Monday, August 31, 2009



Merdekakan diri anda daripada imej
yang mengerikan ini!


Thursday, August 27, 2009

Ini Bukan Iklan
Anda fikir.... besar perbelanjaannya untuk sihat!
Anda lupa.... perbelanjaannya lebih besar jika anda sakit!


Semenjak dua menjak ini kita sudah kehilangan beberapa seleberiti..... mereka semua baru mencecah usia 40an. Kita selalu mendengar kata-kata..... "Life Begin at 40". Persoalannya apa yang akan 'begin' tu????

Bilakah kali terakhir anda membuat pemeriksaan kesihatan..... sekurang-kurangnya memeriksa tekanan darah dan kandungan gula dalam darah? Lihat kiri dan kanan anda.... lihat rakan-rakan yang seangkatan dengan anda, lihat perubahan yang telah berlaku (dalam masa yang sama tentunya lihat diri sendiri juga :) )

Sedar atau tidak... semasa kita sama-sama minum di kantin.... tentunya antara perkara yang dibualkan ialah tentang status 'gula' masing-masing. Dalam 10 orang kawan kita, cuba tandakan berapa orang yang sudah menerima anugerah perlu menelan kapsul-kapsul yang bermacam warna dan saiz.

Alhamdulillah.... setakat ini, aku belum lagi menerima anugerah itu!

Bebarapa tahun ini.... sejak aku tidak begitu aktif lagi sebagai jurulatih olahraga, antara perubahan yang paling ketara aku alami ialah tentang bahagian perut yang semakin maju ke depan. Kalau dulu... setiap hari sepanjang tahun, sekurang-kurangnya 2 jam sehari aku di padang bersama-sama budak-budak olahraga. Sekurang-kurangnya aku sentiasa jogging, melompat dan melakukan pelbagai 'exercise'.... body pun maintain je!

Setelah bersara hampir 3 tahun.... tahun ini aku kembali turun ke padang semula, malangnya... sekarang ni macam ada yang tak kena je.... kawan-kawan pun ramai yang sebut-sebut... "macam mana ni, coach olahraga... tapi perut memboyot".... memang rasa serba tak kena!

Apa tidaknya... sekarang ni berat aku dah melebihi 90kg.... mak aii..... melampau betul ni! tak boleh jadi ni! Kena buat sesuatu ni.

Awal bulan Ogos yang lalu.... aku mulakan diet dengan menggunakan produk HerbaLife (ini bukan iklan... ok) aku bukan nak kempen pasal produk ni.... tak kesahlah produk apa pun yang digunakan.... yang penting ialah kesanggupan untuk mengamalkan diet. Diet.... kita biasa dengar, dan antara perkara yang pertama singgah di kepala kita bila menyebut tentang diet, tentunya tentang 'nak makan' atau 'tak nak makan'. Ada ramai orang yang telah melakukan kesilapan.... bila berdiet, mereka fikir.... 'jangan makan! Sebenarnya... bila berdiet... bukannya 'jangan makan'.... apa yang perlu dilakukan ialah.... 'kawal apa yang dimakan'

Bila sebut pasal 'kawal apa yang dimakan'.... secara mudahnya bermaksud.... makanlah seperti biasa, cuma potonglah separuh daripada kebiasaan jumlah yang di makan. Contohnya... kalau biasanya kita makan sepinggan penuh nasi... buanglah separuh... kerana sebenarnya yang separuh itu sudah mencukupi dengan keperluan badan kita. Percayalah.... kalau selama ini kita makan sepinggan penuh nasi... kalau kita buang separuh, kita tetap kenyang seperti biasa, dan percayalah bahawa yang separuh lagi itu hanyalah kerana memenuhi nafsu semata-mata.

Lebih baik sekiranya kita ambil tahu sedikit pasal 'kandungan' apa yang kita makan..... berapa kalorinya, berapa lemaknya, berapa proteinnya. Jadi senanglah untuk kita mencongak banyak mana kita nak makan.... tanpa kita kehilangan gaya hidup dalam soal 'makan' yang biasa. Nak makan apa pun.... makanlah, asal kita tahu 'banyak' mana yang kita perlu makan. Maka berdiet bukan bermakna... tak boleh makan itu.... tak boleh makan ini... cuma kena tahu tahap mana kita boleh makan. Maka kalau kita selalu bersama keluarga ke KFC, McD, PizzaHut atau sebagainya.... teruskanlah.... kalau tidak nanti kesian pulak kat anak-anak!..... cuma kalau sebelum ini kita makan 3 ketul ayam goreng.... sekarang kita cuma makan seketul saja.... jadi kita masih juga makan ayam KFC tu kann! Errrr... Ayam goreng (seketul) lebih kurang 200 kalori.... hehehe.

Bagi seorang yang normal.... berapakah kalori yang diperlukan..... kalau korang study sikit... korang akan dapati, kita perlukan antara 1500 - 2000 kalori sehari. Kalau kita berdiet dengan menggurangkan kalori secara mengejut dengan 'tidak makan'.... maknanya kita telah melakukan kesilapan, dan mungkin akan mengundang kemudaratan pula. Jadi untuk terus sihat.... pastikan kalori anda cukup!

