Sunday, October 31, 2010

Teka-Teki Bola


Tahniah kepada pasukan The Red Warriors yang menjadi Juara. Kejayaan team The Red Warriors menjulang Piala Malaysia memang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan berhak meraikan dan menyohor dengan kejayaan itu dan rakyat Kelantan memang berhak mendapat cuti hari ini !

Hari ini cuti..... hari ini juga hujan turun dengan lebatnya sejak awal pagi!


Sempena cerita bola yang masih panas dan cuaca hari ini yang dingin.... kawe nak bagi teka-teki yang ada kaitan dengan kedua-duanya..... semuanya pasal 'main bola'


 Apa beza antara........

LAMPU stadium

dengan

LAMPU bilik tidur


Friday, October 29, 2010


Tengah fikir nak pegi ke tidak ni..... tapi mengenangkan macam mana aku nak keluar dari Putrajaya lepas habis majlis tu, masalah gak ni. Tak kan nak tidur kat Sri Perdana. Aku bukannya biasa pegi Putrajaya. Kalau masalah nak keluar dari Putrajaya selesai, mungkin aku pegi.... nak minta tolong siapa la ni, ambil aku kat Sri Perdana dan hantar kat mana-mana hotel kat KL..... :)

Friday, October 22, 2010

Bila isteriku berkemban......









(gambar hiasan)
gaya klasik wanita melayu terakhir.... hehehe






Pagi jumaat yang redup dan dingin selepas hujan sepanjang malam tadi, memungkinkan segala-galanya.

Hari minggu..... masa yang panjang untuk melakukan sesuatu yang diluar rutin harian.

Mem Besar dengan gaya santainya gedebak-gedebuk di rumah.... aku memerhatikan sejak tadi. Sesuatu yang hebat pasti akan berlaku hari ini! Aku pasti!

Latar....

Kedua-dua mesin basuh sedang beroperasi tanpa henti sejak awal pagi. Mesin pengering juga tak henti-henti berputar.... berbakul-bakul sudah dikumpulkan menunggu giliran.

Periuk tekanan sedang merenihkan sesuatu.

Aku terus memerhatikan dengan ghairah!







Jumaat yang dingin bertukar menjadi sesuatu yang hangat...... hangat dan enak untuk diratah!




 Kawe makan dulu deh!..... slurppppp!, aahhhhh!, sup tulang kaw-kaw!

Thursday, October 21, 2010

Amanah Bangsa






Selamat Bersidang kepada semua perwakilan!


Hakikat apa yang kita miliki kini adalah warisan yang perlu dipertahankan.

Sunday, October 17, 2010

Dinner dengan PM

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Majlis Makan Malam bersama Perdana Menteri.


Kawe dah daftar!


Jumpa di sana!

Friday, October 15, 2010

Harapan mendapat bonus tak kesampaian!

Namun tetap syukur alhamdulillah kerana dapat 'bantuan am' belanja persekolahan anak-anak RM500.

Tak jadi la nak tempah Inspira.... hehehe!
.................................................................................................

Kandungan Bajet 2011 yang panjang berjela boleh di baca esok.

Antara perkara yang paling menarik perhatian tentunya.....


Hebatkan...

Walaupun cuti dah bertambah 90 hari.... rasanya tak perlulah para suami membuang 90 biji batu untuk 'membilang hari'...... 60 biji pun dah cukup kot... hehehe!

Thursday, October 14, 2010

Malam ini malam Jumaat.... malam Jumaat sentiasa membangkitkan semangat yang membara.

Esok mungkin Jumaat yang paling dinantikan.


Esok PM akan membentangkan Bajet 2011!

Apakah perkara yang paling anda fahami tentang pembentangan bajet?

Bagi aku yang hanya mendapat 'R' kertas Ekonomi STPM..... tentunya tak akan tercapai diakalku unuk membuat ulasan hal yang berkaitan dengan ekonomi negara.

Biar orang lain je lah yang perah otak pasal bab ekonomi negara.

Pembentangan Bajet 2011 tentunya dinantikan oleh semua orang dengan persepsi masing-masing.

Bagi aku.... sebagai penjawat awam, tajuk yang paling aku tunggu ialah khalimah..... 'BONUS'. Semoga PM tidak akan lupa untuk menyebut khalimah tersebut!

