Saturday, May 9, 2009
Semenjak dua menjak ni.... aku dah jarang update.... dah nak masuk kategori bersawang la kot. Kekawan pun mungkin dah semakin lupa nak singgah ke laman aku...... tambahan pula aku kelihatan semakin tidak muncul di laman mereka.
Alasan sibuk dengan kerja, mungkin yang paling senang digunakan.... tetapi sebenarnya kerja kita ni bukannya sibuk sangat pun.... bukannya berat sangat pun.... dalam seminggu, ada la kot sehari dua yang betul-betul sibuk, itupun sebenarnya masih banyak masa yang dihabiskan dengan aktiviti tidur. PM yang menguruskan negara pun masih sempat berblog.... inikan pula aku, cikgu kampung yang menjadi guru kelas bagi 29 orang murid..... ataupun mengetuai Jawatankuasa Disiplin bagi 654 orang murid..... apalah sangat kann!
Yang sebenarnya... bukan sibuk kerja atau sibuk hal rumahtangga yang menyebabkan aku semakin malas nak memblog ni.... semenjak line streamyx aku pincang tugas sejak tahun lepas.... aku pun melanggan pula line berokban macam ramai orang..... malangnya, line berokban ni sekarang ni sudah semakin sengal kerana servisnya tak pernah berubah sedangkan penggunanya semakin ramai.Status berokban di atas merupakan situasi aku sekarang ni.... bayangkanlah dengan receive rate 19.34kbps.... betapa sengalnya aku nak online sekarang ni. Dengan kelajuan yang begitu..... aku terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk membuka blog kekawan dan memerlukan 10 minit lagi untuk menghantar komen. Kalau blog kekawan yang ada segala macam eksesori tu, lagi la jenuh aku nak masuk.
Kepada semua kekawan di alam maya ini...... mahapkanlah aku kerana kelihatan semakin tidak mesra dengan kalian. Aku tahu kalian rindukan kehadiran jejaka ensom ini di laman kalian.... dan sesungguhnya aku juga rindukan kalian..... huhuhu.
....................................................................................
Untuk publish post entry ini..... aku dah 5 kali keluar masuk.... dah habis 1 jam baru berjaya..... alahai celcom.... memang berok ban sungguh la korang ni!
Labels: Aku Versi ICT, Aku Versi Lelaki
testing..testing...
buleh baca dak?..
ni nak habaq....berokbeng ka..strimik ka....la ni semua macam celaka!..slow nak mapoh!..
apa apa hal pun...untuk shifu...update sekali sekali pun ok. jgn tak update terus..
jejaka ensem?...CEH!..ha ha ha
cikgoooden....
Dia memang 'jejaka'...
jejak-jejak belaka.......hikksss!!!
berok2 pon ader gunenyer tau!hehehe....
sibuk keje memang sibuk, ikut bidang masing2...wow jaga 654 shj...saya jaga 3x ganda - -+1700...lagi2 sibuk, ikutkan lagi fening!
Apa ni Celcom oiii...
Kesianlaaa kat pelanggan kau dari jajahan Bachok ni....
Errr...nanti aku tempak satelit celcom tu ya bro.....
Terima kasih kerana berusaha juga tinggalkan jejak kat blog aku, walaupun network kau sedang kena santau nyiang rapik...
Dan demi kau...(he...he..) aku tukar semula format komen tu ke irama tradisional....
ala bang, take ur time atau tukar je maxis broadband ke?
aku duk baca la ni... dengan gaya jejaka ensemm
soca-
ooo.. kalau rendam dlm gelas signal dia boleh naik ke?
Lamlaa-
siapa la yg hantar santau kat aku ni??
su-
tu la pasal... tak kan nak register lain pulak kannn
sonata-
aku la yg ko paksa baca tu kann
OneZ-
Ko tak pe la.... line gomen banyak
arsaili-
sabar... sabarrrr... sambil urut dada
Brahimnyior-
line 3G biasanya ada kat bandar, tapi tak guna gak pasal penggunanya pulak ramai, dan akan jadi sengal cam gprs gak
Lamlaa-
aku tau ko memang rindukan aku
izman-
bukan tahap cipan dah ni.. tahap lelabi ni.... errr... maxis pun berokban gak.... hehehe
berokbeng tk elok lagi ke...?
gimana strimik leh pincang tugasnya? aciknya streamyx tk pnah lagi gagal menjalankan tugasnya kat sini...klu adapun..sekejap2...
tukar le strimik smula...!!