Saturday, August 14, 2010

Rambutan VS Pulasan

Semasa menunggu waktu berbuka petang tadi, aku ke belakang rumah mengait buah pulasan. Aku rasa jarang orang tanam pokok pulasan ni.... mungkin inilah satu-satunya yang ada. Mungkin satu jajahan Bachok ni... hanya aku yang ada pokok ni. Mungkin juga di Kelantan ni, pokok pulasan kat rumah aku ni salah satu daripada beberapa pokok yang ada.... aku rasa laa...... pasal memang jarang terjumpa kat pasar buah ni, bila musim buah begini. Kalau ada pun, khabarnya datang dari Johor.



Masa kecik dulu pun aku selalu terimpi-impikan nak makan buah ni, jadi bila aku jumpa anak benihnya 8 tahun yang lalu, aku terus je beli dan tanam di belakang rumah. Pokok pulasan ni susah sikit nak berbuah, kalau berbuah pun belum tentu ada isi.... silap-silap kering begitu saja tanpa isi. Jadi sebelum musim berbuah, kita kena bagi baja yang secukupnya, baru la buahnya menjadi dan berisi. Tahun ni pun aku hanya sempat tabur 2 kilo baja awal tahun baru ni.




Oleh kerana, masa petik tadi masih belum waktu berbuka, jadi aku tak ingat la nak ambil gambar yang sudah dikupas isinya. Yang pasti isinya lebih kurang macam rambutan, tetapi rasanya lebih lembut dan sedap daripada rambutan.... isinya tebal tetapi lembut.... manis dan berjus.

okey anak-anak.... beginilah perbandingan antara buah rambutan dan buah pulasan

11 Comments:

  1. Chenta said...
    wahh..kat belakang rumah awak jek yang ada ? kagum sungguh ! tahniahlah ..

    Next week saya ke Kelantan . Agak2 ada lagi tak buah pulasan tuh ??
    ONE ZABA said...
    kat batang kali banyak pulasan tu.
    ckLah @xiiinam said...
    Malam tadi pun kami memulas pulasan di Sungai Manila...
    Catwoman said...
    Kat Alor Setar takde la pulak bayang2 buah pulasan ni.

    Mesti sedap kan.....

    :)
    Mak Su said...
    saya favorite rambutan jer ;)
    Unknown said...
    zyma... minta pulasan dgn cklah....

    Maksu lum makan pulasan..... klu makan mesti tepulasnyeee
    Yunus Badawi said...
    Senanglah nak cari rumah ko. Rumah yg ada pokok pulasan kat Bachok tulah rumah ko hehehe

    Kat Chow Kit kalau musim ada banyak gerai jual pulasan
    Unknown said...
    haaa.... nanti aku bagi target gps pokok pulasan tu... lagi senang nak cari
    OneNita said...
    sedapnyer buah pulasan tu. minta skit. hehehe
    OneNita said...
    sedapnyer buah pulasan tu. minta skit. hehehe
    Unknown said...
    meh la singgah rumah... pulas sendiri... :)

Post a Comment