Saturday, December 8, 2007

Sebelum tiba musim cuti sekolah hari tu, banyak perancangan yang hendak dibuat (diselesaikan). Selain daripada rutin biasa, ada beberapa perkara yang di luar rutin kononnya hendak dibuat.

Malangnya... tup tap tup tap.... lebih kurang 3 minggu saja lagi sekolah akan buka semula. Dan billa lihat kepada senarai.... nampaknya satu pun tak buat.

Sebenarnya semangat tak ada kerana 'mem' jauh di mata. Langsung tak ada mood nak buat apa-apa kerana tiada teman di sisi.

Akhirnya aku hanya terperuk di depan laptop ini sahaja, walaupun selalunya pun memang begitu kerana banyak kerja aku melibatkan laptop (laptop ni pun disediakan untuk menyelesaikan/menguruskan kerja yang diamanahkan oleh tuan punya laptop)

Aktiviti musim cuti.....

Aku menyertai kumpulan 'mengaji' kitab bersama beberapa sanak saudara dan jiran-jiran. Setaro mana mampu bertahan untuk 'menadah' kitab ni tak tahulah.... mudah-mudahan dikuatkan iman dan kudrat untuk tabah 'mengaji'.

Perancangannya hendak 'mengaji' empat perkara....

Minggu 1. Usuluddin
Minggu2. Feqah
Minggu 3. Tasawuf
Minggu 4. Al-Quran.

Begitulah pusingan jadualnya........ mudah-mudahan mampu bertahan.

20/11/2007.... 'Mem' masuk USM, nampaknya kena jadi 'pengasuh'lah aku bulan ni. Bila 'mem' tak ada di rumah (di sisi) faham-faham je la...... hidup pun jadi tak ada 'semangat' jahh! huhuhu!

24/11/2007.... berada di Sudara Beach Resort kerana menghadiri Mesyuarat Agung DPIMNK. Perasmian dilakukan oleh Dato Nuar... aku tunggu nak dengar ucapan Dato Nuar je, kerana lama tak dengar dia bekecek.

25/11/2007.... jadi 'cameraman' dalam majlis penyampaian sijil kenaikan pangkat DGA29 ke DGA32 PPD Bachok. Aku dah lama 'pencen' bab ambil gambar ni, tapi kerana saing-saing di PPD minta tolong aku pegi jugak lah.

26/11/2007.... hantar anak ke PSPN kerana menghadiri seminar menjawab soalan untuk bakal calon UPSR 2008. Jadualnya sampai petang. Aku pergi ke Pejabat Perhubungan UMNO negeri kerana hendak ambil/install program 'SMART UMNO' kerana laptop baru 'format' Kalau tak ada program tu jenuh aku nak berjawab dengan 'tuan' laptop, kerana maklumlah 'edah' pilihanraya pun dah dekat ni.

27/11/2007.... Perjumpaan Jentera Pilihanraya Parlimen Bachok dengan DUN Jelawat

29/11/2007.... Mesyarat Jentera Pilihanraya DUN Jelawat

01/12/2007.... 'Mem' balik bercuti 4 hari.... yeeeeee! Sepatutnya pergi ke Terengganu pada 3/11 tapi kerana 'mem' baru balik dan kena hantarnya semula pada 4/11 aku terpaksa tangguh pergi Ghanu.

05/12/2007.... Mulanya bercadang nak pergi Ghanu selepas subuh, tapi lepas subuh sambung tidur, sedar-sedar dah pukul 8:00 lebih. Tapi memang aku tak perlu tergesa-gesa ke sana kerana petang ni selalunya 'aktiviti bebas' untuk peserta kursus.

06/12/2007.... Pagi ni 'slot' aku bagi ceramah.... peserta kursus ustad dan ustazah, maka kena la sediakan bahan yang sesuai dengan mereka. Petangnya balik dalam hujan. Malamnya ada mesyuarat 'khas' Jentera DUN.

07/12/2007.... Menghadiri majlis pelancaran Jentera Pilihanraya Parlimen Bachok dan Jentera Pilihanraya DUN-DUN secara rasmi.

Hari ini, lewat pergi 'mengaji'..... mujur ustad pun lewat jugak.

Petang ni.... ada Konvensyen Ketua Peti Undi di Kota Bharu..... kalau larat nak pergi tengok.... kalau larat la!

Emmmm........ dah masuk petang, perut pun dah lapar. Hari ni anak aku masak apalah agaknya?

Wednesday, November 21, 2007

Minggu ini buat pertama kalinya jadi 'bapa tunggal' untuk tempoh yang agak panjang. 'Mem Besar' masuk kampus selama 3 minggu. Ramai lah yang jadi 'pengasuh' bulan ni

Tahun ini barangkali tahun yang agak penting bagi kami sekeluarga. Tahun ini 3 peristiwa besar berlaku dalam keluarga kami.

