Thursday, October 30, 2008
|::menyahut seruan kerajaan... (jangan dok menyanggah je!)
|::tukar background color >>.....
|::Lepak-lepak kat belakang rumah >>.....
Labels: Aku Versi Hobi
Entry ni di buat pasal ada orang komen kata tak nak bela kura-kura, dia kata kura-kura busuk.... :P
Kat tepi rumah aku ada la buat sikit 'rok garden' (lebih kurang 'rock garden' la tuu, walau pun tak bertemakan bali)
tapi bukan nak citer pasal rok garden tu.... ni citer pasal kura-kura aku ni! Tengok la.... betapa manchonyee dia, relex atas batu. Malam tadi malas nak cari CD koleksi gambar kura-kura + rok garden tu..... ada sekeping ni je dalam laptop aku. Kalau tak.... boleh tengok gambar diorang masa mandi-manda.... hehehe!
Oppsss.... ni entry tambahan.... minggu lepas.... pokok teratai yang aku tanam dalam tempayan sekian lama tu dah berbungaaaaaa! Lawa nyeeee!
Masa aku kecik-kecik dulu.... tak pernah terfikir la pulak nak tanam teratai kat taman, pasal kat kampung aku penuh satu sungai dengan teratai! Makan buah teratai je laa!
Rupanya sekarang ni dengan pokok-pokok ada harga.... kalau beli kat kedai mahal gak sepasu ni! Teratai aku ni aku ambil kat tali air dekat rumah...... kalau korang nak... pegi cabut sendiri!
Labels: Aku Versi Hobi
Wednesday, October 29, 2008
Dah berbulan-bulan projek TM ganti kabel kat area rumah aku tak siap-siap ( nampak macam dah tahap terbangkalai je la ni, pasal tak de nampak sesapa pun orang kerja, tiang pun tak siap pacak lagi... huh!)
Dah berbulan-bulan jugak la streamyx aku tak jalan...
Kat rumah, kalau line tak de... apa la sangat yang boleh dibuat. Aku bukan minat main 'game' kat pc ni!
Emmm.... puahh dok sajo, aku godek-godek je la photoshop ni, edit gambar-gambar lama. Kalau cikgu Oden berkarya dengan lukis kartun, Ungku Nor buat kek lapis, Azza_Irah ronda-ronda naik basikal....... aku buat nak buat apa?
Sofia... semangat hari pertama
Gambar romantis raya tahun lepas..... huhuhu!
Labels: Aku Versi Lelaki
Tuesday, October 28, 2008
Sejak bersara sebagai jurulatih olahraga ni, kecenderungan aku membaca pun sudah bertukar. Kalau dulu bahan bacaan utama aku ialah buku-bku yang berkaitan dengan olahraga, kejurulatihan dan segala bagai yang seumpamanya.
Tahun ini aku langsung tak turun ke trek, walaupun geng-geng jurulatih masih call. Ada yang minta 'jaga' beberapa orang atlit sebelum bertanding, tapi aku macam dah tawar hati.... barangkali kerana dah tua, dah terlalu lama atas trek, dah letih!
Aktiviti petang aku dah jauh berubah.... kalau dulu berpanas di trek, tapi sekarang ni aku berkebun di belakang rumah.
Buku yang aku beli pun dah lain tajuknya...
Cuma satu saja bahan bacaan aku yang tak pernah berubah sejak 18 tahun dulu. Kebetulan pada masa yang sama juga, aku Jurulatih Utama ICT Jabatan Pelajaran Kelantan (tahun ni semua kursus buat kat sekolah je)
Selain daripada kerana minat, buku-buku dan majalah yang berkaitan dengan ICT penting untuk aku memantapkan keterampilan sebagai Jurulatih ICT....ewahhh!
Tapi aku hanya beli majalah terbitan Malaysia je la.... yang import tak tergamak nak hulur pitih, pasal harganya gerenti RM30 ke atas satu... huhuhu! Cukupla dengan yang lokal punya, RM10 je satu.