Errr... aku bukannya pakar pemakanan, nak cerita pasal kalori-kalori ni.... tapi maklumat-maklumat tentang tu kita boleh baca sendiri. Sempena Cabaran Tukar Saiz Seluar yang aku anjurkan.... :) cabaran tu sebenarnya bukan apa-apa sangat... cuma aku nak kuatkan semangat je..... hehehe. Dan tunggu gambar terbaru aku selepas seminggu Ramadhan berlalu..... tungguuuuu!

Friday, August 21, 2009

Sempena Ramadhan yang bermula esok, jom sahut....
CABARAN TUKAR SAIZ SELUAR



Syarat-Syarat Penyertaan
1. Terbuka kepada jejaka yang saiz sekarang sudah tidak seperti dulu.... hehehe
2. Copy & paste logo di atas, dan letak dalam blog anda.
3. Letak gambar terkini anda (dengan gaya jelas tunjukkan perut... hehehe).
4. Nyatakan 'berat' terkini dan 'saiz seluar' terkini.
5. Nyatakan target anda.
6. Cabaran berakhir selepas habis bulan puasa..... jangan lupa postkan hasilnya nanti.
7. Syarat lain..... akan diberitahu kemudian oleh penganjur..... hehehe



Kepada sesiapa yang nak menyertai cabaran ini..... sila buat komen entry ini, nyatakan blog anda... lagi seronok kalau ajak kawan-kawan yang berminat.... saya akan listkan senarai peserta nanti.

Sebagai permulaan..... saya dengan ini menjemput OneZ untuk menyertai cabaran ini..... hehehe

Monday, August 17, 2009

Tuesday, August 11, 2009


Sekarang ni sudah selesai semua kejohanan olahraga di semua peringkat.... Tahniah kepada team Kelantan kerana cemerlang di Kejohanan Olahraga MSSM baru-baru ini.

Yang selesai 'kejohanan'..... tetapi latihan tidak akan pernah selesai. Bagi budak-budak tu, sekarang ni fasa 'transition', atau pun luar musim. Sewaktu luar musim.... masa untuk budak-budak baru memulakan latihan. Jadi... kerja jurulatih ni tetap jalan terus laaa.

Sementara budak-budak yang senior hanya melakukan latihan ringan.... sebagai coach, kerja berat nak 'perubat' budak-budak baru bermula. Banyak perkara yang hendak dilakukan.... semuanya bermula semula dari A. Bagi yang telah merasa pahit manis bertanding, sekarang masanya untuk menilai apa yang telah mereka lakukan... dan benar-benar memahami apa yang selama ini kita 'pok pek pok pek' kan semasa menjalani latihan.

Hendak membentuk atlit baru... berbulan-bulan masa diambil hanya untuk 'melenturkan' mereka.... macam ni!.

Selepas 3-4 bulan, insyaAllah hujung kakinya akan boleh dirapatkan sampai kat dahi.... hehehe ( Cik Lah... ko jangan nak pandai-pandai lenturkan kaki budak-budak cam ni )

Semasa fasa 'condition' atau pun 'basic preparation' sekarang ni... masanya untuk budak-budak baru mencuba dan menyesuaikan diri dengan acara-acara yang akan mereka pilih nanti. Sebagai coach... inilah masanya perlukan aura 'kucing ai' (coaching eye), dengan harapan budak-budak tu tidak tersalah pilih acara. Dalam masa yang sama nak 'pegang' budak-budak tu sebelum disambar coach lain... hehehe.




"ok.. rasa speed & step awak semasa lari... sampai sini 'take off'... lonjak & angkat lutut & paha free leg awak... saya nak tengok tu je... lonjak ke atas"

"Lonjak ke atas dulu..... saya nak tengok yang tu dulu.... banyak perkaro lagi nak buat... hari ni saya nak tengok hok tu dulu.... bila 'take off', saya nak tengok mu buleh angkat lutut free leg dulu... hok lain-lain kita buat pah ni... peheee"

(Dialog di atas... kena sesuaikan dengan intonasi.... hehehe)

Saturday, August 1, 2009



Baru je PM umumkan Amanah Saham 1Malaysia yang berjumlah 10 billion dan boleh dilanggan oleh sesiapa sahaja. (Kalau umumkan kouta untuk Melayu, sah tak habis jual lagi macam dana yang dulu). Kita tunggu pengumuman tentang bilangan pelanggan saham tu nanti, siapa yang sanggup berbaris panjang masa nak beli saham tu 5 Ogos nanti.... hehehe



Dan hari ini mereka berbaris-barisan lagi..... nak kata berbaris beli saham... saham tu belum jual lagi. Mereka berbaris hari ni, macam dah tak de kerja nak dibuat... sambil seronok-seronok kena sembur air... hehehe.