Wednesday, January 14, 2009

Website atau weblog..... fungsinya sama saja. Cuma yang membezakannya hanyalah cara membuatnya. Membuat website perlukan web editor seperti Ms Frontpage, Macromedia Dreamweaver dan lain-lain. Manakala weblog tidak perlukan semua itu kerana hanya menggunakan template yang telah disediakan. Apa-apa pun matlamat akhirnya tetap sama..... semuanya hendak berada di alam maya!

Semasa menyampaikan kursus ....... dulu-dulu la, aku selalu memperingatkan kepada peserta kursus.... bila buat website, jangan GHAIRAH nak letak 'segalo makniko'. Jangan letak perhiasan macam nak sambut hari raya kat 'home page' . Perhiasan tu memanglah akan mencantikkan website kita tetapi kalau melampau-lampau..... sakit mata akhirnya.
Kesan yang paling teruk sebenarnya..... semua itu akan menjejaskan daya capaian ke website atau weblog anda. Sekarang ni bising merata-rata.... mengatakan line streaymx yang bermasalah, lembap, slow, selalu down.... itu belum ambil kira lagi line tak de akibat kabel kena curi! (kes aku.... dah nak masuk 8 bulan, line streaymx aku tak berfungsi..... haru betul)

Akibat dah tak larat nak buat report kat TM pasal masalah ni.... akhirnya aku terpaksa mengeluarkan belanja lain dengan menggunakan line Celcom Broadband. Lihat status connection aku seperti di atas..... hanya GPRS sahaja dan kelajuan daya capaian hanya beberapa kb. Bayangkanlah, dengan situasi begini..... betapa sengalnya bila hendak mencapai website/weblog yang ada terlalu banyak hiasan/wiget di sekeliling page mereka.

Para pengguna weblog seperti Blogspot yang popular sekarang ini memang ada kemudahan untuk meletakkan apa-apa saja wiget yang mereka inginkan. Tak cukup wiget yang disediakan oleh Blogspot.com...... kat alam siber tu bersepah-sepah penyedia wiget (pihak ke-tiga) yang bermacam-macam rupa. Wiget-wiget ini memanglah perlu diletakkan untuk kemudahan anda dan para pengunjung..... tetapi kalau berlebih-lebih ia akan jadi menyusahkan. Sebenarnya..... sudah menjadi fitrah, bila berlebih-lebihan, sesuatu yang asalnya bertujuan baik akan bertukar menjadi masalah. Samalah dengan nasihat..... "berhenti makan sebelum kenyang". Begitulah juga yang sepatutnya diamalkan oleh pemilik-pemilik website/weblog.

Unsur-unsur 'lauk tambah" yang dihidangkan di website/weblog anda itu sebenarnya kekadang hanya menjadikan "meja" penuh sesak dan nak letak pinggan nasi pun dah tak muat! Semasa "makan" tak ada sesiapa pun yang sentuh "lauk tambah' tu..... hanya pakat tengok je.

Anda faham maksud saya?......... Ingatlah..... prinsip paling utama sekali apabila membina website/weblog ialah..... jangan menyusahkan pengunjung kita. Yang paling terbaik ialah..... apabila pengunjung klik url kita..... home page kita akan muncul serta merta..... bukannya merangkak-rangkak!

Bagi aku (Jurulatih ICT Pencen)..... aku hanya senyum dalam hati je bila jumpa website/weblog yang mempunyai segala macam 'lauk tambah'...... bayangkanlah..... ada yang meletakkan TV USA kat home page!....... tv kat rumah pun jarang-jarang tengok, inikan pula semasa melayari internet!

Anda mungkin berkata..... "ikut suka akulah blog aku (ISA), aku punya sukalah nak letak apa pun". Memanglah website/weblog itu hak peribadi anda, tetapi anda jangan lupa..... website/weblog itu hendak di paparkan dan dikongsi kepada pengguna di luar sana. Tak ada siapa yang buat website/weblog hanya boleh dilihat oleh diri dia sorang saja kannnnnnnn! Maka, akta "ISA"...... jangan diamalkan!

psttttt..... selalunya, orang yang baru 'pandai' atau yang baru balik kursus akan meletakkan segala macam animasi dan perhiasan yang berkelip sana.... berkelip sini, melayang sana.... melayang sini..... maklumlahhhh 'orang baru' katakan. Dan geng-geng yang veteran macam aku ni.... hanya senyum dari jauh je sambil geleng kepala..... hehehe!

12 Comments:

  1. ckLah @xiiinam said...
    ....bila buat website, jangan GHAIRAH nak letak 'segalo makniko'. Jangan letak perhiasan macam nak sambut hari raya


    Aduh....
    Macam ada sesuatulah jatuh timpa kepala saya.....