1. Mem Besar - sah menjadi siswazah USM (sistua)
2. Kakak (Shabirah) - menduduki SPM
3. Kak Ngah (Silmi) - menduduki PMR

Selama 3 minggu ini aku jadi pengasuhlah jawabnya. Tapi demi memenuhi impian isteri tersayang... tak apalah.

Pemergiannya ke kampus USM kami iringi dengan doa.... selamat berjuang!

Buat anak-anak pula... semoga berjaya dalam peperiksaan masing-masing.

Abah selalu berpesan... "keputusan peperiksaan itu bukan untuk abah atau mak, tetapi untuk diri kamu sendiri, demi masa depan dan haluan kamu sendiri. Abah dengan mak tak ada harta untuk diwariskan".

Abah dengan mak hanya mendoakan agar anak-anak berjaya dan menjadi contoh kepada adik-adik.

Monday, October 29, 2007





26 -29 Oktober berada di Langkawi kerana menghadiri Kursus Jurulatih Utama EMIS di Kondo Istana, Langkawi.

Fasilitator kursus adalah ketua kepada segala ketua guru data EMIS, Hj. Rosli.... emmmm kalau dengan Hj. Li..... faham-faham je lahh! Dari pagi sampai tengah malam dok mengadap data dengan segala macam ralat yang dijumpai.

Mujurlah Urusetia perihatin dengan keadaan peserta yang sudah semakin 'senok'..... Terima kasih kerana menyadiakan aktiviti santai... pertandingan bowling antara PPD.


>pemain utama PPD Bachok sedang beraksi








>lepas rehat petang tadi, malamnya diberi tugasan oleh Hj. Li untuk membina 'report' berdasarkan 'query' yang telah disediakan.

Friday, October 12, 2007

Home Make Over

"Raya tahun ni nak balik kampung ke dak?"

Tahun ni kami tak dapat balik beraya di Perak. Buat pertama kalinya barangkali sejak kami tinggal di rumah ini sepuluh tahun yang lalu, inilah pertama kali kami bercadang menyambut hari raya di rumah sendiri.

Selama ini aku tak pernah ambil kesah pun cam mana keadaan rumah kami. Bersepah-sepah. Ruang Tamu kat depan tu tak pernah digunakan pun. Selama ini, kat situ kami longgokkan semua barang-barang. Ada yang tak pernah disentuh dan masih berada dalam kotak tu sejak kami pindah dulu.

Tahun ni nak beraya di rumah?............... wahhhh banyak benda yang kena buat ni!

Langkah pertama ialah hendak clear kan rumah daripada barang-barang yang disimpan selama ini.

Selama seminggu.... kami kira macam 'pejam mata'..... kumpulkan, asingkan dan kemudiannya buang benda-benda yang bertambun-tambun tu.

Langkah seterusnya.... bermulalah kerja-kerja 'home make over'.........



Bilik anak-anak pun dah siap dan ceria!




Dapur pun dah cat baru... siap dengan kabinet dan meja makan baru!

Dan.. jeng..jengg.... inilah ruang tamu kami yang sudah siap. Cat pun baru.... sofa baru.... karpet baru.... pendek kata beraya sakan la tahun niii..... hahaha!

Ok... jemputlah datang ke rumah nanti.... kerana aku rasa, kat rumah kamilah satu-satunya rumah sekitar ni yang akan hidangkan lemang dan rendang!

SELAMAT HARI RAYA..... MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA KAMI SEKELUARGA.

Friday, September 21, 2007

Kerja-kerja 'key in' data calon pelajar tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh tahun 2008.
Seperti biasa, urusan Unit ICT dengan sukahatinya membantu untuk melakukan kerja-kerja 'key in' ini.
Seperti juga tahun lepas, kebetulan kerja-kerja ini dibuat semasa bulan Ramadhan.
Nak buat kerja di siang hari, masa puasa ni..... memang lemah la sikit. Mata akan cepat terkatup bila mengadap komputer.
Maka kami selalunya akan berkampung di pejabat pada waktu malam. Bila masuk bab buat kerja yang macam ni lah baru boleh nampak 'setaro' mana 'kesetiaan' kekawan dengan Unit ICT.... hehehe!
Tahun ini sekali lagi kerja-kerja 'key in' data semasa bulan ramadhan. Kekawan di PPD lain dengarnya ada yang sudah selesaikannya minggu lepas dan minggu ini.
Ada yang berkumpul di PPD dan ada yang berkumpul di makmal-makmal komputer sekolah.
Tahun ini kami buat kelainan sikit..... emmm... lain banyak sebenarnya! Tahun ini kami tidak buat kerja-kerja itu di pejabat.
Atas kebijaksanaan pegawai-pegawai Unit ICT..... kami dikumpulkan di luar pejabat. Kami buat kerja-kerja ini di Hotel YT Midtown Kuala Terengganu.
"kekawan di PPD lain jangan dengki yerrrr!"
Maka hari ini kami seramai 10 orang bertolak ke Terengganu.
Pukul 10:00 mlm... kami mulakan kerja-kerja. Calon yang perlu di 'key in' dalam 700 orang lebih.
Kerja-kerja berjalan dengan lancar. Malam ini kami target untuk buat sebanyak yang mungkin supaya esok tinggal sikit saja dan bolehlah relex sikit.
Kami teruskan kerja hingga waktu sahur pukul 4:00 pagi dan lepas subuh nanti kami tidur la!
Sambil buat kerja.... sambil pasang movie 'Die Hard 1 - 4'
Terima kasih kepada pihak LDP JPN Kelantan yang memberikan kerja sama kepada kami.
Terima kasih juga kepada pihak Hotel YT Midtown yang melayan kami dengan sebaiknya.

