Wednesday, September 30, 2009

Berapa dapat duit raya?






Berapa dapat duit raya?...... meh, abah tolong simpankan!


Bagi anak-anak.... bila hari raya tentunya antara perkara yang menjadi isu utama ialah 'duit raya'. Nilai duit raya antara bebudak sekarang dengan masa kita masih bebudak dulu, sudah jauh berbeza. Dulu kita sudah begitu teruja kalau dapat 10 sen atau 20 sen. Sekarang nilainya sudah berganda-ganda.

Bagi mereka yang hanya sesekali balik kampung, seperti waktu hari raya ni.... tentunya akan diberikan perhatian oleh tok nenek, pak sedara, mak sedara, sepupu-sepapat. Tak kanlah nak bagi 'sekupang sidua kupang'.... paling-paling lekeh pun duit yang warna hijau..... maklumlah, sesekali katakann!

Bagi mak bapak yang ada anak ramai tu... sambil bersalam-salaman dan menjamah tart nanas, tentu sempat jeling-jeling anak dia dapat berapa ringgit. Mak bapak bukan jeling kat duit tuuu... tapi nak tau kat mana anak-anak dia simpan.... bukan apa.... takut jatuh ke... tercicir ke....


Kelmarin.... aku beli netbook baru. Sekarang ni hampir semua company dah keluarkan netbook yang bersaiz 10.1" ni. Terbaru Nokia pun ikut sama..... Sony pun dah ada VAIO netbook kecik ni.




Sejak awal tahun ini..... netbook bersaiz kompak ni sudah menjadi pilihan berbanding notebook yang besar gedabak tu. Tambahan pula sekarang ni.... harganya sudah ditahap yang 'mampu beli' oleh sesiapa sahaja. Harganya antara RM1000 hingga RM2000. Sekarang ni, harga standart nampaknya RM1399 dan RM1499. yang membezakan harga kerana perbezaan RAM dan jenis bateri.

Sebelum ni aku dah beli Lenovo ideapad..... warna solid hitam. Masa aku beli tu... tak banyak pilihan macam sekarang.... hanya ASUS, Acer dan satu dua lagi company sahaja yang ada dipasaran. Kemudian Lenovo melancarkan netbook ideapad 10.1".... sewaktu mula-mula di pasaran harganya RM1699.... aku terus je beli kerana netbook jenama fevorite aku HP ada masalah sikit waktu tu..... Selepas 3 bulan.... harganya turun kepada RM1499. Tapi itu tak penting.... kerana waktu tu.... tak ramai orang yang pakai netbook.... dan semua orang akan jeling kita bila kita keluarkan netbook yang kecil molek ni di kalangan mereka yang mengadap notebook bersaiz 14"...... hehehe

Kali ni aku pilih DELL.... kerana ini juga salah satu jenama favorite aku selain HP. Errr.... aku tak pernah pakai jenama ACER..... kenapa?..... ada la sebabnya, tak payah la aku cakap... kang ada pulak cikgu sejarah yang terasa hati.... hehehe.



Oleh kerana tahun ni baju raya aku warna hijau pucuk pisang.... jadi bila aku beli netbook DELL yang ada 6 pilihan warna tu.... tentunya aku pilih warna hijau pucuk pisang tu.... hehehe.






Dan cerita ini tidak ada kena mengena dengan intro pasal duit raya tu..... sila percaya!



