Tuesday, June 9, 2009
||CATATAN 04 JUN 2009, KHAMIS||
Hari pertama di kampung.... tentunya tak ada apa nak dibuat. Kami cadang nak pergi Teluk Intan... tujuan utama hendak ke rumah saudara yang telah melangsungkan perkahwinan anaknya 31 Mei yang lalu. Selain daripada itu nak pergi makan kat Mastan Ghani.... hehehe.
Lupa nak nak cerita... kat mana kampung aku ni kann. Kampung aku terletak lebih kurang 6KM dari Kampung Gajah. Kat tepi jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang tu... Kampung Pengkalan Nibung dan Changkat Rambai. Kampung aku ni masuk ke dalam sikit... kalau kampung yang lama, lebih kurang 4KM dari jalan besar ni... tapi sekarang ni dah dipindahkan ke tempat baru.. lebih kurang 1KM je dari jalan besar / Pengkalan Nibung. Namanya kampung Balun Bidai.
Ketiga-tiga kampung ni..... area orang Banjar. Jadi maknanya aku ni orang Banjar la kannn.... walaupun mak aku orang 'Melayu'...... hehehe. Dari Kampung Gajah menghala ke Tanjung Tualang.... lepas je turun naik beberapa bukit.... lepas MRSM Kampung Gajah..... kira dah masuk area orang Banjar la tu.... sampai la ke Sungai Galah..... jajahan takluk orang banjar kat sini.... hehehe.
Ok.... jom teruskan perjalanan ke Teluk Intan.
Sampai di Kampung Gajah.... pekan yang ada simpang tiga ni.... ke kanan, menuju Parit (bukan parit tepi jalan tu... hehehe)... ke kiri, menuju ke Teluk Intan. Sepanjang perjalanan ke Teluk Intan ni, kat kiri dan kanan biasanya sawah padi la. Sebelum sampai Teluk Intan.... akan sampai kat satu lagi jajahan takluk orang Banjar.... Sungai Manik. Sungai Manik ni salah satu kawasan jelapang padi kat Perak ni. Antara penduduk kampung aku dan penduduk di Sungai Manik ni kiranya dari satu keturunan la.... dan ada link anak-beranak. Beza antara dua kawasan ni ialah... kat Sungai Manik tanam padi... kat kampung aku menoreh getah (sekarang ni dah tukar kelapa sawit)
Selepas simpang tiga ni... dah tak jauh nak sampai ke Sungai Manik. Masa kami lalu... padi dah masak, dan kerja menuai sedang giat dijalankan.... jadi pemandangan kiri kanan jalan.... menguning je! (tak ingat lak nak ambil gambar sawah padi.... hehehe)
Bagi yang tak biasa memandu di kawasan ini.... hati-hati sedikit. Jalan dari Kampung Gajah ke Teluk Intan ni special sikit.... jalannya ada banyak ombak.... kekadang rasa macam naik kereta kuda.... hehehe. Kat sini kawasannya tanah lembut.... jadi jalan cepat rosak dan tidak rata. Dulu-dulu.... masa naik bas pergi Teluk Intan.... seronok dalam bas melambung-lambung ni.... hehehe.
Sampai di Teluk Intan.... tentunya akan tersergam menara condong ini. Menara ini terletak di jalan Selat. Mengapa nama jalan tu 'Selat'.... kerana dulu-dulu jalan itu ialah sungai/tali air yang merentasi tengah bandar ini, dan menghubungkan dua sungai di kiri kanannya (betul ke kiri dan kanan... hehehe)
Gambar lama menara ini menunjukkan kedudukan menara ini suatu ketika dulu. Kalau tak percaya tanya Prof. Koo Kay Kim.... atau pun cikgu sejarah kat SMK Convent yang tersohor tu... hehehe. Gambar lama ni ada tergantung kat kedai Mastan Ghani yang juga terletak di jalan Selat itu. Kalau nak kan maklumat yang lebih lanjut... masuk je dalam menara tu dan baca sendiri informasi kat situ.
Ok... masa untuk makan mee rebus Mastan Ghani. Alamak... sekarang ni sana ni ada kedai Mastan Ghani..... dah tak tau yang mana satu yang ori..... hehehe, tetapi inilah kedai asalnya, tak jauh dari menara Teluk Intan.
Menunya hanya mee rebus dan rojak sahaja..... dan tentunya menu ini penuh dengan nostalgia bagi yang dah lama tak ke Teluk Intan seperti aku. Malangnya anak-anak aku yang bercitarasa budu.... semuanya tak nak makan mee rebus yang berkuah pekat ni..... hehehe. Jadi terpaksalah aku menghabiskan mee rebus yang diorang tak habis makan tu.... hahaha.
Mem Besar pun macam terpaksa je nak habiskan mee rebus tu..... hehehe.
Lepas makan.... kami pun melepak di hadapan Menara Teluk Intan.... di tengah-tengah terik matahari yang memancar tu.... tak ada sesiapa pun kat situ... hanya kami sekeluarga sahaja, tapi tak kisahlah kannn... kiranya kami ni pelancong la ni.... hehehe.
Labels: Aku Versi Keluarga
Bagi deme rase naik feri dan singgah di Pulau Menteri Beso!
ngapeee... bekenan kat org perak ke... hehehe
Brahimnyior-
pantai irama dekat rumah ni pun kawe tak pegi.... panasss... hehehe. balik sekejap je
Jari Basurek-
aduh pak.... menyentuh perasaan laa... nostalgia saya apa eii... duk lepak bustand tu je la kot
OneZ-
Hang pun balik kampung gak ke