Monday, December 29, 2008









SALAM MA'AL HIJRAH
1430
Semoga Tahun Yang Berlalu & Mendatang Tetap Dalam Lingkungan Rahmat & KeredhaanNya

Sunday, December 28, 2008

Selain daripada Menara Pisa di Itali, Teluk Intan juga memiliki menara yang istimewa..... sama-sama condong!

Semasa aku di Tingkatan 6..... tiap-tiap hari melepak di sekitarnya. Semasa kecil.... perhubungan antara Teluk Intan dan kampung ku hanyalah melalui sungai.... tentu ramai yang tak tahu pasal ni.

Aku tinggal di Kampung Balun Bidai..... waktu tu jalanraya tak berapa ada lagi kot. Sebab tu lah lebih mudah guna bot/kapal untuk ke bandar. Selang 2-3 hari ada kapal (bot yang besar) dari Teluk Intan membawa barang-barang jualan. Tokey2 kedai oder barang-barang melalui kapal ni la. Dan kampung ku merupakan destinasi terakhir pelayaran kapal tu. Biasanya petang akan sampai ke kampung.

Selain daripada tu.... polis, klinik bergerak juga datang dengan bot. Dan yang paling ditunggu-tunggu ialah kapal Jabatan Penerangan..... 2 minggu sekali, kami orang kampung berhibur dengan 'wayang pacak' cap harimau, selain mendengar ceramah pegawai penerangan.

Bagi kami penduduk yang tinggal di pesisir sungai.... kapal ni sangat penting. Banyak yang boleh diceritakan.... tapi sengaja pendekkan cerita. Bila hendak ke Teluk Intan, kami tumpang (bayar tambang) kapal ni lah. Tengah malam bertolak dari kampung dan akan sampai di Teluk Intan paginya.

Jeti di Teluk Intan mungkin sudah tak berfungsi lagi sekarang ni..... lokasinya dulu, naik je dari bot terus disambut oleh barisan gerai mamak yang melambai-lambai..... "mari.... mari..." hinggakan bagi orang kampung kami, bila sebut nak makan kat mana..... makan kat kedai mari-mari...... hehehe

Panjang dah intronya tu......

Sekarang ni..... jarang benar aku pergi ke Teluk Intan bila balik kampung. Barangkali moodnya sudah tidak seperti dulu!

Dulu semasa bersekolah di SM Sri Perak.... tiap-tiap hari lepak di sekitar Menara Condong. Berkawat sekitarnya dan diakhiri lepas tu kat bus stand. Melihat bus stand tu pun dah tak meriah macam dulu rasanya..... sunyi je! Gerai-gerai kat sebelah nya tu pun dah tak berapa ada. Dulu kat situlah minum ABC mangkuk besar yang harganya RM1.

Baru-baru ni aku pergi ke Teluk Intan..... rasanya dah banyak wajah klasiknya yang hilang. Nak makan popia basah pun dah tak de. Dan akhirnya aku balik cam tu je!

Teluk Intan...... bandar yang menggabungkan Melayu, Cina, India, Jawa dan Banjar

Wednesday, December 24, 2008

Memang dah lama tak update cerita.....

Yang pertama... pasal sakit hati dengan line yang merayap macam siput
Yang kedua... pasal bz dengan tugasan yang diamanahkan oleh rakan-rakan di opis


Akhirnya hari ini sampailah masa untuk running test laman web rasmi ppd kami yang baru. Running test ini akan berlangsung seminggu dengan menggunakan url sementara di http://ppdbachok.link-akademik.com/index.htm Tahun depan insyaAllah akan pakai domain sendiri.... http://ppdbachok.com.my. Minggu ni guna url sementara untuk running test setaro mano website tu.... takut2 ada masalah ke apa ke.

Dah lama tak buat kerja website dengan dreamweaver ni....... pasal dok blog memblog je. Tapi skil lama aku masih ok lagi la.... kira ok gak la website tu aku rasa.... (aku angkat sendiri je la bakul, nak tunggu orang angkat jenuh la)

Pssst...... aku cuma tolong buatkan je website ni.... tak de hantar bill pun, macam biasa... modal air liur je.... hehehe. Bab isi kandungannya aku tak bertanggungjawab..... kalau pegawai kat opis tu tak bagi bahan, maka kosong la page diorang.