Selingan..... Sofia dengan koleksi buku kegemarannya. Dia beli dengan duit sendiri tu, maklumlah duit raya dia banyak lagi!
Labels: Aku Versi Lelaki
Sunday, October 26, 2008
Setelah berbulan-bulan, minggu demi minggu, hari demi hari, tunggu hari pembukaannya, akhirnya malam ini kami menyertai 'keghairahan' terkini di Kota Bharu. 'Keghairahan' bab makan-makan le.
Kenny Rogers Roasters kini dibuka di Tesco Kota Bharuuuuuu!!!!!!!!
Sempena hari raya hindu esok, jom kita menjamu selera di KR. Lagi pun Mem aku tak pernah makan kat sini. Dia hanya dengar aku cerita saja pasal KR. Maklumlah.... seumur hidupnya setakat ini, barangkali hanya sekali je dia sampai di KL, tahun 2001 dulu masa aku Konvo kat UM. Itu pun tak sempat bawa dia makan kat KR. Oppss... sekali lagi masa hantar puteri sulung kami masuk IPBA bulan Julai baru ni.
Sebagai idola baru di Kota Bharu, tentunya bukan senang nak mendekatinya. Bila sampai je, punya la panjang yang beratur tunggu table!
Nak tak nak.... beratur laaaaa ramai-ramai, mujur tak lama, 15 minit je lebih kurang... tapi kan 'penantian satu siksa'.....
Masuk kat dalam.... budak-budak KR nampak sangat kelam-kabut, maklumlah budak-budak baru kuar training kot, ambik order pun 'tukar taking'. Tapi tak kisahlah pasal hidangan KR tetap sama. Pukul 8:30 malam..... muffin vanila dah habis, tinggal muffin pisang je.... pisang pun pisang lahhh!
Peehh..... bak Ungku Nor kata.... mabeless... unibesss.... hehehe!
Aku dengan mem makan black paper
Sofia dengan ayam perasa ori dan manggo blend.
Tiba-tiba.... "Ore nak maake pasta...." Sofia bersungut. Nampak sangat dia dia tak minat dengan ayam ni, makan pun tak habis!
Terpaksa laaa aku yang 'tolong' perabis!
Selingan..... sejak Tesco dibuka, satu tempat ni je aku tak penah masuk makan. Aku pun tak tau, macam mana kedai ni boleh buka kat sini. Korang biasa dengar tak nama kedai ni?
Sejak Tesco buka.... aku tengok kedai ni jarang ada orang makan. Sekarang ni KR buka kat sebelah.... baru la nampak ada orang sikit, pasal ramai yang tak sanggup beratur lama kat KR, masuk je la kat sini kot. Aku rasa la.... siapa yang masuk tu mesti menyesal, pasal tengok menu dia, emmmm...... kat rumah pun boleh goreng sendiri, hahaha!
Labels: Aku Versi Keluarga
Saturday, October 25, 2008
Hari ini memenuhi jemputan sebagai Fasilitator Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan di SK Kolam.
"Bila bercakap hal ICT, kita tak boleh lari daripada membicarakan tentang hardware, software dan gadget"
"Setiap orang selalunya akan ada kecenderungan dalam salah satunya, tetapi sebagai cikgu kita patut tau semua bidang, serba sedikit sebagai memenuhi keperluan kerja kita" (setelah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.... hehehe)
SK Kolam merupakan sekolah yang ke-7 menjemput aku menyampaikan kursus. Bagi tahun 2008 ini semua kursus hendaklah dirancang dan diadakan di premis kerajaan..... buat hujung minggu je!
Setiap sekolah diberikan bajet untuk mengadakan kursus. Setiap guru mesti menghadiri sekurang-kurangnya 7 hari kursus dalam setahun. Maka pihak sekolah mesti merancang LDP untuk guru masing-masing.
Pstt... tahun depan kursus boleh dibuat kat hotel semula la kot.... maklumlah banyak hotel yang tenat sejak pegawai kerajaan tak buat kursus kat hotel tahun ni, kesian kat diorang kann....
