Tuesday, May 26, 2009
Sempena kesebalan akibat kelembapan servis berokban Celcom.... memang tawar hati nak update cerita dalam blog. Semoga rakan-rakan tidak melupakan aku. Tidak mustahil juga ramai yang merindui aku... hehehe. Asalkan jangan buat kenduri arwah dah laa...
Sepanjang sebulan ni.... aku penuhi waktu petang dan sesekali waktu malam dengan meratakan tanah di halaman rumah. Sekarang ni kerja-kerja pelebaran jalan di hadapan rumah sudah hampir selesai. Kontraktor sudah melakukan kerja-kerja peringkat akhirnya dengan membina longkang dan mengemaskan kaki lima sepanjang jalan. Selepas ini, mereka akan mengetar untuk lapisan yang terakhir.
Hadapan rumah dah 'clear'..... jadi aku pun ambil kesempatan untuk mengemaskan halaman rumah. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menimbus dan meratakan halaman supaya sama 'level' dengan longkang di tepi jalan. Maka terpaksalah beli tanah..... untuk seluruh halaman rumah, 7 lori diperlukan.
Bila dah bertambun-tambun tanah di hadapan rumah.... apa lagi... terpaksalah aku meratakannya dengan kudrat tulang empat kerat. Mulanya nak sewa 'case' / jengkaut untuk meratakan tanah tu.... tetapi kemudian terfikir, lebih baik aku ratakan sendiri. Sekurang-kurangnya ada peluang untuk aku 'buat peluh' waktu petang.
Sedikit demi sedikit.... tanah sebanyak 7 lori tu berjaya aku kerjakan. Sekarang ni tinggal setimbun tanah bagi lori yang terakhir...... malam ni nak 'buat peluh' sejam dua..... Mem Besar pun dah bersiap untuk temankan aku menyangkul tanah ('temankan' je laa.... hehehe)
Labels: Aku Versi Keluarga, Aku Versi Lelaki
soca-
entah sempat ke tidak nak kempiskan perut... nak balik kg cuti ni... banyak kenduri kahwin, kena la bergaya sikit kann
YB-
sorry la bang... tak sempat nak berblogging mahupun singgah bertandang ke laman kekawan... nak buka berokban pun tak de hati
"Penggali kubur....
Penggali kubur.....
La...la...la..."
Sebijik.
Errr...ada ke lagu tu?
Heh..heh...
7 lori diperlukan
rata halaman rumah buat sorang2 ek!!
Ko nak tempah lubang kubur ke... berapa dalam ko no.... nyanyi la... nyanyi
oneZ-
aku on diet la.... makan nasi sejemput je sehari.... nak balik kg ni, tak mancho la kalau terjumpa gewe lama kannn
COden-
mlm pun aku mencangkul gak... luar rumah..... dalam rumah
sakurasa-
cangkul sorang2... tolong tengok ramai.... sebab tu org kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul
*sekarang sudah berapa kilo hilang berat badan??