pukul 3:30 pagi..... tumbangnya seorang pegawai kerajaan yang berbakti untuk negara!



Thursday, September 13, 2007

Selamat Berpuasa


Wednesday, September 12, 2007

Kuiz Kesihatan Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kelantan, berlangsung pada 11 - 12 September, di Sudara Beach Resort, Kandis, Bachok.

Sebanyak 11 pasukan yang mewakili daerah masing-masing bersaing di peringkat akhir ini.

11 hb... aku hanya menguruskan item Ujian Kecergasan sahaja. Tapi itu atas kertasnya la... yang sebenarnya 'ambik kiro belako' kerana Urusetia hanya beberapa orang sahaja.

Bagi item Ujian Kecergasan ini, aku panggil 'saing-saing' yang masih ada dalam negeri untuk bertugas..... 'pah ko bini' kena bertugas juga.

'Saing-saing' tak ada dalam negeri 'belako'..... sebahagiannya ke Taiping dan Langkawi.

Siapa yang menang... itu tak penting bagi aku.

12 hb pula... lepas subuh terus ke Sudara kerana nak urusan senamrobik..... jadual buat 6:3o pagi, start senamrobik.... emmm....6:30 pagi!.... betul ke?

Aku sampai 6:30 tu..... 'gelap-gelemat' lagi resort..... teknisyen resort pun belum masuk kerja lagi. Akhirnya 7:15 baru boleh start senamrobik..... pegawai-pegawai, satu batang hidung pun tak nampak lagi..... hehehe!

Maka selesai la 'kijoan' aku dua hari ni.... lepas ni acara dalam dewan..... kuiz peringkat akhir dan majlis penutup pada tengaharinya.

Aku rehat sahaja... tambahan pula kena selesema sejak semalam!

Hala balik.... singgah di rumah Dato' untuk terima 'arahan tugas' bagi minggu ini....:-)

Esok, Khamis.... first day puasa!.... Dato' suruh berbuka puasa di KADA Resort dengannya.... emmm! first day puasa pun dah mula tak sempat buka puasa di rumah.

Dato' start terus program dia sepanjang puasa ni... kerana pertengahan Ramadhan dia akan buat umrah seperti kelazimannya.

Friday, August 31, 2007

Merdekaaaaaa!



Friday, August 24, 2007

Oleh: Saiful Marsidi Sidek


Kepada pembina laman web amatur!











Apakah perisian membina laman web yang anda gunakan?

Adobe DreamWeaver, Ms FrontPage, Namo WebEditor,Web Page Maker, atau apa-apa sahaja.
Tahniah.... kerana anda sanggup menggunakan perisian seperti di atas untuk membina laman web. Hanya anda yang mengetahui bagaimana rumitnya hendak membina laman web. Hanya anda juga yang mengetahui susah payahnya anda mempelajari selok-belok perisian-perisian tersebut untuk membina laman web.

Setelah bersusah-payah.... maka akhirnya laman web anda siap, contohnya laman web sekolah anda, kerana anda adalah guru yang dianggap lebih tahu tentang ICT.
Apabila laman web sekolah anda sudah siap.... maka sekarang anda akan melakukan aktiviti 'upload' ke internet. Bila berada di tahap ini, anda akan bertanya... hendak letak di 'server' mana?
Rasa-rasanya.... tidak ada Guru Besar atau Pengetua yang akan bersetuju untuk menyewa tapak 'server' laman web itu. Akhirnya anda terpaksa memilih tapak 'server' percuma atau pun mungkin yang paling popular ialah 'server' di kelantan.edu.my
Tahniah sekali lagi..... kerana laman web ada sudah berada di internet (setelah bersusah-payah meng'upload' fail-failnya)

Tetapi... laman web tidak akan bermakna sekiranya hanya sekadar itu. Laman web perlu sentiasa di'update'. Bila masuk bab hendak 'update' inilah yang akan memualkan anda. Akhirnya, web site ada akan 'kaku' dan dilupakan.
psttt!.... malahan ada laman web PPD yang terus 'keras' sejak dilancarkan hinggalah ke hari ini. "orghe kata... tak pade buat majlis pelancaran dengan begitu 'grand' tetapi.... hampehh!
Demikianlah senario laman-laman web yang dibina hanya bermodalkan 'air liur'.... hehehe!

BERHENTI............ lupakan semua itu!