Labels: Aku Versi ICT, Aku Versi Kerja
Friday, October 24, 2008
Hari ni mengutip hasil aktviti 'berbudi kepada tanah' yang aku buat beberapa bulan ni. Jagung ini merupakan tanaman terakhir selepas berbagai-bagai tanaman sudah dituai sebelum ini.
Sofia paling suka sekali, kerana dia peminat jagung. Dah lama dia tunggu nak makan jagung hok abah tanam.
Tanam jagung ni sebenarnya mudah saja, kerana boleh dikatakan tanaman yang tahan lasak. Cuma perlu berikan sedikit perhatian dan penjagaan semasa kecil, bukan apa.... takut patah je. Bila batangnya dah keras, tak dok hal dah la.... tunggu berbuah je la!
Sedikit tip.... jangung sukakan tanah bakar, terutamanya semasa peringkat awal. Masa di kampung dulu... masa kecik aku selalu ikut tok nenek tanam jagung. Teknik yang digunakan ialah.... tebas semak samun tu, lepas tu bakar.... lepas tu 'tugal' letak anak benih.
Petua orang tua-tua pula, masa tanam jagung.... mulut kena tutup, jangan sesekali bercakap atau ketawa, terutamanya kalau orang yang letak benih tu tak de gigi... takut buah jagung pun jarang-jarang macam gigi orang yang tanam... hehehe!
Barangkali sebab tu la, atok aku dulu sentiasa suruh aku yang letak benih jagung semasa dia 'menugal'.... maklumlah gigi aku rapat-rapat lagi masa tu.
Selingan.... soalan kuiz "Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan menugal?" siapa boleh jawab, angkat tangan!
Ok... sambung semula tip tanam jagung.......
Selepas ni kalau korang bakar sampah, ranting kayu atau sebagainya... kumpulkanlah sisa bakar tu.... cari la pula tahi kambing atau tahi ayam.... gaulkan sekali semuanya dan letakkan di setiap anak jagung tu.
Opss.... jangan sesekali letak terus bahan sisa bakar tu sebagai baja.... kena tunggu dulu 2-3 hari, lagi cantik kalau biarkan dulu kena hujan, barulah boleh digunakan sebagai baja. Kalau tak hujan, nasib le..... hehehe! Kalau gunakan baja organik ni.... tanaman kita gerenti cantik dan buahnya manissss.
Bila pokok jagung sudah tinggi separas pinggang lebih kurang... maknanya batang jagung tu dah agak keras... barulah kita gunakan baja kimia. Maklumlah... bukan senang nak cari tahi kambing untuk buat baja organik kannn!
Aku gunakan baja urea. "Korang kenal tak baja urea ni?" Baja urea ni selalunya berwarna putih. Kalau kat kampung minta sikit daripada orang tanam padi. Kan jagung ni lebih kurang sama spesis dengan padi, boleh la gunakan baja tu. Tapi ingat jangan bubuh baja urea sesesuka hati je.... setiap pokok letakkan sikit je.... lebih kurang sesudu teh je, kalau lebih sangat... alamat esok, lentok la jagung tu! Baja tu letak jauh sikit dari batang... lebih kurang sekaki dari pangkalnya.
Fuhh... panjang sangat la pula entry ni, kang korang boring pulak membacanya! Ok lah... aku stop kat sini. Siapa nak makan jagung rebus? Bakar pun sodappp!. Alamak tak ingat la nak ambil gambar jagung yang dah masak tu.... kalau tak mesti ramai yang jelessss!
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
Thursday, October 23, 2008
Adengan 'merajuk' kes minum air suam masa sahur di akhiri dengan pujukan mem yang mengoda.