Kepada sesiapa yang ada kesempatan bolehlah singgah dan melayari laman web yang aku buat ni. Sebarang komen dan cadangan di alu-alukan.

Saturday, December 6, 2008


Pagi-pagi hari ni bawa Shahibah ke SMK (A) Tok Bachok. Hari ni ada ujian pemilihan untuk masuk SMK (A) seluruh Kelantan. Aku amat berharap agar dia dapat masuk ke sini..... senang, dekat rumah dan ramai kekawan yang mengajar kat situ.

Harapan aku lagi dia dapat mengulangi atau mungkin lebih baik pencapaian kakaknya yang dapat 12A SPM kat situ. Tapi sekarang ni, saingan untuk masuk SMK (A) semakin sengit. Tambahan pulak budak-budak yang dapat 5A UPSR bersepah-sepah. Tambah mengurangkan lagi peluangnya ialah bilangan budak pompuan yang dapat 5A dah terlebih ramai berbanding lelaki.

Hari ini, arahkan anak-anak supaya menyiapkan barang + pakaian masing-masing kerana esok kami aka balik kampung.

Hari ini hujan kembali turun sejak malam tadi.... harap-harap tak akan menjejaskan perjalanan esok!

Malam ni... Silmi dalam perjalanan balik dari KL. Esok pagi insyaAllah sampai di KB. Plan esok dalam pukul 9 pagi akan bertolak balik ke kampung. Pergi ke Penang sebenarnya dulu.... ambil mem besor kemudian baru balik ke Kg. Pauh kat Kuala Kangsar. Betul ke? Tak kisahlah. Sebenarnya Kuala Kangsar pun dak.... Taiping pun dak, pasal kat tengah-tengah perjalanan. Kat Bukit Gantang yang lebih tepat kot!

Hari tu bukan main lagi rancang percutian balik kampung.... last2 semuanya tak menjadi. Duk kerja je memanjang... emmm padahal aku bukan kerja opis, tapi kerja opis tak habis-habis. Ada masa untuk balik kampung hanya minggu ni je.

Plannya.... balik kampung (bercuti) dari 7 - 12 hb je. Mak aiiii.... sepanjang-panjang cuti sekolah ni tu je yang aku sempat balik kampung.

Esok, 7hb tunggu Silmi sampai dari KL.... call dia sat tadi, katanya belum naik bas lagi.... bas tak sampai. Emmm... jawabnya lewat la sampai KB esok kalau masa ni (pukul 11:00 mlm) belum bertolak lagi. Dan esok mungkin akan melewatkan kami bertolak ke penang. Dari Penang (USM) kami akan ke Kg. Pauh..... berhari raya kat situ.

8hb, Selamat Hari Raya Aidil Adha

9hb, hantar mem balik ke USM semula kerana petang tu dia ada exam, dan kami akan balik ke Balun Bidai, Kg. Gajah. Berada di sana sampai 12hb.

12hb, Ke USM ambil mem besar dan balik ke Kelantan. Dari Penang petang tu... malam la baru sampai kat rumah.

13hb, Ke Kuala Terengganu..... programnya untuk pemurnian laman web ppd. Selepas tu nanti baru la nak upload. Demikian la adanya.... Selamat Hari Raya...... 'ibadah korban mensucikan jiwa'

_______________________
banner tu untuk laman web ppd bachok, tapi tak pe la aku pakai dulu pasal website tu belum online lagi!

Friday, December 5, 2008

Fobia Nak Tidur

Ini cerita pasal rumah aku yang diceroboh pada 30 Nov baru ni.

Malam tu aku tidur awal sikit dari biasa... lebih kurang pukul 12:30 malam kerana esok aku nak drive ke Kuantan. Bangun pagi tu inilah pemandangan di ruang tamu.

Bakul pekakas aku yang terletak atas meja bertabur atas sofa. Jendela pula terbuka..... sah malam tadi rumah aku buat pertama kali telah dicerobohi pencuri.

