Wednesday, November 11, 2009

MyGfL

welcome2

Kursus Pemantapan Jurulatih Utama
Malaysia Grid for Learning (MyGfL)
Jabatan Pelajaran Kelantan

15-17 November 2009
Star Regency Hotel, Cameron Highlands


…………… jumpa atas gunung!

Tuesday, November 10, 2009

Macam-macam hal.....

Sekolah dah nak tutup.... hujung tahun macam ni banyak perkara yang perlu diselesaikan, terutamanya kertas soalan peperiksaan akhir tahun dan segala macam dokumen budak-budak.

Masuk minggu akhir ni.... 'berjujuk-jujuk' arahan itu dan ini.... semuanya nak cepat.

Balik rumah...

"Abah.... buku teks ore hilang.... kena bayar ganti", kata Sofia.

"Haaaaa.... tu la, abah royak sokmo dah... buku jangan sepah-sepah, jangan letak kokseee", dengan gaya 'celik mata'.


"Cari dulu buku tu.... abah tak se bayar.... cari sampai jumpa", dengan gaya '2x celik mata' + berasap.

Budak-budak ni tak faham..... yang kita ni tengah tenat  'puasa'.

*****************************************************





Kat belakang... Mem Besar, sedang bertungkus-lumus.... kecepakkk-keceburrr......... kecepakkk-keceburrr.


Mesin basuh dah dua hari meragam..... masa ni laaaa dia nak rosak.



Kesian kat Mem Besar..... dan aku tambah 'senak'



Macam-macam hal...... pening aku!


Monday, November 9, 2009

Kerja gila....



Isteri menangis, suami menggigil
Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.

Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.

Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu.

Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan.

"Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.

"Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini," kata Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/2009/11/mempertuhankan-politik-baiah-talaq.html

Zulkifli memberitahu, beliau lebih terkejut apabila diberitahu dasar bai'ah talak tiga itu diluluskan dan direstui kepimpinan Pas....... baca seterusnya

Baca juga di sini.......





..............................................................................

Cerita yang dah lama soksek-soksek sana sini...... kalau orang BN yang kata... nanti dituduh fitnah la, itulah, inilah.... haaa sekarang orang hijau sendiri yang kata...... lu pikirrrrr la sendiri!

Sunday, November 8, 2009

Jumpa kawan lama

Selama dua hari aku jadi chef de mission dari Kelantan ke Perak. Hari jumaat bertolak Tepen untuk transit / login di Homestay Bukit Gantang, sebelum ke Batu Kurau, esoknya.

Missionnye ialah menguruskan majlis perkahwinan sepupu sebelah mem besar dengan orang Batu Kurau. Sebelum ke sana aku dah hubungi kawan lama..... tanya khabar, takut-takut dia kenal dengan pengantin sebelah pompuan. Rupa-rupanya.... pengantin tu memang ada bau-bau kuini dengan dia..... hehehe.


Maka hari kelmarin.... bukan sahaja selesai urusan 'bina masjid' malahan aku buat pertama kalinya jumpa kembali kawan lama yang setahun dua ni hanya berhubung secara maya.

Segala-galanya bermula bila Lukman mengambil inisiatif menyediakan blog bagi menghubungkan kembali rakan-rakan sekolah yang sudah lama terpisah

Melalui blognye http://izzuddin8084.blogspot.com/, kami kembali berhubung.... sekarang sudah ramai kekawan yang dapat dihubungi kembali kembali. Sudah beberapa kali pertemuan diadakan... cuma aku saja yang belum dapat menyertai sebarang perjumpaan yang diadakan.

Kebetulan aku datang ke kampungnya... jadi dia tunggu aku di sana, dan kami pun kembali mengenang kisah lama.


Errrr.... siapa la yang buat logo ni... lawa sungguh....... hehehe

Menang sorak.....