"Hari ni kita berbuka di New Horizon deh... meja dah booking tadi"
"Emmmm.... tak po belako (sambil buat muka olok-olok tak de selera, padahal dalam hati sengihhh...hehehe)
Sebelum..... Ikan Kakap Stim Nyonya yang membuatkan liur meleleh masa mengidu baunya... silap-silap masa menyuapnya gak. Malangnya gambar Tomyam tu tak menjadi..... kalau tidak mesti Ungku Nor jelesss!
Sesudah..... tinggal kepala jeee
Yang sedap laginya, mem tolong booking meja je..... hehehe!
Adengan Sofia sedang menjilat jari....
Lepas tu terus la ke Tesco. Ooooo dah dekat raya lagi rupanya.
Gaya buat olok-olok tanya apa benda diorang buat..... sebenarnya saje nak begambar je.... hehehe
Labels: Aku Versi Keluarga
Wednesday, October 22, 2008
Kemarin tak puasa... (padahal kalau puasa lagi baik sebenarnya) Tapi pasal dah rancang nak buat dua hari, dua hari..... jadi ikutkan je lah plan tu. Kalau ikut plan tu..... maknanya, hari selasa depan la baru boleh raya.
Hari ni sahur dengan 7 biji kurma dan segelas air suam je..... dan disulami dengan beberapa batang rokok Langkawi yang dah lama tak jumpa tu. Tahun ni sekali pun aku tak pegi langkawi.... huhuhu!
Pukul 6:15 jam bunyi lagi..... " pukul berapa dah ni, sahur dah ke....?" tanya Mem aku ala-ala mamai. Aku jawab... "dahhhhhhh". "kenapa tak gerak". "letak dah jam tepi telinga, tapi tak sedar gak"
Sebenarnya aku tak kisah kalau mem tak bangun pun... pasal bukan nak makan apa pun masa sahur.... cumanya....... walaupun air tu aku boleh buat sendiri..... tapi aku lebih suka kalau mem yang buat...... faham la kannn...... wahai isteri2 di alam maya ini!
Hari ni kat sekolah..... budak-budak exam KAFA, relex je la hari ni, pasal exam ni ustad & ustazah diorang dah ada.
Labels: Aku Versi Lelaki
Tuesday, October 21, 2008
Entry menumpang line Schoolnet.....
Pagi ni hujan.... sebenarnya hujan sejak malam tadi lagi. Buat pertama kalinya dalam bulan 10 ni hujan kat area rumah aku ( mungkin seluruh Bachok). Barulah ada ciri-ciri cuaca hujung tahun. Tidak la panas pijar macam cuaca bulan 3-4. Cuaca pun dah tak tentu hala.... bangkali akibat 'pemanasan global' kot. Bab ni kena tanya greenpeace..... hehehe
Seperti biasa... bila hujan, ramai yang 'nanar'. Tambahan pulak bila hujan pepagi macam ni. Semua hantar anak ke sekolah dengan kereta. Maka sesaklah jalanraya yang sememangnya dah sesak bila waktu pagi.
Nak jadi cerita.... hari ni kereta mem tak hidup la pulak. Bateri dah kong la tu. Mem dah bersungut banyak kali dah, tapi aku buat dekkk je. Kalau bubuh bateri lain, start, hidup la tu. Tapi kali ni baik aku beli bateri baru je.
Waktu free macam ni seperti biasa aku sambung kabel Schoolnet kat laptop. Kalau tidak kerana masalah streaymx kat rumah (yang tak tau bila TM nak selesaikan) aku memang tak ada hati nak online kat sekolah ni. Maklum je lah.... line Schoolnet ni laju sikit je daripada 'siput'
Line yang merangkak-rangkak macam kura-kura ni.... Kementerian Pelajaran bayar RM600 sebulan kepada GITN. Bayangkan la berapa banyak sekolah kat Malaysia ni.
Kononnya nak me'universss'kan (pinjam istilah ungkunor) sekolah tapi emmmmm....... kalau line sengal macam ni..... hampehhhh! Nak buka utusan pun entah berapa kali network timeout..... apa ke jadahnyeee!