Pencuri ni bukan calang-calang kerana selepas itu aku sedar ada barang-barang lain yang hilang. Dia dah masuk dalam bilik aku dan ambil barang kemas mem besar. Dia memperlihatkan tahap profesionalnya kerana bekas barang kemas yang tak ori hanya dibukanya dan ditinggalkan, dia hanya ambil barang kemas yang ori sahaja.

Dalam bilik aku pun dia tak masuk terus ke dalam, mungkin bimbang aku tersedar. Dia hanya buka pintu dan terus ke rak tepi dinding dekat pintu tu sahaja. Dia tak sentuh pun handbeg mem besar kat atas meja studynya dalam bilik tu

Atas meja aku pun dia selongkar.... tapi tak ambil apa-apa. Mungkin dia ni buta ICT kot... kerana DVD Writer, hardisk dan segala macam barang-barang aku dia tak ambil. Laptop pun dia tak curi. Handphone aku yang harga RM100 tu pun dia tak hingin, tapi anak aku punya yang mahal sikit tu dia ambil.

Ini kesan umpilan kat jendela rumah.

Pencuri tu dengan selambe keluar ikut pintu dapur. Emm... pagi tu aku terpaksa ke Kuantan. Meninggalkan Mem Besar dan anak-anak. Hari Selasa pula, mem besar kena balik ke USM. Terpaksa minta Tok Tua aku tidur kat rumah, temankan anak-anak.

Kat area rumah aku ni memang selalu dah berlaku kejadian seperti ini, tetapi rumah diorang kena pecah masuk masa rumah kosong. Kes aku ni lain sikit... ini masa aku dan anak-anak ada kat rumah, tengah sedap tidur.

Tu yang aku jadi macam fobia je nak tidur ni!

Monday, December 1, 2008

Kemarin pukul 10:30 pagi bertolak ke Kuantan dengan hati berbelah bagi..... kes bangun tidur, tengok barang kat rumah bersepah-sepah..... tanda sudah dicerobohi malam tadi!

Hujan pulak dah seminggu tak henti-henti..... tak nampak matahari! Tapi kerana jadual kerja.... terpaksa juga tinggalkan rumah dan anak-anak.

Sampai di Kuantan pukul 5 petang. Belum sampai maghrib..... dapat pula khabar duka. Kakak ipar Deskofficer kursus kemalangan di Gua Musang semasa dalam perjalanan balik selapas mesyuarat di KL. Semuanya meninggal dunia.

Apa-apa pun kerja tetap diteruskan juga.

Saturday, November 29, 2008

Dah berbulan-bulan aku tak dapat online di rumah. Sejak bulan 7 hari tu lagi, sampailah hari ni masalah kabel streaymx kat rumah aku tak selesai-selesai lagi. Tak larat nak buat report dah kat TM. Bila TM call aku tanya pasal line dah clear ke dak... aku pun dah naik malas nak jawab.... korang tengok sendiri la kat system korang.... habis-habis diorang akan kata.... masalah ni akan sedang diatasi...... naik gatal telinga aku dengar ayat diorang tu.

Aku dah tak tahan lagi..... tak mampu dah nak termangu sajo-sajo bila kat rumah. Akhirnya...... aku melaburkan juga la RM325 beli modem kat Celcom. Dan..... taraaaaaaa! aku dah pakai Celcom Broadband.

Tambah lagi la bill aku lepas ni. Pakai pakej RM68 sebulan je, tapi dah kira ok la. Test line.... kat area rumah aku ni hanya ada gprs je tak de 3G.Tak kisah la kann.... janji boleh online!

Thursday, November 27, 2008

Monsun Camp

Kat Ghanu bulan depan sibuk dengan Monsun Cup.... kat Kelate dah berminggu-minggu hujan tak celik mato!

Mem Besor dah masuk kampus kat USM. Aku mula menyibukkan diri design website opis..... kalau tidak koho tak dok kijoan la aku. Tak kan aku nak menyangkul tanam sayur dalam hujan yang turun hari-hari ni!

