Tuesday, August 11, 2009

Masa untuk training


Sekarang ni sudah selesai semua kejohanan olahraga di semua peringkat.... Tahniah kepada team Kelantan kerana cemerlang di Kejohanan Olahraga MSSM baru-baru ini.

Yang selesai 'kejohanan'..... tetapi latihan tidak akan pernah selesai. Bagi budak-budak tu, sekarang ni fasa 'transition', atau pun luar musim. Sewaktu luar musim.... masa untuk budak-budak baru memulakan latihan. Jadi... kerja jurulatih ni tetap jalan terus laaa.

Sementara budak-budak yang senior hanya melakukan latihan ringan.... sebagai coach, kerja berat nak 'perubat' budak-budak baru bermula. Banyak perkara yang hendak dilakukan.... semuanya bermula semula dari A. Bagi yang telah merasa pahit manis bertanding, sekarang masanya untuk menilai apa yang telah mereka lakukan... dan benar-benar memahami apa yang selama ini kita 'pok pek pok pek' kan semasa menjalani latihan.

Hendak membentuk atlit baru... berbulan-bulan masa diambil hanya untuk 'melenturkan' mereka.... macam ni!.

Selepas 3-4 bulan, insyaAllah hujung kakinya akan boleh dirapatkan sampai kat dahi.... hehehe ( Cik Lah... ko jangan nak pandai-pandai lenturkan kaki budak-budak cam ni )

Semasa fasa 'condition' atau pun 'basic preparation' sekarang ni... masanya untuk budak-budak baru mencuba dan menyesuaikan diri dengan acara-acara yang akan mereka pilih nanti. Sebagai coach... inilah masanya perlukan aura 'kucing ai' (coaching eye), dengan harapan budak-budak tu tidak tersalah pilih acara. Dalam masa yang sama nak 'pegang' budak-budak tu sebelum disambar coach lain... hehehe.




"ok.. rasa speed & step awak semasa lari... sampai sini 'take off'... lonjak & angkat lutut & paha free leg awak... saya nak tengok tu je... lonjak ke atas"

"Lonjak ke atas dulu..... saya nak tengok yang tu dulu.... banyak perkaro lagi nak buat... hari ni saya nak tengok hok tu dulu.... bila 'take off', saya nak tengok mu buleh angkat lutut free leg dulu... hok lain-lain kita buat pah ni... peheee"

(Dialog di atas... kena sesuaikan dengan intonasi.... hehehe)

9 Comments:

  1. ONE ZABA said...
    org sibuk nak raya laaa....
    kuIna said...
    sy pun sibuk nak raya & pindah.... hehehe


    http://www.kuina.kujie2.com
    Yunus Badawi said...
    Jerebu teruk tak elok training kat luar hehehe
    Unknown said...
    1Z-
    tempoh nak ganti puasa dah semakin suntuk, selesaikan segera (pesanan khidmat masyarakat kpd yg tak penah cukup puasa sebulan)... errr, ko fikir nak raya dah, puasa pun lum lagi, macam iklan kotmemon la pulak.... pstt.. 'raya' kat penang tak kira eiiii

    Kulna-
    alamak... lepas singgah rumah baru ko hari tu... saya tak ingat nak tukar url rumah ko... cantik rumah baru ko

    YB-
    jerebu kat mana pulak ni YB... la ni musim hujan...
    DatinDiaries said...
    sapo hok ambik gambar tuh
    Unknown said...
    budak2 kawe ambik... ambik ikut dannn jah
    ckLah @xiiinam said...
    ( Cik Lah... ko jangan nak pandai-pandai lenturkan kaki budak-budak cam ni )

    ...teringat dialog sutradara Ahmad Nisfu
    "Apa kena mengena aku dengan ini cerita, syetttaaannnn!!!"


    Bukan dialog aku ya. Dialog Ahmad Nisfu....

    ...terima kasih mendoakan aku...
    Unknown said...
    eh.. tak de kena mengena ke?... hari tu kan ko coach lompat tinggi.. dan bersara ke?

    ....semoga ko sihat dan gagah melalui tempoh pemulihan selepas 'opret'
    Cikgooden said...
    bulan posa masih nak berlatih ka coach?..he he he..

    len macam regangan ko buat ni..?

Post a Comment