Friday, September 25, 2009

Perlukah diet hari raya?

SELEPAS sebulan berpuasa, kini tiba saat untuk kita berhari raya. Ibadah puasa banyak memberi kebaikan sekiranya kita benar-benar menghayati kenapa ia difardukan kepada umat Islam.

Puasa dapat membentuk dan meningkatkan disiplin malah mampu meningkatkan kualiti peribadi kita kepada suatu tahap yang lebih baik dan bermakna.

Dan hari raya pula merupakan suatu hari gembira dan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang berjaya melaksanakan tuntutan Allah pada bulan Ramadan.

Semasa berpuasa, kita dikehendaki menahan diri daripada nafsu termasuk makan, minum dan melakukan perkara yang dilarang. Inti puasa ialah bagi membentuk disiplin diri dan peribadi kepada tahap yang lebih baik dan hebat - jasmani dan rohani.

Biasanya pada bulan puasa, berat badan akan menurun dan ia mampu dikawal. Seluar yang dipakai akan semakin longgar.......................

Betapa seriusnya isu pemakanan - diperkatakan setiap masa. Bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik - sebagai contoh, jika kita makan sekeping kek blackforest yang beratnya kira-kira 100gm, dikatakan kita perlu membakar kalori hasil daripada memakan kek tersebut dengan berjalan sejauh dua kilometer. Begitulah seriusnya amalan yang perlu diikuti dalam mengekalkan kesihatan kita pada tahap terbaik......................

Sampai bila kita harus begini? Tepuk dada, tanya selera! Tidak perlulah kita bercakap fasal diet hari raya kerana secara hakikinya tiada istilah diet hari raya. Kalau pun kita mampu berdiet pada bulan puasa dan sebulan berhari raya, ia cuma dua bulan, bagaimana pula dengan sepuluh bulan yang lain dalam tahun yang sama? Tidakkah ia juga sama?

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

UiTM Shah Alam

Bacaan penuh Utusan Malaysia Online - Rencana


Shared via AddThis

12 Comments:

  1. noorlara said...
    walaupun Ramadhan dah berlalu namun apa yg baik mesti diteruskan, jadikan amalan atau cara hidup...tang ibadah bukan tang makan sakan masa berbuke tu. hahahahha
    Chenta said...
    salam shifu...

    emm... Berdiet di bulan Raya ?
    owh.. memang susah dan sangat susah .

    Siapakah yang sanggup menolak rendang ?
    Menolak lodeh ?
    Melihat sahaja Kari ayam/daging?
    Mencium bau ketupat dan lemang ?

    Alasan lazim . Takper, hanya bulan raya jek dpt makan . Pasni kita dietlah lagi ... dan lagi... dan lagi...


    Peribahasa tepuk dada tanya selera dan tak relevan lagi okeh .

    Sebabnya...

    Selera tak perlu ditanya . sentiasa terbuka dan berselera..

    Kita bukan sahaja tepuk dada, bahkan akan tepuk dahi.. tepuk poket.. tepuk tekak and last sekali bertepuk tangan !
    green said...
    berpada-padalah..

    time2 raya cam ni..
    ku pun tergoda ..
    aiseyh..
    lupekanje said...
    diet shifuu?? err...acik baru lepas mengabihkan tart nenas ni...agak2 la..kener bejalan braper km gaknya??? huhu...tataw biler nk start jogging/brisk walk smula.
    Unknown said...
    noorlara-
    betullll...

    linda-
    amboiiii... ni teks kuthbah semayang raya hari tu ke?

    green-
    berpada2 dalam tergoda... makan2

    acik-
    makan je laa... tak payah jogging2... ko tu dah bantat.... hehehe

    tart nanas aku dah habissss....
    ckLah @xiiinam said...
    ...saya dah lama berdiet. Tak perlu tunggu raya.....






    Errr....sombong tak ayat aku?
    Hiksss...
    azlanlin said...
    Tak payah berdiet.... belasah jer.. Paling lama, sebulan raya tu je yang dijamah apa terhidang.

    Untuk berdiet, ada 10 bulan lagi..kan? Itupun kalau mampu berdiet.. kan..kan..kan..
    azlanlin said...
    This comment has been removed by the author.
    Chenta said...
    owh... perli ke ?

    Takper.. saya sangat telus and jujur utk mengatakan.. memperkatakan.. dan hendak diperkatakan .
    Unknown said...
    ciklah
    ko diet kokak je la epall tu

    azlan
    ni ayat org jelous nii.... huhuhu

    linda
    saya pun telus dan jujur gak memperli tu.... hehehe

    .... 'mintak mak kuih sepotong... saya mahu makan kerna perut kosong'....

    ....'maafkanlah jika ada terlanjur perkataan... kuharap supaya jangan disimpan'....

    nyanyi lagu raya je laa... tart nanas dah habis
    Mak Su said...
    makan sikit2, jangan tuan rumah kata kita sombong or tak sudi, lepas tu kena tingkatkan senaman ler, kalu kat umah sendiri, janganler kita sentuh makanan yang menambahkan berat badan iteww
    ONE ZABA said...
    tak tau la nak cakap apa...

    yang aku tau...aku ni tak jugak kurus. poket seluar je yg kurus banyak.

Post a Comment