Wednesday, February 7, 2007

Windows Vista.... OS yang dikatakan serba baru dan canggih dari Microsoft.

Turut sama datang dengan kemunculan Windows Vista ialah MsOffice 2007 yang dikatakan juga serba baru.

Benarkah begitu?

Bagi pengguna Windows mungkin betul sangkaan tersebut kerana ada banyak perbezaan antara Windows Vista dengan Windows XP. Ada banyak perbezaan juga antara Ms Office 2002/2003 dengan Ms Office 2007.

Perubahan itu sebenarnya hanya bagi pengguna Windows sahaja. Secara umumnya fungsi Windows Vista dan juga Ms Office 2007 bukanlah sesuatu yang baru bagi pengguna OS Mac yang menggunakan Ms Office 2004.

Dalam erti kata yang lain... Windows Vista tidaklah membawa perubahan yang besar kepada kemajuan OS yang telah sedia ada.

Sorryla para pengguna Window...... anda sentiasa ketinggalan selangkah di belakang!

Tuesday, February 6, 2007

Anda teringin memiliki laman web sendiri?

Sebelum anda menghabiskan masa untuk membina laman web peribadi dengan menggunakan Dreamweaver atau Frontpage atau pun apa saja web editor yang ada, tanyakan dahulu pada diri anda.... "berbaloikah usaha anda untuk membina laman web peribadi itu?"

Saya rasa..... anda juga akan rasai apa yang telah saya alami. Bersemangat dan teruja untuk mempelajari cara-cara membina laman web dengan menggunakan web editor seperti Dreamweaver dan Frontpage, tak cukup dengan bertanya, beli buku panduan, menghadiri kursus dan berjam-jam menghabiskan masa melayari internet untuk mencari info atau tip membina laman web..... akhirnya, laman web yang dibina tak pernah siap dan tak pernah diupload.

Percayalah..... kita sebenarnya tidak memerlukan laman web peribadi, apa yang kita perlu kita ada, cukup sekadar laman web blog sahaja.

Ok.... lupakan niat untuk belajar Dreamweaver atau Frontpage, mari kita bina blog sahaja, sudah cukup untuk kita menjadi sebahagian daripada elemen dunia siber.

Jom bina blog.... jadilah seorang blogger yang baik dan selamat berblogging