Aku, ada la niat nak edit blog aku ni... nak buat list blog-blog kekawan yang femesss di alam maya ni ( macam blog ungkunor, azza_irah ).... tapi mengenangkan line Schoolnet yang sengal ni..... kena simpan la dulu hajat tu.
Yang aku tambah sakit hati tuuuu..... TM dengan selambeee je hantar bill color merah kat aku!
Labels: Aku Versi ICT, Aku Versi Kerja, Aku Versi Lelaki
Sunday, October 19, 2008
Kelmarin / semalam.... selesailah sudah Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bachok. Kelmarin / semalam lebih kurang macam suasana 'hari raya' la bagi perwakilan-perwakilan Cawangan.
Pagi-pagi lagi semua dah sampai.... disambut ( oleh calon-calon yang nak bertanding ) dengan mesra, bersalam-salaman, bertanya khabar dan berbisik-bisik kemudian tersenyum. Ceria sungguh suasana hari ini..... maklumlah 3 tahun sekali je!
Aku ni macam biasa.... menyibukkan diri snap gambar dengan kamera cikai aku ni. Saja suka-suka untuk koleksi. Lagi pun, aku dah lama buat kerja ni.... baik secara rasmi atau pun tidak, Baik dijemput atau pun tidak, baik dibayar atau pun tidak.... hehehe. Kalau tak ada siapa suruh pun, memang aku suka ambil gambar..... 'ikut aku la, aku nak wat ghapo'
Kerana lamanya dah aku buat kerja ni.... aku macam dah ada 'lesen' untuk snap sana, snap sini!
Labels: Aku Versi Lelaki, Aku Versi Parti
Thursday, October 16, 2008
Entry ini menumpang line schoolnet dan pc makmal komputer........!
Sebenarnya tak ada apa yang nak ditulis, sajo jah... nok hile puahh.
Minggu ni masih ramai yang buat aktiviti 'menjamu' makan2. Kebanyakkannya menumpang atas semangat hari raya..... itu yang tersurat, yang tersiratnya...... "tolong kawe.... jangan lalaiii tu", sambil hulur 'kad nombor'
Malam tadi kawe terrr...pegi ke dua tempat yang mengadakan majlis seumpamanya itu. Saya bukan nak cerita pasal bab kempen mengempen pemilihan dalam UMNO ni
( yang tu sudah terlalu ramai yang tulis. Errrr.... cuma satu je yg kawe raso nok suko, yang nak bertanding parti UMNO, ahli UMNO tapi yang tulis cerita macam2 orang parti lain pulak yang lebih-lebih, terutamanya orang parti hijau... hehehe )
Aku sebenarnya bukan jenis yang suka merayap malam-malam kalau tak de sebab.... jadi aku liat sikit nak pegi program2 yang diorang rancang tu. Tapi kerana aku bakal perwakilan.... maka hset sentiasa penuh dgn sms dan call jemputan dari yang nak bertanding.....
(ehh.... apa nak cerita sebenarnya ni....)
Satu lagi sebab aku malas nak pegi ialah... kerana biasanya diorang ni murah hati sangat nak jamu kita makan.... tak kira pukul berapa. Tu yang membuat aku 'senok' tu. Dan malam tadi... secara tak sengaja aku makan la pulut ikan kering walaupun dah pukul 10:00 malam.
(Baru lepas menjawab call dari yang nak 'minta tolong'...... hehehe!)
Akibat makan pulut malam tadi.... sampai pagi ni perut beraso 'senok' kerana rasanya semalam masa kat rumah, aku dah terlebih makan.... walaupun lauk pekasam ikan lampam je!
Yang lebih penting lagi... sebenarnya aku nak kontrol sikit bab makan ni (pasal lepas puasa ni, aku rasa lega sikit bila dah boleh pakai seluar saiz 38) Konon-kononnya nak diet la... kalau boleh nak turun lagi sampai 36.... hehehe!
Pagi tadi masa nak pegi sekolah.... masih terasa kenyang walaupun tak makan apa-apa.
