Saturday, October 10, 2009
Setelah melalui pelbagai ujian talent Identification (TID) di peringkat daerah dan negeri, kini sampai masanya 40 orang budak-budak yang memenuhi syarat dipilih untuk menjalani ujian TID terakhir peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur.
Tahun ni aku ditugaskan mengiringi budak-budak tu ke Kuala Lumpur. Bawa 40 anak orang ni, jenuh gak. Macam-macam feelnyee.
5 Oktober bertolak ke KL (naik bas... bukan tolak bas) bersama 2 orang lagi rakan. Dah lama aku tak sampai Kolumpoo ni.... kalau tak memang aku tak sanggup nak pegi. Tambahan dalam situasi baru lepas raya yang telah mengeringkan segala-galanya. Plan nak puasa 6 minggu ni pun terpaksa ditangguhkan lagi.... banyak la pulak tangguhnya.
Seharian dalam perjalanan yang memenatkan, akhirnya kami sampai ke tempat penginapan di Pusat Kecemerlangan Sukan Wilayah di Jalan Cochrane. Jarang orang tau pasal tempat ni... alaa... dekat Kampung Pandan. Kalau Pusat Sukan Kampung Pandan, orang tau la kot... tempat ni ke depan sikit.
Dah dekat maghrib baru sampai... lepas tu gedebak-gedebuk menguruskan penginapan. Pukul 8:30 malam program dah bermula.
Malam tu meating pengurusan dan budak-budak tu diberi taklimat tentang apa yang akan mereka lalui selama di sini.
Aku menguruskan data budak-budak tu. Setiap negeri diberi kouta 40 orang, tetapi macam biasa la... bukan semuanya dapat hadir.
Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin menghantar paling sedikit... itu pun dah 300 orang yang akan menjalani ujian.
Hari pertama... budak-budak tu menjalani ujian umum sebelum ujian khusus mengikut jenis permainan yang mereka minati. Semua ujian dijalankan di stadium MSSN di Bukit Jalil.
harap sehat selaluu ;)
minggu ni ada event kat kb, tempat sama. klu balik, join r.hehe
5+5 = 10
macam tak sempat
kesan bakat sejak sekolah lagi.
saya dulu aktif dlm sukan
sekarang pun aktif .
majulah sukan utk negara .
itulah nikmatnya seorang yang bernama 'cikgu'...
berehh jeee
COden
sekarang ni dah tak ramai yg nak terlibat... tinggal la yg vateran2 macam aku ni... huhuhu
Linda-
dulu main sukan apa... kalau nak cari coach saya pun bolehh
azlan
seronok + panas + suka + letih =
ciklah
aku ingatkan ko mogok baca blog aku
Dulu time sekolah and Wakil U Negeri Johor dlm netball . Now sekadar mengisi masa lapang terutama futsal .
netball.... hehehe tak masuk dalam senarai sukan teras negara...
miauuu... miauu... mana laaa kucinnn ni.... mehhh... mari makan tart nanas niii...
sy pun minat sukan jgk.tp, skrg ni dah x aktif mane coz terperap duk umah..xde geng yg aktif sukan..huhuhu..