Wednesday, September 30, 2009

Berapa dapat duit raya?






Berapa dapat duit raya?...... meh, abah tolong simpankan!


Bagi anak-anak.... bila hari raya tentunya antara perkara yang menjadi isu utama ialah 'duit raya'. Nilai duit raya antara bebudak sekarang dengan masa kita masih bebudak dulu, sudah jauh berbeza. Dulu kita sudah begitu teruja kalau dapat 10 sen atau 20 sen. Sekarang nilainya sudah berganda-ganda.

Bagi mereka yang hanya sesekali balik kampung, seperti waktu hari raya ni.... tentunya akan diberikan perhatian oleh tok nenek, pak sedara, mak sedara, sepupu-sepapat. Tak kanlah nak bagi 'sekupang sidua kupang'.... paling-paling lekeh pun duit yang warna hijau..... maklumlah, sesekali katakann!

Bagi mak bapak yang ada anak ramai tu... sambil bersalam-salaman dan menjamah tart nanas, tentu sempat jeling-jeling anak dia dapat berapa ringgit. Mak bapak bukan jeling kat duit tuuu... tapi nak tau kat mana anak-anak dia simpan.... bukan apa.... takut jatuh ke... tercicir ke....


Kelmarin.... aku beli netbook baru. Sekarang ni hampir semua company dah keluarkan netbook yang bersaiz 10.1" ni. Terbaru Nokia pun ikut sama..... Sony pun dah ada VAIO netbook kecik ni.




Sejak awal tahun ini..... netbook bersaiz kompak ni sudah menjadi pilihan berbanding notebook yang besar gedabak tu. Tambahan pula sekarang ni.... harganya sudah ditahap yang 'mampu beli' oleh sesiapa sahaja. Harganya antara RM1000 hingga RM2000. Sekarang ni, harga standart nampaknya RM1399 dan RM1499. yang membezakan harga kerana perbezaan RAM dan jenis bateri.

Sebelum ni aku dah beli Lenovo ideapad..... warna solid hitam. Masa aku beli tu... tak banyak pilihan macam sekarang.... hanya ASUS, Acer dan satu dua lagi company sahaja yang ada dipasaran. Kemudian Lenovo melancarkan netbook ideapad 10.1".... sewaktu mula-mula di pasaran harganya RM1699.... aku terus je beli kerana netbook jenama fevorite aku HP ada masalah sikit waktu tu..... Selepas 3 bulan.... harganya turun kepada RM1499. Tapi itu tak penting.... kerana waktu tu.... tak ramai orang yang pakai netbook.... dan semua orang akan jeling kita bila kita keluarkan netbook yang kecil molek ni di kalangan mereka yang mengadap notebook bersaiz 14"...... hehehe

Kali ni aku pilih DELL.... kerana ini juga salah satu jenama favorite aku selain HP. Errr.... aku tak pernah pakai jenama ACER..... kenapa?..... ada la sebabnya, tak payah la aku cakap... kang ada pulak cikgu sejarah yang terasa hati.... hehehe.



Oleh kerana tahun ni baju raya aku warna hijau pucuk pisang.... jadi bila aku beli netbook DELL yang ada 6 pilihan warna tu.... tentunya aku pilih warna hijau pucuk pisang tu.... hehehe.






Dan cerita ini tidak ada kena mengena dengan intro pasal duit raya tu..... sila percaya!

17 Comments:

  1. green said...
    hijau tu..meriah2

    teringin nak ade vaio purple..
    joegrimjow said...
    zaman lappy/...
    ooh dah lama tinggal
    Chenta said...
    Salam ...

    Betul. Tapi budak sekarang dah bijak. Dorang dah tahu menilai duit and pandai kira duit pulak tuh . Terkurang singgit pun dah kecoh satu rumah . hahhaaa

    wahh..warna hijau pucuk pisang . cantik !
    Yunus Badawi said...
    Aku ingat betullah ko nak cerita pasal duit raya tapi rupanya nak citer pasal lappy baru ko tu. Tentu ada yg jeles nanti hehehe
    kuIna said...
    apa hal dgn ACER tu yer...
    (heheh saja nak provo cikgu sejarah tu...)

    nie buat en3 dengan lappy baru ker.. patut cepat & pantas..
    Unknown said...
    grenn-
    nak Vaio purple eiii... baju raya colour purple ke tahun ni

    joe-
    jgn beli penimbang saiz 10.1" dah laa

    Linda-
    anak ko dah tau... tak leh nak harap kalau ko simpan... hehehe

    YB
    org yang tak penah rasa meriah balik kampung.... jadi tuan rumah sokmo.. tuan rumah kena bagi duit raya.... huhuhu

    kulna
    ada la yang meraung lepas ni... hehehe
    ONE ZABA said...
    musim-musim orang cari daun pisang buat lemang ni memang sesuai la kaler notebook ko tu.
    sonata anak kancil said...
    selagi notebook aku ni tak jahanam - aku guna lah , biar la orang nak apa pun....( harap ok la....aku bimbang gak ni - macam semput2 gayanya...)
    faiz said...
    arrr..shifu..nie mesti beli notebook guna duit raya nie...kan..kan..kan....
    Unknown said...
    OneZ-
    tahun ni aku tak makan lemang.... makan tart nanas je.... huwaaaa

    sonata-
    errr... tak rasa berat ke pikul notebook yg berkilo2 tu

    faiz-
    pssstttt.... jgn bagi tau org
    DUN Behrang 2020 said...
    Ingat dpat duit raya bnyk tahun ni sampai leh tambah koleksi netbook...cayalah bro..!
    Unknown said...
    DUN
    Kawe kan diettttt.... save banyakkk hahaha!
    Cikgooden said...
    bro, shifu..

    gambaq duit tu..macam hina agung ja...


    selamat hari raya..
    Unknown said...
    ok laaa... kawe tukar la gambar tuuu....
    noorlara said...
    simpan duit raya dan duit hadiah saudara mara dan kami sendiri milik anak dari baby hingga umo mencapai 20an mencapai angka 7 ribu sampai sekarang masih beranak di Tabung Haji.

    nak jugakle beli netbook tu tapi kena tunggu harga dia turun skit le...
    ade tempat bleh dapat murah maile habak
    Unknown said...
    ..salam, sifu...nampak a certain fascination with green..hmm..
    Unknown said...
    noorlara
    errr... nak yg murah lagi... ada la tokey komputer yg meraung nnti ni

    pakmat
    hijau... bukan hak mereka... sila betulkan konotasi apabila meihat warna!... (errr.... lebih kurang la dgn kes 'syurga' tu) ... hehehe

Post a Comment