Pagi tadi... awal pagi hantar Kak Ngah kat bus stand. Dia nak masuk kem anjuran konsultan (tak ingat apa ke namanya) kat Putrajaya. 10 hari RM650.... anak punya pasal, ikutkan je lah. Kem tu untuk persediaan dia menghadapi SPM tahun depan.

Konsultan tu datang mengempen kat SM Sains Faris dengan SMK Zainab.... jadi yang naik bas pagi ni budak-budak dari sekolah 'elit' kat Kelantan tu je la yang pegi sana!

Kalau dia tak masuk kem ni.... sah la dia mengulangkaji dengan Astro je sepanjang cuti ni! Nak hantar dia kelas tuesyen kat KB.... jenuh pulak aku nak hantar dan nak ambik tiap-tiap hari.

Sunday, November 23, 2008

Ini cerita masalah di PPD yang sudah sekian lama berkarat. Sejak PPD ditubuhkan 5 - 6 tahun dulu, sampai hari ni masalah ni tak selesai2. Masalah website PPD yang terus 'keras' sejak dilancarkan dulu... sampai la ke hari ni.

Ini semua terjadi pasal pegawai yang bertanggungjawab uruskan benda ni.... lebih cakap je dari buatnya... hehehe. Sedangkan masa tu diwar2kan biso belako.

Buat majlis pelancaran website yang agak grand la jugak..... siap panggil pengarah... lancar pakai sentuh bola ada lampu lagi.... huhuhu!

Last-last dari hari pelancaran... sampai la ke hari ni, duk 'keras' cam tu je la..... hampehhh!

Hari ni 7:15 pagi.... aku ke PPD... boss panggil suruh selesaikan benda yang dah berkarat ni. Dia kata dah sampai tahap MEMALUKAN segala jenis kemaluan.

Pagi ni aku bentangkan la karya aku kepada boss..... ok semuanya beres, dia setuju dgn layout aku buat, simple saja tak serabut.

Sebenarnya dah lama diorang suruh buat ni.... tapi maklum saja la kan, kat opis ni kan dah ada Pegawai Khas yang sepatutnya buat kerja-kerja ni, dan aku pulak bukannya kerja kat PPD, jadi aku buat dekkkk je la!

Tapi bila dah boss bagi arahan, sebagai pegawai yang dedikasi (ekhemm!) aku patuh kepada arahaan la kan.... Boss kata dalam masa 3 bulan dia nak pastikan website yang lama tu lenyap di alam maya!

Lepas ni aku jadi webmaster PPD la pulak.... hehehe!

Wednesday, November 19, 2008

Minggu ni..... berada di Hotel YT Midtown, Terangganu, mengendalikan kursus kepada Penyelaras Latihan Dalam Perkhidmatan Sekolah-Sekolah Daerah. Peserta seramai 47 orang hadir. Hari pertama, pengurusan data dan laporan aktiviti LDP tahun 2008. Dikendalikan oleh pegawai-pegawai Unit ICT JPN Kelantan.

Hari kedua.... hari aku, full day slot aku... membina blog. Kira aku jadi 'bapa' bloggers la, hari ni melahirkan 47 orang bloggers baru (bukan aku beranak kan diorang la pulakk). Tapi blog yang diorang buat ni, bukan blog personal la, blog ni untuk pelaporan aktiviti program LDP. Semuanya akan disenaraikan dibawah blog LDP PPD.

Sunday, November 16, 2008

Makan kebuk!

Setelah berbulan-bulan 'makan kebuk' akhirnya jalan di hadapan rumah aku diorang dah ready untuk untuk di tar. Sebelum ni macam duk kat arab... pokok tak nampak daun, semua dah jadi putih dengan 'kebuk'

Jalan dah nak siap..... aku pun kena berkira-kira la nak bereskan lanskap halaman rumah yang sekian lama tertangguh. Kena cari bajet ni nak buat pagar kat depan tu... kasi cantik sikit.

Banyak la pulak kena cadang bajet ni.... huhuhu!

