Friday, January 16, 2009

Menu hujung minggu

Jumaat - hujung minggu macam ni la baru mem aku ada kesempatan nak tunjuk skil kat dapur..... sebab tu aku sanggup jadi driver ke Jelawat pagi tadi. Mem nak ke pasar, tentunya nak beli lauk pauk yang havy2 sikit.

Korang suka makan dak 'ikan darat' (ikan air tawar/sungai..... orang kelantan panggil ikan darat).... Bila hari cuti macam ni, memang ada hati la nak makan berlaukkan yang special sikit kannnn

Mem aku beli ikan patin hari ni...... sebelum menikmati masakan asam pedas ikan patin, aku nak cerita sikit pasal 'ikan darat' ni

Sekarang ni.... kita memang susah nak jumpa 'ikan darat' yang original datang dari sungai. Maka kat pasar tu selalunya ikan air tawar yang dibela dalam kolam atau sangkar la.

Nak beli ikan air tawar yang dari kolam ni kena hati-hati sikit..... bagi aku kat sini, kira mujur la pasal aku tau kat mana puncanya datang ikan tu. Maksudnya.... aku dah kenal siapa yang jual ikan tu, dan yang penting kat mana dia bela.

Ni nak bagi tips..... bila beli ikan yang dibela ni, terutamanya patin.... korang cari lah patin yang dibela di dalam sangkar bukannya yang dalam kolam. Cari ikan patin yang dibela dalam sangkar kat sungai atau tali air, pasal kat sini airnya bergerak bukan yang macam dalam kolam..... jadi ikan tu tak la hanyir sangat!

Lepas tu bila beli patin.... jangan beli yang lebih daripada 1kg seekor.... beli yang kecik2 je.... baru la perutnya tak banyak sangat lemak.

Jadi kalau korang nak beli ikan air tawar yang dibela ni..... rajin-rajin la selidik dulu dari mana datangnya ikan tu.... siapa yang bela.... dia bagi makan apa..... haaaa kalau dak ....... korang fikir la sendiri. Bukan apa, kita kan selalu dengar bab diorang bela ikan bagi makan perut dan tahi kerbau pendek

Alamak...... tak sempat la nak ambik gambar menu hari ni, pasal semuanya dah tinggal tulang. Errrr.... kalau Lukman selalu promo Gerai Ikan Bawal goreng kat Juru tu..... ni aku punya fevorite..... patin goreng cicah kicap potong bawang perah asam limau..... kuah dia pula patin masak asam kuning..... pehhhh!

10 Comments:

  1. Mak Su said...
    :)
    pandai makan jer :D
    ckLah @xiiinam said...
    ....sebab tu aku sanggup jadi driver ke Jelawat pagi tadi....

    jadi,adalah bahan nak buat entry...he..he..

    Apa2pun terima kasih sebab beri 'kaunseling ICT' secara percuma. Kalau tidak, sampai la ckLah tak tau apa masalah laptop lama 12" ckLah tu. Dah teruk sangat serangan virus zionisnya. Kalau ada anugerah penternak jaya kebangsaan, (kategori menternak virus) ckLahle pemenangnya...semua web yang ada papan tanda nufnang, tak boleh bukak. Nak reformat tak sempat lagi. Ni tumpang guna desktop besar gedabak abang. Tak boleh lelame...dia jeling semacaaaam je...asyik lalu lalang belakang kita...tak kasi cakap le tak kasi...he..he..
    su said...
    dah tggl tulang baru nk tunjuk? huhuhu...
    Unknown said...
    Maksu- makan vs 'makan'.... ada gak yg tersurat & tersirat tu

    Ciklah- dia takut ko membiak kat situ la tu

    Su- tu la pasal.... lepas erkkkk baru teringat. mujur ada lagi yg goreng utk bukti
    ckLah @xiiinam said...
    aku nak naik menara condong...nak ghoyak ko rakyat jelato....shifu dah ado laktop hok 10.2"! (Cis...tak sudoh-sudoh gege nyo!Kau buat mencicah kentang goreng tu ko laptop kau?)
    Unknown said...
    oittt.... tak tido lgi makcik ni... kata pakai pc gedabak abg kejap je...
    Unknown said...
    hooo... sedap2..

    :)

    teringat mkn pating masak tempoyak di pinggir sungai tembeling... free lak tuh.. lagiklaaa bestt.. haihhhhh
    Unknown said...
    kalau free... sardin pun sodapppp
    azza_irah said...
    sungguh tak senonoh snap gambo tulang ikan...dushhh
    Unknown said...
    apa nak buat... tu je yg sempat snap... hehehe

Post a Comment