Pemandangan yang dirakam di belakang rumah.... kat depan tak leh nak rakam, pasal angin streight dari kawasan di hadapan rumah.... sekerat ruang tamu masuk air. Kejadian kira-kira pukul 6:00 petang.... mujur sekejap je

~~~~~~~~~~~~~~~~

KOTA BHARU 30 Sept. - Ribut kencang melanda beberapa kawasan pesisiran pantai di negeri ini hari ini mengakibatkan seorang maut, empat parah manakala lebih 100 buah rumah rosak.

Menurut Jabatan Meteorologi Kelantan, angin kencang yang bertiup selaju 50 hingga 60 kilometer sejam itu melanda beberapa kawasan pesisiran pantai di Kelantan dan Terengganu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu mengejutkan penduduk terutamanya mereka yang berada di tempat terbuka. Kebanyakan mereka bertempiaran lari mencari tempat perlindungan lebih selamat ketika ia melanda secara tiba-tiba.

Ribut yang disusuli hujan lebat itu melanda beberapa kawasan jajahan Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat yang terpaksa bergelap ekoran bekalan elektrik terputus.

Sehingga lewat petang ini, pasukan Bomba dan Penyelamat Kelantan menerima hampir 50 panggilan kecemasan, kebanyakannya di jajahan Tumpat.

Mangsa yang menjadi korban dihempap pokok tumbang ialah seorang gadis, Nurul Ain Ibrahim,19, di Bachok manakala empat yang cedera ialah peniaga di pasar Pengkalan Chepa, dua daripada mereka ialah Mohd. Hazrul Ismail, 27, dan Yaakob Yusof, 70.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar ini dan Bachok mendapati, berpuluh-puluh batang pokok dan papan iklan tumbang sehingga menimbulkan keadaan kelam kabut.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Kelantan memberitahu, laman web jabatan berkenaan telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh daerah di negeri ini kecuali Gua Musang bermula pukul 3.50 petang sehingga awal malam ini.............

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Shared via AddThis

Friday, September 25, 2009

Perlukah diet hari raya?

SELEPAS sebulan berpuasa, kini tiba saat untuk kita berhari raya. Ibadah puasa banyak memberi kebaikan sekiranya kita benar-benar menghayati kenapa ia difardukan kepada umat Islam.

Puasa dapat membentuk dan meningkatkan disiplin malah mampu meningkatkan kualiti peribadi kita kepada suatu tahap yang lebih baik dan bermakna.

Dan hari raya pula merupakan suatu hari gembira dan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang berjaya melaksanakan tuntutan Allah pada bulan Ramadan.

Semasa berpuasa, kita dikehendaki menahan diri daripada nafsu termasuk makan, minum dan melakukan perkara yang dilarang. Inti puasa ialah bagi membentuk disiplin diri dan peribadi kepada tahap yang lebih baik dan hebat - jasmani dan rohani.

Biasanya pada bulan puasa, berat badan akan menurun dan ia mampu dikawal. Seluar yang dipakai akan semakin longgar.......................

Betapa seriusnya isu pemakanan - diperkatakan setiap masa. Bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik - sebagai contoh, jika kita makan sekeping kek blackforest yang beratnya kira-kira 100gm, dikatakan kita perlu membakar kalori hasil daripada memakan kek tersebut dengan berjalan sejauh dua kilometer. Begitulah seriusnya amalan yang perlu diikuti dalam mengekalkan kesihatan kita pada tahap terbaik......................

Sampai bila kita harus begini? Tepuk dada, tanya selera! Tidak perlulah kita bercakap fasal diet hari raya kerana secara hakikinya tiada istilah diet hari raya. Kalau pun kita mampu berdiet pada bulan puasa dan sebulan berhari raya, ia cuma dua bulan, bagaimana pula dengan sepuluh bulan yang lain dalam tahun yang sama? Tidakkah ia juga sama?

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

UiTM Shah Alam

Bacaan penuh Utusan Malaysia Online - Rencana


Shared via AddThis

Sunday, September 20, 2009

Happy Hari Raya




uyuh mahadang hampai taguring,
hayam jagau dimasak cabai,
umak takurihing ayah takujihing,
anak cucu bulik baimbai.

bajarau kakanakan babubukahan,
tasipak wadai ulahan paninian,
marista angahnyak kadak tahagaan,
dangsanak kulaan sama-sama barilaan.

************

biar renggang di fana dunia,
biar hina dimata manusia,
biar semangat semakin tua,