Sekarang anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mempelajari apa-apa perisian pembina laman web seperti di atas.
Mengapa anda tidak membina laman web dengan menggunakan perisian percuma seperti blogger.com ini. Dengan hanya tiga langkah sahaja anda sudah memiliki laman web. Anda tidak perlu memikirkan rekabentuk laman web anda.... apa yang perlu anda lakukan hanyalah tulis dan postkan apa-apa sahaja bahan ke blog anda.

Mana sesuai bina laman web sekolah guna blog?

Itulah persoalan yang sering bermain dikalangan kita. Kebanyakkan orang menganggap blog hanya sesuai untuk laman web yang bersifat peribadi sahaja atau 'personal website'. Blog dianggap tidak sesuai untuk dijadikan laman web rasmi seperti laman web sekolah.

Ok, jika itu yang bermain di minda anda.... sekarang saya hendak memberi pilihan kepada anda;
Bayangkan kerja-kerja editing yang terpaksa anda lakukan hanya untuk menghantar gambar-gambar aktitivi sekolah anda.
Anda mungkin perlu edit gambar itu dahulu dengan photoshop supaya saiznya sesuai untuk dimuatkan ke laman web.
Kemudian anda fikirkan rekebentuknya di dalam Adobe DreamWeaver... anda juga perlu buat 'link'nya dengan betul (kalau tidak... gambar tak keluar pulak nanti!)
Setelah berjam-jam... barulah anda akan meng'upload'nya.
Fuhhh!.... letih la
Semua itu ada boleh lupakan... kerana dengan blog... anda hanya perlu letakkan sahaja gambar-gambar itu... tulis ceritanya dan publish. Gambar tak perlu di edit, kerana blogger yang akan menyesuaikannya untuk anda. 'Link'nya secara automatik akan muncul.... selesai

Cuba lihat laman blog ini..... ya!..... laman web Unit ICT & Maklumat PPD Bachok ini, bukankah blog ini sudah tidak lagi seperti blog yang anda selalu fikirkan.
Bukankah blog ini tidak ada bezanya dengan 'laman web biasa'........ anda faham dengan apa yang saya maksudkan?
Nah!.... sekarang bagaimana? Masihkah anda hendak menggunakan perisian Adobe DreamWeaver yang rumit itu lagi?

Thursday, August 23, 2007

SMK LONG YUNUS - Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) datang lagi. Aku sudah lama tidak menjadi peserta ujian PTK yang penuh 'soksek-soksek' ini.

Tahun 2004 PTK diperkenalkan, ketika itu aku masih di gred DGA29. Keputusan ujian pertama itu penuh kontraversi.... macam-macam cerita yang didengar, direka dan disebarkan. Apa tidaknya....... keputusan yang keluar sungguh mengelirukan. Kebanyakkan keputusan adalah 'GAGAL' sama ada satu kertas atau kedua-dua kertas.

Guru 'GAGAL' apabila menduduki ujian Penilaian Tahap Kecekapan???? Apakah kesannya? Itu belum lagi diambil kira dengan pegawai kerajaan yang lain. Situasinya sungguh mencelarukan!

Bayangkan situasi begini.....

Seorang guru cemerlang/pakar yang sedang berkhidmat, tiba-tiba gagal ujian PTK, malahan seorang Penolong Kanan atau Guru Besar sendiri juga gagal PTK. Bagaimana kedudukan mereka?..... Hendak letak dimana mereka? Seorang guru yang menjadi pentadbir tidak lulus takap kecekapan... gawat jugakan?
Bayangkan juga situasi ini.....
Seorang doktor pakar bedah yang telah menjalankan tugas bertahun-tahun.... tiba-tiba gagal ujian PTK!..... adakah ini bermakna 'doktor pakar' itu tidak 'PAKAR' sebenarnya?
Dalam tempoh beberapa bulan keputusan PTK pertama keluar....... keadaan pegawai-pegawai kerajaan memang 'haru-biru'. Daripada kerani hingga pak menteri semuanya bercakap dengan keputusan PTK.

Keadaan tambah 'hijau-biru' apabila tidak lama kemudian keluar pula keputusan yang lain atas satu peperiksaan itu. Aku yang pada asalnya lulus Kertas 1 tetapi gagal Kertas 2 kemudiannya menerima keputusan yang baru, iaitu LULUS kedua-dua kertas!

Hampir keseluruhan keputusan PTK pertama itu telah berubah.... kalau keputusan awalnya gagal.... keputusan yang baru ialah LULUS!

Kalau dulu..... keputusan GAGAL mengundang persoalan, kali ini keputusan LULUS laaaaagilah mengundang persoalan!.... dah jadi macam biskut, sekejap lulus, sekejap gagal.

Sejak itu aku tidak lagi menduduki ujian PTK.... tambahan pula akukan dah 'LULUS' PTK

Tidak lama kemudian aku naik ke gred DG41. Aku tidak perlu menduduki PTK kerana masih dalam tempoh 'percubaan' atau kata orang.... 'belum konpomm' lagi.