Thursday, November 13, 2008

13 November 2008|Khamis.... Keputusan UPSR keluar hari ni. Debaran cikgu-cikgu dan ibu bapa (yang mengalahkan budak UPSR) berakhir. Awal pagi lagi... ramai ibu bapa yang hadir menunggu pengumuman keputusan anak masing-masing.

Aku pun sibuk juga.... sibuk call ke sekolah anak, tanya khabar. Syukur.... alhamdulillah, Shahibah, anak aku yang nombor 4 mendapat keputusan UPSR yang memuaskan. Dia mengikuti jejak kakak-kakaknya sebelum ini.

Awal-awal lagi dia dah kata...... "orghe tak sei sekolah asrama". Emmm... barangkali dia sayang nak tinggal Astro la ni!

Balik ke rumah.... "Shabah nak hadiah apa? Nak makan kat mana?"
"O
rghe nak mp3.... makan kat Pizza Hut" "Beresssss!

Selebrett kat Pizza Hut.... bukan takat Shabah je la kannn.... yang lain-lain pun tumpang sekali gak laaa!

Erti sebuah MPV

MPV..... kenderaan perbagai guna, sebab tu sekarang ni diorang dah tukar jadi SUV. Kiranya tak nak jatuh saham le tu. MPV ni sekarang ni hanya untuk yang standart van je la. Korang kalau sebut van mesti pandang lekeh je la kann!

Masa aku nak beli kereta dulu.... jenuh aku buat pertimbangan nak beli kereta ke nak beli van. Kalau beli kereta.... perang besar la time balik kampung. Ketika tu anak-anak sedang membesar, 5 orang... bayangkan la kalau nak balik Perak dari Kelantan. Masa tu hanya ada dua pilihan sahaja, Vennnet C20 atau pun Perodua Rusa...... masa tu belum ada lagi Avanza ke, Citra ke, dan yang seangkatan dengannya.

Last-last aku beli Perodua Rusa.... pasal kebetulan ada sebiji orang tak jadi ambil kat kedai, kalau dak jenuh la nak tunggu! 3 hari sebelum raya tahun 2000 aku bawa balik MPV, tahun tu lega la sikit bila balik kampung..... dah jenuh budak2 tu beperang kat dalam kereta!

MPV ni memang la orang pandang sebelah mata je..... tapi kalau bila masa nak punggah budak, haaa.... masa tu la nak cari aku. Punggah budak bola, bola jaring, nasyid dan segala bagai! Kebetulan aku masa tu jurulatih olahraga daerah.... Rusa aku ni jadi lebih kurang macam van majlis Sukan Negara la.

Dan antara tugas tak rasmi yang lain.... contohnya seperti ini

Aku tak kisah la apa orang nak kata.... yang pentingnya, mana yang praktikal je... pakai kereta besar tapi naik sorang... emm rasa macam membazir je. aku lain la..... anak 5, kira patut la kannn pakai MPV.

Entry ini ada kena mengena dengan cerita di bawah......
Mem besor dah dua minggu duk kenen-kenen nak tukar kereta baru..... macam-macam dia citer pasal Iswara dia.... tak de pikup la... berat la... stereng gegar la.... tayar bunyi la. Tiap kali dia bukak citer tu.... aku buat-buat tak dengar je la.... last-last aku kata... cukup la dengan kereta tu.... sekadar nak pegi kerja.... dari rumah pegi sekolah lepas tu balik rumah... ok la tu!

Wednesday, November 12, 2008

E-book

Aku selalu mendownload E-book sebagai bahan bacaan. Kalau tak pun, aku beli saja cd koleksi E-book kat kedai. Psstttt....... semua koleksi cd yang dulu ada kat Low Yat, sekarang ni diorang jual kat sini la!

Sekeping cd biasanya termuat 10 buah buku atau pun majalah. Sekeping RM5.... kan dah banyak savenye tu. Bayangkan la.... majalah import ni biasanya berharga lebih RM20. Majalah Adobe Photoshop RM45, kalau nak beli tiap-tiap bulan.... parahhh! Tu majalah! kalau buku jangan cakap la, mana ada harga kurang RM50 sebuah, lain la kalau yang jenis pakai kertas bungkus nasi lemak!