Mem pun dah tanya.... bila nak start puasa ni?. Emmmm.... dah separuh bulan Syawal habis, janji nak puasa belum ditunaikan lagi. "ok.. minggu depan start, pasal musim orghe jamu doh habis"
Hehehe.... sebenarnya bukan itu alasan kenapa tak start lagi puasa! Cuma terlalai sikit..... mujur Mem peringatkan balik.
Apa pun alasan anda.... percayalah puasa 6 baik untuk anda! Jom puasa!
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
Tuesday, October 14, 2008
Entry pasal parti UMNO sikit.
Musim persidangan perwakilan datang lagi. Tahun ni aku bukan 'perwakilan' pemuda lagi.... Aku sekarang ni sudah jadi pe'tuaaaa'..... huhuhu!
Gambar tahun lepas...... kali terakhir sebagai PEMUDA. Kat sebelah tu Setiausaha Puteri Bahagian..... tahun ni dah jadi Ketua Puteri Bahagian
Tahun ni meriah la sikit bila jadi perwakilan kannn..... jenuh nak jawab telefon & baca sms, semuanya nak berkhidmat belako... hehehe
Labels: Aku Versi Lelaki, Aku Versi Parti
Monday, October 13, 2008
Semuanya sudah sedia..... para kru dapur pun sudah sampai. Hari ni kami bersiap sedia untuk mengadakan majlis tahlil untuk arwah 'mak woo'
Aku sibuk di rumah.... maklumlah,aku tuan rumah. Tak sempat nak 'jalan-jalan' tengok kemeriahan suasana Persidangan Perwakilan Pemuda. Khabarnya memang 'meriah' (khabar lewat petang tu.... jawatan ketua pemuda dimenangi dengan kelebihan 2 undi)
Selepas zohor... sahabat-handai, jiran-tetangga & anak-beranok dah mula datang. Tetamu terakhir balik selepas maghrib.
Lepas Isyak... majlis tahlil pula (ngatipp... orghe kelate kato). Lepas tu 'mengaji'
Selesailah sudah 'hal-hal' yang patut kami buat untuk arwah 'mak woo'.... rasa-rasanya sempurna blako doh. Semoga rohnya tenang dan dirahmati......
Labels: Aku Versi Keluarga
Thursday, October 9, 2008
Tengah duk sedap temenung tunggu nak masuk kelas.... handset berbunyi, nombor tak dikenali, suara pun tak dikenali.
"aku la Faisal..... geng Izzuddin 8084". "Ooooo.... ok, hang kat mana ni?" "Aku duk minum air dekat sekolah hang la ni". "Ok.. ok... sat aku gi"
Selepas berpuluh tahun..... mungkin inilah geng Izzuddin 8084 yang pertama aku jumpa kembali.
Dia ada kat area ni kerana dalam kerja 'memantau' sistem saliran di tapak kampus Universiti Malaysia Kelantan yang sedang dalam pembinaan.
"Teknologi ni baru lagi kat Malaysia... kami dari USM yang bawa" gitu la lebih kurang.... cerita dia masa sembang-sembang tu!
Labels: Aku Versi Lelaki
Wednesday, October 8, 2008
Minggu ni kebanyakkan sekolah mengadakan majlis hari raya. Kami buat hari rabu.... hari ni, hari untuk bebudak melaram dengan baju raya kat sekolah. Cikgu-cikgi pun ghitu gak!
ni je yang aku makan... kenapa, tak pecaya ke!
Oleh kerana entry ini menumpang line schoolnet... maka aku tak dapat mengupload video semasa majlis tersebut. Video akan di masukkan bila aku ada line akses yang ok nanti.
Majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan 'artis' undangan khas.... hahaha!
Labels: Aku Versi Lelaki
Tuesday, October 7, 2008
3 Syawal - Malam tadi sampai agak lewat..... delay hampir dua jam dari biasa akibat makan 'jem' di jalan Tanah Merah-Machang.
