Thursday, September 3, 2009
Ini Bukan Iklan
Anda fikir.... besar perbelanjaannya untuk sihat!
Anda lupa.... perbelanjaannya lebih besar jika anda sakit!
Ramadhan sudah masuk minggu yang kedua. Maknanya cuma tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi... kita akan kembali kepada aktiviti biasa terutamanya dalam hal makan minum. Proses 'pencucian' dan 'pensucian' akan berakhir tidak lama lagi. Bagaimana dengan Cabaran Tukar Saiz Seluar?..... Bagi aku dan rakan-rakan, mungkin sudah terasa bahangnya... kerana setelah 2 minggu puasa, hasilnya taklah seberapa.... hehehe.
Dua minggu sebelum sebelum Ramadhan dulu.... aku mulakan diet dengan menggunakan produk Herbalife. Starter kidnya berharga RM260 terdiri daripada sebotol Nutritious Mixed Soy Powder Drink (550g), sebotol Blended Soy and Whey Protein Powder (240g) dan sebotol Tea Mix (100g). Supplement ini cukup untuk keperluan pemakanan untuk 2 minggu. Aku mengikuti jadual diet dengan teliti dan mengawal apa yang dimakan.... sekurang-kurangnya aku telah mengambil berat kalori yang aku makan setiap hari. Memang terasa kesegaran walaupun sedang berdiet, kerana dengan bantuan pemakanan/shake yang digunakan, pengambilan kalori aku cukup untuk memenuhi keperluan kalori normal seharian kita.
Selepas 2 minggu... kebetulan masuk bulan Ramadhan.... aku cuba untuk berdiet dengan keberkatan berpuasa pula. Tanpa sebarang supplement.... aku cuma cuba mengawal kalori makanan yang diambil. Aku melakukan ini kerana hendak melihat/merasai apa perbezaan antara berdiet dengan menggunakan supplement dan tanpa supplement. Keputusannya.... selepas 2 minggu berdiet dengan supplement yang terkawal daripada segi nutrisinya apabila menggunakan produk Herbalife, dengan berdiet tanpa apa-apa supplement.... dari segi penurunan berat badan memang berlaku penurunan tetapi apabila berdiet tanpa apa-apa supplement, ternyata bukan sekadar berat badan yang turun, tetapi kondisi kesihatan juga merosot kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Inilah yang dimaksudkan dengan 'berdiet yang tidak sihat'. Maklumlah... kita bukannya tahu sangat setakat mana nutrisi makanan yang kita makan seharian.
Setakat ini.... beginilah keputusan yang aku dapat
Weight 96.7 kg 95.2 kg 93.6 kg
Fat 30.9 30.5 29.9
Water 50.6 51.4 51.3
Muscle 63.4 63.4 62.2
P.R 3 3 3
BMR 1918 1915 1875
Body Age 59 55 56
B.M 3.4 3.4 3.4
VFA 17 16 16
Melihat keputusan di atas.... memang berlaku penurunan berat badan yang agak terkawal.... malangnya apabila aku berdiet tanpa sebarang supplement BMR (daya metabolisma) telah menurun dengan ketara, sepatutnya BLR semakin naik, tetapi kerana kekurangan nutrisi makanan yang diambil, maka BMR aku juga turun, begitu juga dengan Muscle yang juga turun..... BMR dan Muscle sepatutnya naik.... keadaan ini menunjukkan aku telah kekurangan protein dalam badan. Body age yang sepatutnya menurun kepada umur sebenar (42) atau lebih rendah, telah kembali naik dari 55 kepada 56... keputusan ini muncul akibat kekurang Muscle. Apabila BMR aku menurun, maka kandungan VFA aku tidak berubah..... ini bermaksud lemak dalam badan aku masih belum menurun, akibat daya pembakaran lemak (BMR) aku juga yang telah turun. Begitulah lebih kurang dapatan daripada angka diatas. Kesimpulannya.... berdiet dengan menggurangkan pengambilan makan semata-mata, akan menyebabkan kita berada dalam situasi 'berdiet yang tidak sihat'
Maka... jika anda hendak berdiet... kita perlukan supplement yang memudahkan kita untuk menjaga nutrisi pemakanan yang diperlukan oleh badan. Maka sebagai memudahkan kita.... pilihlah apa juga produk supplement yang ada di pasaran.... Herbalife ke, JustMate5 ke, Shakkle ke atau apa-apa saja. Berdietlah dengan cara yang sihat dengan mengambil supplement yang sepatutnya untuk tubuh badan. Pilihan di tangan anda!
Setakat ini aku dah tukar saiz seluar dari 40 kepada 38. Sasaran aku ialah seluar saiz 36 dan berat badan dalam lingkungan 80 kg. Pssttt.... aku berdiet bukan nak kurus, tetapi cuma nak shape semula body je!.... hehehe.
Labels: Aku Versi Lelaki
basal metabolic rate
terbaik la
semoga berjaya!!
aku pulak sebelum pose hari tu....
berat 78
pinggang 37
sekarang ni...
berat 76
pinggang... boleh dah pakai saiz 35.
ya beda beduuuuuu!!!!!
aduhhhh, pedih perut aku ni!!!
Dah 2 minggu aku rasa baru turun beberapa tahil aje walaupun aku tak makan banyak huhuhu
Jangan patah semangat. Teruskan. Kalu boleh, merokok tu berhenti sekali. hehehehehe
perut ko pedih????.... ko buat opret sedut lemak eiii...
DUNBehrang
laaa... siapa kata tak jemput... kawe dah open kat semua tuu... tapi tak kisah la... masih boleh ikut pasal ada 2 minggu lagi poseee
YB-
nampak sangat ayat dengki...
Ko makan pasal niat nak kurus tu.... aku makan niat nak sihat... huhuhu
Faiz-
yer... penurunan yg terkawal... kalau nak turun cepat, pegi buat sedut lemak le kann... hehehe
Brahimnyior-
haaaa... ni baru ayat motivasi, hehehe
errr... mana ko tau aku hisap rokok
Habis....selama 39 tahun tu kau buat apa bro?
nak shape body tu hanyalah 'antara' yg hendak diambil perhatian... apa bila dah masuk 40 ni... yg lain2 tu... kandungan gula dlm darah, tekanan darah, saluran jantung, ginjal, hati, paru2.... dan lagi... dan lagi
ciklah-
selama 39 tahun dulu tu... aku main guli, main getah gelang, menyelam kat sungai masa bulan puasa... pakai seluar saiz 28 sebelum kahwin.. cuma satu je yg aku tak pernah buat... mengorat budak Taayah, terutamanya ko.... hahaha
ok... menu buka puasa hari ini ialah... daging goreng bersos lemon, ikan siakap stim, dan udang celup tepung... makan dgn sesenduk/sejemput nasi.... jaga kalori anda... :)
Astaghfirullahal'adziim...meraban di malam nisful sya'aban ni pulak....
Assalamualaikum...
Mintak lalu ya...nak balik dulu...
Malam Nuzul al Quran...
Nisfu Syaaban pulak perginya....hiks!
banyak la ko punya nisfu....
hoii... hoii... ni guli sapa tetinggal ni...
imanshah-
control mancho... hehehe