Kawe tumpang cuti je.... kawe tak minat bola... hahaha

Wednesday, November 4, 2009

Team Bola RM10.00


Aku antara segelintir lelaki yang tak minat main/menonton perlawanan bola sepak.... aku cuma nak ucapkan tahniah kepada team bolasepak Kelantan kerana berjaya masuk final bola Piala Malaysia. Team bolasepak Kelantan memang hebat..... beberapa tahun dulu mereka terumbang-ambing dan menjadi pasukan balasahan... dalam tempoh yang singkat.... apabila mereka diurus dengan baik, akhirnya mereka berjaya meratah satu persatu pasukan gergasi.

Keghairahan penyokong bolasepak Kelantan telah sampai kepuncaknya... sekarang mereka menantikan saat pertarungan terakhir sabtu ni di Bukit Jalil...... semoga mereka berjaya mengukir sejarah.

************************************

Dalam berita TV3 sekejap tadi..... Kerajaan Negeri Kelantan juga turut sama teruja dengan kejayaan pasukan bolasepak Kelantan. Hari ini (malam ini seperti yang disiarkan oleh berita TV3)...... Kerajaan Kelantan telah mengistiharkan hari ahad depan CUTI bagi seluruh negeri..... maknanya kalah atau menang, cuti tetap cuti..... Selain itu... kerajaan negeri juga telah menjanjikan pelbagai ganjaran jika team bola Kelantan menang.

Begitulah tuah badan pemain bolasepak Kelantan.... setelah beberapa tahun stadium bola kosong, hari ini Stadium Sultan Muhamad kembali ceria. Dalam tempoh yang singkat.... Dato Nuar telah berjaya 'membersihkan' lumpur yang menyaluti team bolasepak Kelantan. Bila berjaya.... maka ramailah yang nak tumpang sekaki.... hehehe.

********************************
Dulu aku pernah menulis.......
November 30, 2007
Kerajaan Kelantan Tak Minat Bolasepak?

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pasukan bola sepak Kelantan merupakan salah sebuah pasukan bolasepak di Malaysia dan di geruni lawan. Pasukan ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Ketika ini pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Perdana, iaitu liga tahap kedua Liga Malaysia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Bola_sepak_Kelantan


Demikianlah gambaran tentang Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Kelantan memang terkenal pernah melahirkan ramai pemain-pemain berbisa di peringkat kebangsaan. Malangnya.... jika kita pergi ke stadium hari ini, suasana yang begitu suram melanda KAFA kerana seolah-olah sudah tidak ada lagi orang yang berminat dengan bolasepak di Kelantan. Penonton yang datang boleh dibilang dengan jari..... mungkin lebih kurang sama ramai dengan jemaah sembahyang maghrib di surau-surau dan masjid sahaja.

Keadaan pasukan bolasepak Kelantan memang amat tenat..... penonton pun sudah tawar hati untuk datang menyaksikan setiap perlawanan mereka. Apabila ketiadaan penonton, KAFA tidak dapat mengutip hasil tiket dari setiap perlawanan. Bila wang pun tak ada maka masalah lain akan menimpa. Bukan cerita baru tentang pemain-pemain yang tak dibayar gaji, jauh sekali mampu hendak membeli pemain-pemain yang handal.

Maka tinggallah pemain-pemain 'ayam kechok' dalam pasukan bolasepak Kelantan. Bagaimana mungkin pemain-pemain bertaraf 'ayam kechok' ini hendak berdepan dengan pasukan lawan. Akhirnya apabila berlawan.... pasukan Kelantan akan kalah. Siapa yang hendak datang ke stadium apabila..... main sekali, kalah..... main dua kali, kalah.... main tiga kali, baruuu lah nak....... kalah pulak! hehehe.

Demikianlah senario pasukan bolasepak Kelantan hari ini.

