Wednesday, June 10, 2009
Sesekali pulang ke kampung.... dalam kesempatan yang amat terhad, aku meluangkan masa untuk mengunjungi bandar Teluk Intan yang klasik itu.
Teluk Intan antara tempat aku berkelana..... yang pastinya semasa aku tingkatan 6 di SMK Sri Perak. Masuk Tingkatan 6 waktu itu bukannya mudah macam sekarang ni.... tempat terhad kerana bukan semua sekolah yang menyediakan kelas tingkatan 6.
Oleh kerana alamat kat IC aku.... Kampung Gajah.... maka aku melayang ke Teluk Intan. Tiba-tiba dari Ipoh aku menjadi penghuni Teluk Intan. Selama di sana aku tinggal bersama Opah di Kampung Bahagia. Opah jarang ada di rumah, kerana dia selalu pergi ke Ipoh.
Di stesyen bas ini.... setiap hari aku lepak... hehehe. Errr... sambil tunggu awek SMK Convent yang satu bas pergi dan balik ke Kampung Bahagia. Malangnya sampai habis sekolah pun aku tak pernah tegur dia dan tak tahu nama dia..... walaupun sesekali kami duduk satu kerusi dalam bas (aku sentiasa berharap dia duk sebelah aku sebenarnya.... hahaha). Waktu itu.... aura cintan-cintun aku dah pudar barangkali.... huhuhu.
Kat sebelah ada barisan gerai... dan aku selalunya melilau kat area tu je la. Masa tu ABC lat situ.... pehhhh.... mangkuk besar baru seringgit.
Ini pula medan selera di hadapan Menara Condong. Dulu kat sini hanyalah kawasan lapang. Setiap petang.... para peniaga akan memasang gerai masing-masing. Sebelah petang atau malam kat sini menjadi tempat aku melepak. kat sini juga merupakan hentian bas ke Changkat Jong yang menjadi kenderaan aku balik sekolah. Bas dari TI ke Changkat Jong tu.... jalannya senget sebelah, tambang 30 sen.... basnya dah layak jadi tukun kat laut..... hehehe.
iksss..... panjangnye intro.... bukan nak cerita pasal tu sebenarnya.... tetapi nak cerita pasal balik kali ni..... aku dating dengan awek Teluk Intan.... hehehe. Nak tau siapa dia?..... jeng jeng jeng!
Selepas beberapa sms dihantar untuk berjumpa.... aku pun dengan penuh debaran menunggu kedatangannya. Aku yakin dia pasti akan datang. Di tengah rembang terik mentari itu aku menunggu di bawah menara.
Tidak lama kemudian..... tet! tet!.... kedengaran bunyi hon mpv hitamnya di hujung jalan. Tidak lama kemudian dia keluar.... dari jauh ku lihat senyumannya, sambil dia membuka spek hitamnya. Dia menghampiri ku dengan lenggang-lenggok dan senyum simpul malu.
Melihat dia melangkah dengan yakin dan penuh keanggunan ke arahku..... aku jadi semakin berdebar. Seperti biasa dia berbaju hitam.... walaupun ditengah terik pancaran mentari (macam tak belajar sains la dia ni... colour hitam tak sesuai dipakai tengah panas kan.... errr, dia cikgu sejarah... patut laa.... hehehe)
Hari itu.... sewaktu mentari tegak di atas kepala.... kami bercanda di kaki menara. Mujur tak berlari-larian di laman menara itu. Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.
Dalam hati nak juga tanya... ada bawa guli tak.... hehehe!
Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.
Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.
Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.
Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.
Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.
Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.
Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.
Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.
Menara itu menjadi saksi pertemuan kami.
Itu dia CkLah, penunggu Teluk Intan.... sudi meluangkan sedikit waktunya untuk berjumpa dengan kami (bukan aku laaa.... hehehe)
Labels: Aku Versi Lelaki
hehehe.... dia awek lama kawe... sama2 main guli & lastik getah gelang
teruja pula ms terjenguk blog ini.
Salam sedaerah
time kasih sudi singgah ke laman kawe... kunjungilah lagi lepas ni dehh
OneZ-
Cklah ada dekat2 menara tu.... dia selalu pusing2 kat situ
COden-
hehehe.. sori la bro.... aku tak sempat ke batu kurau
patut la cklah tak update..tu misti demam lepas jumpa shifu...
:P
hahaha...
Aku dah kata, akau baru balik servis kereta dan tukar tayar....mesti hitam maaaa!!!
Kirim salam kat mem besar ye....juga anak-anak. Maafkan juga suami aku, sbb tiba-tiba 'mem besar' dia panggil.....kena lari jam tu juga. Tak boleh tidak...hi..hi..padahal dah nampak kepala hari tu...
Dia kata"abang segan sebab pakai t-shirt pagoda" he..he...
salam.. time kasih sudi singgah... masih belum pasti siapa empunya diri blog 'memang lumayan' ni.... dtg le lagi yerr
Cklah-
alaa... cam tak biasa le pulak kann... somi ko pakai t-shirt pagoda... tu kira uniform aku gak tu
kalau nak dating kat makam... kena tunggu malam klewon leee... yeeeeeheeheheheeeee
Err...mana name tag dan punch card ckLah ni.....
Eh.....kau hari ni dah sekolah kan....
Owh, dua2 cikgu rupenye. hihi :D
Elok sangat la tu.
sronok ekk jumpa kawan yg sesama maen goli dgn getah gelang..
err..tapi bukan ckLah tu pendiam ke owangnya...hehhe..ye ler...sesama cikgu, banyak ler ceritanya kan..
errr... cikgu jumpa cikgi... hehehe
pontianak-
???... lariiiiiii... :)
lupekanje-
ciklah pendiam???... tak menang mulut aku layannyee... tu pun tak sempat nak lawan main guli... kalau dak mesti meriah
kirana-
ciklah sibuk bagi penerangan pasal menara tu... maklumlah dia cikgu sejarah..... penunggu TI pulak tu
kulna-
errr.... lepas ni leh jumpa awak pulakk