Waktu pagi tak ke mana-mana pun.... banyak benda kat rumah kena kemas. Mem la yang mengemas.... hehehe. Aku dapat permit besar hari ni, lepas subuh, boleh sambung tidur tanpa had... hahaha!
Bangun tidur, mandi terus ke masjid.... memang tidur sungguh-sungguh, maklumlah 'letih'.... aku kan pilot selama 3 hari ni sorang-sorang. Mem tak pandai bawa kereta manual.
Sebelah petang barulah berkira-kira nak 'berhari raya' di Kelantan pulak. Destinasi pertama... kubur Makwoo yang meninggal 3 hari sebelum puasa baru ni. Selepas itu ke kubur ayah di Tapang. Sudah lama tidak mengunjungi kubur ayah di sini
Nampaknya sempurnalah sudah kunjungan ke tanah perkuburan ahli keluarga di dua negeri..... kami sudah terlalu banyak 'kehilangan'
Selepas ini nak ke mana? Perut lapar... nak makan di mana? Sofia laju je mencadangkan KFC. Ok la.. semua setuju nak pegi KFC, lagi pun dah tak sanggup nak makan'jem' atas jalan. KFC Kubang Kerian penuh sesak.... ingatkan aku je yang nak makan KFC... hehehe!
.......................................................................................
Entry tambahan....
Apakah cerita yang paling hebat semasa hari raya ini? hahaha.... tentunya cerita pasal jalan yang tersumbat di sana-sini. Jalan jem bermula sejak anak Kelantan mula pulang bercuti.
Dari Lebuhraya Karak - Gua Musang - Kuala Krai.... semuanya tersumbat. Perjalanan dari KL-KB yang biasanya antara 6-8 jam sudah menjadi 12 jam lebih. Mujur la aku tak lalu hala ke sana untuk balik kampung.
Kereta-kereta plat huruf selain D memenuhi jalanraya sepanjang 4 hari ini. Raya ke 4 (Sabtu) aku terpaksa mengharungi kesesakan selama 2 jam untuk semasa menghantar Silmi balik ke asrama. Perjalanan dari rumah ke SM Sains Tg. Faris di Pengkalan Chepa yang biasanya dalam 45 minit dah jadi 2 jam.... mujur kereta auto, kalau tak... sah keras la'labu' betis!
Raya ke 5..... anak sulung balik ke IPBA (kat KL la tu)..... bas bertolak 9:30 pagi. Pukul 1:00 pagi baru sampai. Kalau perjalanan biasa.... dalam pukul 5:00 petang akan sampai di KL, perjalanan hari tu 'luar biasa'
Dalam bas tu dia dan kekawannya seramai 7 orang..... dan entah macam mana diorang buat, driber bas tu hantar diorang hingga ke IPBA. Apa-apa pun.... aku ucapkan terima kasih atas keperihatinan pemandu bas Ekspres Budaya itu.
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
Monday, October 6, 2008
2 Oktober/Syawal - Di rumah mak.... tak apa yang di buat. Pagi-pagi abah ajak ke Simpang.... nak beli benda-benda yang patut untuk dimasak. Raya kedua, masih banyak kedai yang tak buka... dan cina jual ikan dan sayur pun apa lagi... potong kepala le hari ni!
Ni bukan iklan.... mak aku leader homestay kat sini!
Sepanjang hari hanya di rumah sahaja. Linda dah pergi ke rumah mertuanya di Bagan Datuk. Nolee tahun ni buat pertama kali berhari raya sebagai isteri orang di Johor. Hari Jumaat baru balik sini. Nonie akan balik petang nanti. Hisham dah balik rumahnya (walaupun tak jauh)
Nampaknya semua adik-adik tak de kat rumah, maka hanya tinggal aku je la 'kawan' abah sembang. Memang selalunya begitulah... bila aku balik, abah macam tak puas-puas sembang dengan aku.
Sebelah tengahari aku ke rumah Hisham..... nak ziarah anak saudara yang paling terkini (lahir seminggu sebelum raya) Maria Ibtisham namanya..... Hijazz dah dapat adik. Begulung lidah aku nak sembang dengan adik ipar yang sorang ni... hehehe!