Selepas 'konpomm' maka kini aku kembali menjadi peserta ujian PTK. Walaupun PTK bukanlah peperiksaan wajib, tetapi sekiranya sudah mendaftar.... kita tidak boleh sengaja 'tidak hadir' semasa ujian. Hal ini akibat banyak kes yang terjadi... guru-guru tidak hadir semasa hari ujian, kerana maklumlah.... bukan ada apa-apa pun kalau hadir atau tidak..... bukan kena potong gaji pun kalau lulus atau tidak PTK.

Sekarang... jika sudah mendaftar, jika sengaja tidak hadir.... anda boleh dikenakan tindakan tatatertib dan didenda RM100. Malahan jika hadir sekali pun tetapi tidak menjawab kertas ujian juga masih dianggap sengaja 'tidak hadir'. Mahu tak mahu.... tanda je lah ABCD tu.
"psttttt.....! selain daripada alasan 'pembaziran' kos menyediakan kertas soalan, barangkali juga kerana hendak mengelakkan kontroversi, kes guru yang tidak hadir ujian tetapi mendapat keputusan 'lulus' (itulah antara soksek-soksek yang didengar sebelum ini.... betul atau tidak, aku tak dapat pastikan!)"
Tahun ini aku mengambil Kertas1- 701/01: Umum dan Kertas 2- 701/27 Pengurusan Pembangunan Perisian Kursus Pendidikan dengan Teknologi Maklumat..... kertas ICT la ni!

Hanya dua orang sahaja yang mengambil kertas ini!...... soalannya boleh tahan, tapi tak kisahlah kerana ini pertama kali aku mengambil ujian kertas ini. Kira macam.... nak tinjau-tinjau keadaan dan hendak mengetahui skop soalan.

Skop soalan yang keluar memang sudah dapat diagak.... tentang 'story board', OS, network dan lain-lain. Cuma yang payah sikit tu bila bab tentang 'program' kementerian yang berkaitan dengan dunia ICT.

OK... aku sudah ada pengalaman dengan kertas ini... bolehlah buat persediaan untuk PTK tahun hadapan... hehehe!

PTK tahun ini bagaimana?.... alaaaa kan tahun ini hanya hendak 'tinjau-tinjau' skop soalan Kertas 2- 701/27.... tak kisahlah gagal ke lulus!

Kerana itu tahun ini aku sikit pun tidak membuat persediaan menduduki PTK.... sepanjang minggu cuti sekolah ini, aku tak baca sebaris pun buku yang berkaitan dengan PTK. Seminggu ini aku menyiapkan laman web Unit ICT & Maklumat PPD... aku hanya baca script XML nak tukar template website yang aku download sahaja.

Ironinya... dalam laman web yang aku buat itu, aku sediakan link kepada soalan PTK interaktif. Segala macam contoh soalan ada.

Rakan-rakan yang dapat link tu, semuanya sibuk mencuba nasib... malahan ada yang siap print lagi.... silap-silap, yang jual pun ada kot!

Aku pula.... walaupun aku buat link soalan PTK... aku sendiri tak pernah buka atau try contoh soalan yang ada kat situ..... hahahaha!

...............................................................
p/s
malam tadi aku dan isteri membuat 'persediaan' menghadapi PTK dengan menonton movie Die Hard 1 dan Die Hard 2.... mujur tak sambung terus 'study' dengan Die Hard 3 dan Die Hard 4....... hehehe!


Wednesday, August 22, 2007

Oleh: Saiful Marsidi Sidek

Ramai orang ingin mempunyai laman web peribadi.... ramai orang juga belajar membina laman web dengan pelbagai cara.
Ramai orang yang sudah membina laman web.... ramai orang juga yang sudah melupakan laman web mereka.
Puncanya pelbagai... susah hendak belajar/memahami web editor seperti Dreamweaver, FrontPage, WebPage Editor dan lain-lain.
Sukar hendak mengendalikannya kerana hanya menggunakan server percuma.
Terlalu banyak perkara teknikal yang perlu dilakukan walaupun hanya hendak mengupload sekeping gambar.
Akhirnya.... laman web yang dibuat itu hilang begitu sahaja di dunia siber.

Senario itu ramai yang sudah maklum!

Sekarang anda tidak perlu lagi mengalami senario seperti di atas..... kini anda boleh memiliki laman web peribadi tanpa bersusah payah dengan WEBLOG atau BLOG.
Saya berani mengatakan bahawa.... Blog sudah menjadi seperti keperluan kepada pengguna internet.
Tanpa memiliki blog anda seperti seorang yang tidak memiliki siaran ASTRO!