Malam tadi.... sebagai mengisi kekosongan malam aku yang masih tak dapat online di rumah, aku cuba praktikkan segala kepakaran aku dengan membuat handout kursus ala-ala majalah.... ala-ala E-book la ni.

Ini E-book tentang skil Adobe Photoshop yang simple-simple..... kalau editor majalah PC tengok ni, mesti dia oferr aku kerja kat situ, pasal jimat belanja... graphic disigner aku, penulis pun aku, hahaha!





E-book ini pula sebagai handout kursus minggu depan..... start cuti...... kursus pun start juga!


E-book ni dalam format pdf sebenarnya.... sesiapa yang berminat boleh hubungi email aku. E-book yang sedang aku usahakan sekarang ni ialah cerita tentang aktiviti berkebun di belakang rumah...... tungguuuuu!

Tuesday, November 11, 2008

Minggu akhir persekolahan..... semua sekolah sibuk, cikgu-cikgunye la. Banyak perkara kena dibereskan sebelum berakhirnya tahun. Yang jadi guru kelas... tambah lagi la. Segala macam buku, yang kecik, yang besar, yang panjang semuanya kena diselesaikan. Mujur aku tak jadi guru kelas... hehehe!

Minggu ni juga yang antara yang paling penting ialah acara makan-makan. Semua restoran, hotel dan yang seangkatan dengannya dah full house.

Kat sekolah aku... dah 3 hari berturut-turut duk bejamu makan ni. Hari ahad... group cikgu-cikgu yang 'naik pangkat' buat jamuan. Isnin... budak-budak tahun 6 yang dah nak kuar sekolah buat jamuan. Hari ni... jamuan rasmi, sekolah buat kat Restoran Syam. Esok.... acara jamuan bebas kelas, maknanya semua kelas akan buat jamuan la. Khamis.... setakat ni lum tau lagi!

Maka minggu ni..... makan je memanjangggg!

Sunday, November 9, 2008

Opss Bersih

Dah 2 bulan belakang rumah tak di mesin... maklumlah bz, tambahan pula tunggu jagung tua untuk dipetik. Tanaman-tanaman lain semuanya dah habis..... batas sayur pun dah naik rumput. Sebagai persediaan untuk menjalankan projek Bumi Hijau Fasa II, kerja-kerja pembersihan boleh la dimulakan, nanti bila cuti sekolah, bolehlah terus beraktiviti tanam sayur. Risau gak tengok belakang rumah... anaconda pun boleh buat sarang ni!



Sebelum operasi bermula.... apa-apa hal pun kena buat persediaan fizikal dan mental secukupnya dulu. Pagi ni sarapan 'nasi berlauk' gulai ike ayo Che Ana sebungkus.... diulangi sebungkus je!

"guano pakai baju hari ni", tanya Mem Besor. "ikss.. kan nak ambil gambar bubuh dalam blog". Selalunya aku tak pakai baju... hahaha!




Meragam la pulak mesin ni.... semput cam tak de power je





Taraaaa..... dah clear.




Dengan kerjasama padu daripada Mem Besor








Entry tambahan......




Yang ni bukan rumput ni... ini daun kesum... kalau buat kuah laksa penang tak de daun ni, tak de maknaaa la kaaa!




Minum air kelapa muda sedap gak ni!


Cabai burung... walau pun colour puteh, bila masak tetap merah la. Pedas sangat la pulak lada ni, kes banyak sangat bubuh baja tahi ayam kot, baja kompos or baja organik le tu! Tips... kalau tak nak lada pedas sangat jangan bubuh baja organik. Aku suka yang cam tu pasal boleh mamah cam tu je!



Pokok buah naga yang aku semai dua bulan lepas pun nampaknya dah mula bercambah, lepas ni boleh la pindahkan kat lokasi tetap.... emmmm kat mana la aku nak tanam dia ni!



Terung ni group tanaman terakhir aku dalam Projek Bumi Hijau Fasa I.... baru tinggi paras lutut, tu yang buah meleret sampai tanah tu!