Bertambah malang lagi apabila KAFA berada di sebuah negeri 'pimpinan ulama' yang tidak pernah melihat bolasepak sebagai satu industri yang boleh menjana ekonomi. Bolasepak hanyalah dilihat sekadar satu permainan 'berlibur-liburan' diwaktu petang sahaja. Tidak pernah terlintas sedikit pun dalam perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan bolasepak di Kelantan, jauh sekali melihat prospek bolasepak sabagai satu sumber ekonomi negeri.nPendek kata..... nak jual kacang rebus pun tak boleh jalan di stadium Kelantan hari ini.

Kerana itu dalam Bajet 2008 yang baru dibentangkan, Kerajaan Kelantan telah bermurah hati untuk menyumbangkan dana bagi Pembangunan Bolasepak Negeri sebanyak RM10.00 (sepuluh ringgit)..... lihat mukasurat 255 Bajet Negeri Kelantan 2008.


"Apa?..... what?..... ghapo?..... berapo kerajaan negeri Kelantan sediakan pitih nak pembangunan bolasepak?..... sepuloh riallll!"
"Nak buat menate ghapo dengan sepuloh rial?"

Barangkali itulah dialog paling mudah jika anda lihat 'Bajet Rakyat' atau pun 'Belanjawan Rakyat' yang dibentangkan oleh Nik Aziz baru-baru ini. Melihat kepada 'sumbangan' kerajaan Kelantan sebanyak itu untuk pembangunan bolasepak Kelantan.... anda boleh bayangkan bagaimana situasi KAFA. Saya pun tak mampu nak ulas apa-apa lagi tentang itu...... cuma saya nak kata,

"Alohhhh...... tergamak kerajaan negeri tulis sepuluh rial dalam dokumen rasmi kerajaan seperti itu. Lawak sungguh bajet negeri Kelantan"

Dalam keadaan KAFA yang begitu tenat.... akhirnya mereka mengadu kepada Dato Seri Anuar Musa. Mujurlah masih ada yang prihatin dengan dengan nasib bolasepak Kelantan. Pada mulanya saya melihat kesanggupan Dato Nuar menjadi Presiden KAFA, tidak ubah seperti perumpamaan melayu... "bagai memikul biawak hidup". Namun.... walaupun Dato Nuar memang sudah maklum dengan keadaan KAFA hari ini, beliau masih berusaha untuk membantu demi bolasepak Kelantan. Bukannya seperti kerajaan negeri Kelantan yang terus lepas tangan.

Dato Nuar kata.....

"Kita hendak kembalikan penonton ke stadium untuk melihat aksi bolasepak yang bermutu. Bila penonton datang ke stadium.... paling-paling tidak pun boleh jual kacang rebus!"
........................................................................
p/s......
Jom kita sama-sama ke stadium nanti.... kerana tujuan utama stadium dibina ialah untuk melihat perlawanan bolasepak..... stadium bukan dibina untuk jadi tempat 'sembahyang hajat' hehehe!

**************************************
Semoga selepas ini.... Kerajaan Kelantan akan menambah peruntukkan untuk pembangunan sukan seperti bolasepak ini dan bukannya 'menganyinkan' (mempersenda) KAFA sebagaimana Bajet Kerajaan Negeri tahun lepas.

Tuesday, November 3, 2009

Surpriseeee……

Balik dari berkursus selama 3 hari…… sampai di rumah aku buat-buat tak dengar…. bila Mem Besar dan Kak Chik berbisik-bisik….
Aku di dalam bilik menyalin pakaian dan menyimpan barang-barang yang aku bawa semasa berkursus….
Kemudian aku keluar….. thennnn…… Mem Besar dan Kak Chik pun…… ‘supprisssssssssss!…… aku terkejut (buat-buat terkejut)
besday1
Masa dalam bilik tadi aku dah dengar Mem Besar dan Kak Chik…… duk bisik-bisik…. ‘cepat la….. cepat laa…nanti abah keluar’……. ‘letak atas meja tu’
besday2 
besday3Hepi Besssdayyyy…. tahun ni tak selebret kat mana-mana pun…… maklumlah tengah ‘puasa’ sampai raya haji ni….. huhuhu!