Ramai kekawan yang tanya macam mana nak buat blog..... bila aku suruh mereka buka blog aku. So aku pun cerita la apa bendenya blog ni, terutamanya 'blogspot' dari blogger ni la. Tu pun masih ada yang bertukar antara "blogspot" dengan "blogsport"

Aku ni bukan la pakar sangat dalam bab ICT ni, tapi boleeeh laaa sikit2. Kat luar sana tu ramai lagi yang lebih arif bab ICT ni. Tapi aku dapati masih ramai yang tak faham sebenarnya apa itu "blog", mungkin kurang info kot. Sebenarnya blog ni boleh dibuat dengan guna banyak sofware yang free saja. Blogger ni salah satu contohnya la. Dan aku rasa buat blog dengan Blogger ni yang paling simple. So.. apa itu "blog"? Blog ni kira macam personal website la lebih kurang. Tapi lebih kepada macam catatan diary la kot. Sebab tu saingan utama yang lain untuk buat blog ialah dari myjournal.com. Oleh kerana sifatnya ialah laman web peribadi... maka kita gunakanlah prinsip buat laman web yang biasa tu untuk isi apa yang patut dalam blog kita ni. Tapi blog ni tak la boleh buat secanggih laman web yang biasa, maklumlah namanya lagi free kan. Ok itu sikit info pasal blog.

Kembali kepada tajuk asal.... cam mana nak buat blog?

First..... buka blog aku ni atau mana-mana blog yang ada, then klik pada logo blogger yang ada kat atas sekali tu... biasanya nampak ikon "B" dengan background colour kuning tu.


Then... bila anda klik saja logo tu anda akan di bawa ke homepage blogger yang macam kat bawah niii... Kat sini kita dah nampak teks "Create a Blog in 3 easy steps" Then klik la kat arrow kuning di bawah tu yang kata "create your blog now"


Bila klik je arrow tu... anda akan dibawa ke page berikut. Ini ialah step pertama untuk buat blog. Anda dikehendaki untuk membuat akaun dengan google, iaitu kita mesti ada akaun email "gmail", jadi register la email anda yang sepatutnya, sama la macam buat akaun email kat yahoo ke atau hotmail ke. Cuma anda perlu ingat... akaun gmail ni akan jadi pintu masuk untuk anda buat blog dengan blogger ni. Then seterusnya ikut la step yang kedua dan ketiga.


PERINGATAN!!!!!!!!

Jangan sesekali lupa username dan password yang sudah anda buat untuk gmail tadi dan juga "url" yang anda guna untuk blogspot tu... kalau lupa yang tu payah la nak cerita. Step yang kedua bagi nama apa blog kita dan step ketiga pilih templete apa yang nak digunakan. Bab nama blog dan templete tu tak kisah sangat pasal kita boleh edit lain kali. Yang penting nak diingat ialah "url" yang kita nak gunakan tu jangan sesekali kita lupa.... kalau tak nanti tak leh nak bukak pulak blog kita tu. Soo.. supaya senang nak ingat maka saya cadangkan bagilah "url" kita tu biar sama dengan email "gmail" kita supaya senangg. Nak lagi senang ingat, password pun biarlah sama baru tak menyusahkan hidup. Contohnya saya punya ni...

Email saya: shifu67@gmail.com
Nama Blog: ||Orghe Luar||
URL Blog: http://www.shifu67.blogspot.com

Ok... kepada semua... harap info ini dapat membantu anda. Kalau ada apa-apa masalah....... tanya kat pakcik jaga!

Sunday, August 19, 2007


Adobe Photoshop - 3D Liquid Matel Wallpaper
Oleh: Saiful Marsidi Sidek

shifu67STUDIO - Anda mahukan wallpaper seperti di atas? Dengan Adobe Photoshop ia mudah sahaja dilakukan. Bukan susah sebenarnya hendak membuatnya.

Okey.... jom buat sendiri wallpaper.

|> Buka new file... saiz - W500 x H500 (atau apa sahaja saiz yang ada mahukan)
|> Mode - RGB Color dan Contents - White

|> Brush Tool - black
|> Conteng-conteng bentuk yang ada suka

|> Filter - Blur.... Radial Blur
|> Amount - 50..... Blur Method - Spin.... Quality - Best

|> Filter - Sketch..... Chrome
|> Detail - 0.... Smoothness - 10

|> Image - Adjustments.... Hue/Saturation
|> Colorize - pilihlah warna yang ada inginkan

Wallpaper anda sendiri sudah terhasil....... jumpa lagi, selamat berkarya

Saturday, August 18, 2007

Petang ni cadangnya hendak ke Perkampungan Hadhari di padang Komplek Sekolah-Sekolah Mek Zainab. Malangnya rasa tak sanggup pulak nak menempuh kesesakan jalanraya menuju ke sana.

Akhirnya kami hanya sampai setakat KB Mall sahaja. Tambahan pula memang bercadang hendak ke sana kerana hendak membeli laptop untuk 'mem' aku.

PC Fair anjuran PIKOM yang bermula semalam, memang agak meriah. Penuh sesak dan barangan yang ditawarkan memang agak menarik.

Tinjau-tinjau dan pusing-pusing semua gerai yang ada, sambil mencongak laptop apa yang hendak dibeli.