Ini semua bahan buangan yang dibersihkan hari ini... jangan buang cam tu je, semua ni berguna sebagai bahan asas untuk buat baja kompos. Korang tau tak cam mana nak buat baja kompos.... haaa, aku baru bercadang nak buat Ebook pasal tu..... tungguuuu!


Thursday, November 6, 2008

Cuti sekolah dah dekat..... macam biasa bila cuti sekolah Mem Besor masuk kampus. Dan terkapai-kapailah aku di rumah!

Ni cadangan jadual yang akan dibentangkan kepada Majlis Tertinggi. Rakyat aku yang 5 orang ni mesti berkerut dahi bila tengok jadual ni, terutamanya bagi minggu yang ke dua, maklumlah diorang tak selesa kat rumah opah diorang.... (kes bila dah besar baru kenal opah)

Tapi sebagai Perdana Menteri.... biasa la kannn.... walaupun ada mesyuarat Majlis Tertinggi, siapa laa yang nak bangkang cakap PM kannn. Lepas tu PM buat pengumuman.... ini adalah keputusan 'bersama'.... keputusan 'Majlis Tertinggi'........ hehehe!



LAW & RULES
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this.

Emmm..... nak jawab tag la.... ni gambar petang semalam. Balik sekolah cam biasa tidooo. Bangun tido teringat dgn Tag yang Azlin buat.... ambik kamera.... snap, snap. Tengok gambar..... mak aiiii! tak tegamak aku letak gambar muka aku yang tersangat la ensemmm... ala-ala Shahruk Khan gitu. Bangkali gambar ni pun dah cukup la kot... pasal aku dah ikut gak rules2 tu (tak suruh tunjuk muka kannn)

apa kata kalau kita tag Ungku Nor........ hehehe!

Wednesday, November 5, 2008


Kisah 1
1989 - suatu malam ke rumah ayah

"saya nak kahwin..... dgn org Kelantan.... ini gambarnya"
"ko nak kawin..... kawin laaa..... abah tak de duit"

(maksud lain... jgn ko harap aku nak bagi duit)
Sedih, pilu kerana bukan itu tujuan datang malam tu. Tanpa berkata apa-apa, terus balik ke rumah atuk. STOP

Kisah 2
1989 - di rumah mak

"mak dengan mak ngah dah setuju nak jodohkan ko dengan Erah, tunggu ko habis maktab je"
"mak dah siapkan semuanya"

Tak terkata, esoknya balik ke rumah atuk. STOP

Kisah 3
1990 - Bilik Guru Besar

"saya nak minta tolong cikgu....."
"macam mana tu?"
"saya nak kawin... minta tolong cikgu jadi 'orang tua' bagi pihak saya"
"ayah tak datang ke?"
"tak ada sesiapa yang akan datang..."

Nasi lemak buah bidara;
Sayang selasih hamba lurutkan...... STOP

Monday, November 3, 2008



1/2 day..... on deway ke Cameron Highland....
Day1....

Day 2.....

Sunday, November 2, 2008

hepi besday to me!..... huhuhu! aku tak ingat besday sendiri

Full day.....



Sabtu..... korang semua cuti!

Paginye ada jemputan bagi kursus ICT kat sekolah..... pukul 12:30 baru habis. lepas tu dapat call dari sepupu yang baru sampai dari Ipoh. Pegi jumpa dia.... bawa pegi makan ( dan aku pun makan lagi sekali )

Makan nasi kerabu kat Yati Ayam Percik.... mugo puok tu bukannya biasa makan nasi kerabu.

Lepas tu..... minum-minum kat Hayaki Cafe..... (saja malas nak balik rumah lagi)

Balik ke rumah... sambung lagi sembang. Sembang, sembang, dan sembang..... agak-agak habis la semua cerita dari kampung!

Hari ni........ budak2 last day exam akhir tahun.

Aku..... baru lepas jaga exam la ni!

Entry ni..... entah le aku pun tak tau nak tulis mendeee! Tak kan nak tulis pasal kura-kura kot!

Thursday, October 30, 2008

|::menyahut seruan kerajaan... (jangan dok menyanggah je!)
|::tukar background color >>.....

|::Lepak-lepak kat belakang rumah >>.....