Pstt... yang paling pasti, aku rasa tentulah harga rokok akan naik lagi..... mujur aku tak beli rokok... hehehe (aku beli tembakau, lepas tu gulung sendiri)

Dalam penantian sepanjang malam Jumaat ini.... apa salahnya kalau kita mencongak berapakah 'bonus' yang akan diberikan kepada penjawat awam..... dua bulan gaji?... sebulan gaji?...... tak kisahlah berapa pun.. yang penting ada!

Andaian aku.... kerajaan akan memberikan 'bonus' sebulan gaji dan minimum RM1000.


Mulai esok juga.... kita boleh membuat tempahan Proton Inspira dengan bayaran pendahuluan  RM1000.


Nasi tambah..... lepas pembentangan bajet
Tak ada bonus tahun ni..... cuma dapat saguhati RM500. Alhamdulillah walaupun hanya RM500..... cumaaaa.... tak jadi la kawe nak tempah Inspira..... hehehe!

Tuesday, October 12, 2010

Hari ini kerajaan Taiwan telah mengharamkan mee segera 'Indomie' dari Indonesia.


Taiwan mendakwa... perencah yang digunakan mengandungi bahan awet yang merbahaya untuk kesihatan.

Pengeluarnya di Indonesia telah membuat kenyataan bahawa, mee segera yang dieksport ke Taiwan tidak sama dengan yang ada kat Malaysia.... betul ke tidak, tak tau la!

Barangkali sudah tiba masanya kita 'menghapuskan' benda-benda yang ada kaitan dengan Indon ni.... mungkin boleh dimulakan dengan membakar mee segera Indomie ni. Alaaa... kita cuma bakar mee segera je.... bukan bakar bendera Indon pun kannnnn!

Monday, October 11, 2010

Hari ini sejarah kemalangan maut di negara kita tercatat lagi.....


Malaysia merupakan negara yang paling tinggi rekod kemalangan maut di Asia! ..... demikian kenyataan yang diberikan semasa aku menghadiri kursus Pendidikan Keselamatan Jalanraya di Kuantan minggu lepas.

Apabila berlaku tragedi begini... seperti biasa pelbagai ulasan akan kita dengar. Barangkali ulasan Menteri Besar Negeri Sembilan paling mudah untuk difahami, kata beliau... "cara memandu rakyat Malaysia amat merbahaya, mereka berani mati"

Pertanyaan ikhlas.... semasa memandu (terutamanya di lebuhraya) berapakah kelajuan anda? Aku yakin semua orang akan merasakan kelajuan 110km tidak cukup, dan dengan tak sengaja, kaki kita akan menekan padel minyal lebih sedikit... akhirnya meter akan menunjukkan angka 120km... 140km... kalau pun tidak 160km.


Memandu di lebuhraya negara kita memang selesa..... akibatnya kita tak sedar kelajuan kenderaan sudah mencecah 140km. Perodua Rusa aku ni pun boleh memecut sampai 160km kat atas lebuhraya (aku sekadar hendak menguji). Bayangkan kalau kereta yang berkuasa 2.0 dan yang power kaw-kaw tu... tentu berdesup!

Had Laju Kebangsaan 90km atau pun 110km sebenarnya sudah cukup sempurna... cuma yang menjadi masalah ialah kegagalan kita mengawal nafsu.... nafsu berani mati!

Memandu dengan kelajuan 90km dan 140km sebenarnya tidak 'membezakan sangat' cepat atau lambat sampai ke destinasi. Kalau tak percaya boleh cuba.... orang yang memandu 140km memang sampai lebih awal daripada yang memandu 90km.... tetapi percayalah kalau yang memandu 140km itu sampai dahulu dan minum secawan kopi.... belum sempat habis secawan kopi tu, insyaAllah, yang memandu 90km itu akan sampai. Apalah ertinya kalau hanya secawan kopi yang membezakan kelajuan memandu, sedangkan kebarangkalian lebih tinggi untuk mati menjadi pertaruhan!

Hormatilah Had Laju Kebangsaan..... Anda mampu mengubahnya!

Pemandu Rusa itu berhenti seketika setelah memandu hampir 5 jam... sedang meninjau tempat nak minum kopi.... hehehe!