Bajet, nak cari laptop yang berharga di bawah RM3000. Setelah pusing-pusing..... semua gerai sebenarnya jual benda yang sama sahaja.

So, cam mana...... pilihan yang ada brand Acer, Compaq Presario, Asus, Lenovo dan lain-lain. Tapi kebanyakkannya menjual Acer sahaja.

Aku dari dulu memang tak berapa bekenan dengan laptop Acer ni. Kalau yang harga kurang RM3000..... pegang bodynya pun rasa tak yakin je.

Tambahan pula aku dah biasa dengan laptop HP..... maka, HP Compaq Presario lah yang menjadi perhatianku.

Tambahan pula.... pakej yang ditawarkan oleh HP semasa PC Fair ni agak menarik......... selain hadiah khas daripada HP dalam 'black box' dan tiga buah hadiah beg tu.... yang aku rasa terkedu sangat tu, HP juga bagi beg galas Targus!

"Alamak.... aku baru je beli beg tu masa kat Low Yat hari tu.... RM145 hari ni diorang bagi free je, siul betul!"

Tapi bukan kerana hadiah-hadiah tu sebenarnya yang menjadi keutamaan.... laptop tu memang cantik dan menjadi idaman masa first time keluar tahun lepas.

Maka... akhirnya 'mem' aku sudah memiliki laptop baru, dan tak payah lagi la pakai laptop yang ada cop "Hak Kerajaan Malaysia" tu.

Monday, August 6, 2007

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK PPD BACHOK
LANGKAWI SEAVIEW HOTEL
5-8 OGOS 2007


Pangilan kecemasan..... 3 Ogos, Unit ICT PPD Bachok call, jemput menjadi JU Kursus ICT di Langkawi.

Beressss..... tambahan pula tahun ni belum pegi Langkawi lagi.

Nampaknya 2 minggu berturut-turut la aku keluar sekolah. Demi tugas untuk negara, aku rela 'berkorban' :-)

Day 1:
Pagi, 5 Ogos bertolak ke Langkawi.


"Controll peruttt.... nak ambik gambar ni. Sekarang ni tidak dibenarkan lagi berada di luar feri ekoran kemalangan feri tidak lama dulu.


Hanya 'orghe' tertentu jah boleh berada di luar ni... hehehe!

Peserta kursus rencam.... tua, mudo, tinggi, rendah, kecik, besar! Sampai di Jeti agak lewat...... Kul 8:00 mlm baru sampai di hotel.

Makan duluuu.... pukul 8:30 kelas start, jalan terussss.......
Day2:
6 Ogos 2007
Taklimat Kursus oleh
:
Mr. Castelo
Pegawai Unit ICT & Maklumat
PPD Bachok






Pukul 8:00 pagi kelas start.... slot pertama Ms Excel.... yang kendalikan Zamri



vlookup..... lookup sini.... lookup sana.... peserta kursus bunyi.... ooooooo! aaaaaa! pehe-pehe!


Bila ada bunyi cam tu... tak po la tu.... masuk la tuuu!

Habis kelas 4:30........ semua peserta melakukan acara 'bebas'. Acara bebas ghapo?.... serupo sekalo laaa.... tapi kalau hok kirim dengan air liur, kita bawak balik gambar kotak dio je lahh

Day 3
7 Ogos 2007

Pembentangan oleh:
Tengku Azmi
Guru Inovatif Kebangsaan





Penerokaan internet oleh:
Shifu67
'guru letih kebangsaan'
.....hehehe!

"kalau sesiapa yang tak ada email.... samalah dengan orang yang tak ada hset....."

"sekarang.... weblog/blog juga sudah menjadi keperluan.... yang pentingnya sesiapa sahaja akan mempunyai laman web peribadi tanpa perlu memikirkan soal nak upload.... nak letak di server mana..... misssing file.....

"selamat berblogging dan jadilah seorang blogger yang bermanfaat!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aktiviti off record.......
Datang ke Langkawi..... emmmm mujur la awal bulan, lega la sikitt.... kerana memang sah secara sengaja atau tak sengaja akan 'rebeh'.
"bajet masa kat Langkawi... RM400 sahaja, dan kad kredit dilock..... bajet banyak tu cukup dah la tuu... masalahnya bajet lepas balik Langkawi tak tau lagi cam mana.

Petang hari pertama.... selesaikan semua permintaan..... pesanan anak-anak.....Cekelat... RM100...... pesanan mak anak.... kain batik.... habis RM100 gak...... keperluan peribadi...... RM170 (jenuh la hisap cigarrr lepas nii..... hehehe!emmm... ada lagi RM100..... ketuh-ketih.... habis la juga

p/s
Sehingga waktu ini masih mampu bertahan daripada menghulurkan kad kredit kat tokey kedai.... hehehe!

Wednesday, August 1, 2007

Kemas Kini Data Guru - Unit Sekolah Rendah
Sutera Inn Kota Bharu
1-2 Ogos 2007


Semua PPD menghantar dua orang untuk melakukan kerja kemas kini data guru yang berada di sekolah rendah.

