab juga.

Anak kak Nab dan abang Soh  ni dua orang je... Che Husin dan adiknya Che Ayu.

Errrr... kak Nab, abang Soh, Che Husin, Che Ayu..... apa nama sebenar mereka yeee?.... entahlah, sudah menjadi tradisi di sini, orang cina Kelantan menggunakan nama yang mudah untuk dipanggil dan selalunya nama melayu.




Abang Soh dan Kak Nab melayan tetamu-tetamunya

Thursday, January 7, 2010

Memohon keredhaanMu jua

Hari ini... minggu pertama persekolahan telah berakhir. Seperti biasa, diawal sesi persekolahan begini kami mengadakan 'solat hajat' memohon keredhaan Allah jua, untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang mendatang.




Tahun ini... tanpa menjemput sesiapa, tanpa protol, tanpa aturcara majlis.... hanya kami sahaja!











Errrr.... hanya ini sahajalah jejaka yang ada di sekolah kami, dan tentunya aku yang paling ensem sekali... hahaha!

Wednesday, January 6, 2010

Gaya First Day

Sana sini banyak cerita pasal hari pertama pembukaan sekolah.... baik dari sudut mak bapak atau pun cikgu-cikgi. Aku pun ada juga cerita hari pertama..... tapi mungkin versinya sama saja dengan orang lain. Tak payahlah tulis panjang-panjang kerana ceritanya berkisar kepada plot yang sama sahaja.... hehehe!


Hari pertama.... aku lambat sikit je daripada GB.... hehehe!

Itu buktinya aku tak mamai lagi walaupun dah bercuti panjang. Alamak.... tak ingat nak tarik nafas masa ambil gambar... hehehe!







Anak-anak rakyat 1 Malaysia.... celik mata je dah dijamu 'kenyang buntaa'









 Semuanya ceria dengan baju baru....


 











Aktiviti 'Zon Bebas Cukai' berjalan seperti biasa!
'Colek mencolek' menambahkan ceria.








Selamat pengantin baru..... hehehe!


Errrr... yang ni pula tentunya akan menyebabkan rasa senak ditahun baru.... maklum la kan pengantin baru la katakan, tak mahir sangat lagi tuu..... sabar je laaa!


Saturday, January 2, 2010

Biasakan pikul buku


Bagi negeri-negeri yang sama waktu dengannya... hari ini merupakan hari pertama bagi budak-budak baru. Sebahagiannya tu bukanlah baru nak kenal dengan sekolah ni, pasal dah masuk kelas prasekolah di sini. Sekarang ni dah tak kelihatan lagi acara tarik menarik anak dengan mak bapak.... semuanya clear.

Aku tak terlibat langsung dengan acara hari ni... kerana aku tak mengajar tahap 1.... nak daftar anak Tahun 1 pun, belum ada yang baru lagi.... hehehe





Errr... habis tu buat apa datang ke sekolah? Ikss... aku ni kan cikgu yang prihatin... saja nak temankan bodek boss sambut ibu bapa..... ngeh ngeh ngeh!

Tahun ni tak ada acara apa-apa... hanya berkenal-kenalan dengan guru kelas dan kerusi meja... yang paling penting juga... ambil buku yang berkilo-kilo beratnya tu.... alaa bukan kena bayar pun, kerajaan bagi free je!

Rajin-rajin la pikul, kandar, usung, seret buku-buku tu nanti.

Kepada semua.... selamat kembali ke sekolah




JOM KE SEKOLAH!
















Kat rumah... hari ni last day untuk beryiha-yiha!



Friday, January 1, 2010

Semalam malam jumaat... juga malam tahun baru. Kepada yang beryiha-yiha kat mana-mana konsert tahun baru... lu pikirrrrr laa sendiri!

Semalam aku layan tahun baru tengok cerita hindustan kat Astro je. Malam jumaat.... baik aku beramal bakti kat dalam bilik je.... selamat tahun baru!



Malam ni ada acara bakar ikan kat Pejabat DUN.... aku singgah la kejap, sekadar tunjuk muka..... memenuhi jemputan Dato... tak pegi kang, orang kata kita tak nak kawan pulak.... hehehe!




Dalam hujan renyai-renyai tu..... ramai jugak yang datang!



Kat belakang ramai sangat yang beratur bakar ayam.... kat depan ni tinggal ikan bakar je.... hehehe