Saturday, January 31, 2009

Kenduri-kendara

Sabtu, 24 Jan 2009

Aku sampai di kampung sebelum maghrib..... tak ada apa-apa aktiviti, cuma bersembang-sembang saja sambil kukus telur untuk dibuat 'bunga telur'...... kukus yeee.... bukan rebus!

Bersembang sampai pukul 4 pagi kot.



Ahad, 25 Jan 2009

Pagi-pagi, aktiviti sudah bermula..... 'Ketua Chef' sudah bagi arahan apa yang perlu di buat hari ni. Kebetulannya hari ni ada satu kenduri kat kampung. Jadi sebelum mula aktiviti kupas mengupas, potong memotong.... kami menghadiri dulu kenduri anak kawan lama... kawan sekampung..... kat situ dah jumpa ramai orang-orang sekampung. Bila berjumpa.... bersembang, bertanya khabar.

Menjelang tengahari.... bekalan kenduri pun dah sampai. Sekarang masanya persiapan kenduri di sebelah kami pulak. Geng-geng 'kupas mengupas' pun dah mula berkumpul. Kat kampung aku, bila kenduri..... urusan memasak lauk pauk semuanya diuruskan oleh lelaki..... tetapi tentunya yang ada kepakaran masing-masing la, bukan saja-saja nak bubuh rempah ratus tu.

Orang perempuan semuanya buat bab kupas mengupas.... kupas bawang, timun, kentang.... potong memotang sambil mulut pun rancak juga 'bertanya khabar'..... berkenal-kenalan.... terutamanya dengan 'mek kelate' yang glamour tu! Bagi yang baru kenal mem aku....... "ooooo.... inik binik Epol lahhhh?" dan mem aku pun cakap..... "hi ehh..... dengan teelo banjar campur kelantannyee"

Entah kenapa.... kat kampung aku ni..... sejak dulu lagi bila kenduri kendara.... bab masak lauk-pauk ni mesti dibuat oleh lelaki. Kaum ibu hanya bahagian menyiapkan perkakasnye saja, dan kemudian hanya tunggu masak kerana tugas yang seterusnya bagi orang perempuan ialah menghidang. Malangnya sekarang ni, selalunya dah pakai bufet... jadi peranan menghidang ni pun dah hilang la.

Aku macam biasa la..... memastikan segala keperluan yang datang buat kerja tu cukup..... baru la laju sikit kerja kann..... makan minum cukup, rokok cukup, air kopi, air sirap jangan sampai kering..... pulut ikan masin.... kuih kering jangan sampai tak de kat pinggan.

Sambil bersembang..... sambil bergurau.... tanpa disedari semua kerja selesai.

Tapi hari ni, kerana ada kenduri yang sedang berlangsung selang 5 buah rumah.... jadi orang kampung terpaksa berbagi untuk buat kerja. Errr.... yang istimewanya, kerja-kerja berkumpulan ini tak perlukan mesyuarat atau jawatankuasa, atau apa-apa pun pertubuhan samaada yang berdaftar atau tidak.... yang hijau atau yang biru. Semuanya berlaku atas kesepakatan tinggal sekampung dan rasa gembira berkumpul.... buat kerja sama-sama dan lepas tu makan sama-sama!


Acik Ijum... satu-satunya bapa saudara sebelah ayah yang masih ada. Itu pun dia sudah semakin uzur. Dia tambah kelihatan serba payah apabila terpaksa kehilangan kaki akibat penyakit kencing manis..... errr... betul ke manis???

Hubungan aku dengannya agak istimewa sikit.... kerana aku ni memang spesis yang 'istimewa'... kerana aku tinggal dengan datuk setelah mak bapak aku berpisah. Sejak kecil aku memang selalu mendapat perhatiannya.... sebab itu antara ramai-ramai sepupu-sepupu yang ada, mungkin aku lebih dimanjakan. Sebab itu juga aku hanya tau 'sekolah' je... tak pandai buat kerja-kerja kampung!.... Aku tak pernah merasa 'susah' kerana aku sentiasa dikecualikan daripada sebarang keperitan hidup di kampung. Sampai sekarang.... aku tak pandai melakukan aktiviti-aktiviti asas budak kampung seperti menjala dan menoreh getah!


Sekarang ni.... dia mungkin sudah boleh menarik nafas lega, kerana dia tidak perlu 'bimbang' dengan aku lagi. Aku boleh dianggap sempurna..... ada keluarga sendiri dan melalui kehidupan dengan serba cukup.

Bagi aku.... sekarang ni tiba pula masanya untuk aku yang merasa 'bimbang' dengan Acik. Hari ini dia hendak mengadakan kenduri kahwin anaknya..... dia cuma ada tiga orang anak perempuan..... dan insyaAllah tahun ini semua anaknya akan berkahwin.

Sebagai 'anak saudara' yang utama.... aku tau dia rancang majlis tu pada tarikh yang membolehkan aku balik. Apabila aku menjanjikan kami akan balik.... dia kelihatan ceria, walaupun dia tak bagi tau. Tapi aku faham la kannn....

Sebagai satu-satunya bapa saudara yang masih ada dari keturunan Hj. Sanusi..... tentunya majlis kenduri di rumahnya nanti akan menjadi tempat berkumpulnya sanak-saudara yang sudah sekian lama tidak berjumpa. Aku pun sudah begitu teruja untuk bersama kembali dengan sepupu-sepapat yang sudah lama tidak dapat berkumpul.

Friday, January 30, 2009

Sempena cuti 'laya cineee' yang panjang ni..... ramai yang malikk, ehh.... balik kampung. Bagi yang ada cuti panjang macam kami cikgu sekolah la kannn.... bagi yang kena kerja gak masa cuti musim perayaan ni, tak payah dengki la. Tambah pulak sekarang ni sana sini cerita nak buang pekerja kembali melanda negara.

Kami balik hari sabtu.... rasa-rasanya hari ni jalan mesti sesak. Kereta yang menghala masuk ke Kelantan mesti berduyun-duyun..... maklumlah, kan Kelantan ni paling aktif ekspot orang dia kerja kat luar Kelantan.... sebab apa, emmm... tak payah cakap la!

Yang untungnya..... aku selaku 'orghe luar' bila balik kampung musim raya begini, jalan hala keluar Kelantan tak tersumbat. Bertolak pagi tadi dalam cuaca redup...... lega la sikit, pasal anak-anak aku tak suka pasang aircon...... semuanya spesis mak dia, semua kena stanby beg plastik.