biar harta semakin tiada,
biar akal semakin berusia,
biar jauh kedudukan kita,
biar jurang pangkat kita,
jangan terkorban silaturahim antara kita.
apa jua kekhilafan insan
kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya.

.................. salam aidil fitri
daripada kami sekeluarga

Saiful Marsidi Sidek
Suriani Ismail
Shabirah
Silmi
Salsabilah
Shahibah
Sofia

Saturday, September 19, 2009

Dah raya......


Selamat Hari raya..... jika ada kesempatan, jemput datang ke rumah..... setakat tart nanas tu ada le.... hehehe

Saturday, September 12, 2009

Ramadhan dah masuk ke minggu yang terakhir.... sekejapnyaa dah nak habis puasa. Minggu ini, kita selalunya akan dipaparkan dengan isu balik kampung.... isu tiket bas.... isu cuti..... isu shopping raya.... isu kuih raya dan sebagainya.

Dalam akhbar hari ni pun dipaparkan cerita tentang pasangan yang dalam dilema hendak balik kampung. Nak balik ke mana?..... ke kampung isteri atau ke kampung suami. Mungkinkah masih ada lagi dilema sebegitu bagi yang sudah veteran macam aku.... selepas hampir 19 tahun, isu nak berhari raya di mana mungkin bukan isu lagi.... hehehe.

Apasal duk cerita isu balik kampung ni.... hahaha.... tahun ni sudah diputuskan oleh Mesyuarat Kabinet bahawa kami TIDAK balik kampung! Alasannya.... kerana 2 orang anak akan menduduki peperiksaan tahun ni.... Silmi akan exam SPM dan Ilah exam PMR. Kira ok laa kan alasan tu..... hehehe.

Tak dapat laa merasai kemeriahan berhari raya di jalan raya tahun ni, tak leh laa nak nyanyi lagu....


'balik kampunggg, ooooo oooo, balik kampungggg, hati giranggggg'

Dan aku hanya mampu..... huwaaa!.... huhuhuu!

Wednesday, September 9, 2009

Menjelang Aidil Fitri

Ramadhan dah masuk keminggu-minggu penghujung. Sedar tak sedar hanya tinggal 10 hari je lagi dah kita nak sambut raya. Sepuluh hari yang terakhir ni, tentunya masing-masing dah semakinberdebar-debar.... berdebar-debar menunggu 'Lailatul Qadar', berdebar-debar mengenangkan baju raya yang belum siap lagi.... hehehe, berdebar-debar mengenangkan betapa 'sesaknya' selepas hari raya (Alhamdulillah.... Tok Najib istihar bayaran khas/bantuan RM500 untuk kakitangan kerajaaan, RM250 dibayar sebelum raya dan RM250 selepas raya. RM500 jeee???... seluar aku RM150, baju melayu RM50, kain pelikat RM50, baju RM80.... licin RM250!)

Shopping raya..... minggu ni start shopping untuk mem besar dan 2 orang anak yang ada kat rumah. Bajet RM100 seorang untuk anak beli kasut dan baju tambahan (baju tambahan je tu... pasal baju kurung dah siap 2 pasang seorang). RM100 x 5 orang dah RM500..... "Tok Najib, tak cukup nii!'

Sofia beli kasut bubble gummers..... mak aii... RM40, selipar RM18, Tshirt muslimah RM7o dah lebih bajet tuu. Ilah kasut RM30 dan Tshirt RM40... ada lebih RM30 lagi. 3 orang anak yang masih kat asrama belum balik lagi.

Mem Besar beli kasut RM90 dan selipar RM38.... errrr... tu tak kira dengan 4 pasang baju kurung yang dah siap, okesss!






Baju raya tahun ni.... tema hijau, hehehe

Baju kemeja belum beli lagi.... tapi aku dah intai-intai beberapa pilihan, esok lusa aku beli la satu.






Bukan nak tunjuk baju raya sangat sebenarnya.... yang penting nak tunjuk saiz seluar tu...... hahaha. Sekarang ni aku dah tukar saiz dari 40 kepada 38.... okey la tu kann! Walaupun sasaran aku nak tukar kepada 36, tetapi buat masa ni tak pe la sekadar 38.

Ni gambar kelmarin.... berapa berat aku sekarang?.... minggu ni belum timbang lagi, tapi aku yakin masih dalam proses penurunan yang terkawal. Sekarang ni dah mula menikmati kelegaan... dah tak rasa 'sekok' lagi.... perut dah mula rasa lega dan selesa.

Nak letak gambar tak pakai baju.... tapi rasa tak tergamak pulak.... hehehe

Tuesday, September 8, 2009

UPSR - Selamat Berjaya

Hari ini satu-satunya peperiksaan yang paling mendebarkan, bermula. UPSR.... bila bercakap saja pasalnya, perkara yang akan terlintas ialah.... 5A. Semua orang nak dapatkan 5A..... walaupun tak akan dapat masuk universiti pun dengan 5A tu..... hehehe.

Hari ini bermulalah ujian pertama bagi anak-anak Malaysia.... countdown debaran pun bermula.

Pesanan terakhir daripada Guru Besar