    Tapi...ckLah belum masuk geng veteren...tu la pasal..
    jane said...
    salam shifu67,

    haha....saya pun belum veteran! keh2. tapi nak melawan la jugak, ISA lah...jgn mara haa!
    Unknown said...
    Sesungguhnya, dengan jujur dan ihklas .... entry ini ditujukan kepada blogger2 seperti awek2 kat atas ni..... hehehe, jaangan marahh! Petang tadi dekat 15 minit aku tunggu nak buka blog korang... kat sini hujan dah 2 hari tak berenti... akibatnya line jadi makin slow le, macam astro bila hari hujan la kann
    Unknown said...
    emmmm.... hujan tak henti2.... sejuk... kat dapur dah ada bau mem aku goreng pekasam ikan loma.... pehhh!
    errr..... ni bukan 'lauk tambah' tau.... jom makan, tambah nasi, tambah nasi.... tapi berhenti la makan sebelum kenyang
    ASH said...
    Cklah..
    KO tambah 'gelang kelip kelip'!
    he he he..
    ckLah @xiiinam said...
    Mendengar pengorbanan dan kesanggupan kau selama 15 minit nak buka blog ckLah...sekonyong-konyong ckLah rasa insaf dan bertaubat....lalu ingin segera membuang apa-apa yang tak patut kat rumah ckLah...


    Sebenarnya...ckLah pun dah bosan tengok blog sarat wiget tu...macam tukung kaf lam ya nga..

    Tapi...warna hitam tu...tadak sappa buleh komplen...emang gue pikirin!!!
    ckLah @xiiinam said...
    Ok. Serius nak tanya ni.
    Kenapa ada blog tertentu, asal kita pi blog tu, lap top ckLah akan terpadam. Lepas tu ckLah kena scan virus ,disk cleanup,delete cookies dan kadang-kadang defragment le pulak...kalau tak dia jadi slow dan mati lagi. Sebab virus ke? Apakah antivirus AD-Aware dan AVG ckLah sudah tak mampu menangkis trojan dan saudara maranya..
    Unknown said...
    Ini isu yg berat sebenarnya.... kalau dpt blog/website yg gini, memang siul betulll... sebabnya... kita tak tahu siapa disebalik dan disebalik blog/website tu...
    Yg paling ringan... segala wiget yg kita buh kat tepi akan membawa popup menu (terutamanya yg dari pihak ke-tiga).... tapi kita tak tau, mungkin ada lagi 'sesuatu' yg lebih dari itu disebaliknya.

    Kita perlu ingat... baik website atau blog... semuanya berasaskan scrip... tak kiralah scrip html, xml, java, atau php.... jadi lain kali kalau nak buh wiget tu kena tengok2 dulu cam mana script dia.... kemana dia akan bawa kita (disebalik tabir) dan script2 ni terutamanya java script amat mudah menyebarkan segala bagai tetamu yg tak diundang.... wiget2 tu selalunya berasaskan java script.

    emmmm.... dah boleh buat entry kat blog la pulak ni
    Unknown said...
    emm... tak menjawab pertanyaan ko lg barangkali.... hehehe

    isu virus ni, tak kirala spesis apa... memang tak bekesudahan sebenarnya.... anti virus pun tak kira la apa jenis... setakat yg dia boleh perubat dia perubat la... kalau dak... dia sendiri pun boleh jadi pembawa penyakit.

    ada 2 cara utk atasi masalah ni...
    1... belajar cam mana nak edit registry... pasal selalunya virus2 ni akan duk kat sini... ko cuci lah cam mana pun dia akan dtg balik, pasal dia dah duk kat dlm system ko.
    2... aku selalunya tanya user... windows yg korang guna tu harga berapa.... kalau yg RM5... emmm tak payah la nak cakap banyak kann.... kesimpualannya... elakkan guna apa2 yang cetak rompak
    3... elakkan install softwere dari pihak ke-3... ni sebenarnya tabiat pengguna windows berbanding pengguna mac

    4.... cara terakhir aku.... formatttt.... bila ada masalah je, format la harddisk.... tapi tunggguuu.... emmm aku penah menulis rasanya pasal bab ni, tak ingat kat blog aku ke atau kat website mana.... hehehe

    opsss.... dah jadi 4 la pulakk.... errrr, menjawab ke dak soalan ko tadi.... hahaha
    su said...
    adeh! ku terase la pulok! hehehehe.....

    dgn pertanyaan~~> blog su pon berat gak ke?ihiks!
    Unknown said...
    maaf la cakap.... sejak ko tukar header baru ni... sekli pun tk leh buka lagi... tak larat nak tunggu
    su said...
    sbb header tu cantek sgt la tuh sbb tu hanye yg "larat" je leh tgk!kih3!...

Post a Comment