Nampaknya Unit Sekolah Rendah dalam proses 'mengemas kini' data guru.

Kemas kini data guru?....... ada makna tuuuuu!

Dan mungkin akan mendebarkan bagi guru-guru, terutama yang baru sahaja menerima anugerah 'DG32'.

Bagi PPD Bachok tak pe laa... 33 buah sekolah je.

Saing-saing PPD Kota Bharu.... Pasir Puteh-Machang dan lain-lain, 'luga' la kerana sekolah dalam PPD mereka mencecah 90 buah.

Dah la sekolah banyak.... staff pulak ramai.

Data Guru Bachok..... first day pun dah siap! Saja je buat slow-slow sambil tunggu saing-saing.

Masuk hari kedua... aku dah siap dan relex je..... tolong perabih nasi je laa!

Kepada penerima DG32...... siap-siap la hehehe!



Haaa.... ni kekawan yang 'luga' nak kemas kini data guru.












Minggu depan kita jumpa di Langkawi!

Monday, July 16, 2007

SK KEMUDI - 10:15 am, baru habis kelas. Baru bercadang nak pegi minum...... dapat call, kena hadir mesyuarat.... taklimat..... kursus di SK Kemudi sekarang juga!

Zommm.... zup zap sampai di SK Kemudi. Ok la pasal baru nak start je dan semua senasib kerana baru dapat call pagi ni belaka.

Ooooo GITN nak buat kursus rupanya. Waaa! sampai ke petang ke?

Tajuk Kursus:
Pengurusan Keselamatan Rangkaian Schoolnet (MSS Schooolnet)

Kandungan:

8:30 - 10:00 am

  • Suai kenal & latar belakang kursus
  • Situasi di sekolah & schoolnet
  • Pengenalan perkhidmatan pengurusan keselamatan rangkaian schoolnet
  • Asas pelaksanaan
  • Perkhidmatan anti-virus

10:30 - 12:30 am

  • Perkhidmatan pengurusan tampalan
  • Perkhidmatan penapis kandungan laman web
  • Aktiviti berkumpulan - 1
  • Perkhidmatan penguatkuasaan polisi keselamatan

2:30 - 4:30 pm

  • Permohonan untuk perubahan
  • Refresher schoolnet
  • Aktiviti berkumpulan - 2
  • Kehadiran & maklum balas

Thursday, June 7, 2007

PROSES PENAMBAHAN ILMU.......

Projek ternakan ikan keli kanvas aku masih belum bermula. InsyaAllah minggu hadapan aku akan memulakan kerja-kerja menyediakan tapak. Bajet dah ada!

Dato Hamzah pun sudah menghantar message tentang projek Skim Multi-Purpose Agro. Semuanya dalam proses penilaian dan kemas kini.

Dalam pada itu aku berkesempatan menghadiri satu lagi kursus akuakultur yang di kendalikan oleh Prof. Madya Dr. Anuar Hassan, Pengarah Pusat Akuakultur Tropika, Universiti Malaysia Terangganu.

Kursus kali ini, nampak lebih ilmiah sedikit..... rasa macam student. Peserta yang tua-tua, dok jenero je la!

Semua nota kuliah aku dah copy.

Perkara yang paling menarik dalam kursus kali ini ialah berpeluang melihat demo 'pembenihan aruhan' untuk menghasilkan anak ikan keli.

Inilah pertama kali aku dapat melihat secara live prosesnya. Ini merupakan perkongsian ilmu yang paling berharga dalam kursus kali ini.

Berikut adalah gambar-gambar proses pembenihan anak ikan. Kalau hendak tau lebih lanjut boleh hubungi aku, kerana aku rakamkan klip videonya.

Alat-alat yang digunakan dalam proses pembenihan.
1. hormon
2. mangkuk
3. bulu ayam
4. tuala
5. penyutik
6. kain net






Sebelum itu kenali dahulu jantina induk!




Proses untuk mengambil sperma jantan. Kena la jadi doktor bedah sikit.... maka kalau jadi ikan keli, jangan jadi ikan jantan... hehehe!








Beginilah rupanya testis sperma jantan. Sama je, ada dua!












Proses mengeluarkan telur daripada induk betina. Kena urut perlahan-lahan. Boleh dapat separuh mangkuk, bergantung saiz ikan.








Selepas semua proses ini...... proses pensenyawaan pun dilakukan. Dalam tempoh 24 jam, insyaAllah anak ikan akan menetas.

Demo tentang pembenihan aruhan untuk menghasilkan ikan keli ini sebenarnya mencetuskan sesuatu yang lebih positif.... mungkinkah projek menghasilkan anak ikan lebih menguntungkan?

Hehehe..... kita tengok saja nanti macam mana. Kerana aku belum buat pun projek ini.

Yang mana satu lebih menguntungkan.... buat dua-dua la tentu lebih untung!