Sama-sama berdoa agar dipermudahkan urusan dunia ini


Selamat berjaya kepada semua










Thursday, September 3, 2009

Ini Bukan Iklan

Anda fikir.... besar perbelanjaannya untuk sihat!
Anda lupa.... perbelanjaannya lebih besar jika anda sakit!


Ramadhan sudah masuk minggu yang kedua. Maknanya cuma tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi... kita akan kembali kepada aktiviti biasa terutamanya dalam hal makan minum. Proses 'pencucian' dan 'pensucian' akan berakhir tidak lama lagi. Bagaimana dengan Cabaran Tukar Saiz Seluar?..... Bagi aku dan rakan-rakan, mungkin sudah terasa bahangnya... kerana setelah 2 minggu puasa, hasilnya taklah seberapa.... hehehe.

Dua minggu sebelum sebelum Ramadhan dulu.... aku mulakan diet dengan menggunakan produk Herbalife. Starter kidnya berharga RM260 terdiri daripada sebotol Nutritious Mixed Soy Powder Drink (550g), sebotol Blended Soy and Whey Protein Powder (240g) dan sebotol Tea Mix (100g). Supplement ini cukup untuk keperluan pemakanan untuk 2 minggu. Aku mengikuti jadual diet dengan teliti dan mengawal apa yang dimakan.... sekurang-kurangnya aku telah mengambil berat kalori yang aku makan setiap hari. Memang terasa kesegaran walaupun sedang berdiet, kerana dengan bantuan pemakanan/shake yang digunakan, pengambilan kalori aku cukup untuk memenuhi keperluan kalori normal seharian kita.

Selepas 2 minggu... kebetulan masuk bulan Ramadhan.... aku cuba untuk berdiet dengan keberkatan berpuasa pula. Tanpa sebarang supplement.... aku cuma cuba mengawal kalori makanan yang diambil. Aku melakukan ini kerana hendak melihat/merasai apa perbezaan antara berdiet dengan menggunakan supplement dan tanpa supplement. Keputusannya.... selepas 2 minggu berdiet dengan supplement yang terkawal daripada segi nutrisinya apabila menggunakan produk Herbalife, dengan berdiet tanpa apa-apa supplement.... dari segi penurunan berat badan memang berlaku penurunan tetapi apabila berdiet tanpa apa-apa supplement, ternyata bukan sekadar berat badan yang turun, tetapi kondisi kesihatan juga merosot kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Inilah yang dimaksudkan dengan 'berdiet yang tidak sihat'. Maklumlah... kita bukannya tahu sangat setakat mana nutrisi makanan yang kita makan seharian.

Setakat ini.... beginilah keputusan yang aku dapat

Tarikh 07/08/2009 13/08/2009 01/09/2009
Weight 96.7 kg 95.2 kg 93.6 kg
Fat 30.9 30.5 29.9
Water 50.6 51.4 51.3
Muscle 63.4 63.4 62.2
P.R 3 3 3
BMR 1918 1915 1875
Body Age 59 55 56
B.M 3.4 3.4 3.4
VFA 17 16 16

Melihat keputusan di atas.... memang berlaku penurunan berat badan yang agak terkawal.... malangnya apabila aku berdiet tanpa sebarang supplement BMR (daya metabolisma) telah menurun dengan ketara, sepatutnya BLR semakin naik, tetapi kerana kekurangan nutrisi makanan yang diambil, maka BMR aku juga turun, begitu juga dengan Muscle yang juga turun..... BMR dan Muscle sepatutnya naik.... keadaan ini menunjukkan aku telah kekurangan protein dalam badan. Body age yang sepatutnya menurun kepada umur sebenar (42) atau lebih rendah, telah kembali naik dari 55 kepada 56... keputusan ini muncul akibat kekurang Muscle. Apabila BMR aku menurun, maka kandungan VFA aku tidak berubah..... ini bermaksud lemak dalam badan aku masih belum menurun, akibat daya pembakaran lemak (BMR) aku juga yang telah turun. Begitulah lebih kurang dapatan daripada angka diatas. Kesimpulannya.... berdiet dengan menggurangkan pengambilan makan semata-mata, akan menyebabkan kita berada dalam situasi 'berdiet yang tidak sihat'

Maka... jika anda hendak berdiet... kita perlukan supplement yang memudahkan kita untuk menjaga nutrisi pemakanan yang diperlukan oleh badan. Maka sebagai memudahkan kita.... pilihlah apa juga produk supplement yang ada di pasaran.... Herbalife ke, JustMate5 ke, Shakkle ke atau apa-apa saja. Berdietlah dengan cara yang sihat dengan mengambil supplement yang sepatutnya untuk tubuh badan. Pilihan di tangan anda!

Setakat ini aku dah tukar saiz seluar dari 40 kepada 38. Sasaran aku ialah seluar saiz 36 dan berat badan dalam lingkungan 80 kg. Pssttt.... aku berdiet bukan nak kurus, tetapi cuma nak shape semula body je!.... hehehe.