Selepas dua jam memandu..... kami dah sampai di Bukit Bunga. Seperti biasa, bagi yang memandu menghala ke Perak, selalunya akan singgah di sini untuk membeli apa-apa yang patut kerana inilah pekan terakhir sebelum melintasi sempadan. Selepas Bukit Bunga kita akan sampai di Kampung Batu Melintang dan kemudian akan bermulalah pendakian merentas Banjaran Titiwangsa. Tengahari tu, Bukit Bunga dah mula meriah dengan kereta yang baru sampai, kebanyakkannya yang menghala masuk.

Sebelum masuk kawasan hutan belantara Banjaran Titiwangsa, maka saya nasihatkan berhentilah di salah satu stesyen minyak yang ada kat situ..... pilihlah kat Petronas ke atau Shell. Saya selalunya isi minyak full tank kat Petronas tapi berehat kat Shell. Kat situ biasanya lega sikit berbanding kat Petronas yang sesak. Selesaikanlah semua urusan peribadi kat sini, kerana saya tak suka berhenti singgah kat atas bukit nanti. Saya selalunya terus memandu hingga sampai ke Grik tanpa henti.

Melintasi sempadan Kelantan - Perak, tidak jauh dari situ kita akan sampai ke tempat perhentian yang agak popular di puncak Titiwangsa. Pemandangannya memang cantik.... tapi bila kami sampai, kawasan tu dah begitu sesak dengan kereta yang berhenti, sebab tu selalunya kami tak singgah kat situ..... lagi pun kan dah berhenti rehat tadi kat Batu Melintang.

Memandu dalam cuaca yang redup memang melegakan. Kat atas bukit ni kalau siapa yang pasang aircon memang biul la kannn.... cuacanya lagi nyaman kalau memandu dengan membuka jendela luas-luas, jangan buka pintu dah la!

Selepas lebih kurang dua jam memandu dah sampai di Grik..... aku tak peduli berapa km, aku memandu pakai agak ikut jam je kat sini.... dan selalunya aku akan rehat sejam di Hentian Perah. Dalam dua jam lagi memandu aku akan sampai di kampung.... dekat-dekat area Kampung Gajah. Maknaya aku memandu 6 jam rehat sejam.... 7 jam la atas jalan. Minyak masih ada separuh tangki lagi, jadi nampaknya tak payahlah isi minyak kat situ, baik isi minyak kat Hentian Sungai Perak nanti. Aku rasa kali ni macam jimat je minyak..... barangkali kes minyak dah murah kot!

Sampai di Hentian Sungai Perak..... berhenti sekejap untuk isi minyak full tank. Aku suka penuhkan tangki kerana selepas ni tak payah isi lagi masa di kampung. Kat Petronas tu ada pulak gerai kopi free.... jom la pekena kopi secawan...... secawan????.... aku bantai bercawan-cawan..... hahaha!

Di Lebuhraya.... laluan ke utara juga sudah mula perlahan.... mujur aku hanya sekejap saja je atas highway ni.... masuk di Kuala Kangsar dan keluar di Tol Jelapang...... Tol Jelapang sudah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat sikit berbanding yang dulu. Mudah-mudahan selepas ni kuranglah sikit berlaku kemalangan akibat kenderaan berat yang kerosakkan brek selepas turun dari terowong Menora.

Cik Lah suruh aku beli buah salak, tapi sekarang ni baru lepas musim hujan kat Kelantan.... buah salak tak de.... yang ada hanya ni je..... salak hutan, jadi aku tak beli la..... pasal salak ni masam..... sorry la cik Lah dehhhh!

Friday, January 23, 2009

Hari ni start cuti 'laya cinaaa'.... kemarin/semalam... mak bapak anak 'Kerajaan Malaysia' memunggah balik anak-anak dari asrama.

Sampai di rumah.... seorang demi seorang keluarkan senarai...... sebelum buka sekolah ni nak beli itu..... nak beli ini.... nanti bila buka sekolah.... nak bayar itu..... nak bayar ini.....

Aku dengar.... dah mula garu kepala yang tak gatal..... errr.... dah jadi gatal la kot.... sebab tu la rambut aku dah makin cepat tukar colour kot!

<<>

Lepas selesai membentangkan laporan masing-masing..... tiap-tiap sorang bawa keluar buku setambun, lepas tu hilang.... masing-masing buat kerja sekolah.

Beberapa jam kemudian.... "mak... lapar". "Tengok kat dapur tu..... mak nak siapkan assignment ni". "Abah pun lapar ni....". "Ilahhh... goreng wiges kat abah tu"

Etak dah habis secupak>>


>>Pisang dah habis sesikat

Emmm.... dari pintu belakang sampai pintu depan..... rumah dah tunggang-langgang. Nanti bila anak-anak Kerajaan Malaysia ni balik sarang la baru clear semula rumah ni.

Thursday, January 22, 2009

Baru 3 minggu kerja... dah kena cuti pulak.... ni yang aku tak gemar kerja cikgu ni, duk cutiiiiii je.... banyak sangat cuti!...... hehehe!

hari ni last sekolah sebelum cuti 'tawon balu cine'..... olang cine laya.... wa tumpang cuti saje... wa tak tumpang layaa!

Start esok.... sekolah cuti paling kurang pun 5 hari.... tapi ada gak sekolah yang sambung sampai 9 hari. Sekolah aku ada sorang je cikgu Cina.... barangkali dia sorang je la kot yang cuti sampai 9 hari..... tak larat nak ganti hari sekolah pada hari sabtu!

Cuti ni plan dah penuh sebenarnya.....

Pagi tadi aku sengaja keluarkan usul kat mem.... "bakpo kita tak leh balik hari jumaat?' Mem jawab.... "Aloh laaa.... hari jumaat tu nak....... nak..... nak...... nanti balik tak sempat nak.... nak..... bla.... bla......"
"Ok.... ok....."

Jumaat/22Jan - Mem kata nak 'menyimpan'..... nak basuh pakaian.... pasal nanti balik cuti tak sempat. Ok... kepada mem dan pranita2nya selamat bertugas.

Sabtu/23Jan - Kembara membelah puncak Titiwangsa.... plan nak sampai di Ipoh dalam pukul 7, kerana nak tunggu anak dara aku dari KL. Emmm.... ingat lagi ke jalan nak masuk Ipoh ni..... bustand pun dah pindah.... jumpa ke dak aku cari ni.... kalau Medan Kidd tu tak pe la, tempat aku lepak jak kecik!

Ahad/24Jan - Pra kenduri di rumah satu2nya Pak Saudara aku yang masih ada..... Majlis akad nikah pada petangnya.

Isnin/25Jan - Hari bekwoh.....

Selasa/26Jan - Kembali ke lubok...... (emmmm.... tak sempat nak ajak Cik Lah dating makan mee MastanGhani)

Rabu/ 27Jan - Kerja semula..... ada dara aku dua orang tu boleh sambung cuti sampai 1 Feb.

Emmmm...... dah kena buat persediaan fizikal dan mental nak drive dari hujung Kelantan ke hujung Perak ni..... maklumlah rakyat aku sah tidur je sepanjang jalan nanti.

Tuesday, January 20, 2009

APA KEJADAHNYA!

Tice-tice di luar sana, tolong terjemah apa makna perkataan 'GOD' kat diorang yang BAHLOL sangat ni!!!

AFP - Wednesday, January 21KUALA LUMPUR (AFP) - - A Catholic newspaper in Malaysia has defied a ban on using the word "Allah" as a translation for "God", in a row with the government which has threatened to close the weekly publication

The editor of the Herald newspaper, Father Lawrence Andrew, said this week's edition uses the banned word and that he intends to continue doing so until the courts rule on the issue next month.

"We find this restriction on the use of 'Allah' unacceptable when we have been using it as a translation for 'God' for centuries in Malaysia," he told AFP.

Authorities have said the word should only be used by Muslims.

The government last month ordered a ban on the Herald's Malay edition until the court makes its decision, as part of conditions for it to be allowed to continue printing its editions in English, Chinese and Tamil.

But after the newspaper warned it would take legal action to overturn the ban, the home ministry backed down and said it could continue publishing as long as it did not use the disputed translation.

"Munshi Abdullah, the father of modern Malay literature, translated the Bible into Malay in 1852 and he also translated 'God' as 'Allah' so there is strong historical proof of what we have been using for centuries," said Andrew.

The Herald, circulated among the country's 850,000 Catholics, nearly lost its publishing licence last year for using the disputed word.

Religion and language are sensitive issues in Malaysia where 60 percent of the nation's 27 million people are Muslim Malays.

The rest of the population takes in indigenous tribes as well as ethnic Chinese and Indians, variously practising Buddhism, Christianity and Hinduism among others.

Minority groups complain of increasing "Islamisation" of the country and say their rights are being eroded.

Sunday, January 18, 2009

Hari ni kat sekolah... lepas kelas PJK banyak pulak aku free. Dalam bilik guru yang lebih kurang macam gudang beras tu, aku buka satu2nya netbook 10.2" di sekitar Komplek Pendidikan kat Bachok ni.... hehehe.

Buat bahan P&P sikit untuk kelas tengahari nanti..... macam biasa, petikan ala-ala PRamlee.... Ini bola. Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola.

Siap dua petikan..... budak-budak tahap 1 dah masuk selepas mengketedaroh. Aku dengan penuh gaya, sambil mengepit neetboook yang lebih kecil daripada buku teks bebudak tu, masuk ke dalam kelas.

Bebudak yang tadi bersimpang-siur keluar masuk kelas (bila kelas Tahap 1 habis rehat, Tahap 2 pula keluar rehat)..... semua berhenti, dan berjalan dengan sopan santun bila melihat Guru Disiplin di sekitar kaki lima bilik darjah. Aku pun terus berjalan dengan gaya garang.... lepas tu jenuh menjawab salam bebudak yang tak sempat 'melarikan' diri dan terpaksa berselisih dengan aku..... hahaha!

Masuk kelas.... selepas selesai menguruskan hal-hal rutin kelas, mengngepek sikit, puji sikit, warning sikit..... buka troli 'Hak Kerajaan Malaysia' tu, keluarkan LCD yang juga ada cop 'Hak Kerajaan Malaysia'..... terus pasang laptop dan 'pancar' petikan yang aku dah buat tadi. Pssttt.... antara alasan cikgu-cikgu PPSMI yang selalu aku dengar ialah... "payah la... leceh la... nak bawa laptop, nak bawa lcd, troli berat..... bla bla bla" emmmm.... tak faham aku!

Errr... apa petikan hari ni ye.... "Ok.... anak didik ku sayanggggg.... buka buku tulis kamu dan salin petikan ni.... hari ni cerita 'Bola', tulis come-come, koho-koho, biar serupo, kalau huruf besar, tulis huruf besar..... pehee?"
Slide 2
Slide 2

Jalani ada bola.
Bola Jalani biru muda.
Bapa beli bola itu.
Jalani bawa bola itu pada Dali.
Dali sapu bola guna jari.
Jari Dali ada daki.

Selepas hampir 1 jam.... bebudak tu dengan gaya masing-masing telah menyiapkan kerja mereka.... tapi bebudak yang ada lesen 'P' macam biasa la masih terkial-kial.

Selesai menulis..... terus dengan aktiviti membaca..... baca ramai-ramai, baca berkumpulan, baca sorang-sorang, baca ikut cikgu, baca ikut kawan.... semua berdiri atas kerusi.... "siapa nak duduk mari baca kat depan!".... gedebak, gedebuk.... bebudak pun dah mula mengeliat, menguap dan hilang tumpuan..... maklumlah dah hampir 1 jam setengah aku dalam kelas.

Aku pun mula bersiap-siap untuk mengakhiri kerja hari ni.... bebudak tanya, dah nak balik ke cikgu..... Aku angguk, kerana sepatutnya begitu! Tapi...... (dalam gaya kontrol mancho) aku rasa pelik.... apasal budak-budak kelas lain tak keluar lagi ni?.... tengok jam.... eh! pukul 11:45 baru ni.... kelas aku patut habis 12:45..... laaaa..... patutla bebudak kelas lain tak keluar lagi.... siul betul... aku salah masuk rupanya....

Kelas aku patutnya mula 11:15 sampai 12:45.... tapi aku masuk 10:15.... siul betul! Patut la aku rasa lama betul aku dalam kelas. Patut la bebudak mengeliat semacam je!

Cis.... kena cover ni..... aku pun on semula lcd suruh diorang keluarkan buku tulis semula.... bebudak dah mula bising.... "Aloh la cikgu.... tadi dah simpan nak tulis lagi ko?" "Korang tulis petikan ni dulu..... sikit je". "Cerita hok pendek dah la cikgu". "Haa... ok, ok, hok pendek jah ni" Mujur dah ada 'cerita' yang pendek..... dan bebudak pun terus menulis.

Dah siap menulis.... tak kan nak suruh diorang baca petikan macam tadi lagi.... sah la 'jeluok' budak-budak tu! "Cikgu.... tengok cerita kartun la.... puah eiiii dok baco sajo", rungut budak-budak tu. Dan aku pun sebenarnya macam budak-budak tu jugok..... hehehe! Ok, jom tengok Tom & Jerry..... bebudak pun senyum.... yeiiiii!

Dalam pada tu.... kawan yang patut masuk 10:15 tadi datang sengih-sengih.... "Alohhhh.... mujo la demo masuk, kawe ada kijo tadi, kawe tengok demo ada, kawe terus la buat kijo kawe... tima kasih la deh!". Aku hanya kata sambil tersenyum,"Tak dok haaa.... berehhh!". Alhamdulillah.... kawe dah selamatkan bebudak tu dari terbiar selama 1 jam sebelum waktu kawe hari ni!

Tapi sebagai insan yang lemah.... dalam hati.... "cis, baru nak royak!".... hehehe!

Saturday, January 17, 2009

Entry ini ditujukan kepada kekawan yang nak mengenali serba sedikit tentang script html. Bagi hardcore blogger barangkali entry ni buang masa je.... jadi sila abaikan!

Kita sedia maklum.... apa sahaja yang kita lihat di internet, semuanya berasaskan script.... tak kiralah script html, xml, java (bukan JAWA pulak). Bagi yang 'bijak' dalam hal script ni.... maka dia akan mempunyai power untuk memanipulasikan apa sahaja yang ada di internet. Sebab tu.... mereka yang dah terlalu bijak sangat pasal script.... diorang dah tak de kerja, puas dok saja-saja, diorang buat script yang kita kenali sebagai virus... tak kiralah trojan horse ke, cecacing ke.... atau apa-apa pun.

Ok.... lupakan pasal tu.

Aku bukanlah tau sangat pasal script2 ni.... tapi tau la sikit-sikit, terutamanya script untuk kerja edit mengedit.... kalau script yang nak merosakkan tu tak payah belajar la kot.

Hari ni aku nak kongsi satu script yang simple untuk mengedit paparan blog. Script ni mudah je sebenarnya..... bukan hebat sangat pun. Jadi kepada yang puas dok saja-saja boleh try.... hehehe

Ok.... jom mulakan. Lihat gambar di bawah

Perasan tak apa perbezaan paparan antara blog saya dengan blog Cik Lah? Saya punya tak de logo blogger kat baris atas tu. Logo tu tak de apa-apa sebenarnya.... kalau dia duk kat situ pun tak menjejaskan apa-apa, tapi macam yang saya kata tadi.... kalau nak try edit bagi hilang logo tu boleh juga.... pasal kekadang rasa serabut la pulak tengok ada satu line kat atas blog kita kann. ok... jom kita kasi hilang sama dia..... hehehe

Caranya senang saja.... mula-mula korang pegi la kat Dashboard blog korang (sign in le dulu)...... Bila dah masuk, korang klik kat Layout.









Lepas tu... klik Edit HTML. Bila korang klik yang ni, korang akan nampak page script blog korang...... haaaa, macam ni la sebenarnya apa yang ada kat 'belakang tabir' blog kita. Awas!!! bila berada di sini... korang kena hati-hati sikit, jangan nak gatal-gatal tangan ubah apa-apa script tu kalau korang tak tau apa yang korang buat!


Sekarang korang boleh skrol ke bawah.... skrol ke atas.... nikmati dulu macam mana rupanya script blog korang..... hehehe!

Sambil-sambil tu.... korang renung-renungkan lah, "oooo.... rupanya macam ni kat belakang blog aku..... hodohnyeee.... macam cacing je..... pening aku tengok" Hahaha..... sebenarnya macam tu lah fitrah kehidupan ni.... disebalik apa yang kita lihat.... terlalu banyak lagi yang kita tak lihat. Sesungguhnya setiap apa yang tersurat pasti ada yang tersirat.

psttttt..... analoginya..... kalau lipstik merah sangat tu.... korang bayangkan la macam mana disebaliknya..... hehehe (boleh ke buat analogi cam tu?.... jangan marahhh)

Panjang la pula melalutnya....... (sebenarnya saja nak bagi panjang pasal tips script yang aku nak kongsi ni pendek sangat...... hehehe)

Ok... jom teruskan! Lepas tu korang copy la script kat bawah ni dan pastekannya kat bawah tag body

/********** REMOVE THIS WHOLE BLOCK TO SHOW THE BLOGGER NAVBAR ************

** **

**/ #navbar-iframe {height:0px;visibility:hidden;display:none} /**

** **

***************************************************************************


Script tambahan yang tulis huruf besar tu telah menerangkan maksudnya.... lain kali bila nak balik macam asal semula korang delete la script ni ( yang ni untuk kemudahan korang cari semula kat mana dia duduk dalam script blog korang je. Kalau korang dah faham.... tak payah le copy semua.... copy scriptnye dah cukup!

#navbar-iframe {height:0px;visibility:hidden;display:none}


Bila dah korang paste..... korang klik Save Template dan klik View Blog...... sambil berdoa blog korang tidak jahanam..... hehehe. Tapi insyaAllah tak akan jadi cam tu.... pasal script ni simple sangat, tak menjejaskan apa-apa pun!

Opsss.... nanti dulu. Logo Blogger kat atas tu sebenarnya untuk kemudahan kita untuk Sign In, jadi bila logo tu dah tak de.... macam mana pula kita nak Sign In kannn!!! jadi nasihat aku.... korang letak la logo Blogger yang kecil tu kat mana-mana blog korang. Bila korang nak Sign In..... korang klik la logo ni, fungsinya sama saja.

Ok...... selamat mencuba!


Friday, January 16, 2009

Jumaat - hujung minggu macam ni la baru mem aku ada kesempatan nak tunjuk skil kat dapur..... sebab tu aku sanggup jadi driver ke Jelawat pagi tadi. Mem nak ke pasar, tentunya nak beli lauk pauk yang havy2 sikit.

Korang suka makan dak 'ikan darat' (ikan air tawar/sungai..... orang kelantan panggil ikan darat).... Bila hari cuti macam ni, memang ada hati la nak makan berlaukkan yang special sikit kannnn

Mem aku beli ikan patin hari ni...... sebelum menikmati masakan asam pedas ikan patin, aku nak cerita sikit pasal 'ikan darat' ni

Sekarang ni.... kita memang susah nak jumpa 'ikan darat' yang original datang dari sungai. Maka kat pasar tu selalunya ikan air tawar yang dibela dalam kolam atau sangkar la.

Nak beli ikan air tawar yang dari kolam ni kena hati-hati sikit..... bagi aku kat sini, kira mujur la pasal aku tau kat mana puncanya datang ikan tu. Maksudnya.... aku dah kenal siapa yang jual ikan tu, dan yang penting kat mana dia bela.

Ni nak bagi tips..... bila beli ikan yang dibela ni, terutamanya patin.... korang cari lah patin yang dibela di dalam sangkar bukannya yang dalam kolam. Cari ikan patin yang dibela dalam sangkar kat sungai atau tali air, pasal kat sini airnya bergerak bukan yang macam dalam kolam..... jadi ikan tu tak la hanyir sangat!

Lepas tu bila beli patin.... jangan beli yang lebih daripada 1kg seekor.... beli yang kecik2 je.... baru la perutnya tak banyak sangat lemak.

Jadi kalau korang nak beli ikan air tawar yang dibela ni..... rajin-rajin la selidik dulu dari mana datangnya ikan tu.... siapa yang bela.... dia bagi makan apa..... haaaa kalau dak ....... korang fikir la sendiri. Bukan apa, kita kan selalu dengar bab diorang bela ikan bagi makan perut dan tahi kerbau pendek

Alamak...... tak sempat la nak ambik gambar menu hari ni, pasal semuanya dah tinggal tulang. Errrr.... kalau Lukman selalu promo Gerai Ikan Bawal goreng kat Juru tu..... ni aku punya fevorite..... patin goreng cicah kicap potong bawang perah asam limau..... kuah dia pula patin masak asam kuning..... pehhhh!

Jumaat - pepagi lagi mem besar ajak ke pasar di pekan Jelawat. Aku sebenarnya kalau hari jumaat ni memang tak ada hati nak pergi Jelawat...... malas nak bersesak-sesak, nak parking kereta.... huh jangan harap laa!

Tetapi mengenangkan kesian kat mem yang tentu sah akan terkial-kial bawa kereta di tengah kesesakan di Jelawat nanti, maka aku turutkan jugalah untuk menjadi driver dia.

Kejap nak sarapan.....simple je, potato wiges sepinggan.... dalam botol tu pil vitam
in (lebih kurang cam tu la) yang aku makan.

Sampai di Jelawat.... dalam pukul 9.... semuanya dah tersumbat. Pukul berapa laaaa diorang ni turun rumah pergi pasar ni!.... tapi kalau pukul 9 - 11 tu memang waktu puncak la kann. nak parking kereta memang tak jumpa dah.... turunkan mem, biar dia sorang je la yang masuk dalam kawasan pekan sehari tu.... errrr.... tapi sekarang ni kat Jelawat bukan hari Jumaat je yang sesak macam ni, dah hari-hari pun macam ni. cuma bila Jumaat 2 kali ganda la!

Selepas menciluk sana, menciluk sini..... nasib baik ada kereta yang nak keluar, dapat la parking.

Dalam tunggu mem membeli dan membelah.... aku menyertai geng-geng bapa yang juga memparkingkan diri kat kaki lima kedai..... maklumlah kannn.... kami driver..... hehehe.

Nampak ada kaunter misi-misi muda dari Kolej Islam Sains & Teknologi..... bagi servis medical chekup.... aku pun hulur le RM2 untuk diperiksa oleh misi-misi yang tengah mengamalkan bahasa ramah mesra mereka (esok bila dah kerja kat hospital teruskan la amalan tu hendaknya)

sorry la.. tak clear.... malas nak instal scanner

Emmmm..... cam mana? aku sebenarnya masih konfiden yang kondisi aku masih ok.

Tekanan darah..... 119/82...... misi tu kata, cantik dah ni.... pakcik masih ok (pakcik??... emmm sampai hati korang)

Test gula dalam darah pulak..... 5-4...... masih ok jugak. Dah makan ke belum?.... Belum lagi (dalam hati.... mandi pun belum lagi.... hehehe!)

Kolestrol...... BMi 32.3..... errrr.... dah nak obes sikit ni..... pakcik kena jogging ke sikit, main bola.... jangan makan lewat malam.... ok, ok..... terima kasih

Emmmm.... sejak aku pencen jadi jurulatih olahraga sejak tahun lepas.... memang terasa ada lebihan kat bahagian perut. Tak boleh jadi ni..... kena turun kat trek semula ni..... tapi kulit aku baru nak start cerah sikit!

Errrr.... yang ni pula bekalan berasap aku..... Aku tak kisah la rokok naik harga pun.... pasal harga tembakau tak naik dan aku ada kilang sendiri..... hahaha!

Waitttttt tunggu..... jangan korang kata aku hisap rokok daun pulak..... malam sikit.... ni import punya tembakau..... Harvest, Made in Germany niii!

Wednesday, January 14, 2009

Website atau weblog..... fungsinya sama saja. Cuma yang membezakannya hanyalah cara membuatnya. Membuat website perlukan web editor seperti Ms Frontpage, Macromedia Dreamweaver dan lain-lain. Manakala weblog tidak perlukan semua itu kerana hanya menggunakan template yang telah disediakan. Apa-apa pun matlamat akhirnya tetap sama..... semuanya hendak berada di alam maya!

Semasa menyampaikan kursus ....... dulu-dulu la, aku selalu memperingatkan kepada peserta kursus.... bila buat website, jangan GHAIRAH nak letak 'segalo makniko'. Jangan letak perhiasan macam nak sambut hari raya kat 'home page' . Perhiasan tu memanglah akan mencantikkan website kita tetapi kalau melampau-lampau..... sakit mata akhirnya.
Kesan yang paling teruk sebenarnya..... semua itu akan menjejaskan daya capaian ke website atau weblog anda. Sekarang ni bising merata-rata.... mengatakan line streaymx yang bermasalah, lembap, slow, selalu down.... itu belum ambil kira lagi line tak de akibat kabel kena curi! (kes aku.... dah nak masuk 8 bulan, line streaymx aku tak berfungsi..... haru betul)

Akibat dah tak larat nak buat report kat TM pasal masalah ni.... akhirnya aku terpaksa mengeluarkan belanja lain dengan menggunakan line Celcom Broadband. Lihat status connection aku seperti di atas..... hanya GPRS sahaja dan kelajuan daya capaian hanya beberapa kb. Bayangkanlah, dengan situasi begini..... betapa sengalnya bila hendak mencapai website/weblog yang ada terlalu banyak hiasan/wiget di sekeliling page mereka.

Para pengguna weblog seperti Blogspot yang popular sekarang ini memang ada kemudahan untuk meletakkan apa-apa saja wiget yang mereka inginkan. Tak cukup wiget yang disediakan oleh Blogspot.com...... kat alam siber tu bersepah-sepah penyedia wiget (pihak ke-tiga) yang bermacam-macam rupa. Wiget-wiget ini memanglah perlu diletakkan untuk kemudahan anda dan para pengunjung..... tetapi kalau berlebih-lebih ia akan jadi menyusahkan. Sebenarnya..... sudah menjadi fitrah, bila berlebih-lebihan, sesuatu yang asalnya bertujuan baik akan bertukar menjadi masalah. Samalah dengan nasihat..... "berhenti makan sebelum kenyang". Begitulah juga yang sepatutnya diamalkan oleh pemilik-pemilik website/weblog.

Unsur-unsur 'lauk tambah" yang dihidangkan di website/weblog anda itu sebenarnya kekadang hanya menjadikan "meja" penuh sesak dan nak letak pinggan nasi pun dah tak muat! Semasa "makan" tak ada sesiapa pun yang sentuh "lauk tambah' tu..... hanya pakat tengok je.

Anda faham maksud saya?......... Ingatlah..... prinsip paling utama sekali apabila membina website/weblog ialah..... jangan menyusahkan pengunjung kita. Yang paling terbaik ialah..... apabila pengunjung klik url kita..... home page kita akan muncul serta merta..... bukannya merangkak-rangkak!

Bagi aku (Jurulatih ICT Pencen)..... aku hanya senyum dalam hati je bila jumpa website/weblog yang mempunyai segala macam 'lauk tambah'...... bayangkanlah..... ada yang meletakkan TV USA kat home page!....... tv kat rumah pun jarang-jarang tengok, inikan pula semasa melayari internet!

Anda mungkin berkata..... "ikut suka akulah blog aku (ISA), aku punya sukalah nak letak apa pun". Memanglah website/weblog itu hak peribadi anda, tetapi anda jangan lupa..... website/weblog itu hendak di paparkan dan dikongsi kepada pengguna di luar sana. Tak ada siapa yang buat website/weblog hanya boleh dilihat oleh diri dia sorang saja kannnnnnnn! Maka, akta "ISA"...... jangan diamalkan!

psttttt..... selalunya, orang yang baru 'pandai' atau yang baru balik kursus akan meletakkan segala macam animasi dan perhiasan yang berkelip sana.... berkelip sini, melayang sana.... melayang sini..... maklumlahhhh 'orang baru' katakan. Dan geng-geng yang veteran macam aku ni.... hanya senyum dari jauh je sambil geleng kepala..... hehehe!

Monday, January 12, 2009

Kemarin (ahad) tak sempat nak masuk kelas kerana bz mensetup wireless kat sekolah. Tahun ni entah kenapa, GB masuk hati dan suruh aku menunibersss kan sekolah dengan kemudahan internet wireless, siap bagi pitih lagi! Bangkali dah ramai yang merungut dan dengki tengok aku online kat bilik guru.... hehehe. Errrr.... aku kan penasihat tak rasmi bab ICT ni! (yang rasmi.... ada dalam buku pengurusan sekolah)

Hari ni masuk kelas... kelek netbook yang lebih kecil daripada buku teks. Bebudak tak perasan lagi. Bila aku keluarkan LCD dari troly dan pasang kat netbook baru ada bunyi....

"woooo.... keciknya laptop cikgu" (perasan tak.... diorang tau sebut laptop)
"comeeenyooo"
"Cikgu baru beli koooo?"
"mahal ko".... cikgu tak po la banyak pitihh"

antara dialog aku.....

"Comee kan.... cikgu lain ado tak laptop lagu ni?..... ni baru sohorrr dokk"

dan bebudak tu pun mengiyakannya....... hahaha!

*******************************************************
p/s
kat keybord tu lapik plastik.... pasal hari ni aku benarkan bebudak tu sentuh laptop tu.

Entry ini adalah untuk menambahkan keterujaan kekawan yang nak beli laptop baru.... macam Cikgu Oden dan meracun jiwa Cik Lah & Hj. Nik Baharum. Ayat racun tambahan untuk kekawan cikgu yang lain ialah..... "tak sohor la pakai laptop ado cop rimauuu..... hahaha!"

Saturday, January 10, 2009

Netbook

Hujung tahun lepas dunia pengkomputeran disensasikan dengan kemunculan 'netbook' dalam pasaran. Satu persatu jenama komputer memperkenalkan netbook masing-masing dengan ciri fizikal hampir sama 8.9" dan 10.2". Semuanya dipacu dengan Intel Atom.... cuma yang membezakan hanyalah ciri-ciri lain yang akan menentukan perbezaan harga. Paling murah Acer.... tak sampai RM999 saja. Yang paling mahal mungkin HP RM1699, dan Fujitsu RM1899. Harga tu sebenarnya bergantung kepada eksesori yang dipasang, seperti RAM, hard disk, saiz skrin dan ciri-ciri tambahan yang lain.

Aku pun dah lama terintai-intai (dibaca.... terkira-kira bajet) untuk memiliki sebiji netbook. Akhirnya malam tadi nekad untuk sambar sebiji. Dua jam aku ambil masa keluar masuk 5-6 kedai komputer yang ada kat KB Mall tu. Hasrat hati nak ambil HP.... kerana fevorite aku jenama ni, tapi ada kelemahan yang paling besar.... tak de port VGA. Apa ke jadahnya kalau tak port untuk sambung ke LCD tu..... tak leh wat kijo la! Entah kenapa hanya HP saja yang tak ingat pasang port tu.... jenama lain semuanya ada.

Jenama lain.... Acer.... emmm, ada kelemahan jugak rupanya.... patutla harga dalam RM1000 je, tak pakai hard disk rupanya. Lepas tu color pula pink.... emmm tak bekenan la aku.

Last sekali aku pilih Lenovo..... kerana rasanya ni company yang terbaru mengeluarkan netbook. Jadi netbook Lenovo model yang paling baru berbanding Asus, BenQ, Acer atau Fujitsu. Model-model tu dilancar dalam bulan Julai atau Ogos tahun lepas, semasa Pesta ICT di Taiwan. Lenovo mengeluarkan model netbooknya hujung tahun lepas.... dalam bulan Oktober rasanya. Maka setelah mempertimbangkan dan membandingkan semua ciri-ciri antara jenama tu, aku pilih Lenovo......

Lenovo IdeaPad S10 New! RM1699 sahaja

Slim, light, easy to use and very budget friendly. Perfect for first time netbook shoppers and families needing an additional PC
Processors
Intel® Atom™ Processor N270 (1.60GHz, 512KB L2 Cache, 533MHz FSB)
Mobile Intel® 945GSE Express Chipset
Operating system
Genuine Windows® XP Home

Memory
1GB DDR2 SDRAM
Hard drive
160GB SATA HDD (5400rpm)
Graphics
Intel® Graphics Media Accelerator 950
Display type
10.2" WSVGA
Communication adapter
10/100 Mbps Ethernet, Lenovo b/g wireless, Bluetooth
Battery
3-cell Li-ion Battery
Warranty
2-year Regional (ASEAN) + China


Setakat ini...... aku berpuas hati dengan prestasi netbook Lenovo ini, walaupun tak ada speaker Altic Lensing seperti yang terdapat pada jenama Hp. Tambahan pula..... aku orang yang pertama 'membeli' netbook baru dikalangan kekawan di Bachok ni...... hahahaha!

Friday, January 9, 2009

Di manakah anda sekeluarga berkelah pada hujung minggu? Pantai, jeram, Sunway Lagon, KB Mall.... hehehe

Kami sekeluarga ada tempat berkelah yang paling intimewa sepanjang 5 tahun yang lepas, dan insyaAllah untuk 5 tahun akan datang. Di manakah tempat kami berkelah setiap petang jumaat? Tak lain tak bukan di pinggiran padang bola sekolah anak-anak. Bersama deruan angin yang sepui-sepui bahasa.

Tahun ini tradisi berkelah kat sekolah anak diteruskan lagi.... Kiranya sambung rutin sejak 2003.

Petang semalam... bila sampai ke SMK(A) Tok Bachok, sekitar pinggiran padang bola, di setiap pepohon sudah dihampari tikar keluarga yang berkelah bersama keluarga masing-masing. Meriah pemandangan tu, teringat dulu-dulu macam tulah juga kami.

Walaupun anak aku juga tingkatan 1.... tapi kami dah senior kerana ini tahun ke 6 kami berkunjung ke sini bila petang jumaat. Bagi can la kat mak bapak yang baru nak menikmati pemandangan di sini. Kebetulannya sekolah ini memiliki kawasan yang paling luas dalam kelantan atau juga mungkin dalam Malaysia. Payah nak jumpa rasanya sekolah yang ada dua padang bola di sebelah kanan dan kawasan di sebelah kirinya juga boleh dimuatkan dua lagi padang bola, itu baru kat bahagian depan sekolah.

Shabah nampak ok je sepanjang seminggu dia kat sekolah ni. Dia tak ada mengadu apa-apa. Mungkin kerana pengalaman dia melihat dua orang kakaknya di sekolah berasrama. Nampaknya cepat dia menyesuaikan diri.... dah ada ramai kawan, atau mungkin juga kes abahnya yang 'sohor kakloh' kat sini.... hehehe

Kami tak la hampar tikar bawah pokok kayu.... hanya cukup jumpa kat area rumah tetamu saja, atau pun diorang panggil rumah kuning. Bangunan ni macam terminal stesyen bas. Ibu bapa yang datang, akan singgah di sini dan hulur kad lawatan. Para penyambut tetamu akan membuat pengumuman..... tak lama kemudian 'anak-anak Malaysia' akan turun dari bilik penginapan mereka.

Shabah juga sudah pandai mengikut jejak kakak-kakaknya.... hari rabu lagi dah call dan menurunkan senarai yang perlu kami bawa jumaat nanti........ betuah betul!

Nampaknya minggu pertama sudah dilalui dengan lancar...... sebulan yang pertama ni selalunya waktu yang kritikal bagi budak-budak yang masuk asrama. Setakat yang aku tahu.... sudah dua orang yang menyerah kalah... call mak bapak dan meraung..... "nak balikkkkkkk". Itu anak kawan satu sekolah..... kes yang sama mungkin lebih banyak lagi sebenarnya. Dan dengar-dengarnya..... bersusah payah pulak la diorang nak uruskan masuk sekolah lain!

Selesai bersama Shabah.... kami ada satu lagi tempat lawatan rasmi petang jumaat. Dari SMK(A) Tok Bachok kami menuju pula ke SM Sains Faris Petra.

Kat sini suasananya masing lagi lengang kerana budak-budak form 1 belum masuk lagi.... Setiap petang jumaat kat tepi pagar sekolah ni, ada gerai yang jual segala bagai makanan 'anak-anak Malaysia' yang sebenarnya tak pernah lapar pun.

Silmi dah senior.... dah tingkatan 5 kat sini. Itu pun, seperti biasa bila rabu dia dah call dan tanya.... pukul berapa nak datang jumaat ni? dan diteruskan dengan senarainya pula..... biasanya nak makan itu, nak makan ini. Paling-paling tidak pun KFC Zingger satu set!

Sebelum balik.....

"esok orghe nak outing.... nak beli itu...... nak beli ini......"
"pah.... nak berapo?"
"nak beli tu... RM.... yg tu RM.... yg tu RM...."
"Emmm.... dah dekat RM100 tu"

Silmi pun sengih...... aku nak wat cam mana hulur je la. Mujur ko 'anak Malaysia', kalau 'anak Somalia' tok sah nak harap la ko boleh buat cam tu.

Lepas tu... mak bapak 'anak-anak Malaysia' pun balik. Tunggu la pulak hari rabu ni apa 'senarai' diorang!

Wednesday, January 7, 2009

KIA2M

Program KIA2M dijalankan sepatutnya kepada murid-murid tahun Tahun 1. Tapi aku fikir lebih baik aku laksanakannya kepada murid kelas aku walaupun mereka sudah Tahun 3. Maklum sajalah.... walaupun tahun 3, kebolahan membaca dan menulis mereka setaraf budak tadika je. Kelas aku kan group 'bakar tak hangus'

Lupakan segala HSP Tahun 3. Lupakan segala buku teks & buku latihan yang dibekalkan oleh KPM. Daripada mereka tak dapat apa.... lebih baik aku mengajar menggunakan bahan KIA2M. Mudah-mudahan masalah 2M mereka akan dapat dikurangkan sedikit.

Hari ni aku pasang LCD.... bebudak tu sudah teruja melihat benda tu semua. Mereka pakat likung keliling, nak sentuh sana, sentuh sini. Maklumlah... selama 3 tahun aku kat sini.... sekali pun aku tak pernah tengok cikgu-cikgu tahap 1 pasang benda alah ni!

Kesian kat Kerajaaan yang keluarkan banyak pitih untuk bagi kemudahan ni kan.... hehehe! Kemarin, aku tanya sana, tanya sini..... siapa yang simpan kunci troly yang ada dalam kelas tu. Ini troly PPSMI Fasa 1.... dah berkulat dan berdebu. Mujur jumpa kuncinya dan bolehla aku gunakan plug dan speker yang ada kat situ.

Yang sebenarnya aku malas sungguh nak menulis kat papan hitam ni. Tulisan aku ni lebih kurang tulisan doktor..... takut bebudak tu tambah parah kalau aku tulis pakai kapur. Tambahan pula kalau menulis pakai kapur di papan hitam, memang tak clear sebenarnya. Aku dah test.... dan memang bermasalah untuk membaca tulisan tu terutama bagi yang duduk kat barisan tepi. Bebudak tu pulak jenis yang 'rabun hati' .... makin la payah.... hehehe!

Hari ni bahan P&P aku nampak ceria sikit. Semuanya clear.... ada colour dan ada sound lagi. Tu belum kira animasinye lagi tu. Baru la nampak seronok sikit bebudak tu. Yang penting juga..... kerja aku senang la sikit.... tak la kotor tangan pegang kapur tulis, lepas tu sedut debu kapur tulis tu.

Dalam perancangan aku.... lepas ni aku nak diagnos tahap keparahan 'penyakit' bebudakn ni. Yang tentunya ada antara mereka yang amat 'parah' dan perlukan 'pembedahan saraf'..... hehehe! Mungkin kalau perlu kena minta bantuan cikgu Azza atau cikgu Jane yang pakar dalam bidang ni! Itu antara perkara-perkara yang sedang aku fikirkan.

Sebelum balik tadi aku jumpa dengan Setiausaha KIA2M sekolah..... hajat hati nak minta bantuan, nak tengok bahan-bahan P&P diorang, nak pinjam untuk digunakan dalam kelas aku. Emmm...... cikgu tu hulur buku panduan pelaksanaan KIA2M, hampeh betul!

"tak de ka CD ke, apa ke, cikgu"
"Tak de, ni je ada buku sebutir"
"Ok lah, kalu ghitu gak.... tima kasih je lah..." hehehe!

Nampaknya aku terpaksa teruskan je dengan apa yang aku ada sekarang..... sekurang-kurangnya aku ada 3 keping CD yang berkonsepkan KIA2M. Teringat, kat rumah ada banyak CD-CD anak aku yang aku beli selama ni..... boleh pakai gak tu.

Sebelum balik aku terus merenung wajah-wajah polos 30 orang yang ada di dalam kelas ku ini. Dan aku yakin.... mereka 'normal' ..... cuma aku perlu cari dan aplikasi kaedah P&P yang sesuai untuk mereka. Yang penting.... aku perlu kawal 'momentum' dan tanam budaya belajar tanpa putus asa kepada mereka.

Mampukah aku?.....................

*************************************************

psttttt....... yang ni bahan P&P cikgu PPSMI yang dibekalkan laptop, LCD dan segala macam CD interaktif oleh KPM untuk mengajar. Tak cukup dengan tu.... tiap-tiap bulan dapat elaun pulak 10%.

Catatan - Aku tidak terlibat dengan semua tu kerana aku bukan guru PPSMI..... hehehe!

Sunday, January 4, 2009

Hari pertama persekolahan bagi kawasan pantai timur dan yang sewaktu dengannya telah bermula. Aku sudah lama tidakmenjadi guru kelas.... tahun ini diamanahkan untuk menerajui kelas kembali.

Di sini bagi setiap tahap ada 3 kelas.... kelas 'Amanah', kelas 'Ikhlas' dan kelas 'Jujur'. Kelas 'Jujur' adalah 'kelas' ketiga selepas 'penapisan' setiap hujung tahun. Maksudnya faham-faham la kan! Ini merupakan kelas yang dipanggil sebagai kelas 'hujung' atau apa-apa sajalah mengikut nafsu, tapi maksudnya tetap sama. Murid yang berada di kelas ini dianggap dan dikategorikan sebagai 'bakar tak hangus'

Kelas aku Tahun 3 Jujur. Di sini mulai tahun 2 mereka sudah mula ditapis, disaring dan kemudiannya dikelompokkan. Walaupun tidak ada sesiapa yang menyebut tentangnya, kerana kita guru berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang murni.... tetapi hakikatnya begitulah fitrah hidup!

Pemantauan hari pertama persekolahan oleh pegawai PPD, JPN atau KPM sedang berjalan. Itu soal kedua.... itu cuma rutin pentadbiran sahaja. Waktu pertama aku masuk ke kelas.... aku menerangkan rutin kelas yang perlu mereka ikuti dengan bahasa yang paling mudah untuk fahami. Antaranya......

"Hari ni baju puok mu come belako, puteh.... bersih. Saya nok come sampai kelik. Lagu mano nak buat?.... mudoh jah! Jange berghambat.... sebab kalu bergahmbat soh bepeluh.... lepah tu mu pu ghahaa di lengan baju.... pah tu baju pun kuninggg. La ni musim huje... tak payoh nak main air la. Sapo2 main air huje, baju basah..... saya selam dalam longkang! Kalu tak cayo buleh try, kalu nok raso gak try laaa....."

Budak-budak tu semuanya angguk..... dan aku yakin mereka faham, kerana mereka memang percaya aku akan buat apa yang aku cakap. Budak-budak kelas 'J' di semua peringkat umur memang sudah tahu bab ni.... kerana aku memang selalunya 'dikhaskan' untuk mengajar di kelas mereka.... hehehe.

Dalam kelas... aku merenung wajah-wajah polos ini dan memikirkan apa yang hendak aku lakukan. Bagi murid kategori ini..... lupakanlah segala buku teks, buku kerja atau HSP yang ada. Mereka perlukan strategi dan TOV khas dan perlukan tahap kepakaran yang...... korang fikir lah sendiri!

Sebagai pencerapan awal..... aku menulis sedikit petikan di papan hijau. Sikit je..... 6 ayat pendek je. Dan seperti yang aku jangka..... 6 ayat tu sudah menjadi satu masalah yang maha berat bagi mereka. Setelah sejam masa berlalu..... mereka masih terkial-kial. Tapi aku bukan memikirkan hasilnya..... aku hanya hendak mencerap daya tahan mereka sahaja dan yang pentingnya aku hendak memulakan rutin yang akan mereka ikuti di dalam kelas. Pada tahap ini, hasil kerja mereka perkara kedua..... yang aku pentingkan ialah untuk menyelesaikan masalah membaca dan menulis. Selagi perkara ini tidak diselesaikan..... tak payah ceritalah bab lain.

InsyaAllah..... mereka akan 'hangus' juga nanti.




***************************************************************

"Keluarkan satu buku tulis"
"Saya tak de buku, cikgu...... belum beli lagi"

"Tulis nama kamu atas buku"
"Saya tak de pensil, cikgu"

"Dia tak pandai tulis, cikgu"

"Saya tak boleh membaca, cikgu"

"Tahun lepas, dia lama dah tak datang sekolah, cikgu"

*Dialog di atas setelah diterjemahkan..... hehehe