Selepas itu aku tak ke mana-mana pun, kerana kami nak balik ke kelantan lepas Asar nanti.
Sebelum Maghrib, kami sampai di Gerik dan berhenti di R&R Perah. Hanya dua buah kedai makan je yang buka.... kereta yang baru keluar dan yang nak masuk Kelantan dah penuh.
Tokey kedai makan tu nampak dah tak larat nak layan pelangan..... "semua dah habis", katanya. Tinggal mee kari je! Mee kari pun mee kari lah.... kebetulannya anak-anak memang minat mee kari!
Selepas maghrib.... kami teruskan perjalanan balik. Kenderaan yang keluar dari Kelantan sudah mula banyak. Perjalanan lancar sahaja hingga ke Jeli.
Perjalanan lancar tadi di kawasan laluan keluar dan masuk Kelantan. Dalam Kelantan jangan harap la.
Seperti yang diduga.... bila sampai sahaja di simpang ke Tanah Merah, jalan dah jem. Tak tau la jem nanas ke jem strewberry!
Dua jam masa diambil bagi jarak 2KM sebelum sungai Kelantan tu. Bila berjaya sampai di jambatan barulah perjalanan boleh kiro sikit, untuk menuju flyover jalan Kuala Krai di Machang. Jem dari arah Machang ke Tanah Merah lagi teruk nampaknya.
Yang pastinya.... bile melihat plat kereta yang bersusun-susun tu... huruf W dan P memanopoli jalan hari ini.
Di Kelantan.... memang meriah berhari raya di jalan raya.... hehehe!
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
Malam tadi kami sampai pukul 12:00 lebih.... terus tidur sahaja.
Sembahyang hari raya.... pagi-pagi, masjid lah tempat yang dituju sebagai mengesahkan bahawa kita 'balik kampung' Di sini, semua akan menegur kita.
Sudah banyak wajah-wajah yang tidak kelihatan, juga banyak wajah-wajah yang tidak dikenali. Melihat saf hadapan di dalam masjid, nampaknya semuanya sudah 'berganti', tidak kelihatan lagi wajah-wajah yang selalunya berada disitu. Itulah tandanya peralihan generasi, dan sebagai tanda... aku dah tua!
Selepas sembahyang.... aku bawa anak-anak ke tanah perkuburan. Di sini bersemadinya sebahagian besar orang-orang yang 'bernilai' dalam hidupku.
Aidil Fitri tahun ni barangkali yang paling suram bagi aku.... sudah terlalu banyak kami 'kehilangan'.
Ayah sudah tiada beberapa tahun yang lalu. Tetapi awal tahun ini, kehilangan 'mak' (mak saudara yang memeliharaku sejak kecil) paling aku terasa. Segalanya tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Di sini juga bersemadinya Datuk, Nenek, Pak Long dan Pak Ngah.
Dari Tanah Perkuburan... kami singgah di rumah arwah ayah. Aku tetap mengunjungi 'rumah' ini walau pun ayah sudah tiada lagi. Yang tentunya aku masih ada pertalian darah dengan tiga orang adikku disini.
Kemudian ke rumah Acik.... satu-satunya bapa saudaraku yang masih ada, itu pun sudah mula masuk 'zon'. Tahun ini dia hanya dipembaringan sahaja kerana luka di kakinya akibat rebah moto selepas balik dari masjid minggu masih belum sembuh. Luka tu mulanya kecil je, tapi makin lama makin besar... maklumlah tubuh dia ni terlebih 'manis'. Hospital bagi cuti raya 2 hari untuknya!
Gaya anak-cucu yang melilau cari kubur tok-nenek!
Selepas berhari raya di rumah-rumah sepupu-sepapat dan beberapa rumah yang dikira wajib di kunjungi bila kami balik ke Perak.... kami terus bersiap balik ke rumah mak pula.
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki